Thursday 14 March 2013

Seteguh Fayqa Bab 11 ....errr


Amaran! Bab ini bab mendera..... awal-awal saya nak ingatkan.....jangan maraaaaahhhhhh!!



Bab 11



Keesokan harinya, pukul lima petang, kelam kabut Dzalia menutup butik. Tidak boleh lambat katanya kepada Fayqa, ada mesyuarat keluarga malam ini. Pulang ke rumah, rutin Fayqa seperti biasa, membantu Hajjah Azimah di dapur. Seperti malam semalam, keluarga Haji Dzulqarnain bersolat jemaah Maghrib, makan malam dan disambung dengan solat jemaah Isya.

Usai solat Isya, semua ahli keluarga berkumpul di ruang tamu. Sedar yang dia hanya orang luar, Fayqa ke dapur, membancuh kopi, menyusun biskut di dalam piring dan memotong buah. Diletakkan di atas dulang dan dibawa ke depan. Selepas menghidangkan kopi dan makanan di atas meja, Fayqa mahu melangkah ke dapur.

“Fayqa, duduklah di sini. Kita ada hal yang nak dibincangkan,” ajak Haji Dzulqarnain lembut.

“Tak apalah, Pak Cik Nain, biar Fayqa pergi basuh pinggan di dapur,” Fayqa menolak lembut, segan sangat nak menyibuk dalam hal keluarga orang.

“Duduklah, Fayqa. Kita nak bincang hal Dzahim. Pak Cik tengok kadang-kadang si Dzahim ni lebih suka dengar nasihat kawan dari nasihat ahli keluarga sendiri. Duduklah, pinggan mangkuk tu nanti Dzureen pun boleh tolong basuh,” muktamad, tak boleh tolak pelawaan Haji Dzulqarnain lagi.

Fayqa duduk di sebelah Dzalia, di atas sofa yang paling hampir ke dapur.

Melihat semua orang sudah bersedia, Haji Dzulqarnain membuka mulut, “Hal yang nak kita bincangkan malam ni, hal Adik. Dia bagi tau Babah, dia nak berhenti belajar. Siang tadi Babah dan Abang sudah pergi jumpa Dr. Salleh, bertanyakan keadaan kesihatan Adik. Dr. Salleh kata, Adik dah sembuh elok, jadi tidak ada masalah untuk sambung belajar semester depan.”

Nampaknya bapa dan abang Dzahim sudah buat homework. Sebelum Dzahim boleh menggunakan kesihatannya sebagai alasan untuk berhenti belajar, mereka sudah bertanya dengan doktor yang merawat Dzahim. Apa pula alasan yang nak digunakan Dzahim?

“Babah, Adik memang dah sihat...tapi.... Babah pun tahukan, dari dulu Adik tak minat nak sambung belajar...”

“Tak belajar, adik nak kerja apa? Nanti kahwin, nak bagi anak bini makan apa?” sergah si Abang.

“Kan dari dulu adik kata adik nak kerja dengan Babah,” walaupun bunyinya lemah, Dzahim tetap cuba mempertahankan keputusannya.

“Kalau setakat SPM, adik, kerja yang sesuai dengan kau, jadi kerani stor di gudang Kelang. Gaji seribu dua ratus sebulan. Cukupkah? Untuk kau seorang pun tak cukup. Nanti tak ada duit, takkan nak suruh Babah tanggung anak bini kau?” suara si Abang masih tinggi seperti tadi.

Fayqa yang duduk di hujung sofa perasan, bila Dzariff sebut 'bini,' matanya menjeling ke arah Fayqa. Apa kes ni? Fayqa berasa cuak. Jeneral ni nak mengenakan aku lagikah? Semalam nasib baik Achik Zi tak pakai cermin mata. Walau pun dia nampak kami dalam kereta, tapi dia tak nampak kami yang.... err... yang 'macam tulah.' Nasib baik betul semalam, tangan kiri Fayqa hinggap ke dada.

