Tuesday 19 March 2013

Seteguh Fayqa Bab 12 & a bit of 13


Oooo gigih bangun pkl 5 pagi dan taip cerita....janji ditepatikan. Rahsia antara Apek dan Dzahim belum terungkai sepenuhnya. Jalan cerita ini menuntut (cewah! menuntut you!) supaya rahsia ini disimpan dulu sehingga bab 20 ke atas gitu... Relax, benda lain pula yang akan jadi.

Bab-bab dalam SF ni nak kena rombak sikitlah sebab macam dah berterabur. Tulis pun curi2 gitu. Apa-apa pun bacalah dulu ye, edit2 kemudian....asal faham citer ok lah kan.


Haah, pendek. Bab 13 nanti saya tulis panjang2. Sambungan cerita.....hari Sabtu atau Ahad ini, 23 atau 24hb. Serius saya banyak kerja di ofis.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -- 



Berdesup-desup ranting kayu itu dilibaskan ke betis Dzahim, terlompat-lompat Dzahim kesakitan. Auta saja yang lebih! Dia pakai jeans, tak sakit mana libasan Fayqa. Si Fayqa pun dalam hangat hati masih lagi beringat, libas di betis, biar jauh dari kepala. Nanti karang, kena masuk hospital lagi anak orang tu! Haru!

Terkejut besar ahli keluarga Dzahim. Sepanjang ingatan mereka, walau bagaimana nakal pun Dzahim, tidak pernah sekali pun dia kena pukul. Haji Dzulqarnain lebih suka menegur dan memberi nasihat. Fayqa marah sangatkah pasal Dzahim ajak kahwin sehingga melibas Dzahim begini?

“Oooo.... awek brutal! Jenuh Adik nanti,” bisik Dzureen kepada Dzalia, tapi cukup kuat untuk Dzariff dengar.

Terangkat kening si Jeneral melihat aksi di bawah, perempuan jenis apa ni? Tak berkenan sungguh!

Fayqa melibas betis Dzahim sepuas-puasnya, sehingga habis tenaganya. Kemudian ranting kayu dipatahkan dua dan dicampak ke tanah. Dia duduk semula di kerusi batu, lengan kanannya diletakkan di atas pinggir meja batu dan dahinya direhatkan di atas lengan. Matanya dikebil-kebilkan berkali-kali, jatuh berderai air matanya ke tanah. Terhinggut-hinggut bahunya. Geram sungguh Fayqa!

“Weee, dia nangisla...,” ulasan secara langsung dari atas.

Dzahim terdiam kaku. Tiga tahun berkawan dengan Fayqa, inilah kali pertama melihat dia menangis. Dia menangis kerana aku? Tak sangka Dzahim. Perlahan-lahan dia menghampiri Fayqa, lalu duduk di kerusi bersebelahan.


“Oooo, Adik nak pujuk...,” bisik Dzalia, makin ketat wajah Dzariff.

“Pek..... aku minta maaf, Pek,” Dzahim membuka kata.

Tiada respon. Dzahim meletakkan tangannya di atas bahu Fayqa, cepat-cepat tangannya ditepis si tuan punya bahu.

“Pek.... aku betul-betul minta maaf. Aku tau aku bodoh sombong, tak dengar cakap kau......Pek, aku serius ni, betul tak main-main, aku minta maaf....”

Perlahan-lahan Fayqa mengangkat mukanya. Wajah Dzahim direnung tepat-tepat penuh sayu, “Jim, kau tahu tak betapa teruknya kau masa kat dalam ICU. Aku tengok kau masa tu, takut sangat kau tahu. Takut kalau kau..... Mak kau, abang kakak kau, Pa'an , Deng.... kami semua rasa macam …. Entahlah, Jim, kalau kau tak sayang nyawa kau sendiri, kau ingatlah Mak kau. Kalau kau habis umur malam tu, kau fikir apa dia akan rasa?”

“Malam tu... malam kau kena pukul tu... aku tak tau pun itu kau yang kena pukul.... Kau tau kenapa aku berhentikan kereta dan tolong? Sebab aku tengok orang yang kena pukul tu...dah jadi macam kain buruk, lembik, kena henyak-henyak.”

“Dah kena bagi warning, dua, tiga kali, kau buat juga... Aku tau kau nak tunjuk macho kat dia... nak tunjuk kat dia kau hero, tak takut.... Tapi berbaloikah gadaikan nyawa.... Hidup kita ni baru nak mula tau.... banyak lagi benda yang kita perlu usahakan....”

