Friday, 21 December 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 37


Salam, dears....happy pun ada...sedih pun ada....KNK sudah sampai di penghujungnya bagi versi blog. Saya skrg nak tumpukan 100% kepada versi cetak sebab deadline nya beberapa hari saja lagi.


Apa pendapat kwn2? Are you happy with the twist in the tale?

Nak teaser? Entahlah...sempatkah nak berteaser? Sebab kerja pejabat saya pun menimbun. Dan hujung tahun pun ada out stn, di wiken paling akhir thn 2012 pulak tu. Sabar banyak2!

Hmmm...I am going to miss u all. Yg buat nulis citer ni seronok adalah kehadiran u all semua di blog, beri komen, lawak2, gila2 etc. Nnt bila KNK dah tak naik di blog, saya akan menulis dalam kesepian (not looking forward to it!)

Apa-apa, buzz me kat FB!



Bab 37

Pagi itu seperti pagi-pagi yang lain, Zaim Khaalish bersiap sedia ke pejabat. Dengan hanya memakai boxer, dia bercukur di bilik air. Televisyen di bilik tidur dibuka, sambil bersiap, sambil mendengar berita terkini dari seluruh dunia. Jadi sebelum keluar rumah, dia sudah tahu perkembangan dunia luar. Berita di televisyen pagi itu seperti biasa, penuh dengan cerita perang, konflik di sana sini, cerita perlarian.  Berita-berita yang ‘menceriakan pagi anda.”

“Bukan kau sorang saja yang ada masalah, Khaal,” keluh sijejaka.

Tiba-tiba telinganya menjadi tegak, terhenti tangannya yang sedang mencukur, “Apa pemberita tu kata?”

Sayup-sayup, terdengar dari peti televisyen, “…skirmishes at the borders between Thailand and Laos…”

Jantungnya berdegup, mulutnya menyebut, “sempadan Thailand dan Laos?”

Mesin cukur yang berada di tangan dicampakkan ke dalam sinki. Laju kakinya melangkah ke bilik tidur, Khaalish berdiri betul-betul di hadapan televisyen. Namun dia tidak sempat menangkap berita tadi, si pemberita sudah menyiarkan berita lain.

            “Bila Dr. Surachek kata mereka akan bertolak ke Khon Khean?” Khaalish bertanya kepada diri sendiri.

            Kalau tak salah Khaalish, semalam! Telefon pintarnya dicapai dan Khaalish cepat-cepat mencari emel dari Dr. Surachek. Walau pun dia tidak pergi menjenguk Naz lagi di Luang Prabang, tidak menelefon atau menghantar email, Khaalish sering berhubungan dengan Dr. Surachek melalui emel untuk mengetahui perkembangan terkini Naz. Pada Dr. Surachek, dipesannya jangan beritahu kepada Naz yang dia mengikuti perkembangan gadis itu. Dia berbohong sunat yang Naz tak suka!

            Ha! Emel Dr. Surachek ditemui. Sah! Mereka bertolak ke Khon Khean semalam dengan menaiki van sebab kerja-kerja penyelidikan di Luang Prabang sudah selesai. Tetapi Dr. Surachek tidak pula cakap samada mereka menyeberangi sempadan Thai-Laos semalam atau hari ini. Hatinya sudah mula tidak sedap. Jadi dicarinya laman web stesyen berita tersebut dan dicarinya tajuk-tajuk utama hari ini. Jantungnya berdegup lebih kuat bila dia membaca tentang insiden tembak menembak di antara tentera Thailand dan sekumpulan pengganas yang tidak dikenali di sempadan Thailand dan Laos.

            “Bertenang, Khaal. Gabra tak tentu pasal, apa faedahnya? Okey, sekarang telefon Dr. Surachek dulu,” Khaalish memaksa otaknya supaya rasional.

            Berkali-kali nombor telefon Dr Surachek didail, namun hanya ada suara wanita yang berbahasa Thai. Teka Khaalish wanita itu memaklumkan yang nombor didail berada di luar kawasan liputan. Pesanan dihantar melalui SMS, emel dan whatsapp, bertanyakan khabar dan meminta menelefonnya secepat mungkin.

            Sementara Khaal sibuk menaip pesanan, stesyen berita menyiarkan sekali lagi berita mengenai kejadian tembak menembak di sempadan Thailand dan Laos. Khaalish menonton dengan penuh focus, semua butiran mengenai kejadian itu disimpan kemas dalam minda. Disebabkan oleh kejadian itu, kedua-dua buah kerajaan bersetuju untuk menutup laluan keluar masuk di sempadan.

            “Naz, awak di mana ni, Sayang?” Khaalish sudah resah, kedua belah tangannya bertaut di atas kepala, “Mana nak dapat maklumat ni?”

            Universiti Khon Khean! Fakulti mana Dr. Surachek bekerja? Sains sosial! Ahjan Wayuppa? Sastera, kalau tak salah. Nombor Fakulti Sains Sosial di universiti itu didail, bila dijawab, orang di hujung sana pula tidak pandai berbahasa Inggeris. Jadi macam ayam cakap dengan itik. Gagang telefon diletakkan, dicarinya nombor lain. Pejabat Dekan, bos besar di situ! Dia pasti tahu aktiviti-aktiviti orang bawahannya.

            Nombor telefon pejabat dekan didail, Alhamdulillah, kali ini yang menjawab telefon, setiusaha dekan, lebih cekap berbahasa Inggeris. Dekan tiada dalam negara, sedang menghadiri seminar di Jepun. Setiusahanya tidak tahu samada kumpulan penyelidikan Dr. Surachek sudah pulang dari Laos. Khaalish diminta menelefon Ketua Jabatan jika mahukan maklumat itu. Sang setiusaha dengan baik hati memberikan nombor telefon bimbit Ketua Jabatan.

            Tanpa berlengah, nombor telefon bos Dr. Surachek didail. Lega Khaalish bila ianya segera dijawab. Ketua Jabatan memberitahu memang kumpulan penyelidikan Dr. Surachek sepatutnya pulang ke Khon Khean minggu ini tetapi dia tidak pasti samada awal minggu atau hujung minggu kerana Dr. Surachek tidak memberikan tarikh sebenar dia akan bertolak.

            “Siapa yang saya boleh telefon untuk dapatkan maklumat lanjut? Saya bimbangkan tunang saya,” Khaal bertanya.

            “Saya akan menelefon pejabat tentera Thailand di pos sempadan. Jika ada apa-apa maklumat, saya akan telefon awak. Selain dari itu, saya rasa awak boleh juga telefon abang Dr. Surachek, manalah tahu jika Dr. Surachek ada menelefon dia,” jawab Ketua Jabatan yang baik hati, berkali-kali Khaalish mengucapkan terima kasih.

            Nombor telefon bimbit abang Dr. Surachek diambil dan didail. Jawapannya sama, ya, Dr. Surachek akan pulang minggu ini tetapi tidak pasti tarikhnya. Selepas bercakap dengan abang Dr. Surachek, Khaalish menarik nafas dalam-dalam. Kemudian dia ke bilik air, mengambil wudhu dan bersolat hajat, memohon agar Naz berada dalam keadaan selamat. Sambil berdoa, dia memejamkan matanya rapat-rapat, tidak sanggup memikirkan apa-apa kemungkinan buruk yang mungkin berlaku kepada buah hatinya.

            Usai bersolat dan berdoa, dia berasa lebih tenang, “Tak guna kau gabra, Khaal. Sikit pun tak akan membantu Naz.”

            Di kepalanya sudah jelas apa yang perlu dilakukan, telefon dicapai sekali lagi, nombor bapanya didail, “Daddy, Khaal nak ke Khon Khean, Thailand. Nak cari Naz…..”

            Tan Sri Kamaruzzaman di hujung talian pun turut berasa bimbang mendengarkan penjelasan anaknya, “Okey, Khaal, pergilah. Hal pejabat, jangan bimbang, I will brief your team. Daddy akan telefon Uncle Bahari di Wisma Putra, minta dia carikan maklumat dari Kedutaan Thailand. Apa-apa berita, Daddy akan telefon Khaal. Papa Naz pun Daddy akan telefon juga.”

            “Thanks, Daddy. Kirim salam pada Mummy ya. Khaal akan balik secepat mungkin.”

            “Khaal, jaga diri baik-baik. Bila dah jumpa Idora, bawa balik terus. Senang hati kalau dia di depan mata,” nasihat si bapa.

            “Definitely, Daddy!” jawabnya kepada bapa.

            Dalam hatinya, “Naz, kali ini, awak suka atau tidak, you are coming home with me.”

114 comments:

  1. salam, huhuhuhu sedih, tak pasti sedih apa...tapi tetap sedih....all d best, good luck, my thoughts, prayers & love...hoping to peluk KNK very, very,very ssssooooonnnnnn...MUAH,MAUH,MUAH:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. zooooraaaaa, I need all the well wishes i could get....aiyoooo 15 or chapters to go and without u guys cheering me onnnnnn

      Delete
    2. Good luck...u can do it Nina...even better than PMS....haha

      Delete
    3. Yup sedih dgn keaadaan khaal... sedih jugak dah hbis kak blog.. mesti rindu dgn kemeriahan disini..

      Delete
    4. nina...saya nak booking beli KNK ni awal2...jangan lupa saya..msti hari2 saya sunyi tanpa kisah mereka...agak2 bila KNK jd buku ni??

      Delete
    5. Nor Azlin, kononnya nak publish Feb 2012, tu pun kalau sy sempat siapkan manuskrip hujung bulan 12 nih, adoyai! Booking....haaa skrg ni dok tensen dgn manuskrip, nnt2 sy announce ye. bimbang jg klu tak sempat siap manuskrip nya.

      Delete
    6. norana, sy pun rindukan u alls.

      Delete
    7. anissa, better than PMS? tak bolehjamin, dear, I can only try :)

      Delete
  2. kalutnya khaalish....kesian dia. tapi rasanya dah sampai malaysia kot.....nanti jumpa kat airport.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaaa nina...cukup cukuplah tu naz jadi pelarian. kesian dia...kesian khaalish juga. anyway, wish you all the best ya dear. moga KNK siap on time.

      Delete
    2. err, dulu ada reader yg kata torture Khaal cukup2? :) apa pun kita tunggu versi cetak ye...

      Delete
  3. khalish isau sampai gabra...

    rilexxx... Naz akn ok

    dan make sure terus bawa balik ye...

    Puan Sri tu nnti kita settlekan..hahahaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus awk confident jer... eleh Nyonya Mansoor tu apalah sangat kalau chenta sudah mekarrrrr he he he

      Delete
  4. Owh my.. Sian khaal, agaknya naz ni chenta mati smp gabra mcm tu skali..
    Ehh selamat ke khaal pegi sempadan tu..jgn laks ada masalah yg menimpa khaal..tidakkkk!!!
    harap naz selamat.
    Sila bawak balik m'sia terus ke pejabat agama.. Kikikikikii.

    Tak sabar nk dating ngan Khaal & Naz :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah di sempadan? oh tidakkkk!!! cama da satu drama tu apa? nurkasih ke apa yg suami dia kena tahan dgn pengganas di India....oh nooooooo!!

      Delete
    2. Heehheehe..tak tgk cite tu..
      Ape2 pun BEST OF LUCK Nina :)

      Delete
    3. ooo Nurkasih tu sy tengok di TV jer, the movie tak tengok sbb sy jarang tengok movies, TV pun ekcelli jarang. TQVM for yr doa

      Delete
  5. Replies
    1. uiks u dono dear? its hanina abdullah

      Delete
    2. Tk mencari...nnt me add...chaiyoo chaiyoo menunggu finish product dgn penuh sabar

      Delete
    3. Wanie...it's just Hanina Abdullah, gambar buku PMS, easy peasy.

      Delete
    4. Dh add n borak pn...still suka komen kt cni...

      Delete
    5. zoey, haah FB can be quite chaotic but its good for chatting... it was nice chatting with u and skodeng yr fb, he he

      Delete
    6. Ahai laaa...awak skodeng mende kt fb sy tu....tkde yg menarik laaa

      Delete
  6. To be honest, saya sangat sukaaaaaaaaaa part macam ni. “Naz, kali ini, awak suka atau tidak, you are coming home with me.” perhhh caiya lah Khaal! Teruskan menulis dan berusahalah cik nina sehingga titisan dakwat terakhir! #SentiasaSupport. ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. humph! typical men, always enjoy being in control....he he

      Delete
  7. Good Luck dear.....can't wait to read the book.......

    ReplyDelete
  8. Good luck kak nina. Ku ingat dikau dalam doaku~ Saya terharu baca chapter ni ;') Khaal yang risau and daddy yang supporting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo tq tq for keeping me in yr prayers :)

      Delete
  9. I like this chapter but Khaal will be upset again. She's not there Khaal. U will not find her there, she had moved on!!

    Nina I think u should put more about Naz's feeling over Khaal in the coming chaps. Sori dear, just my 2 cents. I nk jugak tahu, Naz's life in a new place whether she is still missing/ thinking abt Khaal? Biar balance sbb in my opinion Naz's side byk question marks lg? Or u purposely make that?

    Ok Nina, good luck to u. We r patiently waiting for KNK to be on the bookshelves. You can do it!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooh more abt Naz...ok, definitely coming!!

      Delete
  10. Dearest Nina ,

    Of course the suspense is killing me & the gang ...but am positive you will do justice to the lovebirds :)

    Oh ya... I kinda like the boxer short scenario ... slap me to reality... Hehe

    So its "till then" for now huh ? Sobs sobs ... take care of Naz , Khal & yourself. All the best dear. My prayers are with you. Insyaallah.

    ps boleh add Nina on FB or is it a fanpage ?

    *hugs*

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa ka ka re: "slap me to reality"

      I see you in my friends' list already, tq.

      will definitely do justice to the lovebirds, i love em to bits!

      Delete
  11. Khaal tgh kalut dan gabra bila tunang dalam bahaya.. tapi Naz, akan terharukah dia bila tahu kesusahan Khaal menangani isu ini.

    Naz..Naz..kalau tak terharu, tak taulah nak kata apa.

    Khaal..go boy, lepas jumpa Naz bawa aje balik msia. Nikah aje, whater Naz setuju atau tak, kasih redah beb..I sokong you 110%

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he ur definitely Khaal's no. 1 fan! kita tengok apa Khaal buat (actually its in Bab 38) n apa yg Naz balas...ada sikit2 18sx

      Delete
  12. wohooo....thanx 4 da last n3....dup dap dup dap bace!!!! sedeh x jmpe KNK da kt blog pasni.. xpe tumpukan 100% utk habiskan KNK... godd luck nina!!!! akanku sabar menanti KNK versi cetak!!!hehehe... =)

    p/s: kt fb profile pic gmbo animasi ek??? 2 je satu-satunya hanina abdullah yg sy jumpe...yg len sume hana abdullah...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg gamba novel pms nina...

      Delete
    2. zoey dah jumpa saya kat FB, wanie pun kan? sebab ada nampak nama cam wanie gitu.

      Delete
    3. zoey:eh x jumpe p0n gmba PMS...
      nina:yeke...cm x jmpe jerk... ;(

      Delete
    4. akhirnya...dgn bantuan jiran...jumpe gak akhirnya...seriyes sy search mmg x jmpa!!saje je!!! ^_^

      Delete
    5. haah sy nampak FB wanie, gambar anak ye?

      Delete
    6. pic ank buah...sy single n available lg..kikiki =)

      Delete
    7. oooo sy doakan ada seorang Khaalish yg bertamu di hati awak nnt

      Delete
  13. I love the new twist and dlm kepala dah bayangkan a scene. Tak sabar nak tgk wether my scene is the same as yours.
    Sedih... I'm going to miss this story. Tak nak pressure you suruh siapkan cepat. Heheh...just relax ok. Fighting Nina! Kali ni I nak beli buku direct from you. All the best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. so semua org kepala dah twisted? ha ha ha
      yes, nnt after u baca the printed version, tell me if my scene and yr scene are the same

      Delete
  14. all the best kakak writer!nnt dah publish,inform! :)

    ReplyDelete
  15. Kesian Khaal, Kesian Naz. Seorang jadi Pemburu and seorang jadi pelarian. Good luck Nina to siapkan final mss. Make sure this time final product yg gempak and throughly edited. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiseh bab yg thoroughly edited tu susah saya nak cakap sebab di luar bidang kuasa :P

      Delete
    2. Sorry I shouldn't say throughly edited. Tu kerja editor. Hahaha. Proofread untuk memastikan takder kesalahan ejaan *wink wink*

      Delete
    3. hmmm ada komen tp tak leh share kat sini....too open :)

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
  16. Wising you all the best sis. Semoga semua berjalan dengan lancar. So we can get the book soon. heheheehe... sedih jugak lepas ni tak dpt bace your stories to hilang kan stress time2 nak exam mcm ni. :( Tapi tkpe... akan saba menanti ur book. Good Luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he u baca utk hilangkna stress, saya tulis utk hilangkan stress

      Delete
  17. OOoh! *sambil pegang pipi* Classic! the birth of a HERO!

    me went gooey semenjak bab 36 part 1. not that i haven't been in love dengan karekter Khaalish,err who won't? calm, sweet, charming, ... ah, cair!but only 50 % of my heart rooted for his success to court Naz. Sebab kena timbang perasaan Naz juga, kan? Naz wanted an imaam in her life, for her lifetime, who can guide her dunnia and akhirat. bak kata Khaalish, 'tak memenuhi spesifikasi'.

    Thus, when Khaalish started to be a better muslim, strive for his deen, put his trust in Allah, the remaining 50% my vote completely ships for Khaalish-Naz relationship. COMPLETELY. He's the one, Naz! heheheh \(^o^)/

    ReplyDelete
    Replies
    1. he's the one...ada lagu kan lirik cenggini? he he

      Delete
  18. Kawanbaek....
    Taktau nak sedih atau gumbira.
    Sedih sbb dah takkan jumpa khaal dgn naz utk 2 bulan.
    Gembira sebab lagi 2bulan bakal peluk knk.

    Good luck!
    Menunggu yg terbaik drp kawanbaek.
    Daa

    ReplyDelete
  19. Puan writer,

    Sad indeed. The only consolation is that KNK has a happy ending. Kalau tak, terjun jambatanlah semua peminat2 u kat sini haha

    Good luck dear. All the best with KNK and looking forward to Seteguh Fayqa.

    Gambatte kudasai, Hanina chan!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. weh! jgn sebut lagu Seteguh Fayqa, saya takut kalau saya buat gila2 lagi, terus sambung another novel after finishing one macam saya sambung KNK after PMS. woooo, letih!! After KNK, nak rehat (ye ke ni......?)

      Delete
    2. alaaaaa. u tulis SF slow2, seminggu sekali update. jangan pressure urself. Kalau burn out nanti kitorg gak yg melopong. Ni publisher lah ni suh u tulis cepat2 kekeke.

      kan kata nak enjoy the writing. ok lah break 2 minggu je ok bagi urat2 jemari longgar balik ;)

      Delete
    3. wa ka ka break 2 minggu je? cam KNK, tetiba je, publisher kata kami sediakan slot Feb 2013 utk KNK, kan dah bersilat.

      sy fikirkan, dah org besar hati kasi slot, takkan kita nak tolak. bkn senang nak dpt slot

      Delete
  20. jia yo! khaal, kak nina ni mmg tbaik la...

    ReplyDelete
  21. bleh nampak keikhlasan khaal d situ...huhu...comel ngat!!!

    p/s: susahnye nk cari ur fb...huu ;-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dpt ke FB Nina? sy pun br jek friend ngan Nina, nama Hanina Abdullah...

      Delete
    2. ha ha dak pergi skodeng FB dia! ooo student ye...status: in a relationship ke? he he he

      Delete
    3. hehe..not yet taken!! nk cari mcm khaal lau bleh....whom would be able to change for good....ngeh3

      p/s: xpela la demand pun, coz xde lg...lau da ad, trima jela seadanya..ye x?huhu

      Delete
  22. Good luck nina... X sabar nak peluk khall and naz nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dear, me too, tak sabar nak peluk KNK, maka harus taip taip taip

      Delete
  23. Salam Nina

    pergh ..satu kejutan yg tak disangka sangka Nina..macam bomshell ..really diluar our expectation..yg membuat kita terkedu seketika ..
    Well byk betul persoalan persoalan yg tidak mungkin akan dijawab diblog Nina..mungkin akan terjawab dalam versi cetak..kan..kan..

    Well disini..rupanya noktah pengakhiran citer KNK..to tell you frankly i will miss citer ini like crazy..dan dialam maya ini..akak kenal banyak friends yg giler giler ..membaca komen komen yg membuat kita gelak terguling guling ..kerana dibawa oleh emosi disetiap bab yg digarapkan oleh Nina yg adakala meruntun perasaan marah...yg tidak bertepi pada kedegilan hati si Naz ni..dan perasaan kasihan yg melampau lampau pada si Khaalish yg begitu tegar mengejar sekeping hati Naz...it was really fun ..to know uolz..

    So Nina ..wishing You wld finish writing d manuscript as planned so we could have the book in no time...!!! and DO NOT FORGET TO RESERVE THE COPY FOR ME...OKAY >>NAK DENGAN WITH YR BIG SIGNATURE AND KALI NI NAK YOU KISS MY BOOK>>MESTI COMEL>>HA>>HA>>

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayapun...nak request cop lipstik brand revlon....ngee

      Delete
    2. blh tumpang sekaki??!!...nak cop lipstick any color by chanel & siap sembur chanel No.5 wa ka ka ka ka

      sori la cik nina...ni selingan dari reader(s) u yg weng, giler meroyan tunggu KNK, ntah apa2 lagi...:)

      Delete
    3. idaaaa, yr last bit abt booking a book for u, bikin sy teringat kes PMS, signed more than 300 copies, tulis alamat kat envelope etc, macam nak tercabut tangan!! sib baik ada assistants. tapi bila readers cakap dah sampai, i was sooo happy.

      hmm ada ke lagi asst if i were to do the same with KNK, derang dah serik agaknya ha ha ha.

      nak kasi suspens, berjayakan Khaal cari Naz, kalau jumpa apa jadi? jeng jeng jeng

      Delete
    4. oh ye, bab yg fun kat sini with all yr comments is sooo true, u all yg buatkan saya nak siapkan PMS dan KNK. i really appreciate all yr support and friendship, all my readers. sahabat di alam maya!! Forever!

      zoora & zarra (cia cam nama kembar lah pula), erk saya jarang pakai lipstick, hanya pakai lipstick bila ada mtg dgn boss2 besar!! LOL

      Delete
    5. Nina, u buatlah book signing kat Pesta Buku nanti. Kitorg sediakan all shades of lipsticks sume jenama yg ada.

      Delete
    6. he he he demi menjaga periuk nasi saya, saya perlu stay anonimes. sign 300 copies tu sebab readers nak kan. takkan nak say no.

      Delete
    7. Nina... I want the book with yr signature, lips print & smell of channel too... *wink*

      Delete
  24. oh my..hrap2 dpt keluarkn buku nie dngan cept..serious mcam x puas je bce bab 37 nie..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he sorry la u tak puas, KNK kat blog dah sampai bab 37, banyak tu... no choice, i have to focus on finishing the manuscript :)

      Delete
  25. OMG...suspen..suspen...jgn la apa2 terjd pd naz as well as khaal...takut2 naz x gi tmpt konflik tu dgn the grp, and khaal x tahu on this and gi tmpt tu...oh my goshh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha kenangkan Yang yg dah saspen, i better finish the story asap!

      Delete
    2. cepat2 ye nina...x sabar nak tahu ending nye ..kahwin x kahwin lovebirds nie..bulan 1 rasenye2 dh kluar versi cetak x..?? hehehe

      Delete
  26. makin thrill lh dek nina.....hope naz terjauh dr segala yg tk di jangka...cian kat khaal..namun tabah n doa lh bnyk2 agar naz tk pape khaal...pity kat dua2 nyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. norihan, citer ni mmg kena naik turun grafnya, kalau mendatar je sure boring kan :)

      Delete
  27. Chaiyok! Khaalish...carik naz sampai jumpa & angkut dia balik m'sia terus bawak jumpa tok kadi tau khaalish...toksah tunggu2 dah..naz tu byk akai ooooo hahaha :-P but nina pls nak request one more entry...puhhhleaseeee (sambil membuat mata kelip2)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan bagus kalau Khaal buat cenggitu....hmmm shld i make it like this? he he he

      kelip2 mata tak jln sehari dua ni sebab cik writer berkelip2 mata depan lappy sampai tak cukup tido nak siapkan KNK. after siap nnnt mebe i naikkan teaser. teaser ni pula nak pilih part mana pula satu hal!

      Delete
    2. Gurau je la nina...its ok u concentrate on manuscript thats most important hehe...anyway kalo nak bagi teaser..kecil tapak tangan, stadium bukit jalil hamba tadahkan hahaha...

      Delete
  28. ape perasaan naz agak nye bila dia tau khaalish sanggup nk ke tmpt yg berlaku nyer pergolakan semata2 nk cr dia?
    oh..klau sy tentu terharu..

    ReplyDelete
  29. Nina telah berjaya membuat saya terharu dgn tawakal Khaal, bengang pada ego Naz. Juga berdebar2 dan risau dgn keselamatan Naz. Saya harap Nina dpt menyiapkan manuskrip dgn tenang n jaya nya sbb saya mmg tak sabar2 nk tau citer seterusnya. Nway Nina, keje2 jgak, Kesihatan jaga k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorang lg yg kata terharu :)
      waaah thank u kerana ingatkan saya ttg kesihatan, much appreciated!

      Delete
  30. whoa... dup dap again what can i say otak cik nina mmg brgeliga..
    twist againnn dohh..bab 37 mmg LAIN DR YG LAIN...trbaik!
    gud luck cik nina..nx year sure akanku dakap versi cetak KNK..
    i love ur PMS but i'm deeply in love with ur KNK..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaah ada yg puji sy bergeliga, ish kembang dah bontot sy!

      Delete
  31. uhuhuhu so so so sad because i'm gonnna miss them a lot...walaupun dah tau akan berjumpa dalam versi cetakan kalo diizinkan olehNya kan tp tetap terasa gak....owh my...cam orang bercinta plak rasanya (macam la penahkan muahahha)tp nak wat cam ne kan so terpaksa la redho je....kite ade 2 conclution je pasai kejadian ni hihiih...1. khaal akan terbang p thai cari naz....2. naz x pegi thai ms 2 tp dia guna open tiket 2 n muncul depam khaal hihihi...

    pepe pon all the best 2 yu Nina...really feel miss them already huaaaaaaa......GANBATTE NE

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm 2 scenario tu, yg mana betul ye?

      jeng jeng jeng

      Delete
    2. jeng kreng kong keng (hanya penulis sj yang tau kesudahannya sebelum kami hahaha)

      Delete
  32. awak suka atau tidak, you are coming home with me.- Yess Khaal
    hu hai hu hai..last entry bikin hati makin sempit & sentap.haha
    hope everything will be fine. saya akan sabar dengan bergaya menantikan KNK versi cetak. Writer pls jangan dera hati saya lama2.hehehe
    Thanks sangat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. waah nampaknya ramai yg suka kalau Khaal buat perangai cam CEO and order Naz to marry him huh?

      aiseh...skrg dah naik pangkat jadi pendera sy ni!

      Delete
  33. Way to go la kak nina.. really awesome!! rentak penulisan kak nina sgt laju.. sy suke!! (mksudnye tak meleret-leret.. really straight to the point je.)

    Mau tggu itu versi cetak punyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah rentak laju, jari pun kena laju... tapi kaki pula yg laju asyik nak hala ke katil je, nak2 pula hari ni mendung jeee kat kg ni

      Delete
  34. Amboi sis citer ni macam dah over je... -_-#
    Plus masuk pula dalam suasana perang ni,buat yang membaca makin gabra pula dengan cerite ni...huhuhu
    Apa pun 'i like'.... #^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala u sori la kalau dah over...sekali sekala ok, kasi can arr!

      tq for liking!

      Delete
  35. Huhu kesian khaalish..... Hmmm agak2 naz terus terima khaalish x nnt? AAAAA suspen!

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he ...mmg sj nak kasi saspen...jahat kan sy ni! :)

      Delete
  36. good luck Nina. insya Allah u can make it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm, mrs pie! i really appreciate yr doa

      Delete
  37. Nina,sorry lambat baca.....tengah holidaying hujan-hujan ni! Anyway, kesian Khaal.....mesti rasa serabut dan tak tahu nak buat macam mana. Harap2 Naz memberi kejutab dengan tiba di kl lebjh awal sebelum konflik sempadan bermula. All the best Nina.... semoga mendapat idea2 yang mencurah2 for this piece. I dok baca PMS untuk kali yang tak tau keberapa....never fail to amuse me....

    ReplyDelete
  38. wahahaha...dear writer plez...i beg u!!! bgi la teaser at least satu jaa......
    my jnatung/hati/pencreas smua nk luruh bla tgok ending dy....please..please! save me.....
    sy cian tgok Khaal g x tentu arah tue....please! wat laa Naz accept Khaal cpat skit sblm sy yg sapu Khaal.... (^_^)

    ReplyDelete