“Okey, kalau tak mahu bagi Adik kerja dengan Babah, Adik boleh cari kerja sendiri. Kalau tak mahu Adik menyusahkan Babah, duduk di rumah Babah, Adik boleh cari bilik sewa. Fayqa boleh hidup sendiri, Adik pun tentu boleh!” suara Dzahim pun sudah meninggi, geram dengan Abangnya yang asyik nak menghentam.

Semua orang pandang ke arah Fayqa. Si jeneral dengan bibir yang mencebik.

Aik! Derang ingat aku yang batu apikan si Dzahimkah? Fayqa berasa cuak. Si prebet sengal ni kalau tak menyusahkan aku, tak bolehkah? Penat sungguh dengan si sengal dua beradik ni.

“Apa Adik cakap ni, Dik? Fayqa, Adik, dua-dua duduk dengan Ummilah,” pujuk Hajjah Azimah, mahu menyejukkan hati si bongsu.

“Dah, dah. Babah dah buat keputusan. Anak Babah yang sayang Babah mesti ikut cakap Babah....”

Semua orang memandang ke arah Haji Dzulqarnain. Apa rancangan tu?

“Babah nak hantar Adik belajar ke U.K. Sebelum buka semester ni Babah akan minta Pak Chu Nadim tolong buat credit transfer ke universiti di sana,” Haji Dzulqarnain bagai tentera Jepun melepaskan bom.

Semua. Orang. Terkejut.

Kecuali Hajjah Azimah, agaknya sudah dimaklumkan oleh suaminya. Kemudian semua mata terarah kepada Dzahim. Si tuan punya badan sudah terlopong.

“U.K. Babah?” tanya Dzahim masih terkejut.

“Ya, U.K. Jauh perjalanan, luas pandangan, kata orang tua. Babah percaya, anak bongsu Babah ni kalau sudah keluar dari kepompong, nanti boleh terbang tinggi. Pergilah Adik, sambil belajar sambil tengok negara orang. Biar terbuka minda,” tenang tutur kata si bapa.

“U.K. Ummi?” bagai tidak percaya, soalan yang sama diajukan kepada si ibu.

“Ummi sokong keputusan Babah. Ummi pasti Adik tentu akan jadi matang lepas belajar hidup di negara orang,” nampaknya Hajjah Azimah suami isteri memang sudah sepakat.

Kemudian pandangan Dzahim jatuh ke wajah Fayqa pula. Semua orang pandang Dzahim, kemudian pandang Fayqa.

Rasa macam dia terpaksa kata sesuatu, jadi kata Fayqa, “Bestnya, Jim. Bukan ramai orang yang dapat peluang macam ni.”

Sambut Dzureen, “Haahlah Adik, nanti bila cuti, kami boleh datang jenguk adik. Wow! Bestlah! U.K. Kat mana Babah? Kawan Yin, keluarganya ada rumah di ….. errr ….. London.”

Sudah terlepas cakap, baru Dzureen tersedar! Topik “Fareez London” buah hatinya memang topik terlarang bagi si abang. Bibir bawahnya diketap, dalam hati marah diri sendiri.

“Belum pasti lagi Yin. Pak Chu Nadim nak tengok keputusan Adik dulu. Kemudian dia akan cari universiti atau kolej yang sesuai.”

“Bila Adik nak bertolak Babah?” tanya Dzalia, dalam kepalanya sudah berkira-kira persiapan yang perlu dibuat.

“Pak Chu nak tolong dari A sampai Z. Dari permohonan sampai cari bilik sewa di sana. Bila dah siap semua, Adik boleh terbang ke sana,” rupanya Haji Dzulqarnain sudah merancang rapi. Adik sepupunya, Mohd. Nadim, yang membuka perniagaan membantu pelajar yang mahu menyambung pelajaran ke luar negara memudahkan kerja.

Dzahim masih lagi diam. Entah apa yang difikirkan. Tak yain nak hidup di negara orangkah.... bimbang rindukan ketiak ibukah....

“Abang sokong rancangan Babah tu. Sudah tiba masanya Adik belajar hidup berdikari Sampai bila nak jadi anak manja?”

Muka abang dijeling Dzahim, sedap-sedap mengata aku anak manja!

Bila Dzahim masih belum berkata apa-apa, Hajjah Azimah memujuk, “Nanti bila Pak Chu Nadim dah senaraikan tiga, empat universiti yang sesuai dengan GPA Adik, Adik pilihlah universiti mana yang Adik minat.”

Amboi.... bertuahnya si Jim ni, fikir Fayqa. Kepala kena ketuk, merajuk tak mahu sambung belajar, dapat peluang sambung belajar di luar negara pula. Hmm... dah rezeki dia, dapat mak bapa penyayang begini. Hati Fayqa mula berasa sayu, mengenangan dirinya anak yatim.

“Adik, jangan jual mahallah. Kak Yin pun tak dapat peluang nak belajar kat luar negara. Babah, Yin pun nak sambung belajar kat sanalah. Ummi, kami pergi dua orang ya,” Dzureen sudah nampak peluang untuk diri sendiri.

“Yin, kau kalau pergi study kat U.K., mau botak kepala Babah. Dah lima semester belum habis-habis lagi buat Masters,” sedap Dzalia mengutuk Dzureen.

“Eee, Kak Yaya ni!!”

“Dah! Dah! Kita nak bincangkan hal Adik, bukan hal Yin. Adik, kau setuju ke tidak dengan rancangan Babah?” Dzariff sudah bosan menunggu kata putus dari si adik.

Semua orang pandang Dzahim, tunggu keputusan dari mulutnya.

Wajah Babah dan Umminya direnung, kemudian Dzahim membuka mulut, “Kalau Fayqa ikut, Adik setuju.”

Semua. Orang. Terkejut.

Termasuk Fayqa. Si sengal ni, apa pula akalnya?

“Fayqa ikut? Senang-senang kau nak angkut anak orang?” lantang Dzureen menyoal.

“Kami kahwin dululah,” santai jawapan Dzahim.

Semua. Orang. Terkejut.

Fayqa? Dagu sudah cecah ke lantai!

97 comments:

  1. oh noooo...takkan la fayqa nak kawen ngan dzahim....sian la dzariff....

    ReplyDelete
  2. Hahaha..btul2 mendera ni hanina.... btw, ♡♥♡♥♡♥ it!

    ReplyDelete
  3. no no no
    dont u dare yer
    aiii majuk nanti tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he, klu cam ni writer nak kena minta izin reader utk tentukan jodoh heroine.... lol...funny!

      Delete
  4. Apa kes Si F dgn Jim.... X nak ai... budak hingusan... Nak marah Cik Writer niii

    ReplyDelete
    Replies
    1. F pun hingusan what? seswai larrr

      Delete
    2. Ai yang bukan budak hingusan walaupun tengah berhingus sekarang ni pun tak agree kalau paksa Fayqa kahwin dengan Jim...cannot.....nanti asyik kena buli ngan Jim ajelah. Semua assignments Fayqa kena buat, semua kerja rumah pun dia yang buat.... habih tu, apanya yang jim buat utk menyumbang kepada kerukunan rumah tangga mereka? ( kalau kahwin lah kan...)

      Delete
  5. Saya. Jugak. Terkejut
    Kenapa. Pendek. Sangat :D

    ReplyDelete
  6. wooo haha.. sian Fayqa.. hmm so jeneral apa lagi.. l like.. next n3..

    ReplyDelete
  7. mgeeeeee!!!! mlam ni, kena update 1 bab lagi!! tak kira!!

    ReplyDelete
  8. X mo...x mo...tulun la Nina...nak jeneral ngan fayqa gak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. i sokong u fara...mana lagi pom pom girl no...adeh.nina dah bikin isu nie

      Delete
    2. Say no to dzahim n fayqa.... Say yes to jeneral sengal n fayqa

      Delete
    3. yup... prebet tu x sesuai dgn fayqah.. nak generalllll

      Delete
    4. nak jeneral dgn fayqa jugak..

      Delete

  9. ayoyo .. agaknya dzahim ingat kawin ni macam main masak2 & pondok2 kot ..
    hanina .. u memang terrer bab2 dera ni tau ..
    haish .. nightmare malam2 jumaat nih ..

    ReplyDelete
  10. Nina.... Apsal Tetiba pulak nie... Conflict adik beradik ker lepas nie.. But I like...!! Pas nie Si general sengal mesti Ckp... Kalau fayqa ikut abang ikut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha.... ayt standard jeneral.... :D

      Delete
    2. macam..u jump i jump..ki ki ki

      -che` leen-

      Delete
  11. Saya? Dagu sudah cecah ke lantai jugak!!
    walaweee Jim..gile idea ang!!!

    psstt.. nina.. saya pon anak pakcik dzulkarnain gak :p

    ReplyDelete
  12. tamou...Jim dgn fayqa... nk Dzarif dgn fayqa....... T_T
    please my lobely writer... ^^
    -Syira Azmi-

    ReplyDelete
  13. Dzahim bukan nak buat isteri Peqah tu, dia nak bawa nanny/maid and sekaligus teman utk buat assignment dia masa di UK. Tak sabar nak tau reaksi Jeneral, sure tak keruan dia, jangan2 dia pun nak ikut sekali pergi UK

    ReplyDelete
  14. Erk?! Selambe mcm tu je Jim? Kalau I jd Fayqa mmg kt situ jgak kena fire si Jim ni? Apa kes ckp psl kawin mcm tuh, dan rasanya family members Jim yg lain pun tak setuju mcm tuh. Mesti Dzariff akan keluar kan hujah2 sebab2 knp dia takleh kawen ngan Fayqa. Dan Jim mesti takkan dpt detect yg abang dia ada hati kt Fayqa.

    ReplyDelete
  15. Hanina u are really good, dah panik nak baca reaksi Acik Zi setelah melihat Jeneral dan Peqah dalam keadaan err, yang 'macam itulah' rupanya acik zi tak nampak sebab tak pakai cermin mata hehehe

    ReplyDelete
  16. Taktau kenapa.. tapi suka dekat Dzahim! Haha. Selamba je ajak Fayqa kawen! Weeee! Tapi jeneral.. haha. Hmm.. haha. Speechless. Still, I support if Dzahim dengan Fayqa! :D

    ReplyDelete
  17. Pleaseeee xmauuuuu dzahim dgn fayqa...xmau2..

    ReplyDelete
  18. sambungan...sambungan...sambungan plsssssssss....
    vote for general jgk..prebet2 ni xmo..huhu

    ReplyDelete
  19. Oh my... xnk la fayka kawen ngn jim kak nina... nak fayka ngn jeneral...

    ReplyDelete
  20. x mo la dzahim mamat ala2 kpop... nak peqah ngan dzariff

    ReplyDelete
  21. Uuwwaaa... Tak nak dzahim. Mat k pop lembik bengong tut tut tut

    ReplyDelete
  22. Hanina, i like u punya plot yg buat aku terkezut terkezut surprise selalu ni haha..
    Mmm.. Cup cup lap u

    ReplyDelete
  23. lol..ini boleh dapat sakit jantung, limpa dan seangkatan dengan nye. Good one Nina!!!

    ReplyDelete
  24. Ohooo, Hjh Azimah tak nampak rupanya. Phew...

    Si Jim ni sbnrnya mmg suka si Apek ni ke? Dok clinging semacam dengan Apek.

    ReplyDelete
  25. Assalam nina,

    Terkejut beruk akak dibuatnya...Dzahim n Fayqa...oh NO NO NO!!!
    Rasenya Dzahim tu ada niat lain, bukan nak Fayqa sebagai isteri tetapi lebih kepada 'governess'.

    Nina, I still want Fayqa to be with Dzariff...walaupun die digelar general sengal..I can see the other side of him, which frankly speaking I can say you are still 'hiding' the real him from us...hahaha...

    ReplyDelete
  26. Nina...what r u trying to do? Twist n turn eh? This immature dzahim not suitable for the lovely apek... Aduhh... ( letak tangan atas dahi) pening.. Zjeneral will kaciwa after this... Tu la..kenapa angin sgt!

    ReplyDelete
  27. Kahwin? Laaa.. janganlah. Kesian General.
    Err Nina, u saje je kan nak dera perasaan i.
    Jangan lame2 pulak smbung bab 12 k. Makin menarikk tertarikk.

    ReplyDelete
  28. Ala kak nina kenapa tak taip reaksi si general dengan lebih spesifik kat bawah tu. Haha. Lagi mendera!

    ReplyDelete
  29. hadoyyyyyy.....adakah fayqa kawen ngan sengal junior...adekah? adekah?....TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. like this (Y)~ok simbol thumbs up x menjadi kt cni.. ;P

      Delete
  30. Sengalnye...adik leh lak... Nak kahwin dgn pekah..Oooh..NO......x sangup makcik maaa

    ReplyDelete
  31. Nina, kak terpanggil utk tulis kat n3 terkini ni..." Dza boleh, tp bukan Dzahim, nk Dzarif yg dipadankan dgn Fayqa"...Buley ye Nina!!! Sila sambung berikutnya dok tunggu hari2...tkaseh!!

    ReplyDelete
  32. hhaahahaaa....teruja nk tgk reaksi si jeneral dzariff...mesti tak senang duduk ler tu...kahkahkah

    ReplyDelete
  33. hahaha...kahwin..biar benar nina...u nie buat i penasaran betol la ..hahahaha
    apa reaksi jeneral ekkk?? :P

    ReplyDelete
  34. pegh..giler selamba la ko dzahim oi nk ajak anak dara org kawen

    ReplyDelete
  35. takmooo..nak peq dgn jenerel...*tetibeEmo*

    ReplyDelete
  36. Unacceptable. .. Sy kira abg sengal pun follow jugak. .. Juz in case

    ReplyDelete
  37. sakit jantung....!!!sengal dzahim ni..klau adik i dah lama i tunjal2 kepala Jim tu.

    ReplyDelete
  38. Nak fayqa ngan general gak.... Nape tetiba plak si jim ni ajk kawen? Buat mcm men pondk2 plak

    ReplyDelete
  39. wa ka ka ka ka ka adohai...buat readers emotional tul la u!!! pagi jumaat yg amat (:ceria:)...dpt 'mengena' malaun-ofis dgn duduk-hahaha tak hengat dunia, siap guling2 gitu...blink,blink,blink..

    ReplyDelete
  40. Semua.Orang.Terkejut....haha,lebih2 lg knfem la general sengal,berangin je kann...huehue

    ReplyDelete
  41. xmau xmau dgn prebet sengal 2... si jeneral nak letak mana...hehehehe.. dzhim nie bior betul

    ReplyDelete
  42. HAHHHH??? (huruf besar) dagu cecah ke lantai jugak! huhu... alorhhh... memang mndera sungguh ni kak...haisyy...tlg jgn dera lg..kalo x sy kol teledera..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  43. n lg 1..mnyampah gle dgn Dzahim... manje..ngade2! ee rse nk lempang!hehe emo~

    ReplyDelete
  44. Well I'm ok with fayqa marrying Jim..or the general..mana2 pn xpe hehe but maybe Jim is a lil bit of anak manja but I think he can manage the marriage IF he marries fayqa.but I BET dzariff WILL object rite?

    ReplyDelete
  45. kak Nina ...mendera betul n3 ni.....rasa maca reader punya expectation upside down...ad kelainan...thumbs up!

    ReplyDelete
  46. Selamba badak je ko jim, ye, nak kawin ngan pekah tp x de plak nak tanya kawan tu nak tak kat ko. Sian pekah, mesti malu tahap gaban dgn family hj tu n bengang tahap petala 8 dgn prebet sengal tu. nice one, nina. Lap u owes.

    ReplyDelete
  47. Si prebet sengal buat perangai lagi...mesti jeneral sengal sakit hati....hahahahaha. best!

    ReplyDelete
  48. mmg leh jer sakit jiwa luar dalam si pek nih...tk semena leh up mendadak lak nama nyer terlibat dlm masaalah dalaman si prebet...mmg sah2 lh dapat bangkangan keraskerasan dr general kot..haahaahaa mmg nasib si pekah lh kawan ngan mamat prebet manjaaaaaaaaaa gitu....heeheee

    ReplyDelete
  49. Lama betul tak mengomen.. Dzahim tersangat la manja susah la klu si pek ni jadi bini dia.. Tapi rasanya org mcm pek jer yg blh handle org macam jim ni...
    Kalau ngan jeneral sengal pula rasanya 2 2 dominan, berdikari, tegas.. Nanti takut selalu gaduh pula... Tapi klu jadi laki bini, bini kena la ikut keputusan laki..

    # mana nak dapat KNK ya.. Saya pi popular terdekat takde yg banyak PMS... Dulu punya la susah nak cari..

    ReplyDelete
  50. Aiyoo..yoo, apa sudah jadi. Prebet nak langkau Jeneral. Kali ini ada asap tanpa api dikepala Jeneral.

    Yang susah si Fayqa, dua-dua x makan sama. Rasa-2nyer si adik dah tahu ke si abang syok kat Fayqa. Cik Nina, sambung lagi sikit sgt.


    ReplyDelete
  51. Semua. Orang. Terkejut.

    Saya. Pun. Terkezut.

    Tapi. Saya. Nak Fayqa. Dengan. Jeneral. Sengal.

    Prebet. Saya. Taknak.

    ReplyDelete
  52. mintak nyawa.. mintak nyawa... penderaan sungguh ye nina..

    ReplyDelete
  53. kesian kat jeneral sengal...dlm hati ada taman utk faqya...:P

    ReplyDelete
  54. hahaha...terbakar hati jeneral sengal tu

    ReplyDelete
  55. Arhhhhhh!!! mulanya haji zulqarnain lepaskan bom jepun skrg si prebet ni pulak lepaskan bom nuklear korea utara?! Jeneral takkan nak diam je kot..! Do something!

    ReplyDelete
  56. Aiseymen kalau Fayqa dgn jim serupa cam tak kena jer perkahwinan diorg tuu...jim tu dah la pangai kebudak-budakan..
    kesian kat pek...
    Hanya Jeneral saja yg layak menyayangi Fayqa..haha

    ReplyDelete
  57. Nina: ya Allah private Sengal cannot overtake general Sengal !!! Never... A big NO NO

    ReplyDelete
  58. Nina....kenapa Acik Zi tak pakai spek malam tadi tu???? Kan dah terlepas momen2 yang boleh membuatkan dzengal ditangkap kering dgn fayqa :-)

    TM ( terkejut mak! )....gila apa si jim ajak fayqa nikah selamba badak camtu, cam ajak pergi kenduri nikah orang lain je.... IT'S A BIG NO yang cik nina. sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  59. ishk.. tak kira nak marah jugak!!! >_< rasa nak buat head banging kat opis ni tapi boss ada lak hehehe... oleh itu dengan penuh kesabaran menanti entry bab 12 grrr grrr

    ReplyDelete
  60. Si sengal adik hanya nak memperguna si apek yg brutel yg boleh menguruskan semua keperluan termasuk le buat keje skolah ..... bukan betul betul sayang or cinta kan apek ,

    so si sengal abang tak kan nak nengok je kot...

    Ayah kpd sengal dua orang ni jangan le setuju , karang anak manja tak akan matang punya kalau apek ikut gi UK

    ReplyDelete
  61. haha...si jim dah gile ajak si fayqa kawen....haiii mcm si jim nie....

    ReplyDelete
  62. senggal nye jim!!!! xnk2 kawen ngan jim!!!!!
    ngan jeneral senggal!!!!

    ReplyDelete
  63. mesti fmily dorg xkan bnrkan punya~~yelah kn dorg dh tau Dzahim tu blum pndai bdikari. dah tu komitmen pd study pun sdg d pjuk spya hbiskan. klu kwin alamat chaos la nanti bila kat sna. tkut terjejas fokus pd study. kn kn? heeheee :)

    -Alia-

    ReplyDelete
  64. Omg.. takmo fayqa dgn dzahim.. dzariff cepat lah rescueeeee

    ReplyDelete
  65. ommo...aigooo x nak la macam nie..nak fayqa ngan jeneral..mesti sweet.. sbb nampak jeneral mcm lovey dovey ngan fayqa..hihihi anyway penulis memang daebak sbb berjaya buat semua pembaca terkejut..ini yg x sabar nie..penulis x nak terbitkan jadi novel ke?saya nak beli.. anyway fighting... mmuahhhhh

    ReplyDelete
  66. pergh..sungguh tak sangka..E3 kali ini mmg awesome..buat akak speechless...kenapa si poyo Dzahim melambakkan bomshell dengan mengutarakan ayat maut tak ingat dunia..kegilaan yg lebih parah ..atau ada ke otaknya tak centre lagi lepas dipukul bertubi tubi dan tersedar dari koma..rasa rasanya sijeneral sengal tu tak cukup oxygen dan tepu otaknya kerana gesaan yg diluar alam oleh adiknya Dzahim pada permintaan keluarga yg mahu dia sambung belajar diluar negara agar traumanya untuk belajar dalam negeri mmg telah direject awal awal oleh si Dzahim sebab takutkan org org yg memukulnya datang kembali menghancurkan hidup nya..phobia tu masih ada..itu mmg dia faham ..tetapi bila part nak dibawa fayqa pergi bersama untuk melanjutkan pelajaran disana ..mungkin dapat diterima olehnya dan famili kerana mereka sekeluarga telah menganggap fayqa sebahgian daripada famili mereka dan kedua ibubapanya telah menganggap fayqa adalah anak angkat mereka tetapi bila usul nak dijadikan fayqa isterinya sebelum pergi menuntut mmg tak dapat diterima olehnya..bukan kerana apa..tetapi mungkin kata hati dan perasaan tak dapat nak menerima kot..
    Akak rasa siDzahim ni sesedap mulut dan sesedap rasa sahaja meminta dia dikawinkan dengan fayqa..sedangkan fayqa hanya menganggap mamat sengal tu sekadar sahabat rapat dan dia tidak ada perasaan untuk mamat tu..dan tak ada ribut ..tiba tiba tsunami yg melanda hidupnya dengan ajakan dari Dzahim yg tidak masuk akal ..ingin dia boneka kah..yg boleh dimainkan hati dan perasaannya..mmg siDzahim tu kena disedarkan..apa kata kasi dia satu ketukan dikepalanya..bagi align balik otak sedarnya..tu..ce citer..apa pendekatan yg akan diambil oleh minah fayqa tu..dan terasa teruja pula apa kata sijeneral sengal tu..

    ReplyDelete
  67. i started to like dzariff .. but still dzahim, my main course... hihihihi

    ReplyDelete
  68. What?????
    Ini tak boleh ni! Tak boleh!
    Tp klu dah jodoh apa nak buat....
    Kesian kat encik jeneral huhu!

    ReplyDelete
  69. Ninaaa..ninaa...
    Rasanya yan lebih mendera saya bukan bab ni. Tapi bila terbayang2 si nina tersengih2 membaca komen2 we ols ni.
    Yang u ols ni pun.. saya return balik ke page ni hanya untuk membaca komenz lagi tau tak.. heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...tau xpe..sme la slalu rfresh blik tgk komen2 bru. selain cte kak nina neh, komen2 nye p0n bole buat guling2 ats lantai! haha

      Delete
  70. Nina...please don't kill dzariff n fayqa...no..no..no....pliz.....nnt I frust tahap petala...

    ReplyDelete
  71. aduh speechless saya..sentap kot nganayat si jim nih..aduhai jim..

    ReplyDelete
  72. Alololo bestnya kalau fayqah kawen dengan dzahim. Ahahaha

    ReplyDelete
  73. pmintaan tlampau lah si dzahim ni..bt i tgelak bsr je..nasib baik en hubby tgk dok main game ... hahahaha

    ReplyDelete