Sunday, 16 December 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 32


Salam!
Bab yg pendek juga kali ini. Biar pendek drpd tak berupdate kan?

Kpd yg tinggalkan komen, sorry sy tak sempat jawab. Saya akan cuba ye.

Mlm ni menulis lagi insyaAllah.

What do u all think of this chap?? Dramatic confrontations is just not my style.

Bab 32

Bagai tersedar akan kehadiran Naz, Puan Sri Freida mendongakkan kepalanya, memandang sekilas kearah Naz. Jarinya menuding kearah sofa, mengisyaratkan kepada Naz supaya duduk.Naz yang masih terpinga-pinga duduk bagai orang bodoh.Matanya masih melekap kearah Puan Sri Freida, kepalanya berputar-putar.Papa berkomplot dengan Puan Sri Freida?Nak paksa dia kahwin dengan Khaalish? Mamat itu pun terlibat sama jugakah?

            Menyirap rasa marah, kenangan empat tahun dulu muncul di minda bagai ianya berlaku hanya semalam.Mereka hendak perbodohkan dia sekali lagi?Kepalanya mula merancang-rancang strategi bagaimana hendak menghadapi situasi yang menjengkelkan ini.Mula-mula dia berastaghfar, jauhkan diri dari rasa marah.Bila marah, fikiran tidak rasional dan tindak tanduk tidak bijak. Sekarang ini dia perlu tahu dulu apa rancangan Papa dan Puan Sri Freida. Maka biar dia dengar dulu apa yang Puan Sri Freida hendak katakan.

Sementara menunggu Puan Sri Freida selesai berbincang dengan lelaki-lelaki muda yang Naz kira adalah pekerjanya, mulut Naz tidak berhenti-henti berastaghfar. Matanya tertancap ke arah ibu ‘tunang teknikalnya.’ Puan Sri Freida sekurang-kurangnya berusia awal lima puluhan tetapi dia kelihatan seperti wanita yang berusia awal empat puluhan. Rambutnya dipotong pendek, sangat pendek.Badannya langsing, kulitnya putih gebu, wajahnya bebas dari sebarang kedutan.

“A woman well preserved,” bisikan sinis Naz.

Cepat-cepat dia berastaghfar dan mengingatkan dirinya supaya menjauhkan diri dari berfikir buruk tentang orang lain. Diperhatikan lagi Puan Sri Frieda. Berseluar panjang cropped straight cut warna khaki, berblaus kain kapas putih berkolar tinggi tanpa lengan. Gayanya kasual tetapi trendy dan elegan.

“Money buys style,” satu  lagi komen sinis melintas di minda Naz.

Nafasnya ditarik dalam-dalam, dia berastaghfar lagi.Dia mengingatkan dirinya tanpa barang-barang hantaran dari keluarga Puan Sri Freida tentu dia tidak dapat menyambung pelajaran.Bertunang paksa dengan Khaalish sebenarnya telah membuka jalan baginya untuk keluar dari bawah bayang-bayang Papa dan berani untuk membina hidupnya sendiri.

            Selepas lima belas minit, baru selesai perbincangan Puan Sri Freida dengan kaki tangannya. Hairan juga Naz, hujung minggu pun kerja?Puan Sri Freida mengambil tempat di sebuah sofa bertentangan dengan Naz.Kakinya disila panggung, kedua-dua belah sikunya diletakkan di atas tangan sofa.Matanya memandang tepat ke wajah Naz.

            “You’re late,” kata Puan Sri Freida, membuatkan Naz berasa bagaikan dia juga kakitangan wanita elegan itu.

            “One hour to be precise,” sambung Puan Sri Freida sambil menilik jam tangannya, “And I don’t tolerate tardiness.”

            Terangkat juga kening Naz, “Sejak bila aku makan gaji dengan dia?” tentulah dalam hati sahaja.

            Luarannya, Naz tersenyum tawar dan setenang mungkin menjawab, “Saya tak dimaklumkan yang kita ada temu janji, Puan Sri.”

            “Humph!” dengusan Puan Sri Freida jelas kedengaran.

            Matanya memandang Naz dari kepala hingga ke hujung kaki.Terjungkit keningnya bila dia melihat selipar bertali yang tersarung di kaki Naz.

            “Dressed like a vagabond!” getus hati wanita yang elegan dari hujung kaki hingga ke hujung rambut itu.

Dia mengambil sekeping sampul surat besar di atas meja sisi di tepi sofa. Isi sampul surat itu dikeluarkan dan dicampak ke atas meja kopi di hadapan Naz. Bukan Naz tidak terkejut tetapi sedaya mungkin dia mengawal riak mukanya.

            “Have a look,” kata Puan Sri Freida sambil menjungkitkan keningnya.

            Gambar-gambar yang berserakan di atas meja kopi itu diambil Naz dan ditilik satu per satu. Berombak-ombak dadanya! Gambar-gambar dia dan Khaalish di Hotel Pan Pacific KLIA.Gambar dia dan Khaalish memasuki lif, berjalan ke arah bilik hotel Naz, berdiri di hadapan pintu bilik hotel. Kalau orang yang tidak tahu apa-apa melihat gambar-gambar itu tentu mereka akan fikirkan Naz dan Khaalish ada skandal!

            “Ya Allah, apa Puan Sri Freida nak buat dengan gambar-gambar ini?! Nak tunjukkan kepada Papa dan Mama?! Astaghafirullahilazim…. Eh, siapa yang ambil gambar-gambar ini?” tertanya-tanya Naz dalam hati.

            “Well, what have you got to say?” tanya Puan Sri Freida  dengan nada suara yang amat menjengkelkan.

            “Saya tidur di hotel dan Zaim Khaalish temankan saya ke bilik,” ringkas sahaja jawapan Naz. Dia mengingatkan dirinya supaya jangan jadi defensive.Kenapa perlu defensive?Dia tidak buat salah apa-apa.

            “Ada rumah ibu bapa di KL tapi tidur di hotel,” keluar kenyataan menyengat, “what kind of a girl would do that?”

            Terbakar hati Naz mendengar ‘soalan’ wanita terhormat itu.Nafasnya ditarik dalam-dalam dan dia sempat berastaghfar beberapa kali.

            “Puan Sri, terpulanglah kepada Puan Sri untuk mengandaikan apa-apa tentang diri saya,” suara Naz berbunyi tenang, hatinya yang berkocak cuba disembunyikan.

            “Saya tak perlu nak mengandaikan apa-apa tentang awak. Awak bukan siapa-siapa bagi diri saya, bagi keluarga saya. Tapi bila anak saya… my only son…. sudah mula tidak ambil berat tentang tanggung jawabnya, pergi begitu saja di tengah-tengah minggu, tak peduli tentang apa yang berlaku di pejabatnya, itu saya perlu ambil tahu.”

            “Nyonya Mansoor!” itu pula yang terlintas di minda Naz, tingkah laku Puan Sri Freida persis bagai ibu mertua Kassim Selamat.

            Bibir Naz mula tersenyum kecil, “Kassim Selamat! Siapa dia? Doktor? Loyar? Majistret?” terngiang-ngiang dialog dari filem Melayu klasik itu.

            “Well, what have you got to say?” sergah Puan Sri Freida, hairan juga dia melihat gadis selekeh dihadapannya hanya tersenyum.

            “Saya faham, Puan Sri,” jawab Naz pendek.

            “Apa yang awak faham?” sergah Puan Sri Freida lagi.

            “Tak patut Khaalish tinggalkan pejabatnya tengah-tengah minggu begitu,” Naz sudah jadi burung kakak tua.

            “Humph!! Dan pergi masuk ke hutan mana pula tu!! Apa nama tempat tu? Lubang apa?”

            “Luang Prabang,” lurus jawab Naz, senyuman di bibir cuba disembunyikan.

            “Luang Prabang,” cebik Puan Sri Freida, “apa yang ada di situ?” soalan menghina sebenarnya.

            “UNESCO world heritage site,” jawab Naz, terpanggil untuk membela tempat dia mencari rezeki.

            “Well, whatever!!” balas Puan Sri Freida sambil mengibas tangan kanannya.

            Jari dituding ke arah Naz, “Look, girl. I don’t approve of Lubang….”

            “Luang Prabang,” Naz membetulkan, bibirnya dikemam supaya tidak nampak senyumannya.

            “Humph! I don’t approve of that God-forsaken place and I don’t approve of you! Just look at you! How can Khaal be seen in public with you? And to introduce you as his wife? It will bring shame to our family’s name….”

            “Sah! Nyonya Mansoor,” fikir Naz dalam hati, “zaman sekarang pun masih ada, tapi versi moden. Gaya, fesyen, rupa terkini tapi minda masih macam zaman dulu.”

            “Khaal needs a wife who looks good, no, who looks stunning. A woman who turns head where ever she goes. Someone who dresses well, be presentable at functions where even royalties attend….”

            Membebel-bebel Puan Sri Freida. Naz hanya separa mendengar. Alah! Mesejnya jelas, dia tidak sesuai untuk anak tunggal wanita jutawan itu.Selebihnya kenyataan menghina. Dalam minda Naz, dia sudah berkira-kira untuk menggunakan karektor Puan Sri Frieda untuk novelnya yang akan datang. Relevan lagikah watak sebegini dalam novel zaman sekarang?

            “So, Idora,” terhenti Naz dari lamunannya bila namanya disebut oleh Puan Sri Freida, “you understand that it’s nothing personal. You just don’t suit my son.”

            “Faham, Puan Sri,” Naz memberikan jawapan yang mahu didengar oleh wanita sombong itu. Nak berdebat dengannya? Ah! Buat buang karan.

            Puan Sri Freida masih lagi merenung tajam ke wajah Naz, “This is going far easier than I expected, or does she have some tricks up her sleeves?”

            “You will stay away from my son,” arahan dikeluarkan.

            Nafas ditarik dalam, “I will stay away from your son.”

            “Naz!!!”

            Serentak Naz dan Puan Sri Freida menoleh ke arah datangnya suara itu.Zaim Khaalish dan bapanya sedang berdiri di pintu masuk bilik khas itu.



39 comments:

  1. Yes!! the knight in the shining armour came just in the nick of time to rescue the princess. Over sgt tau Puan Sri ni. Bukan Naz yg gilakan anak tunggul dia, anak tunggul dia yg terhegeh2 nakkan si Naz.

    I've got a feeling that Naz will marry Khaal just to spite Puan Sri. Adakah? Hmmm.... getting more interesting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha knight in shining armour? nak rescue? silap2 dia yg kene lenyek dgn Naz.

      marry Khaal just to spite Puan Sri...let's see ye.

      dear, tqvm for yr comments, much appreciated

      Delete
  2. Asal ada dua entry ni? Okey, tapi nak komen jugak. Boleh kan? Nak saman? Silakan...

    Naz memang selamba. Dia tahu berdebat dgn nyonya frida tu memang buang masa aje. Tapi, kalau dah anak sayang, anak cinta sampai terabai segala urusan..nikahkan ajelah..kan senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shaf dear, 1st time naikkan, ada error sikit, so delete and naikkan sekali lagi. tak pe second commentor this time but ur always no. 1 in my heart. Huwaaaa!! apa ni....skandal?

      Delete
    2. uiks... diam-diam sudah..skandal besaq tu...

      Delete
  3. aiyarkkk..spesis nyonya mansyur surely masih wujud maa.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Ara! cakap cam ada pengalaman jer? ha ha ha, jgn marah, joking jer :)

      Delete
  4. Salam..
    Wahhh 'nyonya mansur' pasang spy lah..
    Nasib baik Khal dgr arahan nyonya mansur kat Naz.
    Berdebar nie!!!

    ReplyDelete
  5. sgt xcited baca entry ni, apa lg yg jadi pas ni? adakah Khaalish akan berjuang untuk mendapatkan pujaan hatinya walaupun ditentang habis-habisan oleh 'Nyonya Mansor' itu????....

    ReplyDelete
  6. cian khal.. penat berusaha berbulan2 nak pikat naz, mummy dia senang2 je cantas... naz pulak mcm pucuk dicita ulam mendatang.. hihi peluang baik utk ca alip bot... don't worry, si daddy sporting ada di sisi.. hihi nina nak next n3..

    ReplyDelete
  7. haha..i'm so in love with this entry.. Naz, you're so cool.. i hope Naz will take this opportunity wisely to cabuuttt..let zaim take an EXTRAVAGANZA step (but i can't think of anything for now) to counter back what his mom has done...

    good job nina..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. trying my best...hope the next chap will be acceptable to u guys

      Delete
  8. Lepas ni gerenti Zaim Khaalis mengamuk sakan.... #^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tengok ye...mummy's boy tuh! he "gave up" on Ilsa kan?

      Delete
  9. x sangka puan sri frieda ni masuk campur juga..ei...geram nyer
    abis la mesti khalish bengang...naz suka la sbb dia mmg nk elakkan diri dr khalish...

    ReplyDelete
    Replies
    1. naz dah terpikat juga sikit tu...so.....

      Delete
  10. pelik tapi benar...saya sukalah dgn kartektor nyonya mansor moden ni...trill...hahhahaha

    Btw...nape selalu ade wording yg kena 'enter to prove u r not robot' tu ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg wording 'enter to prove ur not a robot' tu sy tak pasang so sy pun tatau camna nak buang

      Delete
  11. Tudia...bala mai dah....Pn. Sri Freida aka nyonya mansoor...aja aja fighting Zaim Khaalish...ni baru real challenge! Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha cabaran besar nih....terbesar? let's see :)

      Delete
  12. ahaks....sah2 la si khal x kan nye nak benarkan naz 2 lupakan diri dia 2...dah separuh angau dah naz buat kat dia so xde makne nye dia akan berputud asa kan....lagi pon kite yakin mesti khal akan dapat sokongan penuh n padu lagi jitu dari daddy dia yang tersayang 2...sbb hanya daddy dia je yang paham diri dia cam na kan...tentang nyonya mansor ni harus dikatakan apa lagi kan layankan aje la...tertanya2 gak ni daddy dia boleyh ke kawal mummy khal 2 yeh...ke daddy dia jd pak turut...hmmmmm

    ReplyDelete
  13. wah! modern version of nyonga mansoor daaa.... but i think for sure naz can handle this nyonya punya. she is a not so beauty wt brain whaatttt....nasiblah khaalish bakal disandwichkan oleh ratu hati n buah hati....

    ReplyDelete
  14. Salam Nina
    Pergh ..satu E3 yg meraih simpati akak pada ibu Khaalish Pn Sri Freida..
    Dan siapa sangka dalam kealpaannya dan kesibukannya menguruskan perniagaannya ..dia mendapat tahu yg Khaalish sedang mengejar seorg gadis yg namanya sudah lama dia lupai..gadis anak kawannya yg dimatanya tidak layak dijadikan suri oleh anaknya Khaalish....
    Naluri ibu yg melahirkan walaupun mungkin tidak mempunyai waktu yg banyak untuk meluangkan masa bersama anaknya membesar tetapi kerana seorg zuriat yg dikasihi dengan sepenuh jiwa..yang tidak mahu anaknya tersalah memilih lagi suri hidupnya..dia sanggup bersemuka dengan Naz gadis yg dilamarnya 4 tahun lalu yg dijadikan "decoy" untuk mengaburi mata teman wanita Khaalish sedikit waktu dahulu..untuk memisahkan mereka dengan cara yg paling diplomatik dikaca mata masyarakat yg mengenali mereka dari golongan yg Elite berprestij tinggi yg terdiri dari golongan Tengku /Puan Sri dan Datin..memilih gadis belasan tahun yg masih belajar diperingkat matrikulasi yg begitu polos dan masih tidak mengenali dunia luar lagi selain buku buku ..assignment dan kuliah..
    Pertemuan diantara dirinya dan Naz bertujuan untuk memutuskan hubungan yg sedia ada antara Naz dan anaknya tanpa mengetahui atau memikirkan soal hati anaknya yg mungkin akan terluka dengan lebih parah lagi jika kehilangan Naz dalam hidupnya..
    Melihat dari penampilan gadis ini memang tiada keistemewaanya ..dan dia sesekali tidak menyangka yg..gadis itu dikejar oleh sianak dengan lelahnya hingga membuat dia nanar dengan perilaku anaknya Khaalish ..pertama kali dalam hidupnya .. telah mengabaikan tanggung jawabnya sebagai seorg CEO hanya untuk meluangkan masa bersama seorg gadis yg bernama Naz. Photo photo yg di ambil oleh PI nya menjejak kehilangan anaknya selama beberapa bulan ini memeningkan kepalanya..kerana dia tidak pernah menyangka yg anaknya segila ini...melihat photo anaknya melepak disebuah kedai open air yg sangat daif rupanya dengan sebatang sungai yg mengalir lesu..dan ada juga photo candid anaknya disebuah sekolah ..yg juga begitu daif tetapi kelihatan dari wajah anaknya ada sinar kegembiraan terpahat disitu.. dan photo photo anaknya .. menerokai taman gajah ..dan bermandi dengan gajah ..apatah lagi mendudukki hotel yg tidak ada kelas dan keselesaan...hanya untuk meraih hati seorg gadis yg bernama Naz...sedangkan dalam pengetahuannya anaknya adalah playboy ..kassanova ..talk of d town..mana mungkin perilaku anaknya berubah 360% hanya kerana gadis yg didepannya ini...mana mungkin anaknya Khaalish meninggalkan gadis gadis yg tidak kurang hebatnya menghimpit dan mengejarnya hanya dijadikan sebagai pakaian hariannya..dipakai dan dibuang sesuka hati..menjadi begitu taksub dengan seorg gadis yg bernama Naz!!! (Part 1)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaaa ida jer yg empati dgn mak khaal...very interesting perspective!

