Friday, 15 March 2013

Seteguh Fayqa Bab 12...errrr...


humph! selagi tak siap tak mo lena. esok kerja. masak kata burung hantu yg teman saya sehingga 4 pagi.


betul2 free writing, no editing for sense, no editing for grammar.
harap2 makes sense, harap2 enjoyable.


serius, next entry minggu depan, 20hb gitu. S.E.R.I.U.S



Bab 12



Semua orang pandang Fayqa! Muka terkejut, ada yang terlopong mulut, ada yang terbuntang mata. Fayqa sendiri terlopong mulut DAN terbuntang mata. Terhenti jantungnya seketika, otak pula kosong.... blank!!

Bila otaknya sudah berfungsi semula, perkara pertama yang dia terfikir adalah malu. Malu besar!! Jim main buat pengumuman sesuka hati dia, dia tak fikir tentang air muka akukah? Wajah ahli keluarga Dzahim dipandangnya seorang demi seorang, pijar sunnguh rasanya muka!

“Jim..... errr..... Jim,” macam mana nak cakap ni?

“Lek arr, Pekah, family aku cool,” balas Dzahim, tersengih-sengih.

“JIM!!” hah! Kan dah terlepas! Tak ada control cun!

Semua. Orang. Terkejut.

“Ehem,” Fayqa berdehem, tekaknya rasa kering sangat, “Jim, jom kita cakap kat luar kejap. Pak cik, Achik, saya keluar kejap ye.”

Dzahim masih lagi tersengih-sengih, kena jegil mata dengan Fayqa baru nak angkat bontot. Fayqa melangkah ke laman di hadapan rumah, Dzahim ikut tak kata apa.

“He, he, he,” mengekek-ngekek Dzalia dan Dzureen ketawa, mata tak lekang melihat fayqa dan Dzahim.

“Yang korang berdua ni ketawa kenapa?” sergah Dzariff.

“Fayqa dengan Adik tu....cute couple la,” komen Dzalia, sengaja hendak membakar.

“Couple? Babah.... belajar pun tak habis lagi, takkan nak bagi kahwin?” jelas sangat Dzariff memprotes.

Dzalia dan Dzureen berlawan menjungkit kening, kemudian mengekek-ngekek. Nakal ya ampun! Ketawa adik-adik perempuannya tidak dipedulikan, Dzariff menunggu komen bapanya.

“Babah memang tak setuju bernikah sebelum mampu nak sara isteri. Tapi Fayqa tu.... lain. Kalau difikir-fikirkan, Babah rasa dia saja yang mampu buat Adik jadi matang. Kita tengok macam mana........,” jawab Haji Dzulqarnain, kening berkait memikirkan hal anak bongsu dan gadis muda yang kuat serba serbi itu.

“Ummi suka sangat Fayqa. Sekarang pun Ummi dah rasa macam anak sendiri,” sambut Hajjah Azimah.

Huh! Mendengus kuat Dzariff. Apa kena dengan mak bapa aku ni?

Tiba-tiba Dzureen terjerit kecil, “Balkoni atas!” bahu Dzalia dicuit, “Race you!”

Dzureen sudah tiba di tangga ke tingkat atas, sementara Dzalia pula menarik-narik tangan si abang.

“Apa ni?” marah Dzariff pada Dzalia.

“Bang, jom skodeng... Fayqa terima tak proposal Adik!” si keras hati Dzalia tak reti mengalah, Abang yang tak bergerak ditolak pula dari belakang.

Si abang yang sasa, sengaja membiarkan si adik menolaknya dari belakang, sebab dalam hati sebenarnya teringin juga nak tahu apa respon budak perempuan tu.

Haji Dzulqarnain suami isteri menggeleng kepala melihat karenah anak-anak, tapi bibir masih tersenyum. Yang si bongsu tiba-tiba nak menikah, yang perempuan kaypohchi tak ingat orang, yang sulung.... yang sulung.... sebenarnya yang sulung ini yang sudah tiba masa untuk mencari pasangan hidup.

Ruang tamu di tingkat atas gelap gelita. Dzariff menjuling ke langit. Akal si Dzureenlah ni. Nak skodeng orang di bawah, tempat skodeng mestilah gelap. Supaya mangsa tak sedar mereka diskodeng.

Si kaki skodeng nombor satu sudah siap bersila di hujung balkoni, dapat tempat duduk kelas pertama! Si kaki skodeng nombor dua cepat-cepat duduk di sebelah. Khusyuk mengikuti siaran langsung dari taman di bawah. Si abang yang juga teringin nak tahu, hanya berdiri berpeluk tubuh, bersandar di pintu gelangsar. Mahu tahu tapi mesti maintain macho depan adik-adik.

Bunyinya macam Fayqa di bawah sedang basuh Dzahim cukup-cukup. Mamat K-pop tu selamba ketawa mengekek. Peduli apa Fayqa marah? Memang dah biasa hari-hari kena marah dengan Apek tu.

“Jim!! sejak bila kau cintan cintun dengan aku? Macam aku tak tau akal kau..... kau nak gunakan aku je, supaya senang hidup kau di U.K. nanti. Entah-entah kat sana nanti aku pulak kena buat segala assignment kau. Nak buat bini konon!”

Dzahim ketawa besar, “Kau kenal benar dengan perangai aku, Peqah.”

“Kepala kau tu memang nak kena ketuk sekali lagi. Suka hati kau je malukan aku depan keluarga kau. Lepas kau pergi U.K., aku nak pindah keluarlah, nak cari bilik sewa, macam dulu,” bulat tekad Fayqa, dah malu macam ni nak tunggu lagi?

“Eh! Tak boleh Pekah. Aku serius ni, kau kena ikut aku ke U.K.”

“Jim, aku rasa kau ni memang permanent head damage! Aku tak mau kahwin dengan kau, habis nak ke U.K. buat apa?”

“Peqah, kalau aku pergi, kau pun pergi,” gaya bercakap si prebet dah bunyi macam si jeneral. Menyampah Fayqa!

“Jim, kau dengar betul-betul. Aku ni bukan adik kau, bukan bini kau. Tak ada sebab aku nak ikut kau ke U.K.” serius ini cubaan Fayqa terakhir untuk berbincang baik-baik dengan Dzahim. Kalau tak jalan juga, memang sah kena ketuk kepala mamat tu sekali.

“Ada...” berubah nada suara Dzahim, perlahan jadinya.

“Kau cakap apa ni?” Mulalah nak merepek mamat ni, fikir Fayqa.

Dzahim menoleh ke belakang, meninjau ke arah rumah, bimbang kalau ada yang memasang telinga. Wal hal dia tak tahu, penonton-penontonnya ada di atas.

“Sini,” dia berbisik sambil menggamit Fayqa yang duduk di kerusi batu bertentangan dengannya.

“Apa?” tanya Fayqa, malas nak melayan si sengal.

“Sinilah!” suara Dzahim semakin kuat.

“Apa?!” suara Fayqa sama naik, sedikit pun tidak bergerak.

Dzahim hilang sabar, dia berpindah ke kerusi batu di sebelah Fayqa, kepala Fayqa ditarik rapat. Dzalia dan Dzureen di atas menarik nafas tajam! Adik nak ….? Dzariff yang bersandar di pintu pun turut mengambil satu langkah ke hadapan, lehernya dipanjangkan hendak menjenguk karenah budak berdua di bawah sana.

Rupanya kepala Fayqa ditarik sehingga telinganya rapat ke mulut Dzahim.

“Hah!!” kuat respon Fayqa selepas mendengar apa yang dibisikkan oleh Dzahim. Punyalah terkejut hingga terlupa nak marah Dzahim kerana memegang kepalanya tanpa berlapik.

“Kau biar betul Jim?” mata Fayqa buntang besar piring.

“Betullah,” jawab Dzahim, Fayqa tak pernah tengok mukanya serius sebegini.

“Kalau betul, kau cakap dengan aku,” muka Fayqa pun serius.

Penonton di atas sikit lagi mahu jatuh ke bawah, punyalah nak pasang telinga. Si mamat macho pun dah berada di sebelah Dzalia. Sekali lagi bibir Dzahim dirapatkan ke telinga Fayqa. Sok, sek, sok, sek, berbisik. Penonton di atas pasang telinga penuh teliti tapi sidikit pun tak dengar. Tsk! Kecewa!

“Muhammad Dzahim Haji Dzulqarnain!!!” Fayqa sudah naik pangkat jadi sarjan mejar.

Penonton-penonton di atas terkejut macam nak melompat. Apa yang buat Fayqa marah sangat hingga seru nama penuh si adik?

“Muhammad Dzahim Haji Dzulqarnain!!!” macam tak cukup sekali menyergah.

Tegak Fayqa bangun dari kerusi baru. Tangan bercekak di pinggang, matanya dijegil, rupanya macam singa nak menelan mangsa.

“Aku cakap, kau kata membebel!! Kau kata aku mak cik kaki bebel! Macam-macam kau kutuk aku! Sekarang siapa yang susah? Kalau kau sorang yang susah, aku tak kisah! Ini dengan aku sekali susah!!” Mulutnya membebel tak berenti-renti, Fayqa berjalan mundar mandir di laman sambil mencari-cari sesuati di tanah.

“Pek! Kau jangan marah Pek. Kau tak kesian aku ke Pek?” hilang sudah Dzahim yang happy-go-lucky, yang jenis selamba tak kisah. Merayu-rayu pula dia pada Fayqa.

Terhenti Fayqa dari operasi mencarinya, “Hoi!” jeritnya kepada Dzahim, “Aku lagi kesiankan diri aku tau! Sengal keturunan kau ni.”

Disambungnya operasi mencari. Ha! Dah jumpa! Ranting kayu kering kecil sepanjang dua kaki dikutip. Dihayun-hayunkan sekali dua, bagai pemain pedang menghayun pedang. Whoosh! Whoosh!

“Peqah! Kau nak buat apa ni Peqah?!” Dzahim cepat-cepat bangun, nampak gaya macam nak kena lari ni.

“Nak buat apa? Aku dah tak mau membebel. Done! Enough! Aku cakap kau tak mau dengar, biar ranting kayu ni yang bercakap!”

“Peqah! Peqah! Eh, Peqah! Aku ni bari keluar hospital ni. Mana boleh kau buat aku macam ni? Apek! Aku jerit panggil Ummi nanti,” nak mengelak dari libasan ranting di tangan Fayqa, berputar-putar Dzahim lari keliling meja batu.

“Kau panggillah mak kau. Panggil, panggil! Senang aku nak ceritakan semua kat dia,” fayqa macam gajah naik minyak.

“Pek! Pek! Oi, aku baru baik sakit ni Pek,” terlolong-lolong Dzahim, berlindung di balik meja batu.

Penonton-penonton kelas pertama di tingkat atas terlopong tak terkata apa. Terkejut. Penonton di tingkat bawah yang menjenguk dari balik tingkap bila terdengar Dzahim terpekik terlolong, sama terkejut. Hajjah Azimah pandang suaminya, suaminya pandang dia.



62 comments:

  1. aahahaaaa... apaa la agaknya jim dah bisik kat si peqah tu? nak tau jugak..

    ReplyDelete
  2. ishhhhh.... 20hb...lama tu nak tgu jawapan... garangnye Pek...mengalahkan Achik Azi.....

    ReplyDelete
  3. Jim cakap Jeneral Sengal syok kat fayqa

    ReplyDelete
  4. Nina, tq for fulfilling my request... Really appreciate it! Tak nak request apa2 lg... I like this entry although cliffhanging...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. apakah. . ? huhuhu thanks cik writer. . .mesti spanjang mggu ne ternanti2kn general and peqah =)

    ReplyDelete
  7. penderaan!!!jiwa batin raga bakul.x acilah....huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. penderaan minda jugak ni sis.. T___T

      Delete
  8. Hope its a good news for apek n zjeneral... Nina! Kau mendera mental akak! Sampai hati.. Uhukk.. Uhukkk....

    ReplyDelete
  9. Mmg curious nak tanya ape yang dibisikkan oleh Dzahim tu??? Entah2 plan dia nak kenenkan Fayqa ngan Dzariff, tak?

    ReplyDelete
  10. Hahaha...kelakarla......lamanyer nak tunggu...S.E.R.I.U.S.....wah...M.E.N.D.E.R.A........he.e.hehheh

    ReplyDelete
  11. Apa yg si Peqah dgr dr Jim agaknya....
    Pasal unsolvd mystery hal kn pukul ke atau dia bg tau pasal si general......haha

    ReplyDelete
  12. haha...best & lawak sgt...
    tak sabo nak taw apelah yg dzahim bisikkan pd pek tu...
    tak keruan jdnya nak tggu 20hb nnti..huhu

    ReplyDelete
  13. next entry 20hb.. lamanya .. jantung dah overwork nie.. bkan stakat nak tau apa yg dbisikkan jim.. tp nak tau jugak.. apa respon n pandangan si general tu bila tengok derang bisik berbisik tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah cik nina oiii, jgn lah lamak gilak nak sambung... menangis sik berlagu dah tok... ari-ari kamek buka n baca cerita c pek ni, best gilakkkk. sambung cepat2 k cik nina coz kamek sik sabar nak tau sambungnya. berharap benar c fayqa dgn c abang huhuhhu

      Delete
    2. Er, 18hb tak boleh ker? Diskaun sikit? Pleeeeaaaseeeeee...!!!!

      Delete
  14. Hahahahahahahahaha..besttt n suka sgt entry ni kak nina.... Tergelak tgk gelagat yg teropong dr atas tuee..... Hahaha...
    Xsabar nk tggu next entry likessss

    ReplyDelete
  15. smntara tgu 20hb kena la ulang baca bab 1 smpai 12 byk2 kal i:) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun rasa mcm tu...bukan setakat kena malah dah W.A.J.I.B dah nie

      Delete
  16. Adoi, apalah yg buat si Apek ni geram sangat agaknya?

    ReplyDelete
  17. Hanina, u make me want more n more. I'm curious here, still can't see the direction of this story. Not complaining tho'. This is good, in fact I would think this is much much more better than ur PMS & KNK. Hope it will sit on my bedside table too (so that I can just grab n read whenever I feel like doing so). Tq.

    ReplyDelete
  18. Kak nina. Asal lama sangat new entry? Saya tak sabar. :) like like like!

    ReplyDelete
  19. nina...ai nak tahu jugak apa yang jim sok sek sok sek dkt fayqa tu, sampai naik minyak budak tu. siap nak merotan bagai.....

    ReplyDelete
  20. Adoiyai Nina, jahar ar awk ni...tgh best2 lari2 kejar2 awk stop la plak...hu hu hu...x sabar nak tgu next n3...SERIOUS...X SABAR

    ReplyDelete
  21. adakah dzahim sudah melibatkan fayqa dlm kejadian itu hari? hmmm.. takpe, i can wait. Sbb baru dpt KNK, so layan KNK dulu hehe

    ReplyDelete
  22. hahahaha!!!ade je adegan mencuit hati kak nina sajikan (ceh yt bunge2 x bole blah! LoL) apela c jim bisik kt peqa tuh!!! suspended ceiling bt0l!!!

    ReplyDelete
  23. eehh...psssst...jim, sini..co ko bisik kat i apa citer nye...nak tunggu 20hb lmbt lagi...dpt i main pedang ngan pekah skali...siap ngan bunyi latar skali - whoosh, whoosh - wa ka ka ka ak adui!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu mehla bisik kat aku skali hehehehe

      Delete
    2. Haha lucu la korang ni...
      Nina, sy ni pon dah jd angau. Lama siot 20hb tu

      Delete
  24. Nina... Ape agaknya Si jim Ckp kat apek....??? X sabar nie..Good job.. Buat semua orange ternanti2.

    ReplyDelete
  25. Kak han, lamanyaaaa nak mereveal kan apa yg Jim ckp kat peqah.. Ahhh! 20hb? Boleh kena reader abusee sy!! Heehehe

    ReplyDelete
  26. suspen..suspen..apa yg dibisikkan jim kat pekah tu ...
    jgn lah 20th nina...boleh sasau kita org nak tunggu nie ...hehehe

    ReplyDelete
  27. Lama tu 20 hb...tak sabar nak tau apa yg dibisikkan jim tu..fan nak tau reaksi jeneral sengal...

    ReplyDelete
  28. sweeeeeetnyaaaaaaa dzahimmmmmmmmmmm >.<

    ReplyDelete
  29. Ape yang Dzahim bisik kat Fayqa? Ok.. sabar menunggu 20hb ni.

    ReplyDelete
  30. Kakakaka mak pak dia pun tak penah pukul anak , itu yg tekejut semua orang kan hehehe memang sengal la ko adik

    ReplyDelete
  31. Omg i likeeee.cita fayqa ni makin berasappppp...uffff

    ReplyDelete
  32. Hehehe cute betul reaksi Dzalia dan Dzureen, siap nak mebakar Jeneral lagi. Abislah Jeneral, Babah macam tak membantah aje, Ummi pula setuju je. Saya TERDERA ni…….terdera nak tau apa yang Jim bisik kat Apek. Kenapa Jim nak nikah dan bawa Apek ke UK, tak boleh nak fikir. Kalau Jim tu perempuan dan Apek tu lelaki boleh lah fikir plot klise i.e Jim termengandung nak Apek jadi Pak Sanggup tapi Jim tu lelaki. SIGH. Hmmm jangan2 Jim mmg tak nak pergi ke UK, hanya kasi alasan nak bw Apek supaya mak dan bapa dia tak jadi hantar dia. CUTE lah Apek dan Jim ni, they are the cutest BFFs.

    ReplyDelete
  33. Nina: seriously awesome!!! My,my,my laughing my heart out to these two s.y.t. Being in Hj Dzulqarnain's family must be fun n interesting, full of colors.

    ReplyDelete
  34. ahahahhahahahahha.....iyes lawak la Nina kuarga Dz sengal ni... seme engal tahap cipan dah hahahahha.....haaaa padan muka si Jim 2 dah mak bapak dia bio Fayqa yang ajo...kene ligan ngan ranting kayu 2,,,,uiiiihhhh 2 kalo kene libas 2 mau berbirat demam seminggu 2 hahahhaha.....Dzariff ooiiii x yah la nak tunjuk macho sangat lah....kalo nak tau cite 2 dok je la skali ngan adik2 2.....tunjuk macho konon...skali bertempek gak ngan adij dia 2 hahahaha

    gud2....20hb pon 20 la...nak wat cam ne kan....

    ReplyDelete
  35. Wakakakaka!!! Kasi hentam saja sama itu prebet. Bnyk sengal dan bnyk songeh.. tapikan dzahimm bisik apa smpai peqah naik hantu?

    ReplyDelete
  36. apa yang dibisik oeh dzahimm tu ya sampai fayqa marah,nak lg ya tq.

    ReplyDelete
  37. Assalamu'alaikum...

    Hmm pasal apa eh...agaknya mesti ada kaitan dengan punca Dzahim dipukul haritu. betul tak cik Nina? takpe la lagi 4 hari je utk kita tunggu 20hb tu....we'll wait...thanx a lot sis~~~~

    ReplyDelete
  38. ni mst dzahim dh pakat ngn kakak2 dia nk test si jeneral..sbb tu hepi je bl si dzahim ajk pekah kawin... hahaa.. padan muka jeneral control macho sgt.. yg kn pukul tu mst si prebet tu bgtau yg si jeneral syok nk pekah... haahaaa.. cepat la nina.. xsabar ni..

    ReplyDelete
  39. ni mst dzahim dh pakat ngn kakak2 dia nk test si jeneral..sbb tu hepi je bl si dzahim ajk pekah kawin... hahaa.. padan muka jeneral control macho sgt.. yg kn pukul tu mst si prebet tu bgtau yg si jeneral syok nk pekah... haahaaa.. cepat la nina.. xsabar ni..

    ReplyDelete
  40. hahaha...ape nyer tuh prebet,cer lh bisik kuat cikit...sampai naik hantu si pekah tuh!up g dek...mmg mencabar kesabaran btl lh...

    ReplyDelete
  41. Rahsia apa la ni Jim ni smpi kena pukul..and smpi kena pukul ngn apek ni..

    ReplyDelete
  42. dah knapa si Apek naik minyak tu??
    hahaa sian Jim apelah yg dibuatnye.

    ReplyDelete
  43. Ninaaaaaa....know what...it's beyond apa yg akak dapat fikirkan..kelakar giler and tahniah..Nina dah buat akak dan juga yr die hard fan kat sini dah jatuh cinta dengan fayqa ni..seorg gadis yg mempunyai strong character..tak mengelabah..very cool..selamba giler...tak pernah nak control ayu bila hati dia panas...bila terasa dia dibuli dan dipermainkan..perasaannya.brutal and always talks what's in her mind ..
    Tak dapat akak nak bayangkan bila dia mengamuk sakan dengan prebet sengal siDzahim tu..kelakar giler dan Dzahim tetap Dzahim kan..anak manja famili tu..yg spoilt brat..kalau dengan famili dia ..segala kemahuannya akan cuba di penuhi oleh mereka but i think with this girl..i think not even an inch she can give away to his demand !!! kebrutalannya ...membuat dia comel..just imagine with ranting tu dia cuba melibas libas mamat sengal tak cukup umur tu..hust to knock some sense into him..terjerit jerit mamat tu minta tolong..akak rasa..mmg very sweet panoramanya kan.. Apa ek..yg kakak kakak Dazhim ..ayah ..ibu..mereka fikirkan..akan keletah mereka berdua..yg seorg mmg macam mak tiri dan seorg lagi mmg mcm budak tak cukup umur..Terujanya akak nak tahu..apa jua perasaan sijeneral bila melihat scene yg tak boleh nak blah tu..kan..ce citer..dik..rasa mmg tak sabar dan jenuh nak menunggu hingga 20 hb..tu..dik..ooi....what's gonna happen to the genius big plan of Dzahim dan apa pulak reaksi si minah tu pulak kan..dan apa pula jeneral itu akan lakukan pula..sedangkan hatinya semakin tertarik dengan siminah poyo tu tanpa dia sendiri sedari yg aura minah tu mmg kuat pada dirinya..

    ReplyDelete
  44. Hahaha..lawak btul fayqa dgn si dzahim ni

    ReplyDelete
  45. ape la yg jim bisikkn tu smpai apek melenting cenggitu... xsabar ni nak tau...

    ReplyDelete
  46. Cik Nina suka buat kita tertanya-tanya. X lawak okay, cepat-2 bagitau x sabar nih. CEPAT BAGITAU...eerrrrr...

    Dah macam si Jeneral plak saya nih...heheheeee....

    ReplyDelete
  47. Nina yr n3 x pernah menghampakan....wa tabik lu bby... Wat jantung gugur je bila baca n3 u..cepat le 20hb...awal cikit x leh ke

    ReplyDelete
  48. 20hb ye? No prob...sy out station 18-20..mmg x sempat nk baca2..hehehhh

    ReplyDelete
  49. memang mendera betul lah cik writer ni..tiap2 bab leh wat jntung gugur...manuskrip teruslah dear..

    ReplyDelete
  50. ape yg diorg bisikkan tu yer??nak tau jgak.......xsaba ni..next chapter pless....

    ReplyDelete
  51. Adeih. Serius tak leh nk teka ape yg djim tu bisik.. Nak lari drpmpuan miang.. Ke djim nk ajak kwin contract.. Takpun djim pinjam ah long.. Tp ape kene mgena plak smpai nk kene kawin kan.. Haihh.. Tp kak nina bukan nk smbung 20hb april kan.. Kan.. Hehe..

    ReplyDelete
  52. hahahha.....apalah yangsi jim dh buat nie...sampai pek pun naik minyak nie.....tak sabarnya nak pegang buku nie.......bia tu rasa2nya cik penulis yer :)

    ReplyDelete
  53. wahhh best cite ni..kalu dibukukan mesti sy akan beli..hehehe...

    ReplyDelete
  54. Si jim ni..jgn2 dia setuju ke uk dgn apek jd wife sbb kes dia kena belasah tu.takut nak ke kolej. N apek pun turut dilibatkan sama dlm kes tu...masak kari masin2 lemak ko pek!

    ReplyDelete
  55. aduh sy dh sesak napas dh ni...sape nk bertanggungjawab ni..

    ReplyDelete
  56. ap yg diorg bisik2 curious gila.... :D
    -Syira Azmi-

    ReplyDelete