Wednesday, 13 March 2013

Seteguh Fayqa Bab 10

Jeneral dzengalz sudah over, another tiring day.... but at least there's 1 good news :)


Whaddaya all think? This is my attempt to heat things up?


Bab 10



Malam itu Haji Dzulqarnain sekeluarga solat Maghrib berjemaah. Fayqa yang turut bersolat jemaah sekali lagi berasa sebak. Dulu semasa Papa masih ada, jika dia tidak ke masjid, mereka sekeluarga solat Maghrib dan Isya berjemaah. Menumpang di rumah keluarga Dzahim banyak mengingatkan dia kepada Papa dan Mama. Matanya dikelipkan berkali-kali supaya air mata yang bergenang tidak luruh ke pipi. Dari menangis, bukankah lebih elok dia doakan agar roh Papa dilimpahi rahmah. Mama pula..... Fayqa doakan dia bahagia dengan hidupnya.

Usai solat Maghrib mereka makan malam bersama-sama, berehat sebentar, kemudian berjemaah untuk solat Isya pula. Elok habis sahaja berdoa, Farhan dan Daeng datang melawat Dzahim.

“Tengah-tengah malam baru korang nak datang?” sergah Dzahim, “siang tadi aku punyalah boring, tak de pulak korang datang.”

Mata Farhan dan Daeng terus singgah ke wajah Fayqa. Melihat Fayqa mencerunkan mata, mereka faham apa maksud Fayqa. Operasi rahsia si Apek rupanya.

“Malam ni ada game ke, Deng?” tanya Fayqa dengan muka yang kering.

“Aah... ada-ada, Man U lawan Chelsea malam ni,” jawab Daeng, mengikut rentak Fayqa.

Sejak bila pula si Peqah ni minat bola? Hairan Dzahim.

“Eh, Jim, jom arr, lepak kat mapley, tengok bola,” ajak Farhan.

“Ah....korang pergilah. Aku malaslah nak layan bola, lepak kat rumah lagi best,” kelat sahaja muka Dzahim.

Terangkat kening Fayqa, Farhan dan Daeng! Dzahim... lebih suka lepak di rumah dari merambu malam-malam? Muhammad Dzahim Haji Dzulqarnain? Ini tentu sebab kepala yang kena ketuk tu, langsung tidak berani keluar rumah.

“Okaylah, Jim. Kalau macam tu, kau duduklah di rumah. Malam ni aku nak lepak dengan Pa'an dan Deng. Sejak kau keluar hospital ni, aku pun terperap dalam rumah, boring tahap petala dah aku. Gi teh tarik, best juga. Eh, korang, kejap aku gi ambil wallet jap.”

Ternganga mulut Dzahim mendengar kata-kata Fayqa. Biar betul! Fayqa nak keluar? Habis aku ni? Siapa nak temankan?

Bila Fayqa keluar semula ke ruang tamu, dia memberikan arahan, “Pa'an, Deng, korang naik motor, aku bawa Kancillah.”

“Ala, Pek, kau naik motor dengan aku sajalah. Boleh jimat minyak kereta kau tu,” pujuk Farhan, bibirnya sudah tersenyum nakal. Nak cari peluang pecut motor supaya Fayqa peluk kuat-kuat di belakang.

Dzariff yang baru turun dari tingkat atas, bertanya, “Nak ke mana?”

Ah! Jeneral sudah sampai, keluh Fayqa dalam hati. Masak!

“Mamak,” jawab Fayqa pendek.

“Malam-malam macam ni?” kan dah naik nada suara si jeneral.

“Haah, Peqah, malam-malam merayau?” si Dzahim menjadi nasi tambah.

Aik! Apa ni? Jeneral sengal dan prebet sengal bersekutu pula?

“Saya dah tanya Achik Zi, Achik Zi kata boleh,” kerek sahaja Fayqa menjawab.

“Ummi...,” si jeneral hendak memprotes.

“Biarlah Fayqa keluar sekali sekala. Sejak dia duduk dengan kita, tak pernah ke mana dia. Asyik jadi amah Adik saja, kesian Ummi tengok. Keluar dengan Farhan dan Daeng, okeylah tu. Bukan keluar sorang-sorang,” jawab Hajjah Azimah santai, bakul berisi baju yang sudah berlipat mahu dibawa ke tingkat atas.

“Eh, Achik Zi, biar Fayqa tolong bawa bakul baju tu ke atas,” cepat-cepat Fayqa mempelawa diri.

“Tak apalah, Fayqa. Fayqa dah tolong lipat, biar Achik angkat sendiri je. Bukannya berat sangat. Fayqa nak keluar, keluarlah. Jangan balik lambat sangat tau,” pesan Hajjah Azimah.

“Fayqa jalan dulu, Achik,” tangan Hajjah Azimah disalam dan dicium.

“Jomlah, korang, pukul berapa game start?” Fayqa berpura-pura bertanya lagi, hendak memancing Dzahim sebenarnya.

“Abang ikutlah!”

Ha!! Bulat mata Fayqa, prebet yang nak dipancing, jeneral yang dapat? Jeneral sengal ni kenapa? Orang nak lepak, dia nak ikut pula! Ish, boleh kejang kaku aku kalau dia ikut....

“Kalau Abang ikut, Adik pun ikutlah!”

Ha! Dah si prebet pula! Ah! Biar sajalah si jeneral tu ikut, asalkan Dzahim mahu keluar dari rumah. Kali pertama keluar sejak balik dari hospital, Fayqa tersenyum puas. Operasi berjalan lancar....so far....

Mereka bergerak keluar. Farhan dan Daeng naik motor. Fayqa melangkah ke arah Kancilnya, err Kancil Dzahim.

“My car,” arahannya pendek tapi tegas, kata Dzariff yang sudah berdiri di sebelah CRVnya.

“Tak apalah, saya naik Kancil,” Fayqa cuba berkeras.

Mulut tak dibuka pun, cuma pintu kereta yang dibuka. Kemudian Dzariff berpeluk tubuh, tanda menunggu Fayqa.

Huh!! semuanya dia nak tentukan, Fayqa mendengus. Dalam hati sajalah. Tak berapa berani nak memprotes si jeneral. Garang! Itu belum dia buka mulut tu.

Fayqa duduk di sebelah Dzariff, Dzahim di belakang. Sekali sekala, Fayqa menelek wajah Dzahim dari cermin visor penumpang. Bercampur-campur riak muka Dzahim. Seronok dapat keluar jalan-jalan ada, cuak pun ada. Agaknya, abang dia ada, dia rasa selamat, fikir Fayqa. Baguslah, langkah pertama nak bawa Dzahim keluar berjaya.

Pemandu di sebelah hangat hati, si dara di sebelah dijeling sekali. Tadi aku nak ikut, muka dia punyalah masam. Bila Adik kata nak ikut pula, ceria habis mukanya. In love sangatkah? Ini dalam kereta asyik menelek-nelek muka Adik di cermin. Ceh! Young love lah tu! Budak-budak ni apa tahu? Belajar belum habis, dah bercinta.

Tiba di kedai mamak, sementara menanti tayangan langsung perlawanan, mereka memesan makanan. Dzariff yang masih kekenyangan hanya memesan teh o. Farhan dan Daeng yang belum makan malam memesan roti nan dan tandoori. Dzahim yang juga sudah kenyang memesan roti canai, buat penghilang rindu. Fayqa pula memesan mee goreng mamak dengan kari kambing.

Banyaknya dia makan, terkejut juga Dzariff melihat Fayqa makan dengan berselera. Tadikan sudah makan nasi?

Bukan Fayqa tak sedar si jeneral sudah buntang mata melihat dia buruk lantak. Biarlah, sudah berbulan dia tidak dapat merasa makanan kegemarannya itu. Mee disuap dengan penuh nikmat. Jelingan jeneral tidak dipedulikan.

Bila perlawanan bermula, Fayqa bosan tahap petala. Dia bukan awek minat bola. Keluar ini pun hanya sebagai akal untuk pujuk Dzahim keluar rumah. Alhamdulillah, dia tidak pernah lihat Dzahim senyum lebar dan ketawa kuat seperti malam ini. Asyik memerap di dalam rumah, boleh weng otak. Sekali-sekala keluar, kan bagus. Melihat Dzahim bergelak ketawa dengan The Boys, bibir Fayqa mengorak senyuman.

Fayqa merenung Dzahim, Dzariff merenung Fayqa. Eeee, sahlah budak ni sudah angau dengan adik aku. Pandang-pandang, tersengih-sengih sorang-sorang. Si Adik, mamat ala-ala K-pop ini pun jadi pujaan? Hairan, fikir Dzariff.

“Apa pandang-pandang?!” Dzahim menyergah Fayqa, sudah lama dia perasan Fayqa asyik memandangnya.

Kena sergah, sedikit pun Fayqa tak rasa malu, siap buat permintaan, “Order aku roti tisu satu.”

“Oooi, ribut taufan pun berhenti, Pekah. Kau saja yang tak reti nak berhenti,” perli Dzahim.

“Ikut suka akulah, perut aku,” selamba jawapnya.

Roti tisu dihantar mamak ke meja, berebut-rebut pula Dzahim dan Fayqa makan. Jenuh Dzariff menahan dirinya dari menjeling ke langit. Soooo childish!

“Hoi, kalau kau nak, orderlah kau punya sendiri,” marah Fayqa, belum puas makan, sudah habis roti tisunya dibelasah Dzahim.

“Makan berebut ni sedap, makan sorang-sorang tak sedap,” kata Dzahim, jarinya dijilat-jilat, nikmat makan roti tisu.

“Ceh! Eh, cepatlah order lagi roti tisu. Aku tak puas makan tau,” marah Fayqa.

Eee, buruknya melantak, kutuk Dzariff dalam hati.

“Dahlah Fayqa, sudah-sudahlah makan tu, nanti gemuk gedempol, sapa nakkan kau?” oooh, suatu statement yang berbisa. Kepala tu nak kena ketuk lagikah?

“Apek kalau gemuk pun sure laku punya,” celah Daeng, konon nak sokong Fayqa.

“Eh, Deng, laku-laku ni, kau ingat aku ni barang jualan kat kedai ke?' Daeng pun dah kena. Malu juga rasa Fayqa, disebut-sebut laku di hadapan si jeneral sengal.

“Eh, Apek ni, aku puji pun marah. Perempuan lain kalau puji suka, kau ni memang peliklah,” macam kecil hati pula Daeng.

“Apek memang pelik. Tapi pasal pelik dia tulah yang best. Tak pe, Pek. Kalau kau tak laku, aku ada,” komen Farhan. Nampak muka selamba sahaja …....tapi kahwin dengan Apek okey juga apa? Senang hidup, dapat isteri yang tak cerewet macam dia.

Fayqa yang mendengar, menarik muka bagaikan berkata, “Whatever!”

“Oi, sapa nak kahwin dengan korang? Belajar pun jenuh aku yang buatkan assignment. Eee, kalau kahwin dengan korang, jenuh semua aku kena buat. Sorrylah!”

“Pek, dah jadi suami, tentulah berubah. Jadi penuh bertanggungjawab, sure hidup kau senang punya, aku gerenti,” sambil ketawa, Farhan menabur janji.

“Tak payah, tiga tahun kawan dengan korang, aku dah tahu perangai korang luar dalam....”

Oh, banyak peminat dia, fikir Dzariff. Perempuan selebet macam ni pun ada yang suka? Hairan, berganda-ganda hairan!

Habis tengok bola, The Boys bergebang-gebang panjang. Fayqa hampir tersengguk-sengguk. Menyesal pun ada, kalau di rumah, kan dah boleh landing atas katil. Si Dzahim ni sekali keluar rumah, macam dah tak mahu balik.

“Jim, jom balik arr. Aku mengantuklah. Esok nak kerja,” entah dah berapa kali Fayqa mengajak Dzahim balik. The boys bertiga itu tak kerja, hidup tajaan mak bapa, bolehlah lepak sampai ke pagi.

“Abang pun dah mengantuk, esok kerja. Abang balik dengan Fayqa dululah,” tiba-tiba Dzariff membuka mulut. Dia pun sudah jemu duduk melepak di situ, suatu perkara yang jarang dia buat.

“Eh, okeykah, Abang?” tanya Dzahim yang masik seronok bergebang-gebang dengan kawan, terlupa sebentar trauma yang dialami.

Ceh! Nak balik dengan jeneral sengal? Mata Fayqa yang mengantuk tadi, dah terbuka cerah. Eee, torture lagi aku, nak naik kereta dengan dia.

Belum sempat Fayqa nak kata apa-apa, Dzariff sudah bangun, “Jom,” katanya.

Melihat Dzariff yang sudah tiba ke CRVnya, Fayqa serba salah. Tak ikut, dia sudah letih dan mengantuk. Nak ikut, tentu akan sakit hati nanti. Confirm!!

Ah! Ikut sajalah. Nak tunggu The boys ni, tak habis-habis buka cerita baru. Kakinya melangkah ke arah CRV Dzariff. Pintu dibukakan untuknya, Fayqa melangkah masuk.

Dalam perjalanan, mereka berdua tak bercakap langsung. Lebih elok begini, dia tu kalau buka mulut tentu sakit hati aku, fikir Fayqa.

Tiba di halaman rumah, sebaik sahaja kereta diparkir di anjung rumah, Fayqa mencapai kunci pintu kereta, cepat-cepat nak keluar. Belum sempat buka pintu, tangan kanannya digenggam tangan kiri Dzariff.

Dia buat dah! Apa lagi ni? Ditunggu Dzariff bercakap, tak pula dia kata apa-apa. Sengal betul!

“Boleh tak awak jangan suka-suka pegang tangan saya?” nada suaranya dijaga supaya mendatar. Tidak mahu beremosi bila bercakap dengan dengan si jeneral sengal, sebab kalau tidak dikawal, memang Fayqa rasa nak jerit-jerit, nak lempang-lempang mamat seorang ini.

“Siapa kata saya SUKA pegang awak?”

Kan dah kata? Dia buka mulut saja, sakit hati aku? Fayqa menjeling ke langit.

“Kalau tak suka, buat apa awak pegang? Lepaslah!” Diprotes Fayqa, tangannya dilepaskan.

“Saya nak cakap dengan awak,” dalam gelap, Fayqa tidak dapat melihat wajah Dzariff dengan jelas.

“Cakap dalam rumah sajalah. Saya nak masuk ni,” sekali lagi tangan Fayqa mencapai kunci pintu kereta.

Tangan kanan Fayqa digenggam sekali lagi, “Stay! Kita cakap di sini, ada privacy. Saya tak mahu mak bapa saya dengar.”

Tangannya direntap lepas dari genggaman Dzariff, “Okey, awak nak cakap apa?”

“Kurang manis, gadis melepak malam-malam dengan lelaki,” perlahan sahaja nada suaranya.

Apa ni? Tazkirah tengah-tengah malam? Fayqa mengeluh. Agak-agaklah, Bhai. Tengah-tengah malam, dalam gelap nak jadi ustaz. Aku ni pun bukan hadap sangat nak pergi melepak dengan mamat bertiga tu. Hangat hati!

Nafas ditarik, chill, Fayqa! Si jeneral tu bukan suruh kau buat benda tak elok. Niatnya nak bagi nasihat. Terima sajalah.

“Saya tahu. Saya, kalau keluar dengan the boys tu, untuk buat assignment saja. Malam ni kami buat rancangan supaya Dzahim mahu keluar rumah,” cubaan Fayqa untuk berbincang dengan baik.

“Okey, tapi jangan dibuat lagi. Kalau nak buat assignment, buatlah siang-siang.”

“Memang buat siang-siang, melainkan kalau masa dah suntuk, saya pula bekerja shift malam.”

“Dah, jangan kerja malam lagi. Kan elok awak bekerja dengan Dzalia.”

“Tengoklah. Buka sem nanti, saya ada kelas, tak bincang lagi dengan Kak Yaya, saya boleh kerja part time ke apa.”

“Nanti saya cakap dengan Dzalia, biar dia adjust waktu kerja awak.”

“Entahlah, buka sem nanti, saya nak cari bilik sewa.”

“Buat apa?!!” Elok-elok bercakap, tiba-tiba naik dua, tiga oktaf suara Dzariff.

Dia buat dah! Keluh Fayqa dalam hati.

“Takkan saya nak menumpang di rumah awak sampai bila-bila?” Fayqa masih cuba berbincang elok-elok.

“Duduk sajalah, tak ada masalah apa pun,” dari nada suara Dzariff, Fayqa tahu dia takkan menang kalau bercakap dengan mamat seorang ini.

“Saya tak suka menyusahkan orang.”

“Awak tengok, kami susahkah bila awak duduk dengan kami?”

“Awak tak faham.”

“Apa yang nak difahamkan? Awak sorang-sorang di KL ni, tak ada saudara mara. Rumah kami ada bilik kosong, duduk sajalah. Keluarga saya pun dah anggap awak macam ahli keluarga sendiri,” panjang syarahan Dzariff, budak mentah ni dah diberikan amaran oleh polis pun, tak boleh fikirkah?

Kan aku dah kata, dia takkan faham. Buat apa nak buang masa terangkan kat dia? Hati Fayqa sudah mula berdongkol-dongkol.

Bila agak lama Fayqa mendiamkan diri, Dzariff sudah mula hilang sabar, “You're not leaving.”

Fayqa masih mendiamkan diri, makin panas hati Dzariff, “Dengar tak?”

“Dengarlah.”

“Habis, kenapa tak jawab?”

“Sebab jawapan saya bukan awak nak terima.”

“Kenapa awak degil sangat?”

“Bukan degil, tapi saya tak nak menyusahkan orang. Awak faham tak? Saya segan duduk percuma, makan percuma macam ni.”

“Kan keluarga saya tak kisah?”

“Masalahnya saya kisah.”

“Jangan degil, you're not leaving. Final.”

Penat “berbincang” dengan si jeneral, cepat-cepat Fayqa membuka pintu kereta. Si jenaral pula, tidak pernah ada orang yang mengangkat kaki semasa dia sedang bercakap. Direntapnya tangan kanan Fayqa sehingga terdorong Fayqa ke belakang, kemudian tangan kiri Fayqa pula digenggam.

“Never walk way when I am talking to you,” perlahan tapi menyeramkan. Meremang bulu roma Fayqa.

“Awak ni siapa nak buat saya begini? Abang tidak, saudara pun tidak. Ikut suka sayalah nak keluar kereta ke, nak keluar rumah ke,” nampaknya waktu untuk “berbincang elok-elok” sudah tamat.

“Bukankah saya dah kata, selagi awak tinggal di rumah saya, awak tanggungjawab keluarga saya, termasuk saya,” tidak kuat suaranya tapi tetap keras.

“Sebab itulah saya nak keluar, saya tak nak menyusahkan awak sekeluarga. Tak perlu jadi tanggung jawab awak lagi,” sambil bercakap, Fayqa cuba merentap kedua belah tangannya. Rimas kena pegang begitu dan marah kerana Dzariff tidak menjaga batasan sebagai bukan mahram.

“Kenapa? Kenapa?” tanya Dzariff sambil menguatkan genggamannya, “Kenapa tak mau kami jaga awak? Supaya awak boleh lepas bebas, keluar malam-malam ikut suka hati awak?”

Sudahlah dipegangnya aku, dituduh macam-macam pula! Oh! Hatinya sudah bertukar menjadi lava. Walau pun tangannya digenggam kuat, tapak tangannya menolak kuat dada bidang Dzariff. Wah! Langsung tak bergerak, macam tembok kukuh. Semakin geram hati Fayqa, meronta-ronta dia untuk melepaskan diri.

Tiba-tiba lampu anjung menyala! Fayqa dan Dzariff kaku seketika, kemudian kedua-duanya menoleh ke arah pintu depan yang terbuka. Hajjah Azimah berdiri di situ, tertinjau-tinjau kenapa mereka belum turun dari kereta. Terkejut dua orang dalam kereta itu, mata bertembung. Dalam gelap tidak sedar, bila cerah baru sedar wajah mereka hanya berjarak tiga inci. Juga tersedar, mereka berdua sudah tercungap-cungap, seorang kerana meronta, seorang kerana memegang orang yang meronta. Cepat-cepat Dzariff melepaskan tangan Fayqa.

88 comments:

  1. Replies
    1. Magic word...tercungap-cungap.

      Delete
    2. i pun tercungap-cungap membaca.. hihi

      Delete
    3. hahaha!! bt0l kak farah!!! magic word sungguh!!hahaha

      Delete
    4. rase2nye..semua org tercungap-cungap...hehehe

      Delete
    5. Oohh ohh tercungap-cungap haha lol

      Delete
    6. he he you gals are my source of inspiration

      Delete
  2. Hah x sgka ada bab 10 begitu pantas..tq nina..lmbt lg nk couple ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. syarp...lambat lagiiiii, eh couple dgn sape?

      Delete
  3. Hah x sgka ada bab 10 begitu pantas..tq nina..lmbt lg nk couple ye

    ReplyDelete
  4. Adoi, nampak dek Hajah Azimah mau sakit jantung ni. Haha.. Byk sgt misunderstanding diorg berdua nih. Enche' jeneral, jgn nk judgemental sgt boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju!!!!! Kawinkan aje Pekah dgn Jeneral...... Huhu..... Dan bermulalah projek memikat suami...er in this case, isteri?

      Delete
    2. terfikir gak depa kawen kan lepas ni... tak sabar nak tunggu
      ..... ikut teruja hilang ngantuk ye sebab berpeluh2 hehehe

      Delete
    3. wah! setuju sangat2. nikahkan aje dua org tu....

      Delete
    4. best gak idea projek memikat isteri tu.. tp msti general guna cara ala2 tentera gitu.. hihihi..

      Delete
    5. Kena tangkap basah dgn hajah. Pas ni mesti kena kawen

      Delete
  5. Hahahaha sengal la memang sengal sijeneral ni..... cemburu tak nak mengaku hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum sedar lagi tu...di bwh kesedaran

      Delete
  6. Hehe....sy org pertama!
    Best ar, tp apa agaknya apa akan jd eh?
    Dorang ditangkap dlm keadaan intim ni,
    Uishh... tak sbr nak tau citer seterusnya..

    ReplyDelete
  7. Opss!! mana tau nanti Hajjah Azimah fikir bukan2 pulak. Erk, General ni sebenarnya anggap Fayqa sebagai adik atau dia memang ada hati dgn Fayqa? Kompius! =.='

    Amboii Nina, idea datang mencurah-curah ke? Boleh lah mintak 1 lagi bab. hehe

    ReplyDelete
  8. Rindulah tu sb tu tak nak bg apek move out.. Ego tahap petala nak mengaku dah syok kat apek... Jeneral, jeneral... Kalau lambat, org rembat.....padan muka..

    ReplyDelete
  9. Ops! Membako der!! Jeneral n prebet. Fayqa rasa dia menyusahkan orang tp bleh amik masa kan fikir baik buruk knp Dzariff tak bg dia kuar dr rumah tuh. dan Dzariff plak, cuba ckp elok2 dgn Fayqa knp dia tak bleh kuar dr rumah tuh. Ckp dgn Fayqa ni kena terang btul2, lembut2, bkn marah2. Mana la tak membako je Fayqa ni yeop oii! Dgn aku2 skali terbako!!

    ReplyDelete
  10. Its official. .. Inche suami thinks that I dah weng... Senyum and gelak sorang2... I although inche general gila annoying... I sangat suka dia. ..semangat gile kuasa dia memikat. ... And best bile they all kena tangkap basah.... Hahahaa

    ReplyDelete
  11. Kikiki menggigil lh baca chapter ni

    ReplyDelete
  12. Love n like...sgt susah sebenarnya nak cari lelaki yg bertanggungjawab pada zaman ni...jeneral dlm garang ada rasa tanggungjawab...dalam memaksa ada rasa perihatin dan dalam kasar ada kasih sayang....fayqa seorang yg kuat semangat,unik orgnya and cool giler...

    ReplyDelete
  13. gulp - speechless... Ape yg Hajah Azimah pikir ek?? kehkeh
    hati saya bukan takat terbako ni tp dah rentung jd abu..kuang2
    cemane Fayqa nak marah/menyampah ngn jeneral. den tetap sukoooo..kahkah

    TQ Sis

    ReplyDelete
  14. adoyyyy la dah la td tenang2 si sexy gothee berdegup jantung bagai nak pecah mengganggu perasaan aikkk mlm plak si general sengal menambah bara hampir ke kemuncak ....jenuh la cenggini...maakkkkk....jgn salah faham okies....fayqa x salah huhuhu

    huhuhuhu....streeezzzzzz tetiba x leyh nak add komen...dari tadi try x jugak3 boleh tembus ....sbb x bace bismillah kotttt....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2... sexy gothee & general sengal ni sama je.. EGO.. hihihi

      Delete
  15. haa..kan dh kantoi ngan mak..bg kawen jer trus mak oi..hehe

    ReplyDelete
  16. Makcik Azi tolong kami tak buat apa2.....jeng..jeng..jeng...apakah tindakkan makcik azi seterusnya?

    ReplyDelete
  17. aiyark jeneral senagl jeles dgn prebet manja tu ka? dont worry ma awak kan jeneral dzariff, dzahim tu prebet je pun.. tak mauny peqah kat prebet ngada tu. oh-oh umi dah berjaya tangkap basah?

    ReplyDelete
  18. Hoho.. Sgt teruje, ape jd eh pas nie, Achik Azi dh nmpak!!!!! Ayokkkk, moh kawinkan mereka... Hahaha

    ReplyDelete
  19. tak bernafas bace...huhu..suspen btol!!heheh...like!

    ReplyDelete
  20. Siapa kata saya suka pegang awak? Amboi jeneral sengal, tak suka apa namanya tu.

    I like... I like... I like....

    Bravo Nina

    ReplyDelete
  21. Haha kantoi...habisla....cepat jeneral pikir alasan nak cover line

    ReplyDelete
  22. Dh terkantoi ngan acik azi la plak...cam cpt jer kne kawen dorang ni

    ReplyDelete
  23. wah best gilak crita tok...sambung cepat cik nina....suka ngan story yg kitak tulis...(saja nak cakap bhs swak) huhuhu jgn marah k

    ReplyDelete
  24. Best2...suka2.....ayat yg sempoi n lawak.....fayqa n zrariff.....sweet couple.....nak tanya fayqa n dzariff umo diaorg berapa?...nanti cpt wat sambungan.....hehehe

    ReplyDelete
  25. waaaaaaaaaaaaa!!!! sentiasa BESTTT bila part diorang ni!!!!! kawen terus ahhhh...

    ReplyDelete
  26. Hohoho.. prebet.. jeneral.. pekah... aaannndd aunty zi..... wahahaha
    I like♡

    ReplyDelete
  27. jiwang sy malam ni.. layan cite mohabatein.. pastu bace plak cite jiwa2.. wehuuuu.. kembang setaman dah hati ni..

    ReplyDelete
  28. So pantas!haha x sempat lg nk komen bab 9 dah naik ban 10..laju mcm rocket.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sshhh... biarkan. kita jugak yg untung.. ;)

      Delete
    2. SOKONG...SOKONG...SOKONG...kakakakaka

      Delete
    3. Ekceli tu yg kita suka tu hehe. Take note nina

      Delete
    4. ila zr. bila awak kate ekceli kan....terus tingat kat minah ekceli dlm 1 novel nih sbb dia ske boh pekataan ekceli 2 kalo nk bercakap muahahhahahah

      Delete
    5. da bce nvel tu..aah bt0l..areila shahimi kan?hehe

      Delete
  29. rasanya dzengal lagi risaukan pasal fayqa dari adik dia sendiri lah. hmmm....

    ReplyDelete
  30. best..apa susah jeneral ajak je si pekah tu kawin , nak sgt btggungjwb..ha amk ler skrg..pekah gamaknye lepas kawin bleh jd cam una tak?..apa2 pun tq nina..haplot lgi n3 esok deh!

    ReplyDelete
  31. best..apa susah jeneral ajak je si pekah tu kawin , nak sgt btggungjwb..ha amk ler skrg..pekah gamaknye lepas kawin bleh jd cam una tak?..apa2 pun tq nina..haplot lgi n3 esok deh!

    ReplyDelete
  32. Sengal jeneral ni..sian fayqa tau...

    ReplyDelete
  33. Tersengih2 baca bab ni. I like when Jim panggil Fayqa "Peqah", cute. Suka dengan hubungan Jim, Peqah, Deng dan Pa'an, BFF yang sayang dan caring for one another. Berusaha mereka nak buat Jim spt sediakala.
    Jeneral sengal teramatlah merimaskan, senang2 nak control hidup Peqah. Tak suka cara dia, tapi gelagat Jeneral menghiburkan. Terhibur baca Jeneral yang salah faham dgn hubungan Peqah n Jim. Its really funny, Jeneral mcm tak pernah ada close female friend, terus dia ingat Jim dan Peqah bercinta. Jangan2 si Jeneral sengal bercinta pun tak pernah ya. Eh janganlah kawinkan Peqah dan Jeneral cepat2, biar hujung2 nanti, sekarang lebih suka tgk Jeneral semakin tak senang duduk bila lihat hubungan rapat Peqah dan Jim.

    ReplyDelete
  34. haiiiii si jeneral ni sll bt aty fayqa tebako... ape yg hajah azimah pikirkan eh tentng mereka..pape pun sy suke la...cpt next episode....nk lagi....hahaha
    thanx sis :)

    ReplyDelete
  35. woooot! Jeneral Dzengal mula tunjuk taringnya! hoho, love love it! I wonder what happened to Fayqa's mother though

    ReplyDelete
  36. emm arr emm ehem ehem ishk.ishk apo nak jadilah bebudak ni? hehehehe ini bukan gaduh-gaduh manja dah ni hehehe. apapun Nina seperti biasa suka sangat sangat. Perkembangan yang sangat menarik. jadiiiii Apa kata Hajah Azimah?????!!!! *wink wink*

    ReplyDelete
  37. wow.. falling in love with mr sengal.. caring & protect sgt2..apa agaknye dlm fikiran hajah azimah??? hmmm .. wah rindu dh ngan mr sengal.. keep it up nina.. <3 <3

    ReplyDelete
  38. jeneral sengal jealous..i like :)

    ReplyDelete
  39. kena tangkap dengan achik... lalala... masaklah jeneral garang tu. sian dik pekah.

    ReplyDelete
  40. hehe,x sabar nk tggu next entry..

    ReplyDelete
  41. awwww..tetiba ai plak yg malu..gataiiii *wink*

    ReplyDelete
  42. adeh lawak la pulak... nice. crita ni santai sikit.... tq cik penulis

    ReplyDelete
  43. Lelah sy Cik Nina oi, Dzariff ni hidup zaman ditektor kah? Asyik-2 nak sekat Fayqa, macamlah gadis tu milik dia.

    Ke dalam hati sudah ada taman. Itu yg berbunga-bunga sampai lupa dan tak sedar dirinya dah jatuh hati kat Fayqa.

    Achik Zi, kahwinkan ajelah si jeneral tu dgn Apek. Kan dah kena tangkap berdua-duaan dalam keta.

    ReplyDelete
  44. heeheeee...ini bukan kena tangkap basah,tapi kena tangkap malam2 heehee amek ko jeneral,sape nk kena tanya n sape nk kena jawap...or cape lh plak nk bertanggung jawab....haahaahaa mmg masak..

    ReplyDelete
  45. woweeee...jeneral yg sgt annoying tetapi tetap menggoda kot!
    rsanya diri sndiri pn dh ikot sengal~

    ReplyDelete
  46. Acik azi ingat jeneral sengal do something kat pekh .pekah...lak tindakan refleks kelo laju dr kete..lg la cuak acik zi...dgn muka pucat n tercungap-cungap muka depa brdua lg le acik zii...terkelu lidah...dan perhatikan si sengal ber2tu.....dlm pada tu cepat le nina....samb n3 ni cepat cepat.. Sesak nafas ni

    ReplyDelete
  47. to me jeneral sengal is too annoying.. hope next chapter dia kena basuh dengan mak dia kaw2 punya.. but yet mak jeneral sengal akan pujuk fayqa to stay in a motherly way gitu.. hihi..

    what happened between apek and her mother anyway? tak sabar la nak tau kak nina oiii hihihi

    ReplyDelete
  48. kak nina! kak nina! this is amazing! this entry tastes like 'dessert', sebab baru lepas 'telan' main course KNK!!!!! ngeeee (^.^) Ahamdulillah, found your second 'buah tangan' tu di Senai International Airport, Johor. was on the way to tempat kursus. merata kat Terengganu tu saya cari, tak jumpe. Rezeki~~~ (^.^)v

    ReplyDelete
  49. aaaaaahhhhhh sukanyaaaa....cepatlahhh keluar novel ni kat pasaran...x sabar....mcm buku PMS lebih 20 kali dah saya ulang...besttt...terbaekkkk

    ReplyDelete
  50. dzariff!!! hang buat ap dgn ank dara org tu!! "i pulak jd jeneral" hehe

    ReplyDelete
  51. suka this feeling bila baca bab nie.... expecially yg last part :)

    ReplyDelete
  52. Ala encek dzarif..kalu suka kata suka..eeeeiii..syok nyer..ahaks..

    ReplyDelete
  53. HAHAH....kelakar betullah bab ni......si enchik jeneral yang mahu tapi kayu hati ni....

    ReplyDelete
  54. Whoaaa!!! kantoi ngn mak jeneral... ape la reaksi mak jeneral tu eh...

    ReplyDelete
  55. Achik Zi, kahwinkan je dua orang tu heheh

    ReplyDelete
  56. wakakaa...pek dah rimas sgt dgn peel jeneral yg mnjadi2 tuu...
    mcm biasa mmg best!!!
    Adusssss cpt skt terbit novel ni..
    mmg tak sabo nak bc smpi lunyai novel... ekekee

    ReplyDelete
  57. Sis nye story slalu mmbuatkn org berperang ngn perasaan..x sabar nk tggu selanjutnye..

    ReplyDelete
  58. ahhhhhhh!!!!!!! mak dia nmpk la plak..... hahahhhah..... tercungap2 jgak saya baca... :D
    -Syira Azmi-

    ReplyDelete
  59. pergh ..kelakar giler bila sijeneral sengal tu menyekat kebebasan sifayqa seakan minah tu hak milik kekal dia pulak kan? sanggup dia keluar malam menemani minah tu..walaupun mungkin ..ini kali pertama dia keluar lepak kat kedai mamak berembun ..dengan alasan nak menemani adiknya Dzahim ..tetapi ..mungkin ada maksud lain yg hanya dia sendiri dapat kupaskan kenapa hatinya rasa tak senang bila minah tu mahu keluar beramai ramai dengan adiknya..dia ingin ada sekali..sekiranya dia takut kan adiknya..tak akan dia biarkan adiknya dengan kawan kawan melepak lagi dikedai mamak sedangkan dia balik berdua sahaja dengan minah tu..dan boleh pulak dia sempat bergaduh dengan minah tu..macam ada yg tak kena kan..dengan sijeneral sengal ni..
    Akak rasa minah ni mmg betul betul misteri orangnya kan..adakah dia dari keluarga ternama ..dan kenapa ya ..dia membiarkan ibunya keseorangan dan rasanya dia tidak pernah sekali menalipon ibunya menanya khabar..seakan akan dia dan maknya telah berputus arang..dan perjalanan hidupnya dia sendiri yg menentukan susah senangnya..adakah setelah ayahnya meninggal dunia..ibunya berkawen baru..dan dia tak sehaluan dengan papa tirinya...muykil ni dik..cer citer..nak tahu juga..seakan akan dia anak piatu..sebelum masanya...

    ReplyDelete