Monday, 11 March 2013

Seteguh Fayqa Bab 9 siap


Mtg sampai ke mlm u ollz. Sy naikkan SF bab 9 yg raw2 gitu. Tulis pun curi2.



Bab 9


Mulai malam itu ada sedikit perubahan di rumah Haji Dzulqarnain. Dzalia dan Dzureen mula membantu dengan kerja-kerja rumah. Dzariff pun. Terkejut Fayqa melihat Dzariff membantu mengutip kain di ampaian pada petang hari. Namun kerja masak memasak, masih lagi Fayqa yang uruskan.

Fayqa pula semakin seronok bekerja di butik Dzalia. Bukannya susah macam kerja pelayan di restoran yang menggunakan banyak kudrat. Di butik, kerja utamanya melayan pelanggan-pelanggan kerana Dzalia sibuk menyelia di bahagian produksi. Pelanggan cerewet? Fayqa sudah masak, pelanggan di restoran pun boleh tahan banyak karenahnya. Cuma pelanggan-pelanggan di butik karenahnya lain macam. Fayqa cuba memahami perasaan mereka, butik Dzalia menjual busana-busana mewah untuk acara-acara istimewa seperti majlis perkahwinan, pertunangan, makan malam korporat, maka tidak hairanlah semua pelanggan mahu busana yang betul-betul membuatkan mereka kelihatan cantik bergaya. Tambahan pula harga pakaian di butik itu boleh mencecah ribuan ringgit, itu yang membuatkan para pelanggan jadi cerewet. Jadi tukang jual, memanglah kena banyak bersabar. Tapi bila jualan meningkat, rasa puas hati sangat-sangat, tambahan pula Dzalia tidak lokek memberikan komisyen bagi setiap jualan yang dibuat. Pendapatan Fayqa berlipat ganda lebih tinggi jika dibandingkan dengan gajinya dulu sebagai seorang pelayan resoran.

Walau bagaimana susah pun melayan karenah pelanggan-pelanggan yang maha cerewet di butik, tidaklah seteruk melayan karenah Dzahim di rumah. Selepas sebulan pulang dari hospital, perangainya masih tidak berubah-ubah. Manjanya semakin menjadi-jadi, memang menguji kesabaran betul. Dan yang membimbangkan, semenjak dua tiga hari kebelakangan ini, timbul pula masalah lain, keluar dari bilik pun dia tidak mahu.

Suatu malam, usai makan malam, Haji Dzulqarnain suami isteri, Dzariff dan Dzalia masuk ke dapur. Nampak gayanya bagai ada mesyuarat tergempar keluarga. Kopi dihidangkan, lalu Fayqa menyambung kerja-kerja mengemas. Rupa-rupanya si Dzureen ditugaskan untuk menemankan Dzahim menonton TV di ruang keluarga di tingkat atas. Mereka tidak mahu Dzahim turut mendengar apa yang dibincangkan.

Isu tergemparnya.... si Dzahim mahu berhenti belajar! Terhenti Fayqa dari membasuh pinggan. Apalah bodoh si sengal seorang ini? Nak belajar pun kan hanya tinggal setahun lagi! Bagaikan tidak percaya, Fayqa menoleh ke belakang, ke arah meja dapur. Uiks! Rupanya si jeneral sedang merenungnya yang berdiri membasuh pinggan di sinki. Mata bertembung seketika, cepat-cepat Fayqa pusing balik mengadap sinki.

Mamat tu asyik perhati aku je....dia ingat aku nak pasang telinga kut? Sudahnya, Fayqa tidak berani menjeling ke belakang lagi.

“Abang tanya kawan Abang yang kerja doktor, katanya Adik ni mungkin trauma lagi, teringat-ingat peristiwa dia kena pukul,” kata Dzariff.

“Kita bawa berubat secara Islam, pulihkan semangatnya,” cadang Hajjah Azimah.

“Bawa jumpa pakar psikologi pun bolah juga,” cadang Dzalia pula.

“Boleh, berubat secara Islam boleh, jumpa pakar psikologi pun boleh. Sekarang ini kita kena fikirkan tentang pelajaran Adik. Takkan nak biarkan dia berhenti belajar?” komen Haji Dzulqarnain.

“Boleh minta tangguh pengajian setahun, Babah,” Dzariff memberikan idea.

“Babah rasa sudah tiba masanya kita ajar Adik untuk berdikari,” Haji Dzulaqarnain memberikan pendapat.

“Macam mana, Babah?” tanya Dzalia.

Aiseh, masa itu jugalah selesai kerja-kerja mengemas dapur! Takkanlah pula Fayqa nak menyibuk-nyibuk pasang telinga di situ. Tangannya dilap dengan tuala kecil, tuala digantung balik, dia melangkah ke bilik tidurnya.


Setakat itu sahaja yang Fayqa dengar, sudah masuk ke dalam bilik, nak buat apa lagi? Tutup pintu bilik sajalah....


Keesokan harinya, hari Ahad, Dzahim buat hal lagi. Fayqa masak nasi lemak kegemaran semua orang untuk sarapan, Dzahim makan corn flakes. Bila waktu tengahari, langsung dia tidak keluar bilik. Tidak lapar, katanya. Jenuh ibu dan kakak-kakaknya memujuk. Fayqa yang memandang sudah hangat hati. Sengal junior sudah menjadi-jadi.

Akhirnya, Dzahim minta ibunya masakkan bubur nasi. Sudah susah payah orang tua itu masak, dia tak mahu makan pula. Agaknya, sudah jemu memerap dalam bilik, selepas Asar, si anak manja itu keluar mangambil angin di taman di halaman rumah.

Elok sangatlah tu, dengus Dzalia dalam hati. Memang ditunggu-tunggu peluang untuk “membasuh” si anak manja tak sedar diri sorang ni.

Semangkuk bubur nasi disenduk Fayqa, dibawa ke taman. Hajjah Azimah yang perasan apa yang dibuat Fayqa, mengikut dari belakang. Tiba di pintu gelangsar, Hajjah Azimah berhenti, hendak melihat apa yang akan dibuat oleh Fayqa.

Mangkuk diletakkan di atas meja batu, tempat Dzahim sedang termenung, “makan!” perintah Fayqa.

Mangkuk bubur dipandang sesaat, kemudian Dzahim meneruskan aktivitinya petang itu, termenung.

“Eh, sengal, kau dengar tak ni?” tangan kiri kanan di pinggang, suara Fayqa sudah meninggi. Penonton di pintu gelangsar sudah bertambah menjadi tiga orang, campur Dzalia dan Dzureen.

“Aku tahu kau tu. Anak manja, sukalah semua orang melayan kau macam putera raja, walhal kau dah sihat pun. Enjoy sangat tengok mak dan kakak-kakak kau merayu-rayu suruh kau makan ye!? Makes you feel powerful huh? Kau boleh suruh derang buat apa-apa saja yang kau nak! Kau nak makan ke tak? Eh, Jim! Aku cakap dengan kau ni! Kau nak makan ke tak? Kau pekak ke?” Nada suara Fayqa makin meningkat.

Penonton di pintu gelangsar bertambah seorang lagi, Haji Dzulqarnain. Di balkoni tingkat atas, seorang lagi penonton, Dzariff mendapat tempat kelas pertama.

Bahu Dzahim ditujal Fayqa. Bahunya dielakkan, tapi terlambat, muka Fayqa direnung tajam, sakit hati Dzahim. Mak-cik-kuat-membebel ni kacaulah!

“Aku tak jawab tu maknanya aku tak mahu makanlah! Tak ada selera! Kau terpekik-pekik depan aku, lagi aku tak ada selera,” jawab Dzahim malas.

“Kau ingat aku ada selera ke nak layan kau ni? Nak layan perangai kau yang perasan jadi Putera William ni?”

“Tentulah kau ada selera, kalau tidak dah lama kau chow. Ini masih lagi dok terpekik terlolong depan aku.”

“Oh, kau kata kau tak sihat, tekak tak selera, tapi mulut kau sihat pulak. Dah laser seperti asal.”

Dzahim tidak menjawab, cuma sebuah senyuman nakal yang dihadiahkan kepada Fayqa.

“Oh, kau ingat aku macam mak dan kakak-kakak kau ye? Kau tengoklah Jim!”

Nafas Fayqa ditarik dalam-dalam, macam bersedia untuk berperang. Kemudian dia duduk di kerusi batu, betul-betul di hadapan Dzahim. Wajah Dzahim direnung dalam-dalam.

“Inche' Muhammad Dzahim, saya beri peluang terakhir untuk awak buka mulut dan makan. Jangan kata saya tak bagi amaran,” perlahan-lahan, sebutir-sebutir Fayqa sebut.

Senyuman Dzahim semakin lebar, semakin seronok dia mengusik Fayqa.

“Satu......., dua.......,” Fayqa mengira.

Mulut Dzahim sudah terbuka untuk melepaskan deraian ketawa, tapi bila dia melihat sudu berisi bubur sudah disuakan oleh Fayqa, cepat-cepat dia menggumam bibirnya rapat-rapat. Dadanya berombak-ombak, menahan ketawa yang tidak dapat dilepaskan.

“.......tiga!” Sepantas kilat, Fayqa memicit kuat hidung Dzahim. Kawan baiknya itu terkejut, mulutnya terbuka untuk bernafas. Fayqa tidak membuang masa terus menyumbat masuk sesudu bubur ke dalam mulut Dzahim.

Dzahim yang terkejut dengan taktik Fayqa terus ketawa sehingga tersembur keluar bubur yang baru saja masuk ke dalam mulutnya. Habis Fayqa terkena semburan bubur di muka!

“Kurang asam kau, Jim! Ini betul-betul taktik kotor ni,” dengus Fayqa dengan bubur yang mula meleleh turun dari mukanya.

“Kah! Kah! Kah! Peqah, bab-bab taktik ni kau memang masih kena menuntut dengan aku,” Dzahim menyambung ketawa. Sejak dia keluar dari hospital, inilah peristiwa yang paling kelakar! Hilang juga kebosanan terperap dalam rumah.

“Eh, kau ingat kau terror sangat? Nah, ambik kau,” Fayqa sudah geram.

Lantaklah mak kau nak kata apa, Dzahim. Dengan pantas dia mencedok sesudu bubur dari mangkuk, dan dilemparkan bubur itu ke muka Dzahim. Ketepek! Tepat kena muka Dzahim. Mati terus ketawanya.

“Peqah, aku sakit ni. Mana boleh layan orang sakit macam ni. Kau ni awek brutallah!” sambil bercakap, dia cuba menyapu sisa-sisa bubur di mukanya. Belum habis dia bercakap, satu sudu bubur sudah melayang dan hinggap di mukanya.

“Peqah! Apa ni? Hoi! Kotorlah aku!”

“Kau tak mahu buka mulut ya? Kau tak nak makan, kau mandi bubur sajalah!”

“Hoi! Aku cakap dengan mak aku nanti!”

“Ish, ish, kesiannya dia. Kena buli dengan budak perempuan sampai kena report dekat emak!” Fayqa mengejek. Gedebush! Gedebush! Hujan bubur tak berhenti-henti.

“Okey! Okey! Aku makan, aku makan....,” Dzahim mengalah. Nombor satu, bergaduh dengan Fayqa bukan mudah hendak menang. Nombor dua, memang dia lapar pun.

“Eloklah kau nak makan, kat dapur tu ada seperiuk besar bubur Mak kau dah masak!” bebelan terakhir, tanda kemenangan.

Si sengal junior tu tak mahu mengalah, mulutnya dingangakan, minta disuap!

“Eeee, sabar sajalah! Manja macam budak tadika!” marah Fayqa.

Sambil ketawa, mulut Dzahim masih lagi dingangakan. Dengan kasar Fayqa menyuap.

Penonton-penonton di pintu gelangsar tersenyum lega melihat Dzahim makan. Penonton kelas pertama di balkoni mengerut dahi.

126 comments:

  1. hahahahahahha lawak ler dzahim ni...hahahahahhaah perangai takleh belah! eh jangan cakap yg penonton kelas pertama tu jeles sudahhh...hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he sj nak torture itu jeneral :)

      Delete
  2. ah haaaa...si jeneral sudah ada rasa jeles kah??hikhikhikk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi hi hi getaran berganda....

      Delete
    2. auwww...getaran bganda...awesome...wink..wink

      Delete
  3. Asyik kerut dahi jer jeneral nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu ah, dia ni serius jerr, abg sulung katakan....

      Delete
  4. general sengal kerut2 knp la plak? jgn emo ye? jeles ngan apeq n jim ! hahaha

    ReplyDelete
  5. hohohoho...general sengal jeles ke?

    Alhamdullilah makan juga si Jim....macam org mogok lapar je mamat sorang nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jim ni tak tentu arah after the trauma...

      Delete
  6. lambat ke lagi si jeneral sengal memulakan langkah???

    ReplyDelete
    Replies
    1. hk, bab 10, dia serang lagi, pastu bab 11 dia TERKEDU!!

      Delete
  7. kekekekekek... apa kes si jeneral mengerut dahi plak...hehehh

    ReplyDelete
  8. Hahahahahahahahahahahhahaha.....lawak3..... Amikkk ajimm kena sound dgn apek.... Hahahaha.... manja x bertempat sungguh..... suka entry nie... Lawak3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm kat 1/2 atau 3/4 citer gitu....hubungan Jim dan Fayqa berubah!!

      Delete
  9. Hahaha memang sengal , kesian encik jeneral jadi penonton saja ye.... lain kali apek suap ok


    Tq Nina, sibuk sibuk pun ingat kami tq tq Tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he jeneral pun nak suap ye?

      sokay, my way of escapism jg

      Delete
  10. Dalam kegembiraan & ketawa riang Fayqa & Dzahim pasti ada hati yang....
    (ape ea? merana/menangis/cemburu/terluka/turut gembira) aku bkn cik writer mane tau ape yg jeneral rasa... kakakaka
    TQ sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedikit cemburu yg merasa di hati si penonton kelas pertama....hahaha

      Delete
    2. ha ha ha sy suka terma "si penonton kelas pertama". bab 10 ada citer ttg balkoni lagi....tunggu.....

      Delete
    3. x sabr2 ksah aku,dia dan balkoni...LOL

      Delete
  11. kahkahkah!!!! lawak gler!!amek ko dzahim mandi dengan bubur!!! yg penonton kelas pertama tu amacam??? ada rasa cemburu kaaa???hahaha

    ReplyDelete
  12. Ha ha haaaaaaa cutelah n3 nie. mmg brutallah feqa nie..
    I like it. cptlah sambung tak sabar.....
    why jeneral sengal tu mengerut dahi???

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeneral jeles kot....hehehe

      Delete
    2. ajeje, ikut hati mmg nak sambung...tapi kerja pun tak siap lagi...

      Delete
  13. Replies
    1. i agree, comel dalam brutal, camana tu? eh, cam yr sis pun ada kan? entah2 you pun...ha ha speku....

      Delete
  14. Penonton kelas pertama kenapa kerut dahi? Tak puas hati ke apek dpt pujuk adik manja makan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak puas hati dgn CARA apek pujuk kut..... nnt kan kat hujung citer keluar lagi citer psl suap ni....

      Delete
  15. pergh..giler brutal lah minah ni..n ai love the character..nampaknya minah ni tak kisah kalau satu keluarga mamat sengal junior ni akan memarahi dirinya..dahlah dia dok menumpang..kan..
    Akak dapat rasakan walaupun minah ni brutal tapi dalam hatinya mmg ada sifat setiakawan pada kawan dan tidak akan meninggalkan kawan kawan yg memerlukan kudratnya ..pertolongan..dari dirinya..dan dia akan menolong seikhlas mungkin..tak ada agenda dalam memberikan pertolongan..kepada keluarga yg telah menganggapnya lebih dari tetamu yg menumpang dirumah mereka.
    Anak manja yg dijerkah sesuka hati dan ditakzirah tanpa kata kata yg sopan santun mcm gadis melayu yg terakhir..dan agak peliks juga mamat tu mengikut rentak telunjuk gadis ini..
    Just wonder dalam kekalutan famili ini untuk memujuk anak manja itu yg enggan sambung belajar lagi kerana trauma takut dijejaki oleh pembulu pembuli tegar yg masih lepas bebas ..apakah strategi yg akan dilakukan pula oleh gadis poyo ini untuk memaksa anak manja ini menghadapi realiti dan meneruskan kehidupannya seperti biasa..
    Apa pula pandangan si jeneral sengal itu bila melihat cara yg kasar dilakukan oleh gadis itu utk knock some senses pada adiknya yg mmg patut dijetus jetus kepalanya kalau tiada kesabaran dalam diri dan keluarganya..dan apa pula persepsi sijeneral sengal itu pada gadis yg serba boleh ini..yg bukan plastik orangnya dan pada pandangan dirinya terlalu misteri orangnya..ce citer Nina..can't wait for the next E3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idaaaa, seperti biasa komen awak panjanggg n berisi. (Bukan spokesperson utk nina tp saje nk mencelah) :)

      Saya rs Fayqa lebih mengenali Jim berbanding Adik beradik dia yg lain. Sbb tu Fayqa boleh pujuk Jim. Plus, Fayqa kwn susah senang Di kolej, org yg terakhir dia lihat sblm koma dan juga org yg menolong dia Serta menjaga dia Di hospital. Bg sesetengah perkara kita lebih senang berkongsi dgn kawan/teman/sahabat berbanding ahli keluarga. Kerana kita byk habiskan ms dgn mereka, punyai tanggungjawab yg sama(belajar), umur sebaya jd keserasian & kesefahaman mudah wujud.

      Sy nmpk, Fayqa dan Jim sebagai kwn rapat dan Fayqa buat semua tu Atas rs tggjwb sbg sahabat baik dan juga ingin menolong keluarga Jim yg hampir berputus asa dgn Jim.

      Wah panjang la pulak. Kita tgu apa kata Niña.

      Delete
    2. idA, apa strategi si gadis utk paksa si poyo sambung belajar....hmmm, i bet bila u all baca "what" will make Dzahim sambung belajar u all akan pitams. rasa2nya di bab 11. nnt lepas sy tulis bhg ni, idA komen ye. sy enjoy baca komen idA yg panjang dan kupas dgn teliti :)

      Delete
    3. Aomori, betul 200%, dgn family dia, dia rasa derang nak dia buat sesuatu yg dia tak boleh buat, kesan trauma yg dah mcam nak terbit depression pulak. Fayqa pula his saviour kan, dan approach Fayqa yg unconventional tu berjaya geletek hatinya. tqvm, Aomori :)

      Delete
    4. ..terharu akak...Nina...

      terbaeklah Aomori..kita mmg sekepala kan ..bila baca citer Nina..kita seakan menjadi heroinnya lah pulak...terlebih emosi dan menjiwai watak...ha..ha..

      Delete
    5. yup3 kite sokong komen2 kak Ida ngan Aomori sbb itu yg kite rasa sepanjang kite telusuri kisah hidup fayqa ngan famili dz ni...di sini juga kite boleh nampak ketabahan fayqa melayari hidup dia di semenanjung ni seorang diri tp dia mempunyai teman2 yng setia n terbaik spt dzahim 2...dan sekarang secara x langsung dia pon ade keluarga juga skunk ni sbb 2 agaknye dia boleh je layan kerenah dzahim 2

      Delete
    6. Jgn dzahim sambung belajar hanya jika dia dikawinkan dgn fayqa sudah.. me want fayqa & dzharrif hehe.. ke dzahim suruh fayqa dgn dzharrif kawin? ahaa.. that one i loike hhehe

      Delete
    7. IdA, kata omputih great minds think alike... Haha so perah-santan kan2? Mungkin kita terlalu menghayati cerita2 Hanina dan melihatnya Dari perspektif yang sama. I like her stories due to 2 vital factors, no 1: the heroines, no 2: the storyline, very different. The sentences are also precisely and perfectly in place!

      Don't worry idA, kalau Ady Putra offer nak beli citer Niña I cdg u jd pelakon ya! :)

      Delete
  16. waaaaaaaaaaa!!!! suka sangat-sangat!!!!! lagiiii...

    ReplyDelete
  17. Yea,yea,yea (^0^)/ dia jeles~
    musti jeneral tu nak 'duduk' tempat adik dia sekarang (^,^)ngeeeee

    ReplyDelete
  18. alamak kak..penonton kelas pertama tu mesti jeles. hehehe. kerut dahi terus mesti grrrrr...kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. grrrr grrrr GRRR GRRR, gigit nnt kang, kata dia....he he he

      Delete
  19. aahahahhahaha Dzariff jelez....dah kerut2 dahi weyhhh....sab je la ye....hampeh nye sengal junior...sakit pon leyh wat men hadoyyy...dah fayqa pon jd sengal jugak dengan mknan pon leyh wat men...siap baling2 agi 2 huhuhu (pesanan utk adik2 jgn ditiru aksi ini di rummah yo...x baik) keh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. F geram abis dgn sengal junior lah tu.....

      Delete
  20. cannot tahan kena komen juga kat sini
    i like i like i like

    ReplyDelete
  21. Like like like...nk lagi2 huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak lagi, tunggu laaa, kita siapkan kerja dulu ek

      Delete
  22. Kak Nina, I love it!! Thanks for your entry! n_n

    ReplyDelete
  23. Wah.. aura kejelesan telah mula menghampiri zon2 bahaya.. huhuhuhu i like la reaksi penonton kelas pertama tu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab 10, dia meletup u...hmm apa apek buat yg dia meletup tu

      Delete
  24. entry paling lawak tahap guling-guling ni, sukanya. Macamana lah apek ni boleh tahan ngan budak sengal tak cukup umur ni punya perangai yer. penyabar sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm geram, kesian ttp ada, dzahim kan hampir nak mati kena pukul

      Delete
  25. Ehh penonton kelas pertama tu kenape? jeles lettew!

    ReplyDelete
  26. saya suka..tq nina bz2 pun dpt naikkn n3 baru...best la heroin brutal cam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekali brutal ah...una kan dah sweet, naz...sempoi!

      Delete
  27. mengada tul la si dzahim nih..patutnya biar dia lapar..tanak sgt mkn..ala siannya..jd penonton first class tp hati tak senang ngan drama tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. woooi, penonton kelas pertama tp tak puas hati dgn drama....bestnya ayat tu, len kali nak copy paste

      Delete
  28. this is very entertaining.....saya tadi sebelah dzengal kat first class seat. muehehee.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he yr komen la plak yg entertaining to me LOL

      Delete
  29. wakakakaa mmg lawak hokey...best2....
    Bab 10 plss ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab 10 hopefully before end of this week...

      Delete
    2. yeaay!! TQ Hanina...

      sejak meminati karya u,setiap hari musti tgk blog nih dulu.. kalo tak tgk rase tak lgkp hidup ni..ecewahhh haha!

      Delete
  30. fayqa je yg larat & terror layan Dzahim ni..

    ReplyDelete
  31. hehe..kelakarnya..ketepek!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) tu kira sound effect bubur landing kat muka arr

      Delete
  32. Ya Allah, fayqa ni sabar sngguh. Nasib babysitter jeneral jr.tu apek. Kalau kau dpt aku jim utk babysit kau, seminggu lpas tu komfirm msuk hspital blik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he rupanya awak lagi brutal dari apek, fuyyo...

      Delete
  33. hahahaha...lawak..suka sebenarnye..

    ReplyDelete
  34. Pergh!! Brutal!! Berkerut dahi Jiff ye, mesti fikir takkan la itu pun nk kena suap kot si Jim ni. Manja2 la sgt ko Jim dgn Fayqa tu, yg pasti Fayqa tak suka lelaki mcm tuh. Suka btul la dgn Jiff, Jiff sentiasa sweet bila di dapur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. errrkkk!! sy tak suka pet name Jiff tu.....tunggulah dalam bab 12 or 13 nnt, ada isu psl pet name Jiff tu...he he he petname pun jd isu, apek n jeneral ni

      Delete
    2. ha ah...saya pun x suka nama jiff tu. bunyi macam pencuci dapur lah pulak.

      Delete
  35. sungguh tak sabar nak baca entry seterusnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo kna la sabar...sbb sy ni penulis part time je...

      Delete
  36. Ini la bakal Novel yg heroin tak tertunduk malu....hhhahaa. I like....Sangat Sangat like......go go Nina...

    ReplyDelete
  37. Haha sgt lawak dan sian ngan si dzariff... Hehehe sian3 sabar ye general...

    ReplyDelete
  38. Dlm byk2 scenes, I suka part general tlg angkat kain... Aduh Ada Tokoh jd suami mithali... Bab cuci pinggan pun ok, very responsible, caring... Daring je belum lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo nak yg daring ke? hmm bab 10 ada sikit kut. (hmm nak daring sangat, boleh ke?)

      Delete
    2. nina, daring byk2 pun xpe..i loike :P

      Delete
    3. the daringER the better! *ok...I merosakkan bahasa!*

      Delete
  39. alooo..manje la pulak si dzahim ni..tapi sweet....dalam kegembiraan orang laen pasti ada yang terasa...haha...kesian si jeneral.. :)

    ReplyDelete
  40. Tuan jeneral intai dari atas sambil makan hati ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Yang, sy sudah baca cerita "Saat kau Lafazkan." It's good. Sy cadangkan Kak Yang buka FB acct utk promote citer ni, sayang kalau tak ada yg baca.

      Delete
  41. akan lebih meriah klu si general ikut sama dalam babak dzahim and faqya tu...

    ReplyDelete
  42. wahhh general sengal penonton kelas pertama makanya sakit hati, sakit jiwa, sakit mata pon kelas pertama gak lah kih kihkih.. patutnya family sengal junior ni bagi standing ovation kat fayqa.. best entry kali ni Nina, nak lagi nak lagi pretty please....*wink wink*

    ReplyDelete
  43. aduhai cik nina...rasa2 nya dis yr i yg sbnrnya 'siput-slowcoach' kahkahkah, terkejar2 baca...nsb citer SF ni sengal & klakar giler kalu tak mmg depression tul wakaka maintain d kesengalan & kelakaran (ada ke dis words hahaha) coz i really need wat-ever-lil-dose-of-escapism d virtual reality can offer...thks dear:)

    ReplyDelete
  44. alahai,sapa ye dgn fayqa nanti?.best crta nie.. :)

    ReplyDelete
  45. aik... i terlepas bas la.. dah 100 komen baru baca... x pe, x pe... general sengal sabo ye.. hihi

    ReplyDelete
  46. Cpt la jeneral bukak langkah..cpt2 ayat si fayqa tu!

    ReplyDelete
  47. nina...suka bab nie.. :) fayqa yg brutal... best

    ReplyDelete
  48. Alooo Cik Nina. Sempat gak curik2 menaip ya, klass gitu.

    Jeneral sengel mula jelous bila si adik dpt lebih perhatian darinya.

    ReplyDelete
  49. Sempoi gile Fyqa nieh.. Cite nie makin lame makin menarik :)

    ReplyDelete
  50. nina..kita nak fyqa dgn jeneral... hahahah... suka ah ngan watak jeneral..

    ReplyDelete
  51. Nina : all ur leading ladies in all ur novels have strong characters. Leading men, icy cold zahrin, romantic Khalis n Sengal Dzariff!.... General Sengal blurr n slow but naughty. I like

    ReplyDelete
  52. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  53. wah...best-best....bagus pek......budak manja mmg macam tu cara psyco dia.....
    good luck untuk apek nak melayang si sengal junior tu.....:)
    tak sabar nak tgk apa lagi peel org sakit yang sorang nie :)

    ReplyDelete
  54. Ko x nk wat mkn ko wat mandi jim... Hahahahaaa...

    ReplyDelete
  55. wakakaka... padan muka jim... mengada ngada sangat xnk mkn kan da kena hujan bubur... mesti ada aura jeles kt dalam hti jeneral ni... sampai berkerut2 dahi...

    ReplyDelete
  56. tiga watak berbeza dlm setiap novel penulis tahniah x sabar nk simpan koleksi yg ke 3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..betul..betul! Nak jugak yang ni. Ninaa..nak yang ni jugakk..

      Delete
  57. Dearest Nina,
    Today is my lucky day indeed ! Selepas kne ambush dek bos yg suh buat keje emergency sy trus hilang mood arini...camne tah masa otw nak g keje td sy saja2 singgah ke shopping mall...konon2 nak ceriakan diri sendiri. Then, terjumpa la plak dgn buku yg sy tercari-cari selama ni...KNDK...yea!!! Sambar trus !!!!

    ReplyDelete
  58. walaweh.... jeneral first class jealous lu sulah mali maaa... hahahhaha
    best gila chpter nie :D
    -Syira Azmi-

    ReplyDelete
  59. Kak Nina!!!plssssss bt versi cetak..pls pls pls

    ReplyDelete
  60. penonton class ptama sure tgkp sedes ...huhuhu..

    ReplyDelete