Penat bercakap, Fayqa diam. Cukup-cukuplah, kalau dia bercakap hingga luruh dagunya ke tanah pun, adakah Dzahim akan dengar?

Orang di atas, “Kak... tunjuk macho apa, Kak?”

“Shh... diamlah.... tak dengar ni...,” Dzureen kena marah.

“Pekah, aku tak kata terima kasih kat kau lagi kan,” percubaan Dzahim untuk mengambil hati Fayqa , “Pek, terima kasih, Pek. Kalau kau tak tolong, memang dah jadi arwah aku...”

Dengan suara yang malas, Fayqa menjawab, “betulkah kau 'hargai' pertolongan aku tu?”

“Eh, tentulah...,” balas Dzahim bersungguh-sungguh.

“Kalau kau hargai..... kau nak jumpa dia lagi tak?” Kena tembak satu das!

Terdiam Dzahim.

“Kan aku dah kata...,” keluh Fayqa, “dahlah Jim, aku penat. Esok aku nak pindah keluar. Kau buatlah apa yang kau suka.”

“Pekah!!” tangan kanan Fayqa disambar.

Apa kes adik beradik dua orang ni? Dua-dua ekor selamba badak je nak pegang tangan aku! Tangan kanannya direntap tapi Dzahim pegang kuat, tak mahu lepas.

“Oooo, adik dah main kasar...,” komen Dzureen sambil kelam kabut hendak mengambil gambar Dzahim dan Fayqa. Mata Dzariff mencerun.

Dzalia pula cepat-cepat menolak telefon pintar Dzureen ke tepi, “Apa kes nak ambil gambar ni?”

“Siaran langsung untuk Kak An,” bisik Dzureen. Rupanya sambil skodeng sempat bermesej dengan Dzehan di Jakarta.

“Derang nampak flash kamera kau nanti,” marah Dzalia.

“Shh! Diamlah,” marah Dzariff, matanya tidak berkebil menonton senario di bawah.

“Jim, lepaslah!!” marah Fayqa, tapi suaranya dikawal sebab tadi dia sudah ternampak ada yang mengintai dari balik langsir.

“Tak mau, aku tak mau lepaskan kalau kau nak keluar dari rumah aku.”

Inilah yang dikatakan..... sengal kuasa dua. Dengan abang tak cukup, adik pun dua kali lima.

Dengan tangan masih menggenggam tangan Fayqa, Dzahim merayu, “Pekah, aku betul-betul minta maaf, sebab tak dengar cakap kau, sebab libatkan kau dalam hal ni.”

“Betul-betul minta maaf?”

“Yelah, betul, aku tak main-main,” wajah Fayqa direnung dalam-dalam.

“Kalau kau betul-betul nak minta maaf, nombor satu, lepaskan tangan aku.”

Terus Dzahim lepaskan tangan Fayqa.

“Nombor dua, kau pergi U.K., belajar.”

“Kalau kau janji kau akan duduk dengan keluarga aku,” bila Fayqa tidak menjawab, Dzahim menyambung, “kau ingat aku ni tak de perasaan langsung ke? Pergi U.K., tinggalkan kau kat sini. Kalau jadi apa-apa kat kau.... Pekah! Kalau kau tak janji yang kau akan duduk dengan family aku, aku tak akan pergi.”

Fayqa terdiam, dia tahu memang dia tak akan selamat jika dia duduk sendirian di bilik sewa. Aduh! Pening kepala.

Dengan hati yang berat, “Okey, aku duduk dengan family kau. Kau pergi U.K.”

“Set!”

“Study!!”

“Yelah!”

“Sampai grad!”

Dzahim mencerunkan matanya, “Yelah... sampai grad.”

“Satu lagi... jangan jumpa dia.”

Dzahim terdiam.

“Kalau aku tahu kau jumpa dia, satu, aku bagi tahu family engkau apa yang kau buat. Dua, kita putus kawan, selama-lamanya.”

Face off. Mata bertentang mata, tidak berkelip-kelip. Hambar riak muka Dzahim, dia sudah terperangkap, tiada jalan keluar. Kalau keluarganya tahu tentang penyebab insiden malam itu, habis!

Perlahan-lahan muncul senyuman nakal di bibirnya, “Pek... aku tak tahu kau ni jeles rupanya.”

“Choi! Tak ada maknanya,” mata Fayqa terjegil, “Jim, kalau kau tak janji, sekarang ni juga aku pergi ceritakan kepada mak bapak kau.”

“Set.”

“Jim, aku serius ni,:

“Pek, aku pun seriuslah ni,” dengus Dzahim


Bab 13



Keesokan harinya keluarga Haji Dzulqarnain bersarapan bersama-sama. Fayqa masak bihun goreng dan lempeng pisang. Sambil makan, mata semua orang curi-curi menjeling ke arah Fayqa dan Dzahim. Pelik! Selalunya Dzahim bangun bila matahari sudah sekerat tiang. Pagi ini bukan main awal bangunnya. Dan yang paling pelik sekali, masuk ke dapur pulak tu. Fayqa masak lempeng, dia tolong balik-balikkan. Fayqa berhidang sarapan di meja ruang makan, terkedek-kedek Dzahim berulang alik angkut pinggan, sudu garfu, cawan dan piring.

Kenapa budak Dzahim ni? Sejak bila pula ringan tulang menolong di dapur? Fayqa sebut sekali sahaja, terus bangun dan buat. Wal hal selama ini, kalau nak makan, sebut dan tunggu di meja makan sahaja.

Semalam selepas berbincang di laman rumah, budak berdua tu masuk dan bagi tahu mereka tidak jadi kahwin. Dzariff lega! Haji Dzulqarnain suami isteri tenang seperti biasa. Dzalia dan Dzureen tersenyum lebar. Hah! Boleh teruskan rancangan nak kenen Fayqa dengan Abang!

“Tapi Fayqa mesti duduk di rumah kita,” kata Dzahim, “kalau tak, Adik tak mau ke U.K.”

Hajjah Azimah terus bersetuju. Siapa tak sayang budak sopan santun, ringan tulang macam Fayqa? Haji Dzulqarnain bersetuju sahaja. Dzalia dan Dzureen sempat buat high-five. Dzariff.... tertanya-tanya pada diri sendiri, kenapa pula aku rasa lega?

Selesai bersarapan, Haji Dzulqarnain dan Dzariff bangun untuk ke pejabat. Hajjah Azimah menghantar mereka berdua hingga ke pintu depan.

Usai bersalam, baru hendak melangkah keluar, terdengar Fayqa memberi arahan, “Dzahim, yang kena ketuk, kepala engkau kan? Tangan tu sihat walafiat. Cuba kau exercise tangan kau tu, bawa pinggan mangkuk semua ke sinki, cuci.”

Tak membantah, tak melawan, Dzahim bangun, kutip pinggan mangkuk dan terus ke dapur. Terangkat kening ahli keluarganya. Haji Dzulqarnain memandang isterinya dan menjungkit kening. Hajjah Azimah menjungkit bahu tanda tak tahu.

Selepas suami dan anak sulung bertolak ke pajabat, Hajjah Azimah menjenguk di dapur. Kali pertama dalam sejarah hidup, anak bongsunya sedang memcuci pinggan mangkuk di sinki! Dengan mata yang buntang dia melabuhkan punggung ke kerusi.

Fayqa yang sedang berlagak jadi mandur berbisik ke telinga Hajjah Azimah, “Biar dia belajar, Achik. Nanti duduk di U.K. bukan ada amah yang nak masak dan cuci untuk dia.”

Wajah Fayqa direnung lama oleh Hajjah Azimah. Budak perempuan ini sorang sajalah saja yang boleh membentuk Dzahim!

66 comments:

  1. Ohooo, ada rahsia rupanya. Siapalah 'dia' tu agaknnya? Mesti someone yang berpengaruh dalam hidup si Dzahim nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. "dia" tu nanti kuar sipi-sipi dlm bab 20 ke atas...

      Delete
    2. uish.. 7 bab lagi.. mau sasau nunggu hehehe

      Delete
    3. bukan mau sasau...dah sasau dah nie sbb dok tertanya2 siapakah sidia tu.....suspen sungguh.....

      Delete
    4. Penderaan jiwa, raga dan minda ni.....

      Delete
    5. macamlah ko baru kenal si Nina ni...memang dia selalu buat citer cliff hanger mcm gitu..disetiap bab yg dia berhenti..membuat kita tertanya tanya gitu..kan kan..

      Delete
  2. Ala ingat kan diorang nak kawen..hehe dzariff pn lega la plak tp Xtau sbb apa ek?kelakar la dia tu
    Pekah mmg sgt pndai nk ajar si anak manja tu ek??

