Tuesday, 11 December 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 30


Salam, dears. Sorry sudah lebih seminggu baru nak diupload bab baru. Dec yg penuh dgn agenda bercuti. Bab 30 saya akan cuba naikkan secepat mungkin.

Bab 30

Malam itu, selepas maghrib, Khaalish datang menjemput Naz untuk keluar makan. Segan juga Naz, keluar makan dengan Khaalish, tidak mengajak Ahjan, Dr Surachek dan Ozgur bersama. Juga terasa janggal keluar makan berdua dengan lelaki, memang tidak pernah dibuat oleh Naz. Hari tu di Kuala Lumpur pun, mereka makan malam di rumah Mak Long.

            Makan malamnya tentulah di tebing Sungai Mekong yang apabila malam berlabuh berubah meriah bagaikan ada pesta. Naz dan Khaalish memilih sebuah kafe yang agak sunyi. Lebih baik berbual dari mendengar live music. Mereka berbual santai sambil menjamu selera. Angin yang bertiup sepoi-sepoi dari sungai, cahaya lampu yang berbalam-balam dari bot-bot yang bergerak perlahan melawan arus kuat Sungai Mekong dan teman makan malam yang bijak berbual mengenai pelbagai topik yang menarik. One word to describe the date, perfect!

            Usai makan malam, Khaalish mengajak Naz berjalan-jalan di sepanjang tebing sungai. Naz, walau pun tinggal di Luang Prabang, jarang keluar malam kerana malam adalah waktu untuknya menulis laporan penyelidikan atau menulis novel. Suasana yang ceria di kawasan itu membuatkan Naz berasa lapang minda.

            Akhirnya mereka tiba di pertemuan antara Sungai Mekong dan Sungai Khan. Naz dan Khaalish berhenti sebentar, ralit memandang dua batang sungai besar di Luang Prabang.

“Walaupun tempat ini tidak seindah Sungai Seine di Paris, saya suka sangat,” komen Naz.

Khaalish memandang sekeliling, tiada lampu indah, tiada lanskap yang cantik. Keningnya terjungkit.

“Dua batang sungai ini, mengalir merentasi kampong, pekan. Agaknya segala macam suka duka manusia yang disaksi. Sukakah, dukakah, sungai-sungai ini tetap mengalir dari zaman berzaman. Bila saya tengok sungai, gunung, padang pasir, saya rasa kerdil. Saya fikir, saya yang banyak masalah, banyak duka. Tapi saya rasa sungai, gunung, padang pasir tu berkata, “Besar sangatkah masalah kau? Teruk sangatkah apa yang kau lalui? Kami dah tengok macam-macam yang lebih teruk lagi.” Jadi saya pun rasa masalah saya tak adalah besar sangat, apa yang saya alami tak adalah teruk sangat,” panjang lebar cerita Naz.

“Jadi awak merantau ini sebab nak hilangkan duka, nak lupakan masalah?” tanya Khaalish, rasa bersalahnya muncul semula.

“Mula-mula tu, macam tu lah. Tapi sekarang dah jadi sebati dengan jiwa saya,” jawab Naz perlahan, matanya masih memandang ke arah sungai.

“Pemandangan-pemandangan begini buat jiwa saya rasa segar. Pengalaman-pengalaman yang saya kutip, buat saya rasa kuat.”

“We can travel together,” Khaalish membuka kata. Masa untuk berbincang hati ke hati, agenda utamanya malam ini.

“Ha ha ha, saya rasa bersalah sangat heret awak pergi mandikan gajahlah, belajar jaga gajahlah. Kesian awak kena dera,” balas Naz, mahu mengingatkan anak jutawan ini tentang realiti.

“Sebenarnya dah lama saya tak rasa seronok macam siang tadi,” kata Khaalish sambil tersenyum kecil mengingatkan saat dia dimandikan gajah dan bukan sebaliknya.

“Yelah tu,” balas Naz, lalu ketawa sambil menjuling ke langit.

“Kenapa? Awak fikir saya ini lembik sangatkah? Do you think only Ozgur can rough it out?” suara Khaalish sudah sedikit meninggi, tercabar dengan kenyataan Naz.

“Eh,” terkejut Naz dibuatnya, “saya tak pernah kata pun awak lembik. Dan kenapa awak nak sebut nama Ozgur pula?”

Khaalish buat keputusan untuk diam seketika. Cemburu di hati buat dia cemerkap mengatur kata. Silap-silap nanti, bicara hati ke hati jadi bicara ke laut. Mereka melangkah perlahan-lahan ke arah tengah bandar.

“Naz,” Khaalish mencuba sekali lagi, “tak bolehkah awak mengembara dengan saya. Kenapa perlu mengembara dengan Ozgur, dengan lelaki lain?”

“Saya sudah lama berkawan dengan mereka. Minat kami sama jadi bila mengembara bersama-sama, tiada masalah. Kami nak ke destinasi yang sama, nak tengok benda yang sama, gunakan cara pengangkutan yang sama, pilih hotel pun sama.”

“Tapi mereka tetap bukan mahram awak, Naz,” Khaalish mengingatkan.

“Kami pergi beramai-ramai, sekurang-kurangnya empat orang dan perempuan selalunya ada dua orang, saya dan Carrie. Jarang kami pergi berdua, hanya lelaki dan perempuan,” Naz cuba mempertahankan diri.

“Siang tadi, kalau saya tak ikut, kan awak akan pergi berdua?” selembut mungkin, Khaalish membentangkan hujah.

“Khaalish, awak pun tahu kan, saya menjaga adab bergaul dengan bukan mahram. Ozgur tidak pernah melihat aurat saya. Agaknya susah untuk awak percaya, dia BFF saya, sama seperti Reham,” sekali lagi Naz mempertahankan dirinya.

Balik-balik BFF, balik-balik BFF, Khaalish sudah jemu mendengar alasan Naz.

“Betulkah ada lelaki dan perempuan yang BFF? Habis Thabo itu pun BFF awak jugakah?” suara Khaalish sedikit keras.

“Thabo?” buntang mata Naz jadinya, “Thabo Mokwena? Eh! Macam mana awak kenal dia?”

Wajah Khaalish direnung dalam-dalam, menunggukan jawapan tapi mulut Khaalish terkunci rapat. Si jejaka pula agak menyesal kerana terlanjur kata.

“Ini mesti mulut si Ozzie ni! Eeeeee…..annoying gila mamat tu!” Naz terjerit kecil dek kerana geram. Kalau Ozgur ada di hadapannya, mesti sudah kena cekik!

Kali ini mulut Khaalish tidak dapat dikunci lagi, “Kalau annoying, buat apa kawan dengan dia, travel dengan dia?”

Terlopong mulut Naz mendengar ‘soalan’ Khaalish. “Wah! Sekarang ada dua lelaki yang annoying yang harus aku hadap!” getus Naz dalam hati.

“Because he’s there! He’s always been there! Waktu susah, waktu senang, Ozgur ada. Sentiasa bantu saya. Dengan dissertation saya. Dengan kerja di Qatar tu. Kalau dia tak tolong carikan kerja, apa saya nak makan?” balas Naz dengan suara yang perlahan, menahan sabar. Hatinya semakin membara bila Khaalish mempertikaikan kawan-kawannya.

Giliran si jejaka pula hangat hati. Bagai disayat sembilu bila mendengar jawapan Naz. Dia sedar yang selama empat tahun yang lalu, dia memang tidak pernah ambil peduli tentang Naz. Apa kata Naz? Susah, senang, Ozgur tu ada konon!

“Awak nak sekolahkan saya tentang kawan-kawan saya, apa selama ni hubungan awak dengan perempuan-perempuan di KL tu suci sangatkah?” tak tertahan geram Naz dengan tuduhan Khaalish.

“Naz, sejak kita berjumpa di Bali, saya tak pernah keluar dengan sesiapa pun lagi,” dengan suara yang tegang Khaalish mempertahankan diri.

“Habis, awak nak saya putuskan persahabatan saya dengan Ozgur, dengan Sky, Thabo, Jayden? Walhal persahabatan kami memang platonik!” bentak Naz. Sah! Bicara hati ke hati memang sudah ke laut.

“Saya tak kata, jangan berkawan. Cuma yang saya kata tak elok awak ke sana sini dengan mereka. Mereka bukan mahram awak kan?” Khaalish tetap dengan pendiriannya.

“Okey, saya akan ikut nasihat awak, jangan keluar dengan lelaki yang bukan mahram. Dan saya akan mulakan dengan awak. Selepas ini saya tidak akan berjumpa dengan awak lagi sebab awak bukan mahram saya!” panjang Naz berhujah, sama panjang dengan langkah kaki yang menghala ke arah rumah sewanya.

“Naz….,” keluh Khaalish, menyesal dengan diri sendiri sebenarnya. Jenuh diingatkan diri supaya berbincang baik-baik dengan Naz tapi hilang juga kesabarannya. Cemburu di hati yang membuak-buak, sudah tidak boleh dikawal.

Apabila Naz sudah tiba di pintu pagar rumahnya, barulah Khaalish tersedar yang dia harus mengejar si pujaan hatinya sebelum terlambat!

“Naz! Naz!” panggil Khaalish. Si gadis langsung tidak menoleh. Khaalish yang sudah berasa cemas, terus memecut mengejar Naz.

Si gadis pula sudah tiba di depan pintu rumah. Tombol pintu dipulas dan pintu dibuka. Sebelum sempat Naz menghempas pintu itu, Khaalish cepat-cepat menghulurkan kaki kanannya untuk menghalang. Apa lagi, tersepitlah kaki si anak jutawan itu.

“Ow! Ow!” terjerit Khaalish sambil terlompat-lompat dengan kaki kirinya. Kedua-dua belah tangannya memegang kaki kanan yang berdenyut-denyut.

Naz yang melihat sudah terlopong, kedua belah tangannya di pipi, “Yikes!”

“Sorry, sorry, sorry! Khaalish, Khaalish, duduk, duduk. Duduk di sini,” berulang-ulang Naz mengucapkan maaf, tangan kanan Khaalish ditariknya ke arah kerusi rotan di beranda rumah.

Sejuk tangan Naz yang memegang tangan kanannya menyejukkan hati Khaalish. Dia menurut arahan Naz bagai anak kecil.

“Ahhh!” keluh Khaalish sambil melabuhkan punggung di kerusi rotan. Dramatik sungguh! Sakit tak seberapa, tapi ini peluang untuk memancing simpati si dara pujaan.

“Kejap,kejap, saya pergi ambil minyak urut,” kata Naz yang sudah panik, terus dia masuk ke rumah.

“Wah! Ini sudah bagus, dapat free massage,” bisik Khaalish dalam hati, senyumannya lebar sekali.

Baru sahaja nak angan-angan, tiba-tiba muncul Ozgur dari dalam rumah, “Kenapa, Khaalish? Awak kenapa?”

Yang si Turki prihatin habis, yang si Melayu frust menonggeng! Hilang senyumannya tadi.

“Alaaaaah, kacau daun pula Turki ni!!” getus si Melayu dalam hati.

“Jangan sibuklah, Ozzie,” marah Naz yang baru muncul di pintu dengan sebotol minyak urut.

Bila terlihat sahaja Naz, Khaalish terus mengerang, “Aahhh!” Siap dengan mimik muka kesakitan. Pelakon lelaki terbaik!

Naz yang memang sudah gabra, cepat-cepat duduk melutut di hadapan Khaalish. Berhati-hati dia membuka kasut Khaalish.

“Kejap, ya. Saya bukakan kasut, lepas tu saya sapukan minyak,” lembut Naz memujuk, terbuai perasaan Khaalish seketika.

Kasut sudah dibuka, stoking pula.

Khaalish yang baru tersedar, menegur, “Naz….”

“Hmm?” Tanya Naz yang begitu khusyuk dengan tugasnya, stoking Khaalish ditarik perlahan-lahan.

“Bukan kaki kiri, kaki kanan.”

“Laaaah! Sorry, sorry, sorry!” kalut Naz meminta maaf. Tangannya beralih ke kasut kanan Khaalish.

“What? You got the wrong foot?” tanya Ozgur sambil tergelak besar.

“Sibuklah awak, Ozzie. Jauhlah,” halau Naz, rimas dengan Ozgur yang sedari tadi tercotok memandangnya membuka kasut Khaalish.

“Yalah, yalah, saya masuklah ni. Alah…perasan jadi Florence Nightingale lah tu,” selamba Ozgur mengutuk Naz.

“Masuk!” arah Naz, tegas, sepatah. Jari dituding ke arah pintu.

Sambil melangkah masuk ke dalam, sempat lagi Ozgur mengutuk, “Baru keluar dating, hampir hilang kaki sebelah. Kahwin nanti, apa pula yang hilang? Awek brutal!”

“Ozzie!!” jerit Naz, disambut dengan ketawa mengekek Ozgur sebelum dia menghilangkan diri ke dalam rumah.

Kasut kanan sudah dibuka, stoking kanan juga. Minyak urut disapu perlahan-lahan dengan lembut. Senyuman Khaalish melebar semula. Syoknya dimanja-manja begini.

“Sakit lagi?” Tanya Naz sambil mendongak memandang muka Khaalish.

Cepat-cepat mukanya dikerut-kerutkan, si jejaka berlakon bagai menahan sakit.

“Maaf ya, awak,” suara Naz sarat dengan kekesalan.

Terasa bersalah juga Khaalish bila dia mendera perasaan si dara pujaan sebegitu.

“Saya pun minta maaf, Naz,” si jejaka mengambil peluang untuk meminta maaf.

“Kalau saya ingat-ingat balik, saya rasa nak picit-picit kaki awak yang sakit ni, tau,” Florerence Nightingale apa ni? Siap mengugut pesakit lagi!

“Eh, eh, jangan! Sakit! Sakit!” berlakon lagi si jejaka, sambil menarik kaki kanannya jauh dar Naz.

“Saya acah sajalah,” balas Naz, senyuman kecil muncul di bibir.

Lega hati Khaalish melihat senyuman Naz. Gadis ini memang macam putting beliung, cepat marah, cepat cool down. Moral of the story, elakkan buat dia marah!

“Dah ye. Duduklah kejap, biar minyak angin tu serap masuk. Harap-harap kejap lagi hilanglah sakitnya,” kata Naz sambil membelek-belek kaki kanan Khaalish. Tak ada lebam pun, agaknya inilah kelebihan berkasut mahal.

Si dia belek kaki pun bahagia habis si Khaalish, “thanks, Naz. Dah makin kurang sakitnya.”

“Iya?” Tanya Naz dengan senyuman lega, “minyak ni memang bagus. Mana-mana pergi saya bawa.”

Jeda seketika, Khaalish menyusun kata supaya tidak ada putting beliung kedua malam itu.

“Naz….” lembut, romantic dia menyeru nama gadis yang masih melutut di hadapannya.

“Oh, dia mula dah,” bisik hati Naz yang berdebar-debar mendengar Khaalish menyeru namanya. Suara yang boleh bikin ketar lutut. Nasib baik memang dia sudah duduk, jika tidak sudah tentu melurut ke lantai.

“Saya bimbang bila awak travel ke sana sini. Saya bimbangkan keselamatan awak. I’m saying all these because I care about you. Not because I want to control you,” lembut berbisik suara Khaalish.

“Khaalish, I am not a reckless person. Saya tidak keluar malam jika tiada hal, jika tidak berteman. Kalau ke mana-mana pun dalam kumpulan,” Naz terpanggil untuk membela diri.

            “Saya tak kata awak reckless, sayang. Iya, awak berhati-hati, awak menjaga keselamatan. Tapi bila kita dah sayang seseorang tu, kalau tak ada depan mata, tak senang hati kita. Awak faham tak, Naz?”

Naz terfikir, seumur hidupnya yang kisahkan dia hanyalah Mak Long. Kak Azi juga. Pelik rasanya bila ada yang ambil kisah sebegini.

“Habis tu awak nak saya buat apa? Balik ke KL? Kerja di pejabat?”

“Kahwin dengan saya. Awak nak buat apa pun, saya tak kisah. Kerja boleh, tak kerja, pun tak apa. Jadi penulis sepenuh masa. Kalau nak mengembara, kita mengembara bersama-sama,” kata Khaalish, bagaikan merayu.

Jeda lagi. Naz berfikir-fikir, “masuk kali ini, sudah berapa kali dia ajak aku kahwin?”

“Semasa saya belajar di Seattle, saya buat keputusan tak nak balik tinggal di Malaysia lagi,” rahsia hati yang terpendam selama ini dikongsi.

“Sehingga begitu hatinya terluka?” fikir Khaalish.

“Naz, with me things can be different in Malaysia,” pujuk Khaalish.

“Entahlah, dua kali saya balik ke Malaysia. Tiap-tiap kali saya balik, hati saya sakit.”

“Salah, awak sudah tiga kali balik ke Malaysia. Kali terakhir, okeykan?”

“Okeykah?” tanya Naz kepada dirinya, “layanannya okey. Perempuan-perempuan tu okeykah?”

Cemas pula rasa Khaalish bila Naz diam tidak menjawab.

“Naz…..those girls…” Khaalish mahu mempertahankan dirinya.

“…they’re nothing?” sambung Naz, sinis, “I don’t care about those girls, Khaalish. Kalau awak nak penuhkan quota empat awak, saya ada tujuh benua yang saya nak tuju.”

Panik juga Khaalish mendengarnya, “Naz, saya tak nak quota empat. Saya nak awak seorang saja. Believe me, Naz. No one else.”

32 comments:

  1. Khaalish,best actor betul.rasanya hati naz dah kian cair utk terima proposal khaalish.well done khaalish...dah berusaha sebaik mungkin

    ReplyDelete
  2. Nina....

    akak dah cair.....oh bestnya Khalish.... "Naz, saya tak nak quota 4...saya nak awak sorang saja" so sweet....Khalish teruskan usaha pikat dara pojaan... :)

    ReplyDelete
  3. go on...khalish just go go go n go,jgn ngalah nk miliki sesuatu yg teramat tinggi nilai nyer mmg mencabar segala aspek,fizikal n mental leh tergoyah gak!itu lh tinggi nya harga sebuah kebahgian yg bakal di kecapi pengakhiran nye....supaya bile dah sah hak milik kekal,akan di hargai dn di bajai seiklas hati ngan setulus cinta dn kasih sayang hingga hujung nyawa bawa ke syurga....pape pun mohon lh redha ALLAH khal...kekal cinta kite pd ilahi,pasti cinta pd sidia di payungi rahmat ALLAH SWT.itu lh hakiki Ajal dn Jodoh ketentuan ilahi...kalu jodoh dh termakhtub ke hujung dunia pn naz bawa diri!!!cuma usaha n berdoa lh pd ilahi agar dipermudah kn segale rase di hati....gud khalish hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi panjangnya well wishes utk khaal :)

      Delete
  4. Khaalish ni memang pandai betul berlakon.... #^_^

    ReplyDelete
  5. Salam Nina

    Melihat 2 jiwa yg wataknya berlainan berkongsi rasa ...akhirnya makan malam berdua dinoktahkan ..walaupun tidak semewah mana tempat yg dibawa oleh khaalish untuk mereka melepak tetapi sudah cukup untuk mereka berdua menikmati rasa romantiknya makan berdua..dan untuk kali pertama tiada gangguan daripada gadis kenalan simamat romeo maupun deringan talipon yg mengugat ketenangan mereka ... bersama Naz..semuanya indah pada Khaalish

    Membaca E3 ini tercuit rasa hati kita melihat bagaimana tokoh korporat yg bergelar romeo buaya tembaga ini menahan rasa dan cuba meluahkan rasa tidak senang hatinya setiap kali Naz berjimba jimba dengan kawan lelaki yg telah dinaikkan tarafnya sebagai BFF ...tetapi begitu sukar untuk khaalish menerimanya ..kerana baginya biarlah dia seorg sahaja yg diberikan tumpuan oleh Naz sebagai BFF yg halal baginya untuk dia berkongsi rasa dan tidak perlu menjaga tingkahnya bila bersama dengan Naz...dan tidak perlu hatinya dibakar cemburu dan mencurigai setiap teman lelaki Naz yg dianggap Naz sebagai “teman platoniknya” atau dengan istilah Naz “Teman tetapi mesra”.. tiada terbitnya cinta untuk perhubungan itu..strictly friends... kerana dalam kamus hidupnya tiada istilah “teman tapi mesra” itu bila berkawan dengan jantina yg berlainan dengan mereka..

    Khaalish umpamakan istilah “ berkawan “ atau “ friends ” yg di mahukan oleh Naz pada dirinya mmg tidak boleh diterima pakai oleh khaalish..bagi khaalish hubungan istilah frienship dengan Naz are like ballons..if you let them go..you can’t get them back..so yg jelas baginya ..he’s gonna tie Naz to his heart so he will never lose Naz again..!!

    Terujanya akak nak tahu adakah setakat ini dia telah berjaya untuk memujuk Naz untuk mengahwininya..kerana bagi akak ..apa yg dilontarkan dan disuarakan oleh khaalish ada benarnya..kan dan mencuit hati pula kita melihat lakonan hebat Khaalish berpura pura sakit untuk mendapat perhatian dari Naz..dan hatinya terasa lapang dan gembira yg tak terkata..kerana dia rasa jeratnya dan terkena ..melihat cuak dan keperihatinannya Naz pada dirinya..teringat pulak dia lagu “relaku pujuk”..boleh gitu..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. idaaa...i like yr analogy of balloons, serius nak pakai dalam citer sy :)

      Delete
    2. U r welcome ..my dear..terharu.....ha..ha..

      Delete
  6. Kesian dkt khaalish ...naz terimalah khal...thanks Nina, bestnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaah semua org skrg rooting for khaal!

      Delete
  7. Nina dear,

    Panas..Panas...lamaran yang keberapa kali pun masih tak mampu nak cairkan hati Naz. Memang keras betul hati seorang wanita bernama Naz, agak-agaknya sampai bila mereka berdua nak main tarik tali.

    Beb, sampai bab berapa up kat blog? kalau ni yg terakhir, jgn lupa as and when mesti ada treaser sebelum buku keluar ya...heheeee.. takut rindu kat Khaalish n Naz pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. has...may be sampai bab 34 or 35 kut, tx for yr support :)

      Delete
  8. Khaalish macam macam hal. Naz apatah lagi. Bilalah nak kahwin ni? Hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ada lagi dugaan nya nnt....stay tuned!

      Delete
  9. rasa sayu lak tengok khaalish sangat berusaha nak dapatkan naz.. oh god.. if only i am in her shoes... saya dah lama kot beralah.. hahaha

    ReplyDelete
  10. sedih plak dgr pujuk rayu khalish nie... Bila naz nak give up kak nina? Bila naz nak jatuh cinta dgn khalish? sampai bila naz nak mengembara? Next entry PLEASE!!!

    ReplyDelete
  11. “Kahwin dengan saya. Awak nak buat apa pun, saya tak kisah. Kerja boleh, tak kerja, pun tak apa. Jadi penulis sepenuh masa. Kalau nak mengembara, kita mengembara bersama-sama,”

    oh i'm melting... khalish u r so sweet... & of coz the writer lagi sweet.. hihihi

    ReplyDelete
  12. wa.. khalish dah pandai mengayat la....
    tak sabar lak nak tgk riaksi naz...

    ReplyDelete
  13. just say yes la naz.. kesian khaalish.. khaalish fighting!

    ReplyDelete
  14. best best best... "I don’t care about those girls, Khaalish. Kalau awak nak penuhkan quota empat awak, saya ada tujuh benua yang saya nak tuju." hahahahaaha.... i like that sentence very much. well done sis. If i'm Naz, i'll be melting but not melted yet,need to see more from Khaalish. *wicked laugh*

    ReplyDelete
  15. huhu akhirnye kua jugak new n3...huissyy dup dap dup dap bace bab kali neh!!! saspen... menduga jiwa bt0l!!! pasni ape plak yg perlu d hadap khaal...sabar je die..jgn hilang sabar sudah!!!

    ReplyDelete
  16. lama saya baca. baca dua tiga dialog, berenti utk berangan membayangkan naz & khaal berbalas bicara. Worth the wait. Panjang dan hanya ada si dara dan hero (Ozgur watak tempelan saja).

    So far marriage proposal Khaalish hanyalah offhand. He blurted them out masa tengah bertikam kata. He should try full out propose dgn penuh romantika.

    ReplyDelete
  17. sungguh x bosan..macamana Khalish x bosan pujuk rayu Naz, macam tulah saya jugak x bosan baca cerita ni..btw, bab 31 akan menyusul kan? (^_^)

    ReplyDelete
  18. Dear Nina........

    - alamak hati akak dah jadi macam ais yang dah cair...bijaknya si Khaalish bila berkata-kata..mahu taknya siNaz pun dok feeling...
    - sabar sungguh khaalish mengejar cinta dari naz....
    - akak pun apa lagi..gila bayang la...ha..ha..ha..

    ReplyDelete
  19. Hati naz yg keras tu kne rendam dlm sg. Mekong kot br blh cair. Sabar khal. Takkan lari gunung di kejar

    ReplyDelete
  20. khaalish ni konon2 nk tazkirah kan si naz, alih2 dia pn kna sama gak

    ReplyDelete