Friday 22 March 2013

Seteguh Fayqa Bab 13 abis n a bit of Bab 14


Sebulan lebih Dzahim kena buli dengan Fayqa. Kena masak, cuci, kemas, benda-benda yang dia tak pernah buat. Ahli keluarganya pandang sahaja, sudah dikasi amaran awal-awal oleh Hajjah Azimah supaya jangan masuk campur bila Fayqa 'melatih' Dzahim. Tapi dari Haji Dzulqarnain hinggalah ke Dzureen, mereka semua hairan apa yang membuatkan Fayqa begitu 'berkuasa' ke atas Dzahim. Tapi tidak pula mereka berfikiran negatif tentang Fayqa kerana gadis itu tidak pernah tinggal solat, aurat sentiasa di jaga, hormatkan orang dan ringan tulang. Jadi syak mereka jatuh pada Dzahim.... apalah yang mahu disorokkan Dzahim sehingga sanggup buat apa sahaja yang diarahkan oleh Fayqa.

Hujung bulan Ogos, Hajjah Azimah sibuk menyiapkan pakaian dan barang-barang untuk Dzahim bawa ke U.K. Mamat tu masih lagi santai dan tidak kisah. Mericau mulut ibunya berleter, Dzahim buat tidak peduli. Dek kerana kasihankan Hajjah Azimah, Fayqa buat keputusan untuk 'mengajar' si anak manja seorang tu.

“Jim! Jom ke dapur kejap,” arahan sarjan mejar sudah keluar.

Dzahim yang sudah biasa mengikut cakap Fayqa sebulan ini melangkah ke dapur tanpa banyak soal.

“Tu! Mak kau dah bungkus elok-elok serunding daging,” jarinya menunjuk ke arah bungkusan serunding daging di atas meja dapur, “dah berbuih mulut dia suruh kau masukkan ke dalam beg. Agak-agaknya, bila kau nak buat?”

“Alah, tak payahlah seruding bagai! Buat susah je. Nanti kena buang je dengan imigresen kat sana,” jawab Dzahim bena tak bena. Bukannya nak diambil bungkusan serunding tu, duduk pula dia di kerusi dapur.

“Sekarang kau cakaplah susah. Nanti sampai sana, baru meleleh air liur kau teringatkan serunding ni.”

“Eleh, kau cakap ni kau pernah pergi U.K. Ke?” si manja mengada memperlekehkan Fayqa.

“Aku taulah aku ni siapa. Anak yatim miskin yang tak mampu nak pergi belajar ke luar negara. Kau tak payah nak ingatkan aku, Jim. Sekarang ni kau mau ke tak, kau ambil ajalah serunding ni masukkan ke dalam beg kau. Susah payah mak kau pergi beli kat pasar. Kau ni tak boleh ke tunjuk kat dia yang kau hargai apa yang dia buat? Mak bapa susah payah nak hantar kau ke luar negara pun, tak reti nak hargai. Mak kau suruh berkemas barang, kau buat dek saja,” sambil berleter, jenuh Fayqa menahan keinginannya hendak menunjal-nunjal dahi Dzahim.

Lama juga Dzahim berdiam diri, entah apa yang difikir. Akhirnya, “Pek, kalau aku tak boleh survive kat sana, macam mana?”

Ek ena! Si manja mengada ni takut nak keluar dari ketiak mak, rupanya. Fayqa menahan senyum.

“Dah besar panjang, takkan tak boleh survive?” Fayqa melembutkan tutur kata, cuba nak menjaga hati sahabatnya.

“Alah, kau pun tahu, Pek. Aku, Pa'an dengan Deng, kalau tak ada kau tentu dah lama kena tendang keluar universiti. Pasal kau tolong buat assignmentlah yang kami dapat A.”

“Baguslah kau sedar, Jim. Aku ingatkan selama ni kau ingat kau dapat pointer 3 ke atas tu pasal kau pandai,” terlepas juga tawa kecil Fayqa.

“Kau gelakkan aku pasal aku bodoh ye?” alah...ada hati pula nak merajuk!

“Kau tu bukan bodoh, Jim. Tuhan bagi otak elok-elok kat kau, kau malas nak guna. Eloklah bapa kau hantar kau belajar jauh-jauh. Biar kau reti pakai otak kau tu,” selamba Fayqa menjawab.

“Kalau aku stuck macam mana, Pek?” Dzahim bertanya dengan suara yang sayu.

Alah, buat drama syahdu pula mamat ni! Tapi minag brutal buat tak peduli, “Hah! Ini yang aku kata Tuhan bagi otak, kau tak guna ni, Jim. Kat sana, pandai-pandailah cari kawan yang boleh belajar sama-sama. Guna konsep, kau tolong aku, aku tolong kau.”

“Mana nak cari kawan baik macam kau, Pek?”

“Haaaa, tau tak pe! Dah nak pergi U.K. Ni barulah kau sedar aku ni baik ye?” bila lagi masa nak pulang paku buah keras.

“Adeeeh, kau ni macam pompuanlah, nak puji-puji bagai,” komplen Dzahim.

“Oi, sengal! Aku ni memang perempuanlah, kau jangan nak hina aku!” sambil bercakap mata Fayqa mencari senduk ke sudip ke, nak ketuk kepala mamat sengal seorang ni.

“He, he, he.... kau ni perempuan tak serupa perempuan...”

“Oi! Aku baru je nak offer.... nanti kat sana kalau susah ke apa, skypelah dengan aku. Mana-mana boleh tolong, aku tolong. Ini kau kutuk aku... kau ingat aku ni mak nyah ke? Tak jadi aku nak offer,” naik suara Fayqa.

Sambil ketawa, Dzahim minta maaf, “Okey, okey, ampun tuanku, patik mohon ampun. Kau janganlah tak offer nak tolong aku. Nanti aku belikan kau Ipad, ye. Senang kita nak berskype.”

“Eh, tak payah... tak payah nak beli Ipad bagai. Nanti aku nak masuk ke bili air pun kau sibuk nak berskype.”

Terhambur lagi ketawa Dzahim. Fayqa ni memang menghiburkan! Sedang melayan blues sebab suspense nak ke U.K., cakap dengan dia boleh gelak ketawa. Susah nak cari kawan baik macam Fayqa, sampai tahap menggadaikan nyawa untuk selamatkan kawan.

“Pek......habis belajar, aku balik nanti, kita kahwin nak?”

Entah apalah dalam kepala otak si Dzahim. Benda yang terlintas, itu yang dia sebut.

“Aku tak mahu janji apa-apalah, silap-silap kau ni bawa balik bini omputih. Bukan aku tak tahu hidung belang kau tu.”

Terbahak-bahak Dzahim ketawa.

Awal bulan September, Dzahim berangkat ke U.K. Dengan ditemani oleh bapa saudaranya Mohd. Nadim yang sememang kerjanya membantu penempatan pelajar-pelajar Malaysia yang mahu belajar di U.K. Ahli keluarganya, kecuali Dzehan di Jakarta, semua menghantar Dzahim ke KLIA. Fayqa pula hanya mahu mengucapkan selamat jalan di rumah. Di KLIA nanti waktu khusus untuk ahli keluarga yang berpeluk-peluk, bersyahdu sendu. Kalau Fayqa pergi, tentu dia rasa out of place.

Usai memasukkan beg-begnya ke dalam bonet CRV abangnya, Dzahim mendekati Fayqa. Ahli keluarga yang nak masuk kereta berhenti sekejap melihat kerenah budak berdua tu.

“Bye, Apek. Jangan sibuk merayau malam, cari mangsa-mangsa yang perlu pertolongan,” dah nak pergi jauh pun, Dzahim masih nak perli-perli.

“Kau ingat aku ni Spiderman ke?” laju Fayqa membalas, mengekek Dzahim ketawa.

Sebuah kotak dihulurkan kepada Fayqa.

“Apa ni?” panas rasa muka Fayqa, seisi keluarga Dzahim sedang memandang.

“Kau kata kau nak kasi online tuition kat aku kan?”

“Jim!! Ipad?” buntang mata Fayqa, “eh, aku tak maulah.”

Malu! Nanti si jeneral kata dia kaki cukur lagi.

“Alah, ambiklah,” kotak masih terhulur tanpa disambut, “kau tau aku bagi ni pun sebab ada udang di sebalik mee.”

Fayqa masih berpeluk tubuh. Malu sangat-sangat!

“Adik, can we get going? Nanti lama pula Pak Chu Nadim tunggu,” kan dah keluar arahan dari si jeneral.

“Pek, kau tak ambil, aku letak kat sini saja,” Dzahim berkeras.

Perlahan-lahan Fayqa menyambut kotak hadiah dari Dzahim.

“Bye, Apek. Jaga diri,” mata Dzahim tajam merenung mata Fayqa, memang dia bimbangkan keselamatan gadis ini.

Wah! Sedih pula rasa hati Fayqa. Di tekak rasa macam ada batu. Nak berpisah dengan si sengal pun sedih macam inikah?

Akhirnya, dengan mata yang hanya mampu menjeling ke arah Dzahim, keluar juga suara yang terputus-putus, “Bye-bye, Jimmy Boy.”

Dalam perjalanan ke KLIA, bergilir-gilir Haji Dzulqarnain suami isteri memberi nasihat kepada Dzahim. Si Abang yang memandu kereta berdongkol-dongkol hatinya. “Bye-bye, Jimmy Boy?” Dengan suara seksi begitu? Dengan jeling-jeling manja begitu? Tak tahu malu ke dengan seisi keluarga memandang? Huh!


Bab 14



“L!”

Ha? Terkejut Dzariff, baru saja nak buka T-shirt yang basah dengan peluh. Sempat jogging sebelum ke pejabat.

“is for the way you look at me.”

Siapa dalam bilik air aku ni? Terpinga-pinga Dzariff seketika.

“O! Is for the only one I see.”

Sejak bila bilik air aku ada in-house singer? Dia menapak perlahan-lahan ke bilik air, skodeng time!

“V! is very, very, extraordinary.”

Di muka pintu bilik air, dia berhenti. Oh! Konsep dua-dalam-satu, penghibur dan pencuci bilik air. Tangan memeluk tubuh, tubuh disandarkan ke jenang pintu. Mata menikmati pemandangan yang amat menarik!

“E! is even more than anyone that you adore can
Love is all that I can give to you.”

Pemandangan si gadis comel penghuni bilik tidur di tingkat bawah, sedang berlatih vokal sambil mencuci bilik airnya.

“Love is more than just a game for two
Two in love can make it”

Terlalu khusyuk menyental lantai dan dinding bilik air hingga tidak sedar sudah ada penonton tidak berbayar.

“Take my heart and please don't break it”

Air di dalam baldi disiram ke dinding, menghilangkan buih-buih pencuci.

“Love was made for me and you”

Kerja mencuci selesai, berus dan botol pencuci dimasukkan ke dalam baldi, badan dipusing hendak melangkah keluar.... dan barulah tersedar si jeneral yang berpeluk tubuh, bersandar di jenang pintu bilik air.

T.E.R.K.E.J.U.T.

Bila pula mamat ni ada dalam bilik dia? Bukan dia sudah ke pejabat ke? Mata bertentang. Sedetik, dua, baru Fayqa tersedar, seluar tracknya yang digulung hingga ke lutut. Dia pandang ke kaki sendiri, si jeneral turut memandang. Mata Fayqa laju ke wajah Dzariff. Ayo! Tak berkelip dia pandang kaki aku yang terdedah aurat. Cepat-cepat baldi dilepaskan ke lantai dan Fayqa menurunkan gulungan seluar kembali ke buku lali.

Tajam matanya menjeling Dzariff, bagai memarahi lelaki itu yang tidak menjaga pandangan mata. Selamba Dzariff membalas pandangan Fayqa. Siapa suruh masuk bilik tidur aku? Aku nak pandang, aku punya pasallah.

Tangkai baldi dicapai dan bakul baju kotor di tepi pintu diambil, kelam kabut Fayqa melangkah keluar dari bilik tidur anak teruna orang.

“Awak!”

Terhenti langkah Fayqa bila mendengar Dzariff memanggil, nak apa lagi? Di depan pintu bili tidur, dia berpusing.

Perlahan-lahan baju T yang basah dengan peluh dibuka dan dicampakkan ke dalam bakul yang masih dipegang Fayqa. Buntang mata Fayqa, mamat ini apa hal buat strip tease depan aku pula? Dah hilang akal ke apa? Aku pun hilang akal juga kah? Pandang body dia tak berkelip-kelip mata.

Lebar senyuman Dzariff, sedar dia jahat sangat mengusik anak dara orang. Siapa suruh dia masuk bilik aku? Jari-jarinya sudah memegang pinggang seluar. Makin buntang mata Fayqa! Makin lebar senyuman Dzariff.

Tunggu apa lagi wei!! Badang dipusing, tombol pintu bilik diputar, Fayqa angkat kaki! Dzariff dalam bilik ketawa terbahak-bahak.

Lepas mandi sambil bersiap, sempat Dzariff mencari lagu 'Love' di Youtube. Lagu nyanyian asal Nat King Cole, diberikan nafas baru oleh pelakon-pelakon Glee dimainkan di telefon pintarnya. Sambil memakai tali leher, bibirnya tersenyum memikirkan gadis comel yang diusiknya tadi.

Turun ke bawah untuk sarapan, tidak nampak kelibat si gadis. Sudah ke pintu depan, memakai kasut barulah keluar si dia, hendak mengemas meja makan.

“Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you”

Sambil menyanyi-nyanyi kecil, matanya menjeling ke arah si gadis. Langsung tidak memanggung kepala. Dzariff melangkah ke kereta dengan senyum lebar.

“Amboi! Baiknya mood Abang hari ini, jarang dengar dia menyanyi,” komen Dzalia yang masih di meja sarapan, bukan dia tidak sedar si Abang asyik menjeling si gadis manis. Dan kenapa pula si gadis manis ini merah mukanya macam buah epal China? Sesuatu ni, Dzalia mula curiga. Mencerun mata sambil berfikir......


51 comments:

  1. ngee.. TERKEJUT! sama lak dengan pekah ye... lagu tu. abislah...:)

    ReplyDelete
  2. Nat king cole. ....i like the song so much

    ReplyDelete
  3. Come on dzalia! New plan higher intensity! Nmpk gaya si jeneral masih kukuh btan. Sarjan mejar plak dok blur lg..

    ReplyDelete
  4. sob sob sob Jim akan dirindui, saya tak memilih Jim sebagai jodoh Peqah, tapi Pek dan Jim are very2 cute together. Lebih seronok sebab closeness Peq dan Jim tu seing disalah erti oleh Jeneral dan membuatkan Jeneral cemburu tak terkira. Jim will be missed dearly

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmmm nak tengok camne Jeneral nak mengayat Peqah lepas ni. Kalau dia go ahead usha Peqah-tak guna punya abang, GF adik pun nak curi hehehehe

      Delete
  5. teasing around ye jeneral? gosh!!

    ReplyDelete
  6. Wakaka.... Suddenly lagu tu sound so romantic..... Mcm love ballad Pulak!! :)

    ReplyDelete
  7. Miahahaha... berani usik Pek?? Siap ler...

    ReplyDelete
  8. Love is made for me and you...... i hope so... hahaha

    ReplyDelete
  9. Merah muka macam epal cina.. bila dgr... love was made for you and me...hahaha.. twit twit twit ;)

    ReplyDelete
  10. nak kena download ni... nak senyum2 jugak cam general.. ;)

    ReplyDelete
  11. Hahahaha best giler..._ala Jim dh pergi ke? Sedih betul...haha dh mula misi c jeneral nk ngorat fayqa

    ReplyDelete
  12. gila cute ahhh dua orang ni!!! not dzahim lah. heee lagiii!! =DD

    ReplyDelete
  13. hahahaha...sweet la plak bab 14 nih...bler la jeneral ni nk jadik charming man......msti fayqa cair tahap petala kn...hehehehe

    ReplyDelete
  14. Angau overboard... Bila la nak mula scene ayat mengayat ni.


    ReplyDelete
  15. Sedey la plak jim dah pegi.... Wah general skang pandai plak usik ank dara org ni...

    ReplyDelete
  16. Awwwwww.... Dalam hati dah ada taman botanical...mcm2 ada.. Bunga, herba2..

    ReplyDelete
  17. dzalia..siasat dzalia..jgn x siasat ..hahaha

    ReplyDelete
  18. T.E.R.K.E.J.U.T. jugak sbb dzariff berani wat scene tease 2 kat anak dara owang huhuhu nakainya dia....mencicit lari fayqa hahahhaha....mesti penat fayqa nak layan kerenah jeneral 2 pasni...n pasti penat jugak dia nak layan kerenah junior sengal yg nun jauh di UK 2. tpkan dzariff 2 xde fanatik fan ke...cam x caya je owang yg leyh macho, kental cenggi2 xde sesapa jatuh cintun...hmmmmm

    ReplyDelete
  19. Hahaha...suka Biler general dh kembali kpd mood romantic n sweet dia!! Btul2 tak sabar nk tau strategi general mengurat sarjan mejar..Nina, bila nk kuar bab2 kt dapur nih

    ReplyDelete
  20. wah wah wah!!! ape jd lpas ni?? x sbor. xdpt tgkap lgu neh. nk cri kt youtube. heh. jeneral da pndai nyanyi jeling2 plak dah...

    ReplyDelete
  21. dah pandai men'teasing' anak dara orang ya dzengal ni...but i loike....sweet je. senang hati kot pasal jim dah jauh. tak perlu lagi tgk scene yang menyakitkan mata dan telinga dia kan. L.O.V.E I.S I.N T.H.E A.I.Rx-(

    ReplyDelete
  22. Nina: my fav song ni!!! Thank u, you....

    ReplyDelete
  23. L.O.V.E
    Bagus betul ade adik yang suka menyiasat ni.. jeng jeng jeng..
    Go Dzalia Go

    ReplyDelete
  24. Ngeeee..... pandai ngusik dah general sorg ni

    ReplyDelete
  25. Love is in the air...kemain lagi jeneral, siap cari kat youtube bagai. Haha.

    ReplyDelete
  26. sweet nye la along dzariff ni...hehe..suke2...

    ReplyDelete
  27. adesss.... malu giler pekah terkantoi menyanyi kt bilik air jeneral... jeneral plk mcm angau je...

    ReplyDelete
  28. hahahahaaa....suka2 bab ni...kelakar....cpt sambungan ye///

    ReplyDelete
  29. Ha ha ha...suka baca n3 ni...10q, Nina. More scenes comey2 like this please ! Mesti Fayqa cair tahap petala kne ushar dek Abg Jeneral macho

    ReplyDelete
  30. Wah, dlm hati sudah ada taman. Hehe.....

    ReplyDelete
  31. Amboi amboi amboii... Siap nyanyi2 lg gitewwww

    ReplyDelete
  32. hihihihi :) suka sgt2 bila nak smbung??? cant wait....

    ReplyDelete
  33. aigooo nina dah buatkan saya cari lagu tu..hahahahah x sabarnya nak tunggu cerita cinta jeneral dengan fayqah..mesti sweet gilerrr.. :)

    ReplyDelete
  34. three of them are cute. i can't deny... love you kak nina... <3 so much! love this chapter. well written... and... so cute... i love the song. thanks :)

    ReplyDelete
  35. Best sgt2! Tapi pendek sgt lah :(

    ReplyDelete
  36. Jeneeral is sooooo cute!!!kah kah kahhhh...
    Sanggup menggoogle smata2 nak usik pekahh... Haishhhh...
    Maybe its true love is in the airrr..

    ReplyDelete
  37. Dan berkumandanglah lagu Love dlm pc ini.. pekah & dzariff punya pasal lah ni lol!

    ReplyDelete
  38. ahak...akak pun sama, jangkit penyakit dzariff.....:)

    ReplyDelete
  39. Kak jua begituu...dgr sambil senyum2 sensorang...

    ReplyDelete
  40. Amboi adk bradik ni asyik kna kan fayqa je

    ReplyDelete
  41. lagu feberet nih..baca sambil sengih2 depan lappy..amboi2 jeneral ke main lagi usik2 nak dara orng plak...

    ReplyDelete
  42. wah...wah.... da start da..... :D
    Love was made for me and you”
    yer... tuan Jeneral :D hahhaha...comel....boleh byang :D
    -Syira Azmi-

    ReplyDelete
  43. alaaaa...macam mana ni..rasa sedih pulak kan..bila Dzahim hendak pi UK melanjutkan pelajaran ..macam mana pula rasa fayqa pulak ek..selalu membuli mamat tu..mesti dialah yg rasa sangat kehilangannya..apa pula reaksi si Dzahim pulak ya..bila berjauhan dengan familinya..dan yg penting bila dia terasa yg fayqa tidak bersama sama dengannya yg selalu diberikan semua kertas kerjanya untuk diuruskan oleh minah tu..kini dia bersendirian untuk melunaskan kesemuanya..adakah dia akan balik keMsia dan memujuk familinya untuk dinikahi minah itu untuk membuatkan hidupnya senang disana..dan apa pula terjadi pada fayqa bila dia tinggal disitu pula..bagaimana pula perasaan sigeneral sengal tu melayani minah tu pulak selepas peristiwa tertangkap berduan dibiliknya..

    ReplyDelete
  44. Waaa..cannot sleep..can't wait for the next chapter...moga Allah kurniakan hanina idea yg mencurah2 to complete the whole novel...x sabar..nak beli...PMS dah baca KNK dah dlm tgn tggu SF pulak...faitin aaa

    ReplyDelete