    ReplyDelete
    Replies
    1. pekah guna rahsia jim, blackmail jim utk buat kerja rumah. pikir jauh dia actually dia nak ajar jim supaya berdikari....mamat tu kan nak ke UK

      Delete
  3. Ape sbnr nyer yg jd mlm tu..x sbr nk tau rahsia yg fayqa pegang

    ReplyDelete
  4. Apala rahsia diorang ni ekkkk......tak sabar nk tau....

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Walaweiii lawak gila dzahim ni...wakakakaka xsabar tgu chapter seterysnya...yuhuuuu

    ReplyDelete
  7. As usual....♡♥♡♥♡♥♥♥♡♥♥ it hanina

    ReplyDelete
  8. assalam hanina,

    ape lah rahsia mereka tu, kan..tapi deep inside me, I sensed something which I hope Im right (telahan sendiri akibat byk baca novel lah tu..hehehe..mungkin tak betul pun..)

    akan sabar menanti 23/24 April..

    ReplyDelete
  9. Telahan org yg tgh mamai ni kata jim kena pukul sbb pompuan lain. (Gf si pemukul mungkin?) Tu yg takut rahsia terbongkar dpn keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SETUJU!!!! inarshad kembali menyerikan ruangan komen..ahakss =D

      Delete
  10. Kotoh... Padan muka c jim haha

    ReplyDelete
  11. Bila dzhariff kata lega.... Ekeekke..... Sapa dia tu erkk kak nina.... Jumpe sapa??? Wahhh dzahim g uk...leh dzhariff tu kacau apek lg...

    ReplyDelete
  12. Ala tak sbar ni ,sapa 2 sokong nak cepat dibukukan,angkat jari . Bestttt HANINA THE WRITER ?

    ReplyDelete
  13. alla tak cukup la....tengah best baca ni.....

    ReplyDelete
  14. Tak puas baca mcm..mcm..mcm ade benda kurang..nak lagi.hehheh

    ReplyDelete
  15. o ho dah tau dah tau... ni mesti kes kekasih gelap ajim nih....kene pukui ngan balak kekasih gelap ajim la ni kot sampai lunyai 2 huhuhu...nasib2...uit general sengal lega ke jim x jadi kawen ngan fayqa? muahahhaha...dah 2 pergaduhan mlm nih mendapat liputan meluas 2 sampai ke kak An pon leyh dpt siaran nih...tapi betul ke jim x kan jumpa dia lagi nanti? sanggup ke dia putus sahabat ngan sahabat sebaik n setulus fayqa nanti?

    ReplyDelete
  16. Rahsia terungkai bab 20 ke atas sekarang ni baru bab 13. Dalam kepala dah buat cerita sendiri. Takkan Fayqa nak duduk kat rumah family Dzahim tanpa ada apa2 ikatan?? Nanti apa org cakap pulak. xmaniss..

    ReplyDelete
  17. si sengal yg slow rock ala balada ... hati lega tk tau sbb apa ... ahailaa ...

    ReplyDelete
  18. lg tinggi lh pangkat pekah dr jeneral n prebet...bleh lentur kn buluh jadik rebung...jeneral plak tumpang lega dihati...hehe...cam ade udang di sebalik mee jer bile pikir blek...

    ReplyDelete
  19. tersenyum seorg2 baca bab ni...i like...x sabar tgg bab 20

    ReplyDelete
  20. akhirnya...depa tak jd kawin...haha
    Dzariff legaa yeayyyy!!!

    sabarlah wahai hati menunggu bab 20 ;))

    ReplyDelete
  21. uishhh suspen tul 'Dia' itu.. tetiba terdengar dengar lagu Fauziah Latiff lak.. hehehe
    suka tul bila Fayqa pula mcm ambik alih jadi general semua orang mcm tak berani nak bersuara layan jer dia...
    makin semangat nak tau citer bila jim dah gi UK sure lagi banyak citer pasal Dzariff dan Fayqa..
    Chayouk!!! cik writer.... usaha tangga kejayaan >__<

    ReplyDelete
  22. wahhh semakin menarikk!!! tp lega ble pekah x jd kawen dgn jim..hehe... apela agknye pyebab kjadian mlm tu ek??? jim da ade awek ke? ke nk tackle awek punye psl snggup gadai nyawa?huhh...sabarlah wahai hati tgu nx n3...huh

    ReplyDelete
  23. Yesssss go for pekah + dzariff!!!!

    ReplyDelete
  24. kita join dzureen & dzalia buat high five.. hihi

    ReplyDelete
  25. aduh mau sasau dok tgg next n3 nih..

    ReplyDelete
  26. huhuhuhuhuhuhuhuhu...lamanya nak tggu next n3......si "dia" ni sapa lak????lambat lagi la baru tau sbb ni baru bab 13.....ooohhh miss writer ku...cepat-cepat ar ckit...dah dup dap dup dap tggu update nie....PMS ngan KNK dah berkali-kali habis...now tggu SF nyer update lak...ari2 bukak tau...

    ReplyDelete
  27. pergh mmg E3 yg ditunggu tunggu dengan penuh rasa keterujaan... brutal brutal minah tu pun ada kelembutan disebalik sifatnya itu kan..hatinya murni..sekadar hendak menginsafkan seorg kawan yg mungkin telah hanyut jauh tanpa pengetahuan keluarganya tetapi sebagai sahabat pada siDzahim mereka bertiga mmg menyimpan rahsia mamat ni dengan teguh dan mencuba untuk menasihati mamat ni sebelum peristiwa itu berlaku mungkin tetapi biasalah mamat sengal siDzahim tu mana nak dengar katakan..darah muda..dan kemungkinan dia tidak melihat dimana logiknya jika mereka yg mmg kaki buli tu akan melakukan begitu kepada dirinya kemungkinan mereka yg membelasah dirinya adalah dari kalangan anak anak org yg berada dan ternama tak gitu..dan apakah kerana seorg gadis simamat Dzahim itu dipukul sehingga begitu rupa dan siapakah gadis misteri itu..dan siapa pula mamat dalang yg memukul si Dzahim ini..dan apakah motifnya..hingga sampai nak membunuh satu jiwa yg tak berdosa..tetapi yg peliknya selepas dia baik tidakkah dia memberitau pada polis siapakah org yg membelasahnya dengan begitu teruk sekali sedangkan dia tahu siapa dalangnya disebalik peristiwa itu..dan tidakkah diDzariff itu mahu org org yg memukul adiknya diajar dan dibawa kemuka pengadilan ..
    Kesian bila melihat fayqa dirumah itu..dirinya disayangi seperti anak sendiri oleh keluarga itu..tidak kah didalam hatinya ada sedikit terkilan kerna ibunya tidak pernah menghubungi dirinya dan menanya khabar hidupnya semasa dirantauan orang..adakah ibunya fayqa telah membuanng satu satu anaknya ini..kerana telah mengecapi kehidupan dengan keluarga barunya..
    Terujanya akak nak tahu..latarbelakang keluarga fayqa..apa yg terjadi ek..pada famili dia..dan adakah dia akan tinggal disitu semasa ketiadaan siDzahim sengal tu..dan betulkah dalam diam diDzahim itu mmg ada hati kat minah sengal ni tetapi disebabkan siminah ni dah reject siang siang dia akur dengan permintaan minah tu..sowri dik ..terlebih lebih pulak akak mengomen kali ini..kerana citer ni semakin menarik dan semakin hot..tahniah dik..kalaulah boleh dibukukan..mesti best giler..dan akak boleh baca at one go...kan kan..

    ReplyDelete
  28. wah...bestnye bab nie Nina... family yg sporting and support each other. x sabar nak tunggu next e3.

    ReplyDelete
  29. Dzarif lega... tapi tak tau kenapa...
    Saya lega dzariff lega... pun tak tau kenapa...
    Go, Nina. Go!

    ReplyDelete
  30. best la..bila nk terbit novel nie..ehehehe.. ;)

    ReplyDelete
  31. Nina.... I baru nak jadi pasif reader... Tp takleh thn nak komen gak.... U r the best lah..., bila u plan nak siapkn novel nih? Tak sabar nak tambah collection buku2 U... Heheheh...

    ReplyDelete
  32. Huhu mmg mendera jiwa betul ni... K.nina suma novel u dh ada dlm pelukn x sbr nk peluk SF plak huhuhu... Penantian suatu penyeksaan....

    ReplyDelete
  33. kesabaran yang sungguh tinggi diperlukan untuk menunggu the next n3..lol

    ReplyDelete
  34. terubat rinduuu. hehehe. trimma kasih kak nina. mujur tak bakor blog akak ni tadi. kekekeke

    ReplyDelete
  35. tq nina...tiap2 hari kira bilalah nak smpai 20hb ni, kat skolah td xsempat nak bc sbb kelas full, balik rumah cpt2 buka blog u...xmkn pun xpe janji dpt bc entri ni dulu

    ReplyDelete
  36. Dia tu mst perempuan yg jim suke kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan nak jadi nasi tambah sikit..mungkinkah gadis ini playgirl yg dah rosak ahlaknya sebab tu minah tu kasi warning siap siap..kat mamat sengal tu..kot...wah..nampaknya kita dah buat citer sensasi sesuka hati kita ..kan..rasa..rasa..tuan tanah marah..tak..?

      Delete
    2. kan3.....ade sotong dlm mee udang di situ hahahaha

      Delete
  37. huuu kakak nina.. ini cerita mengancam saluran darah ni.. hahha.. nak men teka2 gak la.. mesti djim minat kt anak ah long ni.. hahah..

    ReplyDelete
  38. entah kenapa kita rasa lega sebab Jim idak la betul2 nak ajak pekah kawen.. buatnya dia jth cintan ngan pekah kan ke naya si jeneral ituuuu.... heheheh

    good job pekah!! bagus la biar Jim tu berdikari skett.. ni nak harap org jerr

    btw, sapa kah si dia ituuu?

    ReplyDelete
  39. ah sudah, hjh azimah cam bekenan fayqa ntuk dzahom je...huhu...nak dgn jeneral dzengal tuu...huhu...am i overthinking ke?hahah

    ReplyDelete
  40. amboi amboi seronoknya dzalia ngan dzureen jadi pengulas sukan acara merotan pakai ranting kayu ya! hmmm rahsia apalah yang disorokkan tu ya, sampai mampu menundukkan dzahim. pekah pakai minyak dagu eh?

    ReplyDelete
  41. nina...i like the two sisters' idea yang nak kenenkan fayqa dgn Abang! go girls! i'm behind you.

    ReplyDelete
  42. hebat gila kuasa fyqa... aigoo.. agak2 dengan dzarif tu fyqa blh tunjukkan kuasa dia mcm y dia buat kat dzahim x? hiks...

    ReplyDelete
  43. mmg x saba nk tunggu ape jd next. dear nina, cerita nina buat kita bkak laptop as frequent as possible. haha, nway bila dzariff ni nk mulakn lgkah?

    ReplyDelete
  44. Jim gaduh psl pompuan ke? Yeah!! Fayqa duduk Rumah Dzariff!! Can't wait la scenes gaduh2 sayang ant Fayqa n Dzariff ni. Scenes Dzariff sgt sweet di dapur, alahai..Nina mention psl bab 20, mcm tak lama je kan. Nnt tup2 dh bab 30. Pastuh, teaser plak..then, kuar novel ni di pasaran. Tak sabar!! Gud luck Nina!!

    ReplyDelete
  45. Siapakah si 'dia' itu??? jeng! jeng! jeng!
    Huishhh...suspen tul!
    Tak sbr nak tau..ohhhh hari ahad lmbt lg la....
    terseksa aku menunggu...huhu!

    ReplyDelete
  46. Haihh.. super cute, like me. hahahaha!! (mode perasan tahap petala)

    ReplyDelete
  47. Awesome n can't wait for nx chapter..lol.

    ReplyDelete
  48. Oooooooo lege ekkk apek tak jadi kawin n akan terus duduk rumah dia.... hahaha

    ReplyDelete
  49. seronot nyer baca..by the way saya dah habis baca KNDK tuu..ni review saya ya cik penulis...
    http://kuazue.blogspot.com/2013/03/kisah-naz-khaslish.html?m=1

    hope cita fayqa ni lebih menyegat...

    ReplyDelete
  50. alahai.. bestnye.. suka lah fayqa..

    ReplyDelete
  51. follow blog sy ye.. bru je buat.. http://contenganrasaluahanku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  52. nak dzahim dengan fayqaaa ! :P

    ReplyDelete
  53. Nak dzahim dengan fayqa kahwen boleh tak? Hhahahahahah xD Cepat2 ye update sis ;)

    ReplyDelete
  54. penderaaan mental hahah... bila dzariff nk tunjuk dia suka dkt fayqa nie :D n sper org yg fayqa n Jim ckp tu....
    -Syira Azmi-

    ReplyDelete
  55. Salam hanina :). Masih amik order PMS tak? harga+kos penghantaran di sabah masih 25? thanks! please email me vielyns@gmail.com...lama cari novel ni. huhu

    ReplyDelete