      Delete
  15. Sambungan dari dari Part 1

    Terujanya akak nak tahu kesinambungan citer ini..Adakah Khaalish akan mempertahankan cintanya yg satu itu pada Naz dan mahu menoktahkan permainan ibunya yg menyebabkan Pn Sri Freida terpaksa akur dengan permintaan anaknya Khaalish dan adakah Naz akan cair dengan pengakuan Khaalish didepan ibunya dan Tan Sri pula memujuk isterinya untuk merelakan perhubungan anaknya dan Naz..
    Bagi pandangan akak apa yg dibuat oleh ibu Khaalish tidak salah kerana naluri seorg ibu mmg begitu..letakkan diri kita ditempat Pn Sri Freida..mungkin kita akan memahami gelodak jiwanya..
    Tanpa Pn Sri Freida sedari pada dasarnya perbuatannya amat kejam pada gadis polos yg bernama Naz 4 tahun lalu...yg kini duduk didepannya..merubah kehidupan gadis itu 360 darjah hidupnya ...mempermainkan perasaan anak gadis kawannya yg dipaksa untuk bertunang untuk suatu jangkamasa ...dan akan terlerai dengan sendirinya dengan berlalunya masa ...kerana orang akan melupakan peristiwa itu...baginya "money" do talk..yg pastinya pertunangan itu telah terbatal dengan sendirinya apabila kontrak yg berharga jutaan ringgit telah dianugerahkan kepada ayah Naz untuk melupakan wujudnya pertunangan yg dibuat kerana kata sepakat telah dibuat dan diambil olehnya dan juga pada ayah Naz untuk melupakan pertunangan yg baginya tidak membawa apa apa erti pada dirinya kerana tujuannya telah tercapai....anaknya sendiri telah melihat kecurangan gadis idamannya..yg mahu mendekati keluarga mereka kerana harta dan nama yg dimilikki oleh anaknya...tetapi ..apa kurangnya keluarga Naz dengan gadis yg terdahulu mahu menghimpit keluarganya kerana tamak pada nama dan harta mereka..itulah agaknya persepsi si ibu Khaalish...yg menyebabkan dia bertindak dibelakang Khaalish dengan mengupah PI untuk mengikuti gerak langkah anaknya...bersama sigadis yg bernama Naz..sejauh mana perhubungan mereka..
    Pergh dik..teremosi pulak akak..dengan E3 kali ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yr komen is sooo entertaining! senyum meleret saya..ida pergi terlalu jauh...bapa Naz bukan kawan dgn Pn Sri Freida. Bapa Naz sanggup jadikan anaknya tunang olok2 hanya utk dapatkan duit tu... yg lain2 tu, kita tengok ye

      Delete
    2. kak Ida...siap ade sambungan komen 2 hahhahah....terbaik la kak

      Delete
  16. aduh...sakit hati btul baca entry ni. oppss.. (writer jgn mrh ye :P). tak suka lh mama khaal ni!! watak dia ni really buat temper naik tetiba. sy blh imagine sgt mama khaal ni..huwaa..
    but that means, u did a good job nina in making the character feels so real. next entry pls... ;p

    ReplyDelete
  17. Wah..ape nk jadi ni. Will khaalish be angry coz Naz said that she'll stay away from him? But than agn to the kasim selamat mil version 2012... Naz IS staying away frm Khaalish...ur son yg keep looking for her. So y not u say that to ur son instead. :p

    ReplyDelete
  18. Now that "mummy monster" come! But seriously I like they way u make Puan Sri Frieda. Logik sbb mmg real life mcm tu. Good job, Nina! I nk order siap2 2 copies ya! Mcm PMS dulu! Can't wait to hold KNK printed version.

    P/s: Frieda reminds me a few franchise restaurants in the east coast selling fried chicken like KFC, tp lepas balik ni dh tak jumpa Dah restaurant tu!

    ReplyDelete
  19. veghi de annoying. Macam hapa jaa mak Khaal tu. Sah nyonya mansoooor

    ReplyDelete
  20. suker nye kat naz yg serilek rilek nye ngan nyonya mansur tuh!kot sat g hero malaya tu yg hidup segan mati tok seh,baru ko tau nyonya..cool naz kuar ayat 'i will stay away from ur son'tp yg tk cool tetiba jer terjelma lak!ha amek ko naz sape nk jawap sume neh..nyonya mansur jawap pleaseeeeeeeeee!!!hehe jawap khal jgn tk yer dh makin hot n spicy neh....

    ReplyDelete
  21. Aduss, kesibukan melanda.... baru hari ni dapat jengah.... anyway, kelakar la Naz...she's so cool.... sempat fikir tentang Nyonya Mansoor lagi!...hahaha....

    ReplyDelete