Thursday 13 December 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 31 (siap)


Omaigosh, org kuat publisher sudah call ingatkan saya manuskrip harus siap end of Dec & dia kata skrg br Bab 30! Dalam hati saya eh! Puan ni pun baca blog saya ke, adoyai!!

Kerja punya la banyak u olls, adoyai sekali lagi!!

Niway, here is Chap 31. Yes, it is short. (Dah tahu apa u oll nak kata he he) InsyaAllah Bab 32 saya akan siapkan wiken ni. Dan dalam Bab 32, you all akan tahu apa yg berlaku di golf club tu. 

So lagi brp bab nak naik ke blog.... 2 atau 3.



Bab 31

Sepanjang penerbangan dari Luang Prabang ke Bangkok dan dari Bangkok ke Kuala Lumpur, jantung Naz berdebar-debar, rasa bagai nak meletup! Sesalan demi sesalan singgah di hati. Menyesal membawa diri bertahun-tahun. Menyesal menjauhkan diri dari keluarga.

“Mama!” keluh Naz dalam hati, “Ya Allah, lindungilah keselamatan dan kesihatan Mama.”

Rasa macam anak derhaka pun ada juga. Dia berdoa dan berzikir tidak putus-putus. Air mata tidak dibenarkan mengalir walau setitis kerana dia bimbang, jika mengalir setitis, empangan air matanya akan pecah.

Di KLIA, Pak Din sudah sedia menunggu di luar Balai Ketibaan. Tanpa membuang masa, Naz masuk ke dalam kereta Papanya.

“Pak Din, kita ke hospitalkah?” terus keluar soalan dari mulut Naz.

“Tak. Kita ke rumah dulu, Dora,” pendek jawapan Pak Din.

“Eh, jomlah kita terus ke hospital, Pak Din. Saya nak tengok Mama sekarang juga,” gesa Naz.

Tapi Pak Din selamba macam selalu, “Dato’ pesan suruh balik ke rumah dulu.”

Ha! Kalau sudah sebut nama Dato’ Nazari, tak perlu nak dibincang lagi. Di rumahnya, apa yang dia kata, semua orang mesti turut. Naz pun diam, duduk sahaja dalam kereta. Dalam kepalanya tertanya-tanya juga, siapa yang menjaga Mama di hospital dan siapa yang ada di rumah.

Tiba di rumahnya, cepat-cepat Naz masuk ke dalam, tak sabar-sabar hendak tahu keadaan Mamanya. Satu langkah masuk ke dalam rumah, Naz terkejut besar. Mamanya sedang duduk elok di sofa dengan Papa. Sedikit pun Mama tak nampak macam orang sakit. Langkahnya menjadi perlahan, otaknya berputar-putar. Apa muslihat Papa? Kenapa dia telefon suruh balik segera? Katanya Mama masuk hospital. Tapi ini, Mama nampak sihat walafiat sahaja!




Keesokan harinya….

“Anak awak tak turun-turun lagi?” Tanya Dato’ Nazari dengan nada suara yang geram.

            “Belum Bang,” jawab Datin Asriah, sudah bimbang. Bila Dora dan Papanya bertemu, ada sahaja perkara tidak enak yang berlaku.

            “Degil, keras kepala budak tu. Ikut perangai siapalah tu?” Dato’ Nazari membebel-bebel, geram dengan anak tengahnya.

            “Kak Yan! Kak Yan!” tiba-tiba Dato’ Nazari menjerit nama pembantu rumah mereka. Suaranya yang kuat bergema-gema dalam rumah agam miliknya.

            Mak Yan yang sibuk di dapur, berkejar lari ke ruang tamu. Dari suara Dato’ Nazari, dia tahu Dato’ sedang marah.

            Nampak sahaja muka Mak Yan, Dato’Nazari memberikan arahan, “Kak Yan, panggil budak degil tu turun ke bawah. Suruh dia sarapan. Kejap lagi kereta tu sampai.”

            Laju sahaja Mak Yan menjawab, “Baik, Dato’.” Lagi cepat dia beredar, lagi bagus. Mood Dato’ Nazari pagi ini memang buruk.

            “Anak balik sekali sekala bukan nak gembira-gembira, asyik bertegang urat sahaja. Kesian si Dora,” Mak Yan membebel-bebel perlahan sambil memanjat tangga ke tingkat atas.

            Pintu bilik Naz diketuk-ketuk perlahan, “Dora, Dora, Mak Yan ni.”

            “Masuklah, Mak Yan. Pintu tak berkunci,” jawab Naz dari dalam.

            “Dora, Papa kamu panggil, suruh kamu turun ke bawah sarapan,” Mak Yan menyampaikan pesanan.

            “Laaah, Mak Yan, kan saya dah makan tadi. Mak Yan sendiri yang seludupkan nasi goreng naik ke bilik,” selamba jawab Naz. Malas dia hendak mengadap Papanya di bawah, pagi tadi dia minta nasi goreng sepinggan dari Mak Yan untuk dimakan di dalam bilik.

            “Sh! Sh! Cakap tu janganlah kuat-kuat. Dengar dek Papa kamu, jenuh Mak Yan nanti,” tegur Mak Yan.

            “Fuh! Ini yang boring balik ni. Dengan pemerintahan kuku besi Papa, semua orang takut kat dia,” rungut Naz.

            “Bersiaplah Dora, Papa kamu kata nanti ada kereta datang,” gesa Mak Yan.

            “Kereta? Kereta apa?” Tanya Naz hairan.

            “Entah, Mak Yan tak tahu.”

            “Kereta apa? Fuuh! Papa ni…. dari dulu sampai sekarang, ada saja rancangannya. Habis, aku ni jadi pak turut saja? Well…what choice have I got?” bahunya dijungkit, pasrah!


Setengah jam kemudian….

“Dora, dah siap? Cepatlah turun, ada orang tunggu di bawah tu,” kali ini Mamanya sendiri yang naik ke atas memanggilnya.

            Kecil hatinya semalam cuba dilupakan, Mama tentu kena paksa dengan Papa.

            “Ma, siapa yang tunggu Ma?” Tanya Naz malas.

            “Bersiap, kemudian turun sajalah, Dora. Mama streslah kalau Papa bising-bising.”

            Naz sedar Mamanya pun macam dia, ikut saja arahan Papa sebab tak mahu keadaan di rumah jadi tegang. Dia balik hanya sekali-sekala, Mama pula tiap-tiap hari terpaksa melayan karenah Papa. Lagi pun, Naz sedar, walau bagaimana pun tentu Papanya akan cari jalan juga untuk paksa dia turun untuk bertemu dengan entah siapa tu.

            “Dia nak paksa aku bertunang sekali lagikah?” bisik Naz dalam hati sambil menarik nafas dalam-dalam.

            “Dora dah siap pun, Mama,” jawab Naz akhirnya.

            “Dora! Saja je kan nak kasi Papa marah. Takkan nak jumpa bakal mertua pakai baju macam ni!” meninggi suara Datin Asriah.

            “Bakal mertua?” buntang mata Naz.

            “Dah, dah, dah. Tukar, pakai baju kurung,” arah Datin Asriah, almari Naz dibuka dan dia mula mencari-cari pakaian yang difikirkan sesuai.

            “Mama, saya pergi begini saja. Either they take it or they leave it,” ujar Naz, lembut tapi tegas. Siapa ‘they’ itu pun, dia tidak tahu. Well, there’s only one way to figure it out!

            Datin Asriah memandang wajah anaknya. Walau pun inilah kaki bertegang urat dengan Papanya, inilah juga anak yang paling mirip Papanya dari segi perangai. Kalau dia sudah buat keputusan, katalah apa pun, dia tetap dengan keputusannya. Letih sungguh rasa Datin Asriah bila tersepit di antara suami dan anak tengahnya. Nafas ditarik dalam-dalam dan dilepaskan. Biarlah mereka berdua bertegang urat pasal pakaian ini, dia sudah lelah.

            Seperti yang dijangkakan Datin Asriah, bila Dato’ Nazari Nampak sahaja pakain Naz, terus merah padam mukanya, “Nazrahani Idora, miskin sangatkah Papa kamu ni? Tak adakah baju lain yang kamu boleh pakai?”

            “Papa, setiap hari inilah pakaian saya,” selamba Naz menjawab. Nak bertegang urat pagi-pagi ini dengan Papa, buat buang karan sahaja.

            “Ini bukan acara tiap-tiap hari, ini acara istimewa,” Nampak sangat Dato’ Nazari cuba bersabar dengan karenah anaknya.

            “Papa tak cakap pun acara istimewa apa. Habis, mana Dora nak tahu nak pakai baju yang macam mana,” lembut tutur kata Naz, tapi makna berganda, “Kita ada tetamu ke Papa?”

            “Dora, pergi tukar baju yang lebih sesuai. Cepat dah lama pemandu tu tunggu di luar,” suara Dato’ Nazari sudah meninggi.

            “Kalau dia sudah lama tunggu, Dora jalan dululah Papa,” kata Naz, tutur katanya masih lemah  lembut, tidak mahu cari pasal dengan Papanya.

            Tanpa bersalam dengan ibu bapanya, laju Naz berjalan ke arah pintu depan.

            “Dora! Dora! Dora!” Panggilan Papanya tidak dihiraukan.

            Di luar rumah, sebuah kereta mewah berilat-kilat menunggu. Kereta siapa? Tanya Naz dalam hati. Dek kerana hendak melarikan diri dari Papanya, Naz terus masuk ke dalam kerata mewah yang memang sudah terbuka pintu belakangnya.

            Bila kereta bergerak meninggalkan perkarangan rumahnya, terlintas di hati Naz, “Macam hendak pergi berjumpa dengan orang besar-besar? Siapa pula yang nak ambil aku jadi menantu ini? Humph, gasaklah. Sekali dia pandang pakaian aku yang sempoi ni, mesti cancel!”

            Naz tertawa kecil sambil melihat pakaian standardnya. Blaus dan seluar kain kapas polos potongan longgar, berselipar tali dan beg sandang dari kain juga. Memang tak padan dengan kereta mewah yang dinaikinya.

            Kereta itu memasuki kawasan sebuah kelab golf yang jelas kelihatan eksklusif. Terangkat kening Naz melihat kereta-kereta mewah yang menjalar di tempat parkir kereta di perkarangan kelab golf itu. Kereta yang dinaiki Naz berhenti di pintu hadapan kelab golf dan pintu belakang dibuka oleh seorang pekerja kelab itu. Naz kemudian dibawa ke sebuh bilik khas. Bila pintu bilik itu dibuka, terdapat seorang wanita yang berpakaian kasual tapi elegan sedang berbincang dengan dua orang lelaki muda. Dagu Naz hampir jatuh ke lantai!

Mulutnya menyebut tapi tanpa suara “Puan Sri Freida!”

20 comments:

  1. habis lah Khaalish kena marah dengan Naz nanti.....

    ReplyDelete
  2. huhh!!!!saspen...abesla khaalish kne marah nnti!!!dgn papa naz p0n msti naz bengang gle..apekah yg akn terjadi??jeng jeng jeng!!!! =P

    ReplyDelete
  3. best22222222222222222222
    next n3

    ReplyDelete
  4. Wah tak sabar nak tahu sambungan.....

    ReplyDelete
  5. Puan Sri Freida mak Khaalish.

    *still hoping Khaal is not part of this scheming plan*

    ReplyDelete
  6. Yooooo... Mak mentua teknikal.. Hahahhaa
    Adakkah pn sri saja nkk jmpa calon menantu @ nak bg amaran kt naz?
    Kalo sj nnk jmpa hrp2 ni bukan idea khal..

    ReplyDelete
  7. Chaiyok! Chaiyok! Nina, jgn stress. Take it easy. I know u can do it.

    ReplyDelete
  8. post smpt bab 35 boleh x nina?? hehehe

    ReplyDelete
  9. ish..masih lagi saspens nih. i just hope that khaalish is not involve dlm ini konspirasi.

    ReplyDelete
  10. Saspennya Nina, can't wait the next entry...apa la yang berlaku pd Naz huhuhu...

    ReplyDelete
  11. makin teruja dek.....ape sudah nyer dh tk sabar neh...naz jgn marah2 yerrrrrr!nk g dek nina....

    ReplyDelete
  12. Salam Nina

    E3 yg membuat kita pun seperti Naz rasa terkejut dan terkilan bila ayah dan ibunya melakukan sesuatu yg diluar jangkauan pemikirannya mengadakan pertemuan 4 mata dengan ibu Khaalish..

    Apa permainan atau agenda yg dirancangkan oleh ayahnya untuk dirinya pula kali ini..

    Adakah pertemuan ini diketahaui oleh siKhaalish dan kenapa perlu Pn Sri itu berjumpanya sedangkan dia ada kedua ibubapanya yg masih hiodup kalau Puan Sri itu mau berbincang mengenai hala tuju pertunangan yg dianggap "decoy" untuk memisahkan perhubungan anaknya dengan kekasih wanita Khaalish yg dianggap tidak layak untuk menjadi suri anaknya...Adakah pertemuan ini akan meleraikan perhubungan yg sepatutnya telah lama dnoktahkan ...oleh Puan Sri atau Puan Sri mahu penjelasan dari Naz tuan empunya badan mengenai hubungannya dengan anaknya yg semakin intim dan nampak gayanya si Khaalish tu dapat dipisahkan lagi dengan gadis .

    Terujanya akak nak tahu kesinambungan citer ni..

    ReplyDelete
  13. siapa pnye keje ni?
    pakatan khaalish dgn family naz ke?

    ReplyDelete
  14. apa2 pun harap khalish x terlibat dgn pakatan ahli keluarga ni...

    ReplyDelete
  15. hahahaha....x sabar rasanya mau tsu sp yang akan berlaku seterusnya....tp yang pasti mesti ianya lain dari apa yang dijangkakan oleh Naz...x mungkin khal akan marah dan benci kepadanya sbb mamat 2 kan dah separuh nyawa cintun sama naz...n daddy khal kan sporting maut tinggal lagi cam mana penerimaan mummy khal je yg belum dikenalpasti cam ne rentaknya....kite tgk je la nanti cam ne kan?

    ReplyDelete
  16. aiyok!!!! naz gie jumpe bakal mak mentua.... saper nyer plan la nie? mcm maner penerimaan mummy khal? harap2 ia nya berjalan lancar.. kalau kak nina tanyer brp bab nak up 2 atau 3 ape kata 5 bab lagi... hehehe... jgn marah...

    ReplyDelete
  17. apalah bakal mak mertua nak bincangkan tu naz... naz, u r different from other girls, so lawan balik setiap serangan ok... go nina go...

    ReplyDelete
  18. Haha ada drama ibu mertuaku.. I like.. sbb suka cara Naz deal with the situation.. rasional

    ReplyDelete
  19. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2Ec260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete