Friday 8 March 2013

Seteguh Fayqa Bab 8


Mengantuk tersengguk2, tutup laptop. Tak jadi, buka semula, taip habis dan postkan. Kalau tidak, nnt tak senang hati nak tidur.

Ke mana hala tuju cerita SF? Ada hala tuju, bab 8 ni meandering sikit.

What say you?



Bab 8



Selepas dua minggu di wad biasa, barulah Dzahim dibenarkan pulang. Lega hati ahli keluarga Haji Dzulqarnain. Letih sungguh berulang alik ke hospital setiap hari menjenguk Dzahim. Siang hari Hajjah Azimah dan Fayqa bergilir-gilir menemani Dzahim. Sebelah malam pula Dzariff, Dzalia dan Dzureen yang bergilir-gilir.

Beberapa hari sebelum Dzahim pulang ke rumah, jenuh Haji Dzulqarnain mencari seorang pembantu rumah, untuk meringankan beban isterinya, mana nak uruskan hal rumah tangga, mana nak jaga Dzahim. Namun tidak berjaya, kemasukan pembantu rumah dari Indonesia ke Malaysia sedang digantung oleh kerajaan Indonesia. Manakala dua, tiga agensi pembantu rumah Filipina dan Kambodia hanya menaburkan janji palsu.

Fayqa menawarkan dirinya untuk membantu tetapi cepat-cepat ditolak oleh Haji Dzulqarnain. Katanya, sementara menunggu agensi mendapatkan pembantu untuk mereka, semua ahli keluarga perlu saling membantu dengan kerja rumah.

Tanpa perlu temuduga, Fayqa dipelawa bekerja di butik Dzalia di Taman Tun Dr Ismail. Waktu operasinya pukul sepuluh pagi, jadi disebelah pagi sempatlah Fayqa menyiapkan segala kerja rumah. Akhirnya keluarga Haji Dzulqarnain yang tiada pembantu rumah, tidak berasa susah langsung, semuanya Fayqa yang siapkan.

Di butik Dzalia pula, sibuk bukan main. Kebetulan staf kanan Dzalia meletakkan jawatan beberapa hari sebelum Dzahim kena pukul. Maka sekarang Dzalia sedang bercatch-up dengan segala tempahan, bayaran dan sebagainya. Fayqa yang tidak tahu apa-apa perlu macam bidan terjun terpaksa menjadi front person Dzalia's Couture. Bukan tiada staf lain tapi nampaknya mereka kurang gemar melayan pelanggan yang rata-rata dari golongan kaya raya yang terkenal dengan ragam yang memeningkan. Sepatutnya butik Dzalia tutup pukul enam tetapi minggu itu sebelum pukul sembilan jangan mimpilah nak balik.

Bukan pelanggan-pelanggan butik Dzalia sahaja yang banyak karenah, Dzahim yang sudah pulang ke rumah pula menjadi-jadi perangainya. Jika di hospital dia kelihatan semakin sihat dan kuat, pulang ke rumah dia menjadi muram dan pasif. Pening kepala Fayqa melihatnya. Kasihan sangat pada Hajjah Azimah yang terpaksa berhadapan dengan kerenah anak bongsunya itu.

Hujung minggu pertama Dzahim berada di rumah, Dzehan dan anak kecilnya, Shana, turut pulang dari Jakarta. Rindu hendak melihat adik bongsu katanya. Bila seisi keluarga berkumpul, Hajjah Azimah teringin hendak memasak sesuatu yang istimewa. Masakan kampung pilihannya sebab dia tahu suaminya yang baru pulang dari Pakistan sudah jelak makan nasi ala-ala Timur Tengah. Pulang dari butik petang Sabtu itu, Fayqalah yang sibuk membantu di dapur. Dzehan sibuk dengan si kecil, Dzali sibuk dengan buku-buku akaun butiknya, Dzureen sibuk dengan tesisnya.

Selesai solat maghrib berjemaah, Hajjah Azimah dan Fayqa sibuk berhidang. Bila ahli keluarga Haji Dzulqarnain mengambil tempat duduk masing-masing di meja, Fayqa berasa sangat canggung. Terasa benar dia orang asing di situ. Untuk menghilangkan rasa canggungnya, dia menyibukkan diri menyediakan minuman, membawa jag dan gelas-gelas ke ruang tamu.

“Sudahlah tu Fayqa, duduklah. Kita makan,” lembut Hajjah Azimah menegur Fayqa.

Dengan wajah yang hanya mampu memandang ke bawah, Fayqa duduk di kerusi paling hujung, paling hampir ke dapur. Usai bacaan doa makan oleh Haji Dzulqarnain, masing-masing sibuk mencedok lauk-pauk ke dalam pinggan masing-masing. Menu malam itu ikan patin masak tempoyak, kerabu kacang botol, pari bakar cicah air asam, ulam-ulaman dan sambal belacan. Sambil makan, macam-macam cerita yang keluar, cerita Haji Dzulqarnain tentang Pakistan, cerita Dzehan tentang Jakarta, cerita Dzalia tentang pelanggan-pelanggannya, cerita Dzureen tentang Pulau Perhentian. Tinggal hanya Fayqa dan Dzahim yang diam, hanya mendengar.

Sambil mendengar mereka bercerita, sebak juga dada Fayqa teringatkan bapanya sendiri yang sudah hampir sepuluh tahun meninggal dunia. Teringat dia dahulu mereka tiga beranak makan malam bersama-sama sambil Papa bercerita tentang hal pejabatnya, Fayqa tentang hal sekolah dan Mama tentang hal rumah tangga.

“Zi, tambah nasi....sedapnya lauk malam ini. Hmm, malam ni barulah Babah puas makan. Anak-anak Babah semua ada,” komen Haji Dzulqarnain sambil menunggu isterinya mecedok nasi ke dalam pinggan.

Sambil menghulur pinggan kepada suaminya, sempat Hajjah Azimah memuji, “Semua ni Fayqa yang masak, dia masak lagi sedap dari Andak Midah rasanya...”

“Hmm memang sedap Fayqa masak,” sokong Haji Dzulqarnain, “itulah... Babah masih menunggu, bila anak-anak Babah nak masakkan sedap-sedap macam ni untuk Babah?”

Agaknya tujuan Haji Dzulqarnain mahu mengusik anak-anak perempaunnya atau perli....Fayqa kurang pasti. Tapi bila mendengar apa yang Haji Dzulqarnain ucapkan, sebak di dada makin bergumpal-gumpal membuatkan dia tidak mampu lagi untuk menelan nasi. Tubir matanya sudah terasa panas. Sayu hatinya, dia sendiri tidak pernah berpeluang masak untuk Papa. Papa pergi sewaktu dia di Tingkatan Satu.

Dari malu dilihat menangis oleh keluarga Dzahim, segera Fayqa bangun, “Achik Zi, Fayqa tak sedap perutlah. Fayqa baring di bilik dulu ya, Achik.”

Tanpa mengunggu balasan dari Hajjah Azimah, laju Fayqa melangkah ke arah dapur, pinggannya diletakkan di sinki, tangan dibasuh, masuk ke dalam biliknya, badannya dihempaskan ke katil, menangis sendirian teresak-esak, rindu pada Papa, Tuhan sahaja yang mengetahui.

Fayqa menangis sehingga terlena. Terjaga entah jam berapa, matanya berasa pedih. Bila ditenyeh, semakin sakit rasanya. Kepala pula berdenyut-denyut, bahana terlalu banyak menangis. Diingat-ingat sendiri, sudah lama dia tidak menangis mengenagkan Papa. Dia pegang kuat pesanan Papa, namanya Fayqa, bermakna cemerlang, jadi Papa mahu dia jadi seorang yang cemerlang....bukan cenggeng, bukan lemah, bukan mengalah.

Bangunlah, Fayqa! Cuci muka, cari air, makan ubat hilangkan sakit kepala, ye....esok Ahad, tapi takkan nak bermalas-malas atas kati. Menumpang di rumah orang, buat cara menumpang.

Baru nak buka pintu bilik, baru dia teringat nak capai tudung. Semalam dia tertidur dalam baju kurungnya. Pintu dibuka, tangan teraba-raba mencari suis lampu dapur. Jumpa dan tekan, dapur disimbahi cahaya menyilau mata yang bengkak. Terkebil-kebil Fayqa buat seketika. Bila matanya dapat melihat dengan jelas, bagaikan ulangan mimpi ngeri, dia melihat si jeneral sengal duduk terconggok elok di kerusi dapur!

Rasa macam nak patah balik ke dalam bilik!

Belum sempat dia pusing, si jeneral bertanya, “dahaga?”

Perlahan-lahan Fayqa menganggukkan kepala.

“Air kat situ,” dahi digerakkan ke arah peti sejuk.

Sengal! Aku tahulah air kat situ, tak payah nak bagi tahu. Saja nak ingatkan aku tentang peti sejuk tu!

Mata Dzariff tidak lekang merenung wajah Fayqa.

Nak cabar aku? Terdetik dalam hati si gadis. Ceh! Apa takut nak ambil air dari peti sejuk? Perlahan-lahan dia melangkah ke arah sinki, gelas diambil, ke peti sejuk pula. Tiba di hadapan peti sejuk, berdebar pula dadanya. Sempat menjeling sekilas ke arah mamat tu. Ceh! Tak habis-habis pandang aku!!

Malu ya amat nak buka peti sejuk, teringat peristiwa dahulu. Nafas ditarik, cepat-cepat pintu peti sejuk dibuka, botol minuman diambil dan pintu ditutup! Si sengal dijeling lagi, ada senyuman sinis di bibirnya! Kurang asam betul!

Gelas diletakkan di atas meja, penutup botol dibuka, air dituang ke dalam gelas. Botol diletakkan, gelas diambil dan Fayqa mahu kembali ke bilik.

Zap! Pergelangan tangan kanannya disentap! Terhenti langkah Fayqa.

“Apa ni?” protes Fayqa, wajah Dzariff direnung tajam.

“Kenapa menangis?” mukanya langsung tidak beriak.

“Mana ada?” sangkal Fayqa.

Genggaman dikuatkan.

“Let me go!” gigi diketap, hanya bibir yang bergerak.

“Saya tanya, awak belum jawab.”

“None of your business,” marah tangannya dipegang, bahasa Fayqa sudah menjadi kasar.

“My house, my business.”

“My tears, my business,” berlawan merenung mata.

“Sedih kena buli?” menebak.

“Buli?” tanya Fayqa, kehairanan.

“Kena buli buat kerja rumah semua,” tiada pun riak simpati di wajah sawo matang itu.

“Jangan merepeklah,” dengus Fayqa, cuba merentap tangannya.

Dengan genggaman yang semakin kuat, Dzariff menekan, “We can stay like this the whole night, or you answer my question.”

Memang tidak boleh melepaskan diri, Fayqa megalah, “Saya rindukan Papa saya!!”

Automatik tangan dilepaskan, terkejut dengan jawapan yang diberikan. Tidak sangak. Mata Dzariff semakin tajam merenung wajah Fayqa. Sudah ada manik-manik jernih ditubir mata.

“Kalau saya kena buli pun, bukan kena buli buat kerja rumah, tapi kena buli dengan awak. Memang suka sakitkan hati saya!” sembur Fayqa kemudian berlalu pergi. Gelas berisi air di tangan kiri dibawa bersama.

Suka? Sedih sebenarnya. Sedih, pedih, melihat mata budak itu berair. Simpati?


52 comments:

  1. Perception general terhadap awek motor akan berubah x lama lagi.... But I like.. Can't wait for the next entry... Type slow slow nina.. Xoxo

    ReplyDelete
  2. alahhh.. pendek sangt.. x puas.. kih kih.. nway ai like.. kalu sy kat tmpat fyqa pun sedih kottt.. tp serius, susah idup menumpang.. tp syok lah dia mnjawab ngan general tuh... ptutnya smash teruk2 lagi fayqa... ai bab melawan, mmg like sangat amatt..

    ReplyDelete
  3. Huhu general ni x abs2... Tp suka..dzariff ni caring betul... Fayqa sedih pun dia tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya la...baru perasan...palcik ni caring orgnya

      Delete
  4. Best sgt..!!!
    Lps baca bab 7 ternanti2 bab 8....haha
    Sian kat Fayqa trigtkn arwah ayahnya..
    Suka la watak general ni....suka cari psl dgn fayqa
    Aduihhh tak sabo nak tggu bab 9 plk hehe

    ReplyDelete
  5. hmmmmmmm......ni mesti tulih pon dlm ngantuk2 jugak kan ejaan byk yg salah sampai ade yg i x tau maksud (sangak)hahahhaha. bab kali ni x leyh nak komen ape sbb rs cam mendatar je...isi penting xde...(dak ni x sayang tangan ni taip cenggini) hihihi...

    ReplyDelete
  6. Huk alah, Encik general sengal ni memanglah. Baik dalam kejam. Haha. Tapi kesian fayqa. Sobs sobs..

    ReplyDelete
  7. Sweet! Word yg describe entry ni..
    Si general mcm dah xde negative view towards fayqa..it's good but when he actually concern psl fayqa but asyik guna statement my house my business yg wat dia mcm a lil bit annoying

    ReplyDelete
  8. "kalau saya kena buli pun, bukan kena buli buat kerja rumah tapi kena buli dgn awak" hambik kau jen. sengal org sdg sedih gi kacau buat apa.

    Bab kali ini walaupun mendatar tapi mampu membuat saya rasa sedih...cuba meletak diri sendiri dalam diri fayqa.....huhuhuhu mmg sedih teramat sangat.

    ReplyDelete
  9. haila jeneral, awat suka noo duk kat dapur dlm gelap? port rasmi jeneral ke? LOL

    ReplyDelete
  10. mamat suka suka bgn tahajud rasanya...selalu jumpa kat dapur dlm gelap.tempat kesukaan dia tu rasanya kan. bab ni tunjuk dia caring dlm sengal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...kimia kuat antara mereka ni...asyik terserempak je kat dapur

      Delete
    2. xpe... dapur tu tempat ada rezeki... mana tau ada rezeki depa berdua. eleh setakat ada gf belum tentu blh sampai hujung nyawa lagi kan.[tukang hasut]

      Delete
    3. ZZ, citer ni mmg Fayqa & Dzariff la... Wah2 confident, mcm I pulak writer... Anyway dlm asyik dok bertegang lidah mereka mmg Ada chemistry...

      Delete
    4. kitakan tukang hasut writer gitu gini... ngee... org kata sayang jagn terlebih karang jadi benci, benci pun jangan terlebih karang jatuh sayang... betuilah tu kata hukamak

      Delete
    5. pergh..Zarra..hang mmg ada bakat jadi batu api..ha..ha.. akak suka ..menceriakan ..

      Delete
    6. dalam sini aje kak ida..kat luar zz baik...[erk, ap kes]

      Delete
  11. En. Jen ni caring lah. Fayqa nangis pun dia sedar. (Or maybe mata minah motor tu dah macam panda, so senang nak detect.) Lol.

    En. Jen sudah tangkap cintan ka sama itu Fayqa? Woot*woot. :)

    ReplyDelete
  12. Tq daling..... awak buat Mata saya beair ..... sedihkan bila ingat n rindu dgn keluarga tersayang. .....Oooooooo mamamiya sedih

    ReplyDelete
  13. hehehe...mcm dah ada bunga2 yg sedang tumbuh di hati general sengal nmpknye...hemm..
    nina sayang, nxt n3 pls... :)

    ReplyDelete
  14. Assalamu'alaikum :)

    Since kak nina bg hint bab8 ni ada hala tuju sikit ertinya first hero dia mesti Dzariff kan? yeay~~ Nak tnya kat kak nina. knapa wktu diorg mkn bsama tu tak ada nma Dzariff eh? dia outstation ke?

    -Alia-

    ReplyDelete
  15. suka dgn jeneral sengal.... sweet and caring....
    I like it very much but don't you think is a bit to shooort.

    ReplyDelete
  16. xpela byk typo p0n tp ktorang phm jerk...hehe
    alala sebak bace...kbetulan plak same smlm lps maghrib tbe2 sy rndu sgt dgn arwah abah... sob sob.. hurmm dzariff sudah mule tersentuh hatinye...kikiki

    ReplyDelete
  17. Sedih plak, sama2 nangis ngan Fayqa. Jiff, cepat pujuk Fayqa ye, Fayqa pun mesti lapar jgak tu. erm, mmg Jiff akan jd sweet bila di dapur. Erm, dia mmg tunggu Fayqa terjaga ke? Alahai, so sweet!!

    ReplyDelete
  18. DZ general mst tgg fayqa ni..alololo suweet..alaa..rindu ayah jgk..huhuhu

    ReplyDelete
  19. ahakz!!sengal tp caring.. bab cam sedih.. tp knp mulut ni ttp tersengih2 aa??hehe

    ReplyDelete
  20. General sengal 4 faqya mesti yg buruk je....slowly it will change....
    Kak nina...like...like...

    ReplyDelete
  21. General sengal 4 faqya mesti yg buruk je....slowly it will change....
    Kak nina...like...like...

    ReplyDelete
  22. Ishk ishk ishk sian nye Fayqa. X byk yg blh komen tapi at least tauFayqa asal dr keluarga yg baik2. Tu sbb general sengat akan jatuh gedebuk gedebak ngan kepeibadian dak Fayqa

    ReplyDelete
  23. Omg omg omg dzariff dh jatuh cinta kah ??

    ReplyDelete
  24. Yg bgs pasal jeneral nii dia sgt prihatin. 10point disitu!
    Adakah dia mmg bajeet fayqa akan p dapor mlm tu.. "̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮
    Dah si jim tu naper pulak? Muram sbb xlehh bemanja nggn fayqa ka.

    ReplyDelete
  25. Sedih aku pedih..
    mengundang sebak didadaku
    TQ sis

    ReplyDelete
  26. si jeneral ni ego terlebey plak...

    ReplyDelete
  27. nina....nak nangis bila fayqa nangis sbb rindu papa dia kan. but the best part is....dzengal tahu fayqa nangis! wahhhh...nampak sangat mmg dia dok peratikan fayqa masa kat meja makan tu kan? hmmm....suka suka suka.

    ReplyDelete
  28. pergh..ada juga d other side si jenaral ini yg kita tak nampak ek..dia mmg peka dengan keadaan diri si Fayqa tu kan..mcm tak percaya pulak dia sanggup dok menunggu kat dapur tu..hingga minah tu terjaga dan menanya kenapa gadis itu berkeadaan begitu..mengapakah dia sanggup melakukan itu sedangkan dia boleh biarkan minah itu begitu kerana bagi akak dia tiada kepentingan untuk gadis itu..bukan GF dia pun..yg patut susah hati adalah adiknya si Dzahim tu..kan..dan adakah Fayqa mmg datang dari keluarga miskin atau dia berkelana kerana ingin mencari pengalaman berkerja dan belajar ..dan teruja nya nak tahu kesinambungan citer ni..apakah didalam hati Dzariff ada Fayqa..

    ReplyDelete
  29. Ooo, men are sometimes more complicated than the women. Jeneral Dzengal, come right out and say that you love Fayqa...

    ReplyDelete
  30. setiap kali sesi luahan ht si general sengal mesti ht kita pun berdetik & mencengkam.. maknanye smpi ke hatilah. best..

    ReplyDelete
  31. jeneral ni perasan je mata fayka bengkak... betol2 amek berat tuuu... walaupun bab kali ni nampak pendek, WC tetap suka :))

    ReplyDelete
  32. kesian fayqa tak sangka masa silamdia sedih sngt.. wah ada hati lg rupanya jeneral sengal tu.. ingtkan dah jadi cyborg dah..

    ReplyDelete
  33. Sian fayqa.. teringat papa plak..mama dia mn?

    ReplyDelete
  34. NAK Fayqa+dzariff
    NAK Fayqa+dzariff
    NAK Fayqa+dzariff
    NAK Fayqa+dzariff
    :D

    ReplyDelete
  35. akak...cepat la sambung...can't wait la...huhuhu -_-

    ReplyDelete
  36. Alalala.. Sweet la pulak general sengal ni ;-)

    ReplyDelete
  37. owhhh..memori peti sejuk lah pulak..konpius skit..masa mkn tu dzarif pi mana..

    ReplyDelete
  38. ah kak nina !!! suka gile ending mcm tu...ouch~ menusuk jantung...lol

    ReplyDelete
  39. terharu sgt.......siannya fayqa. Agak2nya lepas ni sampai hati lagi tak si jen nak buli si pek ni....

    ReplyDelete
  40. nina...x sabar nak tunggu versi cetak. Lambat benor nak habisnye. Seriously, to wait is the worst case of anxiety..lol

    ReplyDelete
  41. Adoi Nina!!! Bila lg new n3?

    ReplyDelete
  42. suka sgt bab ni..i loike ....

    ReplyDelete
  43. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2EC260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete