Monday 17 December 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 33


Salam! Satu lagi bab yang pendek. Oooh, kelam kabut saya menyiapkannya. Jadi, agak huru hara ceritanya. Please tell me what you think supaya saya boleh edit untuk final manuscript. (Wah, masih berhasrat untuk menyiapkan 26 bab sebelum habis Dec, Jia Yu! Jia Yu!)

Bab 33

Buat seketika, sunyi sepi bilik itu kerana semuanya terkejut.

“Dah habis 18 lubang?” Puan Sri Freida yang dahulu membuka mulut, hairan melihat suami dan anaknya balik dari padang golf sebegitu cepat.

“Daddy sakit pinggang. We abandoned the game,” jawab Khaalish. Elok habis sahaja jawab panggilan telefon tadi, Daddy terus sakit pinggang dan ajak balik ke bilik khas ini. Siapa agaknya yang menelefon Daddy tadi?

“Sakit pinggang,” tanya Puan Sri Freida dalam hati, “eh, sehari dua ini okey saja?”

“Manja, I didn’t know that we have a guest for lunch,” komen Tan Sri Kamaruzzaman lembut.

Mimik muka Naz bagaikan orang tercekik biji rambutan! Manja?!! Puan Sri Freida yang garang macam singa itu, nama timangannya Manja!

‘Manja’ tidak terkata apa sebab dia telah ‘menjemput’ tetamu istimewa hari ini tanpa memaklumkan kepada suami dan anaknya. Fikirnya apa yang hendak ‘dibincangkan’ dengan tetamunya itu dapat diselesaikan sebelum suami dan anaknya pulang dari padang golf.

Belum sempat Puan Sri Freida dapat mencari kata-kata untuk membalas komen suaminya, anaknya terlebih dahulu bertanya, “Naz! What are you doing here? Bila sampai dari Luang Prabang?”

Sekali lagi Tan Sri Kamaruzzaman terkejut, Luang Prabang? Oh! Gadis yang dikejar Khaalish selama ini rupa-rupanya bekas tunang sendiri! Bukan penulis novel tu?

Berputar ligat kepala Naz memikirkan jawapannya, dengan muka yang dikawal agar beriak biasa “Tak ada apa-apa, Khal, cuma bertanya khabar dengan mak awak saja. Saya dah nak balik pun.”

“Never lie to me, Naz. I heard what both of you said just now,” Khaalish memulakan konfrontasi.

“Okay so you heard us,” balas Naz dengan melepaskan nafas, “macam tu lah.”

“How could you? How could you just give up what we have just like that?” wajah Khaalish kelihatan sedih sungguh.

Sekali lagi tersirap rasa marah di dada Naz. Mak dia buat hal, aku pulak yang kena? Ini mesti kes Mummy’s boy, bukan berani hendak berdepan dengan mak sendiri! Kahwin nanti, aku juga yang merana!

“What do we actually have, Khaal? Tell me! Empat tahun dulu keluarga awak meminang saya. Pertunangan olok-olok! Hati saya jadi mainan. Sekarang awak datang cari saya, nak ajak kahwin konon. Untuk makluman awak, mak awak dah terangkan panjang lebar kepada saya. Saya ni tak layak jadi isteri awak. Buat memalukan keluarga awak, serba serbi saya kurang. So, you tell me what we have?” panjang lebar Naz menghamburkan apa yang dirasa.

Elok habis sahaja bercakap, dia berastaghfar lagi. Sudah menyesal dengan apa keluar dari mulutnya. Sebaiknya, dia cabut sahaja dari situ secepat mungkin.

“Mummy…Khaal dah tualah Mummy. Dah tiga puluh tahun. Kalau empat tahun dulu, Mummy kata Khaal tak tahu apa yang elok bagi diri sendiri. Sekarang ni Khaal lebih dari tahu apa yang Khaal mahu. Mummy, I want her to be with me for the rest of my life,” lembut tutur kata Khaalish kepada ibunya.

Terpegun Naz yang bercadang hendak angkat kaki tadi. Nombor satu, dengan bahagian ‘I want her to be with me for the rest of my life.’ Nombor dua, dengan lembut tutur kata Khaalish bila bercakap dengan ibunya.

“Khaal, are you blind? Look at her! How can you choose her? The way she dresses!! It’s so disgraceful! Apa kena dengan kamu ni Khaal? Sudah tak dapat fikirkah?” Puan Sri Freida cakap tak berlapik-lapik lagi.

Merah muka Naz mendengar hinaan itu. Baru sahaja dia hendak membuka mulut, Khaalish lebih dulu berkata, “Mummy, dalam empat tahun ini, Mummy pun tahu, berapa ratus orang perempuan yang keluar dengan Khaal…”

“Beratus?” ulang Naz dalam hati, dahinya berkerut tidak berkenan. Matanya bertembung dengan mata Tan Sri Kamaruzzaman. Daddy Khaalish tersengih melihat reaksi Naz. Dia mengangguk-anggukkan kepala sambil tersengih, seolah-olah mengiakan apa yang dikatakan oleh anaknya.

“Dalam beratus orang tu, hanya Naz yang lain. She’s the one, Mummy, the only one.”

“Zaim Khaalish!” balas Puan Sri Freida dengan mata yang mencerun, “kahwin ini bukan untuk seronok atas katil sahaja. The girl who marries you represents our family to our business partners, our staff, the public. You cannot afford to make the wrong choice!”

“Mummy, tak perlulah hina Naz. She is very intelligent, very sweet. Siapa pun yang berjumpa dengan dia akan sukakan dia,” Khaalish mempertahan gadis pujaan hatinya.

“Zaim Khaalish, I know what’s best for you,” bentak Puan Sri Freida.

“Mummy, I know what’s best for my heart,” balas Khaalish, walaupun lembut tapi tegas.

“Excuse me, I also know what’s best for myself,” celah Naz, mengejutkan Khaalish dan ibu bapanya.

“Saya tahu tempat saya bukan di sini, maka saya nak minta diri….”

Belum sempat Naz habis berkata, Khaalish sudah memotong, “Naz, please, I can handle my mom. Just give me a few minutes…”

“Handle his mom?” fikir Naz,”ahhh…he’s the apple of her eye, the jewel in her crown…ataupun kata orang Melayu dulu-dulu, buntat embun maknya. Anak tunggal, tak ada seorang perempuan pun yang cukup bagus untuk anaknya. Nak handle apa?”

“Tak apalah Khaal, you just go ahead and have a discussion with your mom. Tak perlulah saya terbabit…”

“Naz, don’t go anywhere. Stay, tunggu saya selesai berbincang dengan Mummy sekejap,” bukan permintaan, tapi arahan. Naz sudah hilang sabar, dia ingat dia di pejabat bagi arahan kepada stafkah?

“Khaalish, dari dulu saya kata antara kita ada sejarah yang kurang manis. Just let it go…”

“I can’t and I won’t let you go,” muktamad bunyinya.

“You will have to. Look, saya dah cukup lelah dengan karenah Papa saya. Bila Mummy awak kata saya tak sesuai untuk awak, well, let’s just leave it at that..”

“Naz!” protes Khaalish.

Naz sudah berdiri, “Khaalish! Awak nak bincang dengan Mummy awak, go ahead. Saya percaya Mummy awak akan dapat cari calon terbaik untuk awak….”

“Naz!” kata Khaalish lagi.

Naz sudah tiba di sisi Puan Sri Freida, “Saya minta diri dulu Puan Sri. Apa yang Puan Sri minta, jangan bimbang, saya akan kotakan…”

“Naz!”

Tanpa memperdulikan Khaalish, Naz menghulurkan tangan, bersalam dan mencium tangan Puan Sri Freida. Inilah wanita yang memberikannya sumber untuk Naz sambung belajar, sekurang-kurangnya ciumlah tangan.

“Sebelum saya pergi, Puan Sri, maaflah kalau saya berkongsi sedikit. Bila Khaalish kahwin, janganlah Puan Sri fikir Puan Sri akan kehilangan dia. Bila Khaalish kahwin, sebenarnya Puan Sri akan dapat anak perempuan baru. Tak kurang, tapi bertambah,” kata Naz dengan senyuman lembut.

“Tan Sri, saya minta diri dulu,” kepada Tan Sri Kamaruzzaman, Naz menundukkan kepalanya sedikit sebagai tanda hormat.

Puan Sri Freida pula, terpinga-pinga jadinya. Dia tidak sangka gadis yang hebat dikutuknya akan meminta diri sebegitu sopan sekali, siap bersalam dan mencium tangannya. Naz pula sudah melangkah ke pintu keluar.

Baru sahaja dia hendak mencapai tombol pintu, Tan Sri Kamaruzzaman yang berdiam diri sedar tadi membuka mulut, “Nazrahani Idora, tunggulah makan tengahari dulu.”

Terkejut Naz dibuatnya, dia berpusing mengadap Tan Sri Kamasuzzaman, “Eh! Tak apalah Tan Sri, saya balik dulu.”

“Apa Tan Sri pulak, panggil uncle. Adat keluarga kami, kalau tetamu datang, wajib dijamu makan. You better learn that.”

69 comments:

  1. Assalamualaikum
    Ramai takut nak kahwin dengan anak mak. Dan tak kurang jugak ramai mak yang takut nak mengahwinkan anak mereka. Berkahwin bukan bermakna kita akan kehilangan. Mak takkan hilang anak, dan anak takkan hilang mak. Mak akan dapat anak baru dan menantu akan dapat mak baru.
    Kalau kita ni mak, macamana kita nak menantu kita di kemudian hari..begitulah mak mentua kita.
    Kalau kita ni menantu, macamana kita nak mak kita begitulah situasi mak mentua kita sekarang.
    Semoga berjaya Nina.. (kenal saya tak?) Jangan tanya siapa yer...
    26 Bab yer..kita tunggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenal kenal, hari2 bersembang takkan tak kenal he he. okay, zarra zuyyin, skrg ye? dan gud lak dgn usaha awak juga, jia yu jia yu!

      Delete
    2. FB xdpt buka pagi2...kena block. sardis betullah.uiks..hari2 sembang yer... takpe, pas ni kita tak sembang dah lah..ngee.

      Delete
    3. patut la xde pepeagi nih rupanya di sini dia melepak zarra zuyyin sila balik ke teratak indah ande hokeyyyyy

      Delete
    4. FB tak boleh buka sebab nak suruh awak siapkan manuskrip awak yag 2, 3 tu, wa ka ka. so hari ni tak nak bersembang dgn saya lah ni (mode merajuk)

      Delete
    5. Ewah2..... gaduh2 manja...

      Delete
  2. Nampak gayanya Papa Khaal ni yang kena perbetulkan Mama Khaal ni dahlah dressing x macam emak, mulutnya tak sesuai dengan status...

    ReplyDelete
    Replies
    1. of koz la, Tan Sri tu kan lelaki yg hebat, tapi errr makan tak baca doa, wa ka ka (dlm next chap nih) well, tak de orh yg syumul kan

      Delete
  3. mak mentua...mother-in-law....hai la...one fine day we will be in dat category...wat kind of a mak mentua...only time will tell!! Kenapa ye, bace bab ni mcm sedih menyelubungi?????hhhhmmmmmmmm...thks cik nina!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. hopefully jd mother in law yg disayangi oleh menantu2.. macam mana kita layan & didik anak2, mcm tu la patutnya kita layan & didik menantu... just like tan sri.. cool...

      Delete
    2. zoora babe, apsal pula sedih? tak mo lah cenggitu.

      norana, aminnnn :)

      Delete
  4. Manja? Yeww yucks! Hahaa. Macam-macam ragam betul keluarga Khaal ni. Bagus, naz. Buruk dibalas baik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh oh welcome2 the only male commentor!

      Delete
    2. saya rasa cam sengal je panggil manja...tp tkdak idea nk suggest other name to you...sowi....

      Delete
    3. saja mmg nak bagi terserlah kesengalannya he he he

      Delete
  5. aAAAAAAA ayah khaalish baik giler kut!!!! Bgus2,,, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah nnt derang akan jadi the best daddy dotter pair, ganti papa Naz yg semacam tu (eh eh terbocor jln cerita!)

      Delete
  6. “I can’t and I won’t let you go,” muktamad bunyinya. <------ quote yg ni bg sy lg tegas kalau juz letak "i can't and i won't...tk perlu yg let u go....rasa lg seram sejuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naz kata let IT go
      Khaal kata let you go.
      so cam lain sikit, niway tqvm for yr input, much appreciated, sy pun suka citer yg bikin seram sejuk, aish, macam citer serm jer LOL

      Delete
  7. “Apa Tan Sri pulak, panggil uncle. Adat keluarga kami, kalau tetamu datang, wajib dijamu makan. You better learn that.”

    cool nye si daddy khaal... mesti leh jadi geng naz lps ni.. hihihi

    ReplyDelete
  8. Assalam Nina.

    I have been following your stories, since PMS. I am well entertained by both PMS and KNK. BRAVO to you sis. Cant wait for the novel to be in print.

    Paling suka "bila Khaalish kahwin sebenarnya Puan Sri akan dapat anak perempuan baru." Cara yang sangat lembut untuk menangkis keegoan seorang ibu. But cant blame the mum, all mothers want the best for their child.

    Keep up the good work. And continue to keep me reading.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm for yr support, sib baik ada readers and better still readers who comment, jadi kita i pun tahu lah samada kita ni sesat barat ke sesat utara :)

      Delete
  9. Nina Thank You, I Love U! Baru teringat nak baca bab 32 yang dah baca pagi tadi tiba-tiba ada bab 33...happy sesangat...hmm tak boleh bayangkan perasaan Khal masa ni mesti sedih kan Naz nak chow aje....but if i were Naz may be i pun nak chow juga...love the part Naz cium tangan and love Daddy Khal too! Berapa banyak love daa hehe...Daddy Khal dah jadi Tan Sri Kamasuzzaman la Nina...ini mesti nak taip cepat..hehe tak pe teruskan usaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, banyak2 love form me too. am glad that my simple story makes you happy. life is too much if theres no happiness kan?

      Delete
  10. ahahaha "manja" gelak guling2 hahahhahahah...x menahan Nyonya Mansor dah jadi Manja hahahhahahaha....siyes lawak tahap gaban terjun lombong.....terus terkedu tgk tingkah laku Naz ke Nyonya mansor....baik kan dia ahaks...kan dah kata Tan sri mesti baik punya kalo x x kan la dia x leyh kawal Nyonya Mansor kan...mesti kes tunang dulu 2 ada watermelon di balik sirap limau kalo x xde nye khal tertunang ngan Naz atas rancangan Daddy Naz n Nyonya Mansor kan....

    okiessss....kalo x menjadi kesalahan nak2 lagi boleyhhh hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik stroberi, mlm ni naik satu bab lagi, baca ye!

      Delete
    2. nak naik kan 2 pun kami terima.... ;)

      Delete
    3. tak aci!!! nak naik bab jugak. bab apa yer..bab angin?

      Delete
    4. zoora, eh sehari satu bab la, mana boleh lebey, semput writer nih! niway, KNK dah nak berenti di blog :)

      zarra, eh eh awak ada 3 cerita, saya 1 jerrr. nilah baru sehari dua ni mampu naikkan kerap2

      Delete
    5. best nye puan2 writer berebut nak naikkan next2 bab... kita semua tersanggggaaaaattttt lah suka... hihihii

      Delete
  11. wuwuwu...kesian naz....hrp baik2 lpas neh....hurrmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. u know Naz, walau apa yg jadi she will bounce back :)

      Delete
  12. WOW... tan sri is very gentleman.. hehehe.. gamaknye nanti puan sri manja okey kot dgr ckp kalo laki dia bukak mulut.. ;p

    i like this version of zaim khalish ;)

    chaiyok2 khal!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, ZK is very likeable :) even more so later

      Delete
  13. tan sri stuju tu...ahaks...i like..
    khalish bila ckp dgn his mom sgt sopan..wow..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes dear aisyah, saya tak nak tulis cerita yg wataknya terjerit2, nak lempang2 dsb. those are cheap tricks to sensationalize the novel. wal hal perkara kici saja :)

      Delete
  14. One word. LIKE!!!! He's standing up for his Naz in front of mommy dearest.

    errr ada berapa bab lagi u nak letak kat sini?

    Good luck. Tak sabar nak tunggu buku keluar. Meanwhile, dah boleh pikir 3rd novel ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 words, thank you!

      amboi!! 3rd novel. you! kasik la abiskan yg no 2 nih. but ekcelli, citer no 3, jln citer, watak suma dah siap, ha ha ha. heroine nya nama Fayqa you. Tajuknya Seteguh Fayqa, aiseh KNK pun tara tajuk lagi!

      Delete
  15. Manja? Ok, memang lawak.
    Entry ni mampu buat airmata saya mengalir. Suka dgn cara Naz, menggunakan cara yang lembut utk org yang kasar seperti puan sri manja.
    Tan Sri mainkan peranan. Wahh,hebatt!!

    Alahai manja, mesti tercengang2 kan.. hmm, 3 lawan 1.

    xsabar tunggu KNK dibukukan.

    Kak Nina, Jia Yu! Jia Yu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. shaii, manja tu terover sayang anaknya, sorang sajakan. tak pe tak pe, nnt Naz gentle aja dgn dia

      Delete
  16. Mucho mass rapido Nina! Another 26 chaps to go. I really love the heroines that u hv!! Naz n Una sama2 Ada kekuatan sendiri. Can't wait to know Fayqa?

    I hv the instinct that in this chapter, mommy monster akan start suka Naz. Waa I guest, in a few more chaps they are going to get married. Haha, khayal sendiri....

    Ganbate Nina!

    ReplyDelete
    Replies
    1. AS, semput2 cuba taip laju2 ni sebab mengenangkan ego yg nak sangat buku baru di Pesta Buku KL, mwa ha ha ha ha.

      ya, i told ya, nothing but strong heroines from me. Una sweet punya strong kan? Naz, selamba punya strong. Fayqa, ketul batu punya strong. Heroes pula, Zaim Khaalish is the sweetest and hero Fayqa is the nastiest (tanak cakap nama sebab hero Fayqa ada 2, beradik beradik u)

      p/s: sewel punya writer!! hah

      Delete
    2. x sabar nak tunggu cite baru pas release KNK ni nanti....mesti syok cam cite ni n PMS coz yor story telling is bit deffer from others

      Delete
    3. actually i do try to be different sebab dah bored dgn citer2 yg melodrama, berjaya tau tidak, its up to u readers to judge.

      cik stroberi...seh KNK pun tak siap lg, sabarrrr

      Delete
  17. Nina, bravo... i like this :-), Naz is so cool & so sweet!!!! TQ Nina..

    ReplyDelete
    Replies
    1. she is, kan? kalau heroine nye lembek then suka marah2, boringlah :)

      Delete
  18. Lurve and like it very much lah Nina. You story never disappointed me. I've always expect the unexpected from you. Romance + humor. Buat we all senyum je lepas baca. Good luck tuk siapkan this story.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah I'm the feel good writer, tak nak ah jerit2 lempang2 :)

      Delete
  19. Tetiba baca i kecut perut..x sabar nak tau citer selanjutnya..please..pleaseeee

    ReplyDelete
  20. MANJA?
    Kekekwkwekkekk tak glamer lansung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja Tan Sri nak mengampungkan isteri nya yg ultra urban tu he he

      Delete
  21. Kak nina!!!! Best la. Nk suggest something boleh? Nanti nxt novel male character die tak nk yg businessman can? Hehehehe... Mostly novel kan mesti businessman. Try sailor ke.. Hahahahahahaha... Just my mind talking. Anyway gd luck. Can't wait for the book to be out. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, menarik gak cadangan u tu Sunflowerella, bcoz my hubby was a sailor :-)

      Delete
    2. larrrr, hero no 3 pun businessman, aiseh skema nya saya. nak citer psl sailors kita tatau lah, no experience :)

      Delete
  22. love the way khaalish handles his mom. at least he's not the kind of guy being potrayed in most novels nowadays where diorang just ikut what their moms said. good for you khaalish! And i salute the way Naz acts so cool even kena confront like that. great job! :D

    ReplyDelete
  23. Salam Nina

    Pergh ..Akak terharu dengan isu yg meruntun perasaan kita..dimana ketiga tiga watak ini mempunya keinginan yg berlainan dalam satu perhubungan ..bila mempersoalkan mengenai jodoh..

    Perlu kah seorg ibu mengetepikan egonya yg tinggi melangit..bila buat pertama kalinya anak kesayangannya berani bersemuka merayu untuk direstui perhubungan dengan gadis yg menjadi pilihannya 4 tahun yg lalu .. yg dia sendiri telah iktiraf dan telah melamar gadis ini sebagai tunangan yg masa itu masih mentah dan bergelut dengan noktah noktah kuliah ,assignment dan buku buku .Tidak kiralah waktu itu apa tujuannya.. yg pasti suami dan anaknya telah menerima kehadiran gadis ini dan mahu restunya untuk menoktahkan hubungan ini dengan sebuah perkawenan.

    Satu E3 dimana kita dapat melihat betapa proctective seorg ibu yg bernama Puan Sri Frieda terhadap satu satunya anak tunggal yg dia ada...walaupun Khaalish umurnya sudah menginjak ke angka 30 tahun tetapi keputusan siapakah yg bakal menjadi calon menantunya masih ditangannya ..walaupun yg hendak hidup disisi pasangan mereka adalah diri anaknya itu..

    Nina membuat kita berfikir sejenak..yang mana dari segi realitinya diluar sana isu isu mejodohkan anak masih dikonkong oleh seorg ibu seperti Puan Sri Freida yang masih menganggap dengan alasan mereka telah lama makan asam garamnya....dan anaknya masih kecil dan tidak bijak untuk membuat pilihan seorg gadis yg akan menjadi suri dan sekaligus akan melahirkan zuriat dari warisannya dan secara tidak langsung akan mengubah kehidupan mereka sekeluarga .

    There comes a time in a mothers life, where she feels it's time to sacrifice certain things in her life to fulfill that of her child/chidren dreams...adakah ini masa nya ia perlu melakukan pengorbanan atau Tegarkah dia untuk kali kedua mengecewakan anaknya..

    Pada hakikatnya hubungan ini mmg tidak diktiraf oleh Pn Sri Freida kerana dari segi penampilan mmg Naz tidak sehebat mana pun dari kaca mata tuanya..

    Naz pula memang tidak dapat menerima seeorg mertua yg begitu taksub dan bangga pada taraf kedudukan mereka yg dikatakan dari golongan elite yg berperestij akan tercalar kerana kehadirannya disisi mereka berbanding dengan latar belakang keluarganya yg tidaklah sekaya mana. Bagi Naz restu ibubapa itu penting baginya untuk mendapat keredaan dalam hidup berumahtangga..sekiranya Pn Sri Frieda tidak merestui perhubungan itu..biarlah sahaja dia mengundur diri kerana dia tidak mahu Khaalish menjadi anak yg derhaka walaupun nama mamat tu telah terukir dihatinya.

    Sianak yg pertama kali jatuh cinta dengan tunangan nya sendiri cuba untuk fighting for his rights untuk mendapat restu ibunya untuk mengahwini gadis yg telah mencuri hatinya.

    Teruja nak tahu kesinambungan citer ini..

    ReplyDelete
  24. OMG.. Puan Sri ni betui2 gahh rasa dirinye..

    teruskan Khal pertahankan kesanyangan mu...

    ReplyDelete
  25. oh ya ALLAH...ampun kn dosa2 insan yg menghina hamba2 yg setaraf disisi mu.mmg tk bleh blah betul lh puan sri yg lebih pandangan zahir...amek ko terkedu bile naz minta diri dgn penuh hormat sebagai gadis melayu.nape puan sri tk percaya!hehe caya lh naz...suker sngt cara naz...

    ReplyDelete
  26. Anak mummy? Hhhmmmm....sy mmg dh terkawen ngan anak mummy pn. Mmg susah sbb mummy nye dok asyik masuk campur urusan kami tp what the heck??? At the end of the day her son peluk sy pun bkn g peluk mummy dia...ha ha ha. Klu x suka ngan apa2 yg mummy dia bt sy diam saja, klu ok sy ikut. Not a big prob!

    ReplyDelete
  27. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2Ec260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete