Tuesday 18 December 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 34


Ho ho ho, bak kata Aomori Sakura, mucho expresso. Maklumlah masih lagi bersemangat nak siapkan manuskrip cepat2. Jadi sy rasa banyak kelemahan sebab taip laju2, mohon input dari teman2 ye. Esp the ending part, yg sy rasa ramai akan komen he he, nak buat cemana Naz is Naz!



Bab 34

“Tetamu datang bawa rezeki,” kata Tan Sri Kamaruzzaman, lembut, “jemputlah makan.”

            Segan sungguh rasa Naz, “terima kasih, Tan Sri.”

            “Uncle,” balas Tan Sri Kamaruzzaman, membetulkan Naz.

            Naz mengerling ke arah Khaalish yang duduk berhadapan dengannya, tersenyum lebar mamat tu. Puan Sri Freida yang sama-sama duduk di meja makan itu, tak berani dipandang Naz.

            “Eh, tunggu apa lagi? Makanlah,” jemput Tan Sri Kamaruzzaman lagi.

            Naz tersenyum tawar, sudu dan garfu dicapainya, Bismillah dibaca sambil terfikir, “Oh, memang keluarga dia tak biasa baca doa makan.”

            Setiap suapan Naz dipandang Khaalish. Tersengih dia sebab tak pernah melihat Naz makan sebegitu ‘sopan.’ Selalunya Naz, kalau makan, bersemangat sekali.

            “Kamu kerja di Luang Prabang?” Tan Sri Kamaruzzaman memulakan perbualan.

            “Saya,” jawab Naz pendek.

            “Kerja apa?” tanya bapa ‘tunang teknikalnya’ lagi.

            Lalu Naz bercerita serba sedikit tentang kerjanya di bumi Laos itu.

            “Interesting,” komen Tan Sri Kamaruzzaman, “tapi kenapa tak bekerja di Malaysia saja?”

            “Cari pengalaman, Uncle,” jawab Naz ringkas, takkan Naz nak  kata ‘saya nak lari dari Papa saya’?

            “Naz is also an author, Daddy,” kata Khaalish dengan bangga.

            “Oh?” sedikit terkejut bapanya, ibunya pula menjungkitkan kening.

            “Qalisha Irdani, remember?” sambung Khaalish lagi.

            “Oh?” semakin terkejut Tan Sri Kamaruzzaman. Rupanya si bekas tunang anaknya dan si penulis novel cinta adalah orang yang sama. Menarik!

            “Khaalish baca semua buku awak. Waktu rehat di pejabat itulah kerjanya. He’s your ardent fan! Ha, ha, ha, ha,” ketawa besar pengerusi KZ Industries.

            Khaalish dengan muka tidak malu, masih dalam mode tersengih. Naz pula yang berasa segan. Puan Sri Freida pula mencerun mata, tulis apa? Buku apa?

            “So, you write love stories?” tanya Tan Sri Kamaruzzaman, dengan penuh minat.

            Tidak tahu apa yang hendak dijawab, Naz hanya menganggukkan kepala.

            “Uncle selalu tertanya-tanya, penulis ni mana dapat idea?”

            Makan tengahari itu dipenuhi dengan sembang santai mengenai kerjaya Naz; menulis dan menyelidik, hidup di Luang Prabang, minatnya mengembara dan….

            “After Luang Prabang, what’s next?” soal Tan Sri Kamaruzzaman, bikin semua orang di meja makan itu terhenti menyuap.

            “Rasanya Bangkok, Uncle. Teman saya di sana nak mulakan projek buku cerita kanak-kanak,” sebolehnya Naz tidak mahu terlalu banyak berkongsi tentang rancangannya.

            “Di syarikat uncle, kami ada Corporate Social Responbility Unit. Apa kata Idora kerja dengan kami, jadi Ketua Unit di situ?”

            Naz hanya dapat menelan liur. Khaalish sudah tersenyum lebar, mukanya berseri-seri. Puan Sri Freida pula cemberut mukanya. Semua orang bagai menunggu jawapan Naz.

“Terima kasih, Uncle. The offer is so sudden, I….”

“Tak perlu jawab sekarang, Idora. Fikirlah dulu, bincang dengan keluarga, bincang dengan Khaal,” celah Tan Sri Kamaruzzaman.

Usai makan tengahari Khaalish disuruh Daddynya menghantar Naz pulang. Makin lebar senyuman jejaka itu. Pucuk dicita, ulam mendatang! Selepas bersalam dan mencium tangan Puan Sri Freida sekali lagi, Naz melangkah pergi ditemani Khaalish.

Sebaik sahaja pintu bilik khas itu ditutup, Tan Sri Kamaruzzaman membuat kenyataan, “Manja, I like that girl.”

“Darling, she dresses like a vagabond,” ‘Manja’ memprotes, siap berkerut hidung bagai terbau benda busuk.

“Itulah gunanya mak mertua, beri tunjuk ajar kepada menantu. Kalau awak nak Kate Middleton jadi menantu awak. I’m sorry, she’s taken,” kata Tan Sri Kamaruzzaman sambil ketawa besar.


Sepanjang perjalanan dari kelab golf tadi, Naz hanya mendiamkan diri. Ditanya sepatah, dijawab sepatah. Tiba di rumah keluarga Naz, Khaalish memberhentikan kereta di beranda. Khaalish yang duduk di kerusi pemandu memusingkan badannya untuk mengadap Naz. Direnungnya wajah Naz yang serba sederhana, namun manis di matanya dan damai di hatinya.

            “Sayang….saya minta maaf atas apa yang Mummy saya katakan kepada awak tadi ye. Mummy saya memang tough dengan mana-mana perempuan yang keluar dengan saya,” Khaalish memulakan kata.

            Naz yang masih kaku di kerusi penumpang, tidak berkata apa-apa. Matanya masih tegak memandang ke hadapan.

            “Perempuan yang keluar dengan saya,” cemuh Naz dalam hati, “berapa ratus orang dia kata tadi? Lelaki kaki perempuan macam ini yang nak dibuat suami?”

            “Sayang…. Saya nak minta awak bersabar sikit ye dengan Mummy. Saya janji, things will be okay. Saya pasti, bila dia sudah kenal dengan awak, dia akan sedar, apa yang dia katakan tu…semuanya nonsense,” lembut Khaalish memujuk.

            Naz masih membisu, tapi hatinya, jenuh mencemuh playboy di sebelahnya, “Apa aku kisah dengan mak kau? Bukan aku nak kahwin dengan dia. Kau tu? Rasa dah cukup bagus nak jadi ketua keluarga? Dahlah sembahyang pun ‘Touch n Go’ saja. Ini perempuan yang beratus-ratus orang ini… lepas kahwin boleh berhentikah? Ah! A leopard never changes its spots.”

            “Sayang, awak okeykan?” tanya Khaalish bila Naz masih lagi tidak bersuara.

            “Khaalish, saya rasa apa yang mak awak cakap tu betul. Saya ini tak sesuai untuk awak. Teman perempuan awak kan ramai. Awak pilihlah seorang untuk jadi isteri awak,” perlahan sahaja tutur Naz, bagai orang tiada perasaan.

            Khaalish menarik nafas panjang dan mengingatkan diri untuk bersabar.

            “Naz sayang, kan saya dah minta maaf bagi pihak Mummy. I wish my Mummy is not like that. But she is who she is, I can’t change her. But I promise you, I will not let her hurt you. I will protect you. I make her sound so bad. Mummy bukannya apa, saya ni satu-satunya anak dia, sebab tu dari kecil lagi dia memang over protective,” Khaalish masih lagi merayu-rayu.

            “You are right. Yes, Khaal, you are right,” bisik Naz perlahan.

            “Apa Sayang? Saya tak dengar, awak kata apa?”

            Naz memalingkan mukanya dan merenung wajah Khaalish lama, “Saya kata awak betul Khaalish. Your mother, she is who she is and you can’t change her…”

            Khaalish sudah mula risau, “Naz… you don’t have to worry about her. I will protect you from…”

            “Khaalish, saya tak bimbang tentang mak awak,” kata Naz, perlahan macam tadi.

            Baru sahaja Khaalish hendak membuka mulut, cepat-cepat Naz menyambung, “Just like her. You are who you are and I can’t change you. You promise to protect me from her but who will protect me from you?”

            “Ha?!!” terlopong Zaim Khaalish, sedikit pun dia tidak 
faham apa yang dikatakan oleh Naz.

            Tiba-tiba ada ketukan di cermin tingkap kereta, tersentak Naz dan Khaalish. Papa Naz rupanya. Kecewa juga Khaalish dibuatnya, dalam kepalanya penuh tanda tanya. Apa maksud Naz? Mahu tak mahu, cermin tingkap diturunkan.

            “Khaalish, jemputlah masuk. Berbual di dalam. Buat apa berbual di dalam kereta, tak selesa,” Papa Naz pun lembut tutur katanya, tapi Naz hairan kenapa suara Papanya bagai terlebih gula.

            Kalau ikutkan hati Khaalish memanglah dia mahu turun dan sambung berbincang dengan Naz. Tapi wajah Naz masih kosong, bahasa badannya masih kaku. Dan dia sedar dengan adanya Papa Naz, takkan boleh dia berbincang hati ke hati dengan Naz.

            Lalu dia melangkah keluar dari kereta dan membukakan pintu untuk Naz, “Tak apalah Uncle, lain kali sahajalah. Biarlah Naz berehat dahulu. Petang nanti saya telefon dia.”

            Sukanya hati Dato’ Nazari. Siapa sangka berjodoh juga anaknya yang keras kepala ini dengan anak Tan Sri Kamaruzzaman, jutawan tu!

            “Kalau macam tu, Uncle masuk dulu ya. Nanti kirim salam pada Daddy dan Mummy kamu,” pesan Dato’ Nazari sebelum masuk ke rumah.

            Tanpa sebarang kata, Naz melangkah mengikuti Papanya.

            “Naz!” seru Khaalish.

            Naz berpaling, memandang Khaalish. Wajahnya yang kosong membuatkan Khaalish tidak sedap hati.

            “I’ll call you, later. Have a good rest, Sayang.”

83 comments:

  1. wargh... ada bab baharu... tq cik writer...

    tahniah n gud job

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah fatiah sy kena taip laju2 sebab deadline dah dekat! kecuuuuut peruuuut

      Delete
  2. Ha ha ha...you want Kate Middleton? Sorry, she's taken. Very funny.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lamanya tak nampak Apple Pie!! Bertapa di mana? hua hua hua hua :)

      Delete
    2. I ada kat sini lg Nina. Follow ur story, cuma malas sket nak menaip komen sbb my iPad ni devil, asyik nak Ikut bahasa dia je (tgk, I taip degil, dia tulis devil). Pastu kena buktikan yg I'm not a robot.

      Delete
    3. Apple Pie, yg buktikan tak robot tu saya dah off kan! haah pakai Mac pun cenggitu, lebih pandai dari towkay, ada setting yg you boleh switch off spell check tu

      Delete
  3. wahhhh...!!! swettt yaaa khaalish...

    ReplyDelete
  4. Khaalish ni macam naif lah hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? poyo ek? seh tak best arr hero cenggini...

      Delete
    2. entahh my opinion laa. Tapi u a good writer, mesti tau kan nak buat apaa

      Delete
  5. terbaek la Daddy Khal kan sbb dia boleyh kawal suasana yang sedikit tegang la kalo nak dikirakan td....siap ckp...i like that girl 2....yang si khal plak x habeh2 sengih 2...dah amek kesempatan dlm kesempitan Naz yeh dgn sokongan Daddy dia 2...tp berwaspada la khalish...muka Naz dah stone xde perasaan 2...ape hang nak buat skunk ni...Papa Naz plak dan2 2 la nak dtg ketuk pintu kereta kan...so mmg xde nye Naz akan membukak mulut dia 2 untuk bg penjelasan pada Khal kan....cam ne agaknya khal nak slow talk n mintak kepastian dari Naz ni yeh...silap2 haribulan bila Khal tipon Naz bley wat 'cerdek" je kan....hmmmm

    nota keyboard...
    thank nina sbb up n3 mlm ni....sat gi dah leyh titonnnnnn hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sdg gigih taip citer utk dinaikkan hari ni. moga2 sempat siap

      Delete
  6. 2 entries in 1 day! sukanyaaaa!

    anyway, Naz, you are by far my fav heroine.

    Tapi jgn deralah hati Khaal tu sangat. Kesian pula dekat dia.
    Khaal, bawa2 berubah cepat. Dan makesure istiqamah! Jangan nak touch n go je!
    Nice chap Nina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha i hv a feeling that perhaps u hv a lot in common with Naz? hmm?

      Delete
  7. oho!naz mmg keras hati betol.bt it's okay no pain no gain right???

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu u dengar yr guy kuar with hundreds of girls, takkan u relax jerr. ish kalau i adoi beratus!! sure cuak kan..

      Delete
  8. oh nina...maka saya juga akan berbuai laju2 dgn hikayat anda. best nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sbb kata best :) marilah kita berbuai sampai buku kuar :) InsyaAllah

      Delete
  9. Papa Naz ni kacau daun betul lah. Don't know why terjatuh kesian pulak ngan khaal dalam entry ni. Nampak sangat dia seperti terhengeh2 nak Naz but Naz ni keras hati sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. EM, Naz got cold feet bila dengar Khaal went out with hundreds of girls....tak sensitif betul Khaal nih

      Delete
  10. Bestnya..tq Nina, Taip laju2 tak Sabar nak baca buku ;)

    ReplyDelete
  11. Waduh3x, bikin hati gue berdebar2 aja sih!
    Keselambaan Naz bikin hati runsing!
    Khaal, bwk bersabar dan berubah ye..Manja takmau la kutuk2 Naz mcm tuh, bab kata Tan Sri, kena la tunjuk ajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. as Naz said Manja is not the problem but Khaal and his 100s girls

      Delete
  12. Wah.. marathon ni. Senyum mmanjang ja saya dr td sampai suami kerut dahi hahaha

    ReplyDelete
  13. Salam Nina

    Wah 2 E3 dlm satu hari..teruja akak ..dengan kesinambungan citer ini..

    Mum always mum kan..apa yg dapat dilihat disini PN Sri Freida mempunyai watak seorg yg dorminant selalu mau dirinya didengari bila dia bebicara dan Daddy Khaalish memang cool orgnya..dapat menerima diri Naz seadanya kerana bagi dirinya Naz mempunyai aura tersendiri yg menyebabkan dirinya juga jatuh suka dekat gadis pilihan anaknya.

    Alahai..kesiannya si Skhaalish tu...rasanya satu family lunch date out of the blue ...yg agak janggal rasanya bila ada rasa ketidak selesaan wujud diantara mummy Khaalish dan Naz....Nampak gayanya mummy Khaalish masih lagi disapprove hubungan percintaan antara Naz dan anaknya..walaupun daddy Khaalish cuba menceriakan keadaan..

    Beberpa persoalan timbul dari petermuan ini dan teruja nya akak nak tahu ..

    1. adakah naz sudah tawar hati dengan perhubungan yg baru hendak berputik dan
    2. adakah dia Masih lagi terasa akan kata kata hinaan mummy Khaalish terhadap dirinya..dan
    3. dimanakah titik tolak perhubungan Naz dan Khaalish ini dan
    4. adakah siKhaalish kena start dari zero lagi untuk mengambil balik hati Naz yg nampak begitu dingin bila telah bersemuka dengan mummynya...dan
    5.adakah Daddy khaalish dapat memujuk mummy Khaalish menerima pilihan anaknya sebagai menantu pilihan..dan
    6. adakah Khaalish berjaya memujuk mummynya menerima Naz sebagai jodohnya
    7. adakah mummy Khaalish dapat dipujuk dan menerima Naz seadanya
    8. bagaimana pula ayah Naz menangani kerenah anak daranya yg satu ini..dan
    9. adakah naz akan menghilangkan dirinya lagi dari dikesan oleh Khaalish..dan keluarganya ...membawa diri demi mencari kedamaian yg semakin menghilang dalam dirinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. idaaaa, banyaknya soalan. nak jawab satu jer, naz cuak sbb dia dengar khaal pernah kuar dgn beratus girls...put ourselves in her shoes...can he change? the rest of yr questions tu susah sy nak jwb sbb next chap ni jln citer dia err lain skit :)

      thanks idaaaa for yr thoughtful analysis of the story, buatkan saya tertanya2 apa kerja ida, sebab yr thinking is sooo deep

      Delete
    2. alahai Nina..jgn marah kalau akak cakap..bagi pandangan akak..mungkin part Naz yg cuak dengan girls tu tidaklah memberi impak yg kuat kat dia sangat kot.....Khaalish kan mamat playboy terhangat in town..package bachelor yg complete....d one sought after by many girls yg mahu hidup mewah... lagipun scenario mungkin berbeza..kot..yg mengejar dirinya adalah gadis gadis yg tergedik gedik mahukan dirinya dan bukan sebaliknya...pada pandangan akak kalau setakat makan makan ..menemani mereka bershopping dan berjimba jimba diclub club malam untuk anak teruna jutawan melepaskan lelahnya setelah berhempas pulas mengendalikan syarikat ayahnya tidak salah..adatlah kalau sudah berkawan..tetapi yg menjadi salah dan serious patut dijauhi kalau mamat ni berpelesaran dengan wanita ini hingga ke ranjang hotel hotel dan minum sampai mabuk tak ingat dunia...dan berparty liar saban malam...kan...

      Apa bezanya kalau nak diikutkan perhubungan Naz dengan Khaalish kini bila mereka keluar bersama..bukannya mereka melakukan perkara perkara yg diluar dari lazimnya..berpeluk peluk sakan ...Kalau setakat keluar hanya untuk mengenali kesemua gadis itu dan spend time together seperti 2 org dewasa yg waras pemikirannya tidak salah..dan apa kurangnya sikap Naz bagi akak sama sahaja ..kalau nak dilihat dari kacamata akak hampir kesemua tempat yg Naz pergi dan berkerja mesti ada terselit pergaulannya dengan lelaki ..to name a few dia ada Ozgur dan bila mereka mengembara menaiki keretapi Trans-Siberia dari Moscow ke Vladivostok dia ada Schuyler dan bila mereka ke Afrika

      Pada akak yg penting adalah kesungguhan untuk berubah to be a better person...so that your other half will be comfortable with you dan tidak rasa dicurangi bila ijab dan qabul dilafazazkan ..tahu tanggungjawab sebagai suami ketua keluarga dan menjadi imam ..tolenrasi..and yr voice been heard dalam melatari alam berumahtangga ...untuk dirinya dan bagi akak sudah mencukupi..you don't need to change d person you love becoz the person ask you to do so ...but you change becoz you yrself wants to..

      Bagi akak yg pasti Khaalish ini bila dia fall in love ..he falls hard dan yg dia cari adalah gadis yg seperti Naz..tiada kepura puraan bila bersamanya dan mungkin baginya perkawenan adalah to nourish d love he has sampai hujung nyawa seperti ayahnya yg sgt setia pada ibunya dan dia tidak lagi perlu menjaga tingkah lakunya..dia bebas menjadi dirinya dan tidak terikat sangat dengan protokol dan juga cemburu buta yg tidak bertempat bila dengan gadis ini.

      Pada pandangan akak apa yg ditakutkan oleh Naz mungkin penerimaan Pn Sri Freida terhadap dirinya dan paling ditakuti adalah dia kena berubah 360% dirinya untuk plzkan everbody dari segi penampilannya..pemakaian..pertuturan .... dan juga cara dia bergaul dengan dunia yg baru yg byk plastiknya...dan bukan dunianya yg penuh dengan warna warna pelangi..bebas dan selamba melakukan apa saja..kerana org tidak akan judge perilakunya..kan ..kan..

      Oh..b d way utk menjawab pertanyaan Nina mengenai perkerjaan akak..akak kerja biasa biasa sahajalah dik..kitakan kuli..ha..ha..ini pun curi curi masuk blog adik..masa boss pi meeting..

      Delete
    3. agree with u 90% but Naz kan dia tgh berdebar2 dgn si Khaal tu, bila dengar ttg 100s of girls tu tentulah tergugat perasaan nya. walau pun dia jenis strong, benda2 cenggini dia kena pk juga kan

      true Khaal has fallen hard.

      seh...kalau sebut kuli, saya pun kuli jg

      Delete
  14. wah... hmmmm Naz is still not convinced that Khaal is not like before. Da macam Ain Hawani pulak Naz ni. But not as ego as Ain Hawani la. :p all the best sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ow ow ow, saya tak suka heroin ain hawani tu, gila biar hubby tunggu for 8 yrs!! alamak klu naz dah jadi cam ain hawani tak best arr.
      statement khaal that he went out with hundreds of girls. kalau u jadi naz pun akan cuak juga kan?

      Delete
    2. Cuak and terfikir like, keluar biasa2 je ke, lebih2 ke...erm..erm..Khaal kena work hard

      Delete
  15. Can someone please make this into a DRAMA/FILM????? YES! Setiap watak sangat hidup, sampai saya tak boleh nak catch up all the scenes running through my head! (@.@) *angkat tangan kalau anda antara orang yang baca cerita ni ala-ala pelakon tengah praktis skrip filem/drama!* hohoho

    Dear writer, all the best! Semoga dapat hasil yang baik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha yr comment is so funny esp part yg mcm pelakon praktis skrip filem/drama :)

      Delete
    2. sokong 110%.. sila la film / drama director sana buat film or drama ye cite ni... must follow exactly novel tau.. location, impression & dialog.

      Delete
    3. :) as far as i'm enjoying myself with the dialogue, 'praktis skrip' gives me the pace of the plot and the feel for each scene.

      Macam di akhir bab ni, bilamana Khaalish panggil Naz. If I read it right, felt like both of them were looking right into one another's eyes. Naz was concealing her emotion, as much as she can, while Khaalish was trying to gaze deep into her and read her mind. Bukan mudah Khaalish untuk mengakhiri pertemuan. There are too many things need to be clarified. As far as he wanted to get Naz 'talk', his concern for her wellbeing far exceeds that urge. So he let Naz rests, but not without a burdensome feeling lingering in his heart.

      Delete
    4. Athirah, in the next chap they are going to have a midnite talk, with disastrous ending!! kwang kwang kwang kwang

      Delete
    5. Oh oh <(>.<')> *gulp*

      Dear writer, there are too many things need to be clarified. As far as 'I' wanted to get 'YOU''type', MY concern for YOUR wellbeing far exceeds that urge. So I shall let YOU rest, but not without a burdensome feeling lingering in MY heart.

      hehehheh. Will be waiting for the next chap! and the insyaAllah printed KNK. Fighting!

      Delete
  16. Macam mana ya beratus2 perempuan... 2 3 minggu tukar.. Hadoii pening kalu macam ni kalu.. Tapi ok la kalau sikap khal mcm adam sikit2 kan dpt berubah... Tp jgn la naz mcm ain gila engkar ngan suami. Cik nina saya akan tunggu novel ni klr.. Suka ngan heroin yg kuat n bijaksana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish ish dont worry ina, sekejap lg derang kawin, how? mestilah in an interesting way, kata writer yg perasan. sapa entah, on of the readers teka derang kawin kat siam, eh eh cam ombak rindu lar pulak...kita tunggu dan lihat...err not in the blog but in the book, sowweee

      Delete
    2. Dlm bukupun dalam buku la.. Harap KNK nanti tak dapat nasib yg sama mcm PMS.

      Delete
  17. questions, questions, questions.... u make me wonder what next for Khaal from Naz? Apa lagi yang Khaal perlu hadap untuk mendapatkan cinta hati dia ni. Tapi rasanya u dah buat watak Khaal ni mcm poyo la pulak & x sensitive dgn keadaan sekeliling. Maybe peka dengan perubahan emosi Naz tapi tak faham why it happens. Khaal masih belum kenal Naz lagi.

    i tak sabar nak tunggu buku u ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah in the next chap, Khaal yg poyo akan ambil tindakan...errr nak kata padan muka ke kat Naz? tsk tsk tsk

      Delete
  18. klau Naz tak rase something why bother Khaal pernah kluar dgn hundreds of girls? rasenya kite takkan pikirkan benda2 mcm ni klau kite takde hati dgn org tu kan? atau saya yg salah tafsir character Naz ni...cuba cik nina jawab

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb dia rasa somethinglah tu...dengar 100s of girls, tergugat dia, kalau u yg lalui, u pun rasa sama kan :)

      Delete
  19. Sebelum ni dah jatuh cinta dengan Khaal, now jatuh cinta dengan daddy dia, ha ha ha

    Teringat arwah Pak Mertua.

    Good job Nina. Next chapter, pleaseeeeee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiks, nanti Inche Suami jeles, hati2 :)
      next chap mlm ni insyaAllah

      Delete
  20. Naz cuak kan sbb naz sbnrnya sayangkan si khaal.. and being her who had been through soo many sad chapter in her life.. i guess she is having a cold feet syndrome whether can she be happy with this guy or she will be having to go through another rough phases in marriage life..

    owh well.. love can change people btw.. good or bad.. but khaal mesti prove something out to naz to show her that he's really changed. mcm ingat tak kat PMS masa zahrain pegang tangan una masa fashion show yang si Adira dok liuk lentuk time tu... kan zahrain tu garang2 tp disebabkan dia tak nak una rasa tergugat sbb tu dia pegang tangan una kuat2.. ke peluk una ntah dah lupa.. btw kak nina.. i know u r bz.. but once dah settle dengan KNK...pls pls don forget my PMS.. plus KNK jugak since KNK dan siap by then.. hehehehehe.. tau tau... <3 ur books must be part of my collections.. :) and keep it up.. u r doing great so far..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yr 1st para, you got it spot on!!
      sweet kan masa Zahrain pegang tangan Una, masa wedding Zahra kan. Masa fashion show tu Zahrain buat muka stone jer, balik rumah 'kena' kau!!
      dear, yr PMS, mmg I dah KIV seketul, cuma skrg ni nak siapkan KNK sbb dah kena sound dgn org kuat publisher...tq 4 ur understanding

      Delete
  21. papa naz ni memang la menyibuk... dah elok2 nak story morry tu g ketuk cermin kete wat pe...

    ReplyDelete
  22. Dear Nina,

    - alaaaa...jangan la tetiba nanti naz berubah hati...
    - KHALISH tu dah bersungguh-sungguh dah tu nak berubah tau...
    - Puan Manja ni pun, tak usahlah menilai seseorang tanpa mengenali hati budinya...
    - apa-apa pun harap naz bersabar yea.....

    ReplyDelete
  23. I agree dgn Athirah. Rasa nak bagitahu Erma Fatima atau Datin Zaiton atau Ziela Jalil kat twitter suh dorg angkat ke TV PMS n KNK. Waaay better than Nora Elena or Ombak Rindu. Sume tu heroin lembik.

    Your writing reminds me of the only other writer Melayu yg I suka, Khadijah Hashim. Heroin dia sume kuat, ada tujuan hidup.

    btw, tak sure dah ada yg tegur belum. U tertukar nama bapak Khaal.

    “Interesting,” komen Tan Sri Khaalish, “tapi kenapa tak bekerja di Malaysia saja?”

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm for yr correction, dah betulkan, taip sekali harung then upload cengginilah jadinya.

      he he syoklah kalau kakak dato' K buat jadi drama...sapa ek nak jadi heronya?

      Delete
  24. Ayooo Khaal, pasal apa Kali ni awak low batt sgt? Naz dh risau sbb u bukan playboy biasa tp extravaganza punya kasanova. This is not abt berpuluh girlfriends but beratus! Beratus you, if I were Naz I will think thousand times whether to accept Khaal or not.

    Mommy monster Dah jd secondary issue skrg, u hv to convince Naz that u r not a playboy after u met her n hv to really2 work hard for that. Haha, good luck to Khaal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear, you are 100% correcto! sadly pasni Khaal dah tak nak work hard dah!

      Delete
  25. 1st time comment. ingat nak jadik silent reader je..hehe
    tapi bab ni buat hati saya dup dap dup dap
    serius saya sangat suka Naz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,dari awal mmg I nak Naz jadi someone yg likeable, someone yg everybody will root for! kita nak sangat dia happy kan because she has gone thru quite a lot!!

      Delete
  26. why naz has the second thought??!! jgn la... just bcoz of the statement that khaalish went out with hundred girls? please naz jgn wat khalish mcm tu... kesian dia... kak nina next entry please...

    ReplyDelete
    Replies
    1. next entry mlm ni dear, i have a feeling ur not gonna like it :(

      Delete
  27. hehe ape ssh naz minta petunjuk...than soal hati?pikir lh ngan hati yg tenang n muhasabah diri...ikut hati leh mati naz,ikut rase leh binasa,so pakai akal namun andai di azali itu lh jodoh mu lari ke mane pun itu lh penyudah nye...

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum.Sempat curi masa ni jenguk jugak blog BF zarra ni. Okey, hela nafas dulu. 1% hati Naz cair, datang 10% hati Naz ragu. Yelah, kalau dah beratus perempuan menghimpit takkan kita takkan terasa apa-apa kan. Tapi, kena ingat satu perkara. Kun fa ya kun. Sejahat mana pun seseorang itu andai Dia dibukakan hati untuk menerima hidayah, tak mustahil itulah orang paling laju menuju ke syurga daripada kita. Dalam kisah ada menceritakan, seorang pelacur ganjaran syurga bila dia memberikan minum kepada seekor najing dalam bekas kasutnya. Niat yang menghalalkan cara. Dan rasanya Khal bila berkahwin (jika diizinkan oleh writer manis) akan berubah menjadi suami yang soleh. Malah lebih laju memimpin tangan Naz menuju jannah.
    *imaginasi melampaukah? ngeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he i like bhg 1% and 10% tuu, Naz mmg protective of her heart sbb dia kena 4 yrs ago kan... dear BF, nnt u baca the next chap, minta yr opinion ye, kunun2 nya writer perasan ni nak buat kelainan, harap2 tak fall flat!

      Delete
  29. Nina nanti bila2 nak part khal merajuk la pulak dengan naz, biar naz pujuk pulak ....asyik pujuk Naz je...takkan khal tak terasa kot kalau naz macam tak kisah je dia orang jadi ke tak...i thought i was Naz's fan somehow i become khal's fan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom jadi a fan of both of em. lets root for their love!!

      Delete
  30. Nina , mlm ni ada n3 lg tak? Mode tamak... Haha

    ReplyDelete
  31. Thankx for the n3s...best ar. N stuju sgt pasal heroin adam& hawa tu. Ada ke org sanggup tinggal hubby dia lelama n ada ke hubby yg boleh biar wife dok melilau merata camtu??? Gila ke??? My hubby kena red flag 7 ari pn x sanggup inikan plak 8 th.

    ReplyDelete
  32. Khaalish so sweet, so romantic but......
    I think i understand what Naz feel, insecured.....
    Hundred girls???? Oh no! Mayb i'll think a hundred times b4 make a decision....
    Anyway good job as usual Nina...and gud luck ya, tgh kejar deadline kan..

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  34. saya suka ending chapter ni. suka juga dgn decision Naz nak ikut cakap puan frieda. suka tengok khaalish merana hehehe. biarlah lambat2 mereka nikah. biar khaalish jumpa kawan2 lelaki naz yang lain. kan masih ada sky dan jayden. biar khaalish jealous (hahahaha - evil laugh)

    ReplyDelete
  35. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2Ec260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete