bz gila! tapi dah lamakan tak naikkan bab baru SF. Jadi saya balik ke plan asal, biar pendek, asal bergerak. So jalan cerita SF mungkin a bit slow...
apa2 pun, pls do tell me what you think. Fayqa ni lebih muda dari Una dan Naz...so sesuai tak dgn selera readers? Dont worry, Fayqa is going to be matured beyond her years in the coming chapters!!
enjoyz!
Bab 2
Jam lima setengah
pagi. Cawan kertas berisi sisa-sisa kopi O peng dicampakkan ke dalam
tong sampah. Entah sudah berapa cawan kopi yang diteguknya, Dzariff
tidak ingat. Dalam kepalanya hanya teringatkan si adik bongsu,
Muhammad Dzahim, yang sedang bertarung nyawa di atas meja pembedahan.
Kemudian teringat pula kepada ayahnya yang kini berada jauh di
Pakistan. Sudah dia telefon untuk memaklumkan keadaan adik dan
diminta supaya ayahnya tidak terburu-buru pulang dari Pakistan kerana
dia maklum, perjanjian jual beli beras dengan pihak di sana masih
belum selesai. Sebagai anak lelaki yang tua, dia berjanji dengan
ayahnya yang dia akan memastikan semuanya okey di sini.
Di ruang menunggu
hospital, umminya masih membaca surah Yassin, Dzalia pula
tesengguk-sengguk menahan mengantuk. Budak perempuan teman si Dzahim,
sudah tertidur sambil duduk, tangan kirinya mengganti bantal kepala
mengalas belakang kerusi, tangan kanannya masih erat memegang
senaskah surah Yassin. Badannya diselimuti jaket kulit entah
kepunyaan siapa. Setengah jam selepas mereka tiba di hospital tadi,
tiga orang kawan baik Dzahim turut tiba dengan wajah yang cemas. Yang
dikenali Dzariff, cuma Pa'an, atau nama sebenarnya Farhan, teman baik
Dzahim dari waktu persekolahan. Nampaknya budak perempuan itu pun
rapat juga dengan kawan baik Dzahim yang tiga orang itu. Jika tidak,
masakan mereka begitu prihatin menyelimutkan dia dengan jaket apabila
dia tidur. Entah-entah itu jaket boyfriendnya. Bibir Dzariff
tersenyum sinis.
Tiba-tiba pintu
bilik pembedahan terbuka, muncul pakar bedah, terus diserbu Dzariff
dan umminya. Dzalia yang tersengguk-sengguk turut bangun ke arah
pakar bedah. Fayqa turut terjaga, terpisat-pisat menenyeh mata
menapak terhoyong hayang ke arah doktor itu.
Dzahim selamat tapi
masih tidak sedarkan diri, kata Tuan Doktor. Sebutan kalimat
Alhamdulillah terbit dari mulut semua orang. Tempoh dua puluh empat
jam ini adalah tempoh kritikal bagi Dzahim kata doktor pakar. Jika
Dzahim berjaya mengharungi tempoh dua puluh empat jam ini, peluangnya
untuk survive adalah lebih tinggi. Akhir sekali, doktor itu
membenarkan dua orang ahli keluarga untuk melawat Dzahim di dalam wad
ICU. Ibu Dzahim terkocoh-kocoh menapak masuk ke dalam, ditemani
Dzalia.
Hati Fayqa tidak
berhenti-henti mengucapkan kesyukuran tapi bimbang tetap bimbang.
Waktu solat subuh pun sudah hampir masuk, kakinya dihayunkan ke arah surau.
Baru sahaja selangkah, sudah! Tangan abang Dzahim sudah kemas melekap
di pergelangan tangannya.
“Mamat sengal ni
nak jadi sotong ke apa? Kerja nak belit tangan aku saja,” dengus
Fayqa dalam hati.
“Lepaslah!”
“Nak ke mana?”
“Jamban. Nak
ikut?”
“After you...”
Ha? Terlopong mulut
Fayqa. Biar betul mamat sekor ni? Nafasnya dilepaskan kasar, what
ever!! Selamba Fayqa melangkah ke bilik air, diikuti rapat oleh mamat
sengal itu. Keluar dari bilik air wanita, mamat itu masih terconggok
di luar.
“Seriously?”
terkejut Fayqa melihat Dzariff, “Barulah aku faham, sengal si
Dzahim tu rupanya penyakit keturunan. Kesian.”
Tanpa menghiraukan
Dzariff, dia melangkah pula ke surau. Usai solat subuh dan berdoa
pendek, Fayqa cepat-cepat melipat sejadah dan telekung. Baca Yassin
di luar wad sahaja, untung-untung ada rezeki boleh melawat Dzahim di
dalam wad ICU. Melangkah keluar surau, mamat sengal abang Dzahim
berada di luar pintu surau wanita.
Dia ini dah solat
ke belum, tertanya juga Fayqa. Ah! Lantaklah! Sudah tua bangka
pandai-pandailah kau solat. Dia melangkah pergi tanpa menegur si
mamat sengal yang setia mengikutinya bagai bayang-bayang. Balik ke
ruang menunggu tadi, Pa'an and the boys masih lagi nyenyak lena.
“Pa'an! Aboy!
Danny! Bangunlah woi! Solat!” Budak lelaki bertiga itu
mengeliat-ngeliat kecil lalu kembali tidur tanpa membuka mata
langsung.
“Pa'an! Woi
Pa'an, bangunlah! Jim dah habis operate,” bahu Farhan
digoyang-goyang.
“Jim dah okey
ke?” tanya Farhan tanpa membuka mata.
“Doktor kata
okey, tapi dia kat ICU lagi. Bangunlah Pa'an, solat, lepas tu kita
pergi tengok Jim dat dalam wad ICU,” pujuk Fayqa.
Perlahan-lahan
Farhan menegakkan badan. Sakit belakangnya dek akibat tidur di atas
kerusi.
“Pa'an, kau
kejutkanlah Aboy dan Danny. Suruh derang solat, lepas tu doakan Jim.
Buat apa susah payah korang datang jenguk dia kalau tak tolong
doakan,” pagi-pagi sudah membebel.
Bukan Fayqa tidak
penat membebel dengan budak berempat itu. Berempat sebab Jim pun
kalau nak buat apa-apa sama liat. Membebel bukannya berkesan pun.
Tapi agaknya selepas tiga tahun membebel dengan mamat berempat ni,
sudah jadi tabiat lah pulak. Jenuh ditepuk-tepuk, dicuit-cuit tak
berhenti-henti barulah Farhan bangun. Nasib baik disergahnya budak
yang dua orang lagi, tak perlulah Fayqa berpenat-penat nak kejutkan
mereka.
Dah jauh budak
bertiga itu melangkah, barulah keluar ibu Dzahim dan kakaknya dari
wad ICU. Terkoch-kocoh mereka berdua kerana hendak solat subuh.
Tinggal Fayqa
berdua dengan mamat sengal itu, buka pula mulutnya, “Nak masuk
tengok Dzahim? Doktor kata boleh masuk dua orang sekali.”
Mahu tak mahu,
Fayqa mengikuti abang Dzahim masuk ke dalam wad ICU. Melihat keadaan
Dzahim yang berbalut, berplaster, lebam sana sini, dengan wayar
berselirat, sebak dada Fayqa! Ya Allah! Hanya Engkau yang tahu kenapa
Jim diduga begini? Apalah salahnya? Ya Allah! Selamatkanlah kawan aku
ini... walaupun sengal, dia tetap kawan yang baik. Sambil membaca
berdoa, teringat Fayqa akan kebaikan Jim terhadap dirinya. Memang
mereka kuat bergaduh, memang Fayqa tak tahan dengan perangai Jim tapi
bila waktu susah, boleh kata Jim and the boyslah yang pasti akan
membantu.
Dzariff yang juga
tidak putus-putus berdoa menjeling gadis di sebelahnya. Nampak sangat
dia sedih, bukan dibuat-buat! Betulkah kawan biasa Dzahim? Kalau
kawan biasa, takkan sedih begini?
Lepas Dzariff dan
Fayqa menjenguk Dzahim, Farhan dan Aboy pula masuk ke dalam. Fayqa
berbisik-bisik berbincang dengan Danny tentang tempat duduk belakang
kereta Kancilnya yang penuh dengan darah Dzahim.
“Nanti kau ajak
Pa'an dengan Aboy pergi tengok. Tahulah derang apa nak buat,”
nasihat si Danny.
Keluar sahaja
Farhan dan Daeng Wira Asmadi a.k.a Aboy, terus Fayqa meminta tolong,
bimbang kalau kesan darah di tempat duduk belakang Kancilnya tak mahu
keluar. Seperti biasa the boys berdua itu tidak pernah menghampakan
bila diminta tolong. Selepas Danny masuk ke dalam wad ICU untuk melawat Dzahim, mereka bertiga melangkah ke tempat parkir
kereta.
Pintu belakang
Kancil dibuka, “Pa'an, kau tengoklah, banyak darah tu. Macam mana
nak cuci?” jarinya dituding ke arah tompokan-tompokan darah yang
memenuhi tempat duduk belakang.
“Ish, Apek, mana
boleh cuci darah banyak cenggini. Tukar seat cover aja lah,” Farhan
memberi pendapat.
“Woi! Kau
gilakah? Nak tukar seat cover, aku mana ada duit!”
“Ala, rilek arr,
Pek. Kau tukar je, kami bayarkan,” pelawa Aboy, selamba anak orang kaya.
“Ish, sudah arr
korang. Aku tak naklah pinjam duit korang.”
“Pek, kau dah
tolong selamatkan Jim. Berapa sen sangatlah harga seat cover Kancil
kecik ni,” tukas Farhan pula, pun anak orang kaya.
“Sen, tak sen.
Aku tak maulah. Kalau tukar seat cover, aku bayar sendiri. Dahlah
kereta ni pun Jim yang punya. Biarlah aku yang jaga, sebab aku yang
pakai,” bantah Fayqa.
“Kereta ni adik
saya yang punya? Bila dia beli? Kenapa pula awak yang pakai?”
Bertalu-talu soalan dari si mamat sengal, tangan bercekak di
pinggang.
“Ek enah.....bila
pula mamat ni muncul? Mana aku pergi ada aja dia menyibuk. Memang
sengal betul,” keluh hati Fayqa.
.jpg)