Monday 6 August 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 4 n Competition


First, info ttg PMS, baru dapat sms dari publisher. Gini, 11hb PMS dihantar dari kilang ke ofis publisher dan pengedar. 18hb baru masuk kedai.

Ala... sorry lah you all, I dah kasi wrong info to you. Sian you all tertunggu2 minggu ni.

Maka sebagai apology, saya naikkan di sini Kisah Naz & Khaalish Bab 4, siap ada Competition. Soalannya: Apakah history antara Naz & Khaalish? Disebabkan clue besar gedabak at the end of this chapter, maka jawapan u all tu mesti tepat betul2, baru menang. Sipi2 tak menang.

Pemenangnya 2 orang, ok. Keputusan hakim (I lerr tu) adalah muktamad. Hadiahnya: Senaskah PMS with my TT (erk! ada ke org mau ni?) LOL. Keputusannya akan diumukan sebelum Raya, selepas org besar istana umum Raya bila ok, ROTFLOL!

As usual, Fazy, my unpaid editor, tak leh masuk competition ni wokey!

_ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _ _ _ _ _ _ _ 


Bab 4

Pagi esoknya, Reham dan Hamza kalut membeli tiket kapal terbang di sebuah agensi pelancongan di pekan Ubud. Hamza dengan gentlemannya membayarkan harga tiket Reham, dan Reham pula membayarkan harga tiket Naz.

Baguslah, takkan derang bercinta aku pulak nak korbankan duit aku, fikir Naz. Kalau bercinta hingga ke jinjang pelamin, berbaloilah juga. Kalau tak jadi kahwin, nanti Reham jumpa mamat lain, aku nak kena melabur lagikah? Eeee, baik aku simpan duit pergi umrah!

Naz santai sahaja, usai sarapan, dia mengemaskan barang-barangnya. Bukan banyak pun, sedari dulu Naz sudah melatih dirinya hanya bawa barang-barang yang perlu sahaja bila travelling. Travel light, kata orang putih!

Pukul sepuluh pagi mereka sudah berkumpul di foyer hotel. Naz ingatkan mereka akan ambil teksi ke lapangan terbang Ngurah Rai di Denpasar, tengok-tengok kereta sewa Khaalish meluncur masuk ke laman hotel. Naz mengerling ke arah Reham.

“Dia yang beria-ia nak tolong hantar kita ke lapangan terbang,” bisik Reham.

Dalam perjalanan, Naz diam sahaja. Amboi, semalam tajam sungguh mulut dia menuduh aku ikut jantan, yang dia angkut awek sampai ke Bali, apa kes?

Khaalish sedar gadis misterinya masih marah dengan apa yang dia katakan semalam. Entahlah kenapa mulutnya bagai tak ada insuran sahaja semalam. Tapi memang dia tidak berkenan Naz pergi ke Melbourne, walaupun Hamza tu nampak macam pemuda baik-baik. Kan baru kenal sehari dua!

Di lapangan terbang Ngurah Rai, selepas mereka mendaftar masuk, Khaalish mendekati Naz. Ini peluang terakhir, fikirnya.

“Saya nak minta nombor telefon awak, boleh?” sengaja dia bertanya dalam Bahasa Melayu supaya tidak difahami Reham dan Hamza.

Buat beberapa ketika, Naz merenung wajahnya kehairanan, “Nak buat apa?”

“Nak buat apa? Takkan tak clear lagi nak buat apa?!” getus Khaalish dalam hati.

“Nanti bila awak sampai ke Melbourne, saya nak telefon awak, nak pastikan awak okey.”

“Aik, sekarang baru nak check aku okey ke tak? Dulu masa aku betul-betul tak okey, ada dia kisah?” cemuh Naz dalam hati.

“Tak apalah, Encik Khaalish, saya ni dah biasa travelling. I will be okay. Mak bapa saya pun tak kisah saya nak ke mana-mana.”

Khaalish perasan suara Naz macam sedih bila dia sebut tentang mak bapanya.

“Saya takkan kacau awak. Saya cuma nak pastikan awak okey saja.”

Memang dia ni tak reti nak give up. Well, aku pun boleh jadi degil juga.

“Reham jaga saya, saya jaga dia. So, don't worry.”

Tak biasa dengan orang yang menolak permintaannya, lengan Naz dipegang kuat.

“Naz....... please!

Tajam renungan mata Khaalsih, hati Naz pula yang berdenyut-denyut. Wah, kalau dia merayu macam ini empat tahun dulu, dia suruh terjun gunung, aku terjun, dia suruh terjun laut, aku terjun.

Masa tu jugalah Reham dan Hamza memberi tahu yang mereka hendak masuk dahulu. Sempat Reham menjungkit-jungitkan keningnya nakal. Naz menjuling mata ke atas. Mereka berdua memandang pasangan Arab itu melalui pintu pelepasan.

“Saya rasa sudah sampai masanya saya bagi balik benda ni kepada awak,” kata Naz perlahan, tangan kanannya dihulurkan.

Khaalish yang terpinga-pinga, menadah tangan kanannya. Bagi apa? Sebentuk cincin emas putih bertatahkan sebutir berlian besar berbentuk empat segi diletakkan di atas tapak tangan Khaalish. Tangannya dirapatkan ke muka dan cincin mahal itu dibelek. Cincin bereka bentuk eksklusif, tentu mahal!

“Selamat tinggal, Zaim Khaalish Kamaruzzaman.”

Kepala didongakkan. Terkejut dia mendengar Naz menyebut nama penuhnya. Macam-macam soalan menerpa di kepala tetapi Naz sudah melangkah ke pintu pelepasan. Khaalish hanya mampu memandang. Gadis misterinya itu langsung tidak menoleh ke belakang.

Lenyap gadis itu dari pandangannya, baru dia bertanya kepada dirinya sendiri, “Dia tahu nama penuh aku? Ini cincin apa? Kenapa dia bagi kat aku?”

Sepanjang penerbangannya pulang ke Kuala Lumpur, Zaim Khaalish tidak putus-putus merenung cincin berlian yang bersinar-sinar menggoda. Makin ditenung, makin dia teringat koleksi cincin-cincin Mummynya.

“Memang taste Mummy ni. Batu besar, design mewah. Nampak macam cincin kahwin atau cincin tunang,” fikirnya, “cincin tunang? …...cincin tunang? No!! No!! It can't be! Takkanlah Naz....... can't be, can't be!

74 comments:

  1. Dear Nina,

    Zaim Khaalish adalah tunang kepada NaZ :)

    ReplyDelete
  2. Nak teka....ni mesti Naz pernah ditunangkan dgn Khaalish kan? Atas pilihan keluarga Khaalish & Khaalish buat keputusan tak nak ambil peduli pasal Naz sebab dia tak setuju dgn pilihan keluarganya dan akhirnya Naz membawa diri bersama2 cincin itu...hehe

    ReplyDelete
  3. naz tunang khaalish..or bekas tunang khaalish..
    arghh nk adiah..plis make it right..

    ReplyDelete
  4. Naz ni tunang zaim dulu..
    Zaim ni tau ka xtau.. Ka naz ni pilihaan fammily zaimm

    ReplyDelete
  5. naz tu tunang x jd khalish ker???

    ReplyDelete
  6. naz and khaalish pernah tunang..family arrangement tapi khaalish ni player hebat. so bantah keras ngan keputusan family. Naz kecik hati and terus bawak diri...betul ker???hehehe

    ReplyDelete
  7. naz ialah tunang kepada Zaim Khaalish Kamaruzzaman (nma pnuh bg)... bekas tunang perhaps sbb naz dah pulgkn blik cncin eksklusif tu kn...tunang y mgkn Zaim Khaalish Kamaruzzaman xterima suatu masa dlu ... hahaha ssuka hati tmbh sndri...sori cik pnulis...nk PMS!!! ^,^

    ReplyDelete
  8. Ditunangkan masa budak2 lagi kot.. Perjanjian mak bapak..

    ReplyDelete
  9. Nina, betul tak I cakap PMS hanya dpt lepas raya. Xpelah, as long dah kuar masa tu.

    Ttg history Naz dan Khaalish, very, very complicated. ditunangkan sejak kecil but Khaalish x suka, so Naz choose to leave Khaalish for good.

    ReplyDelete
  10. Naz tu dulu berkawan dengan khaalish..lepas tu family dorang aturkan pertunangan mereka..naz memang cintakan khaalish dari dulu..tapi khaalish tak serius dengan naz..die player..banyak pompuan..so naz kecewa dan bawak diri bertahun-tahun..dulu naz free hair..sekarang da bertudung..sebab tu la khaalish tak kenal..

    hehehehehe..ok tak? ai merapu saje.. :P

    ReplyDelete
  11. alahai nina.. x yah la teka2... ni keputusan mejelang mlm raya baru nak umum so maknanye bab 5 kuar menjelang mlm raya jugak ke?????? WWaaaaaaaa... jgn la lama sgt... dah la PMS x dpt beli b4 raya... sedihnye...

    ReplyDelete
  12. Oho. Mesti pernah ditunangkan ni tp khaal x mau sbb arrange marriage ni outdated katanya. Heh.

    Tapi pelik nape khaal bleh x ingat si naz ni. Pernah accident ke ape sampai hilang ingatan. Hehe.

    ReplyDelete
  13. Rasanya Zaim Khaalish ni mungkin bekas tunang Naz kot...

    ReplyDelete
  14. Naz tunang yg jadi pilihan keluarga Khaalish..tp Khaalish x prnah kenal ngan tunang dia ni..Khaalish x suke ngan tunang die ni..mak ayah naz plak malu sgt dan buang naz dari keluarga sbb anggap naz punca semuanya..sbb tu die ckp mak ayah die x kisah pun die nk ke mana..btol x?huhuhu

    ReplyDelete
  15. tak pun naz dengan khaalish adalah kawan dari kecil..tapi da lama tak jumpa..family dorang aturkan untuk dorang bertunang..tapi khaalish tak nak..naz pulak kecewa sebab die memang cintakan khaalish dari kecil..

    khaalish tak kenal naz sebab da lame sangat tak jumpe..

    ReplyDelete
  16. Naz tunang Khaalish. Pilihan ibunya...

    ReplyDelete
  17. Nina - my guess is Naz is Khaalis's ex-fiance. they were matched by their parents and when Khaalish did not agree with the arrangement, Naz decided to leave for Seattle (US) to further her study!

    ReplyDelete
  18. naz ngan khalish penah kena tangkap basah then sebab kes tu naz dibuang family die. mummy khaalish suh depa kawen sbb nk settle kes tapi khaalish tak nak. then mummy die suh bertunang instead of kawen. khaalish buat tak tau walaupun dh bertunang sebab die rase kes die tu just salah paham je and die rase nak bertunang ape kalo tak kenal pun naz tu sape...wakaka..imaginasi tinggi ke langit..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha so far inilah tekaan yg paling entertaining. tq tq!

      Delete
  19. naz ni pilihan mummy khalish so mereka bertunang .

    ReplyDelete
  20. naz tu tunang kalish dari kecik kot..

    ReplyDelete
  21. hmmm...dah ramai dah yang jawab 2...betol la 2 kot...tudang si Khalish...confirm2nye khalish x setuju n dia kan player mesti dia buat something yang membuatkan Naz kecewa dan bawa diri ke US untuk further study n merantau unbtuk mengubat hati dia setelah putus ngan Khalish....

    ReplyDelete
  22. aiseh, norana...sian i baca yr komen. tak delah, bab 5 akan naik minggu depan. Tapi lepas Raya saya tak boleh janjilah nak update blog ni. Kg saya bukan ada wi fi.

    re: tunang tu, suma org dapat sebab klu nya besar gedabak kan. soalan competition bukan apa relationship between naz & Khaalish, tapi apa history... k

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. naz adalah calon menantu pilihan mummy khaalish yg tdk dipersetujui oleh khaalish.. selepas bertunang khaalish tidak pernah mengenali tunang nya sendiri.. & ditinggalkan begitu saja tanpa mempedulikan perasaan gadis yang telah ditinggalkan.. huhuhu mcm trlbh dramatik je

    ReplyDelete
  25. Naz sangat-sangat cintakan Khalish dari zaman muda remaja. Tanpa disangka Mummy Khalish yang rapat dengan keluarga Naz telah meminang Naz untuk Khalish tanpa pengetahuan Khalish. Khalish yang dapat tahu pasal berita tersebut dengan egonya telah menuduh Naz yang bukan-bukan dan memutuskan tali pertunangan. Naz yang patah hati membawa diri merantau dari sebuah negara ke sebuah negara untuk merawat hati yang luka dan dek kerana tu terpaksa meninggalkan fanmily dan seterusnya menjarakkan hubungan kekeluargaan mereka *ecehhh* hahahahaha ^_^ *harap2 menang dapatlah Nina pos PMS kat saya*

    ReplyDelete
  26. dorg bekas bakal tunang, bukan bertunang. disebabkan it's their family arrangement, khaalish x berani nak insist yg dia x nak bertunang. naz pon, even dia ni bukan stok gadis dapur, when it comes to this, dia nak x nak, agree je. lagipun, dia ni bukannya tau nk carik jodoh sendiri. berkawan pon boleh kira berapa kerat dia berkawan ngan lelaki. so, bercinta selepas nikah would be nice, this apa yg naz pikir la. persiapan da buat segala, da siap tgok cincin lg sbb mak khaalish dtg umah tunjuk kat dia. but then, khaalish terpikir yg, x kan la dia nk spend his entire life ngan stranger if they ended up married? ape jadik kat life dia? so, a big no-no! n dia jumpa naz n said pretty badly about her bcoz that the real khaalish n demanding to naz to cancel this engagement. n yeah, naz manage to cancel it, but with an extra price..her own family hate her!
    *hehehe.. :P

    ReplyDelete
  27. erm..slalu trbayang yg parents dorg ni dh kenal 1 sm laen dr dulu lg..mula2 khaalish lahir..parents khaalish ni mcm dh janji nk kawen kn khalish ngn ank pmpuan (parents naz)..n famly naz mcm suka sgt khaalish ms kecik..n bile naz lahir, sbb 2 fmly naz namakan naz ad nama qalisha..(iras2..kn?)

    naz membesar..klu anak2 pmpuan ni,mummy dorg akn igtkn or slalu ckp dri masa sekolah, (dulu mummy ade janji dgn ank si dot dot,nk jadikan istri..jaga hati,jgn bg fall in luv dgn org len)..so naz, da sematkan dlm diri dia,khaalish future dia..so lame2 mmg dia jtuh hati ngn khaalish..tekadkn ati xcintai org len..

    khaalish da besar..(biasa nye bile dh msuk u) mummy dia ckp, dia ade tunang..khaalish pn mcm mmg xblh nk trima..n dia saje nk flirting n nk test naz..(maen2 kn naz kasi cuak,bg xmo kawen)..n dia wat2 mcm kne tngkap basah dgn naz..pas2 bile naz nangis2 cuak, n dia akan gelak2 setan..ckp, org mcm ko ni xlyk jd istri..or dia ckp, saje nk test naz padahal dia dh ade steady gurl,cun lawa hot..

    naz sedih..rs bodoh dipermainkan..cm khaalish da jatuhkn maruah dia..tekad benci..bawa diri..(guna alsn study, then alasan kerja) kt parents dia..

    khalish xigt naz myb, naz masa 2 tgh skolah mnengah..muka mmg comot ckit..myb free hair..n mmg logik naz xigt, sbb dia rs xpenting lnsung..zmn muda mudi (mcm perangai budak setan pnye novel)

    amacam???nina ok x?..nina umur u brapa ye? xtaw nk pnggil nina ke kak nina..sbb rasa u still hot,muda,cun..hehe rs sebaya.. :)

    ReplyDelete
  28. since semua org dok teka2 history N&K, kita pun nak try lah.. hihi.. of course diaorg bertunang coz family arrangement.. khaal x kenal naz & x suka arrangement family. so dia plan kenakan / trap si naz kena tangkap basah dgn someone. family naz marah & x hiraukan dia tu yg naz gi overseas bawak diri. so si khaal terlepaslah dr terpaksa bertunang dgn naz dan dia hidup bebas as 'player'.. amacam??? leh dpt PMS with signature tak nina? :)

    ReplyDelete
  29. wah nk teka jugak.. naz tu tunang khaalish.. bertunang sebab relationship family.. tp khaalish x suke kat naz walaupun naz ade hati kat khaalish.. then mase tu penampilan naz lain kot.. maybe kolot.. mase dulu khaalish suh buat ape jer, mesti naz ikut kan sebab hati dah sayang.. then maybe perangai khaalish yg x boleh terima naz sbg tunang sebabkan naz berasa hati n further study and travel. lepas naz pegi khaalish terus lupakan naz n trus lagi menjadi buaya.. dang!sampai situ jer boleh teka.. hope boleh menang.. insyaallah... XD

    ReplyDelete
  30. history diaorang adalah pernah bertunang, berkenalan then break garagara pkcik khalish konon dlu tak suka naz. mybe naz tak bergaya plus tak matured. khalish pun taknak la dia. then khalish mintak putus then taknak salah tu pd khalish , dia kata la yang naz tu tak stia.smpaikan mummy khalish pun dah tak suka aka benci pda naz, even fmly dia .

    ReplyDelete
  31. Soalannya: Apakah history antara Naz & Khaalish?

    Kalo akak jawapan ada yg biasa berlaku utk kita org Melayu dan tak terlepas dari drama drama yg selalu di sogokkan keatas kita adalah keluarga yg mengaturkan segalanya kerana utk mengeratkan lagi siratul rahim 2 keluarga atau tidak mahu orang luar memasukki keluarga mereka kerana tidak mengenal hati budi mereka dan tidak mahu harta keluarga jatuh ketangan yg tak sepatutnya.. Membaca dari permulaan cerita memungkinkan ini berlaku..dan kemungkinan juga Naz mmg mencintai Khaalish disatu waktu dulu sepenuh hati..begitu juga dengan khaalish..mungkin jarak waktu , tempat belajar dan sikap khaalish yg berupa buaya tembaga menyebabkan hatinya tawar dan membawa diri.. Bila mereka berjumpa lagi ..Naz merasakan rasa dan perasaannya terhadap Khaalish telah tawar dan tiada lagi cinta dihatinya buat mamat poyo tu..

    pergh..Nina..akak tak kisah ..kena bayar pun..untuk PMS..akak sanggup..asalkan akak dapat TT Nina..no hal ..kalo disuruh bayar postage pun akak sanggup..sbb akak mau simpan koleksi ni sebagai koleksi peribadi akak..

    ReplyDelete
  32. History nya.. Naz nie sebenarnya anak pungut fmily khal..thenn fmily drg mau jdohkn drg.. Tp dsbbkn naz time dulu dulu xpndai berhias spt skrng(sbb khal xdpt nk igt sapa naz).. Khal..xdpt nk terima prtunangn naz sma dia.. Then..naz membawa diri...n aftr so mny years..drg bertemu semula..

    ReplyDelete
  33. naz adalah bekas tunang khaalish yang di pilih ibu khaalish sendiri.. tetapi tidak mendapat persetujuan khaalish sebab dulu naz tak berapa cantik dan pandai berhias sehinggakan khaalish memutuskan pertunagan tanpa kerelaan naz.

    ReplyDelete
  34. nk try luck juge hehe,.

    maybe mereka berdua nk dijodohkan oleh parents khaal,.n maybe Naz minat kat khaal secara diam2,.then something happened like misunderstanding/fitnah antara bdk berdua ni,.si khaal maybe de ckp somting n kutuk2 naz,.then naz keciwa n bwk diri pegi abroad,.cincin tu maybe mom khaal y bg kt naz suh dia simpan tanda y naz dh di cup,.

    pe la y ak dup merapu ni keke

    ReplyDelete
  35. naz a very simple girl..ditunangkan dengan si khaalish y memang ta pndg pun simple lady mcm naz..y hanya tahu berpoya-poya..jugak y kalis cinta..pada khaalish naz is just so too ordinary..dia tak nak knl pun si naz n trus buat conclusion y memang buat naz mkn hati..thus itu y buat naz bawak diri..and khaalish ni mungkin ta prcaya y naz is the one for him..dia jugak tak suka terikat mungkin..and about naz parents..naz sedih bile trigt kn parents die..mayb ad sesuatu y bersgkut dengan khaalish y mungkin sebb kan itu naz tak nk blik mlaysia..tinggalkan tunang dia macam tu je..boleh jadi si khaalish ni buat cerita or menghina both naz parents..sampaikn parents naz bencikan die..or ayh n mak naz mati sebabkan khaalish..adess what a guess la..
    well who knows..cik writer je y tau kan kan kan..

    ReplyDelete
  36. I think....dorang ni pernah ditangkap basah kot...
    Tapi Khaal tak nak bertanggungjawab, so parents dia mengikat tali pertunangan
    Dorang ni tanpa pengetahuan Khaal.
    Saya rasa Khaal tak kenal Naz bcos dulu mayb c Naz ni tak bertudung...
    But i can feel that their family hv really close relationship....hehe sia agak jerr

    ReplyDelete
  37. hmm..just wanna try my luck..

    naz maybe pernah suka khalish. crush or something, n bila mummy khalish berkenan kat naz, ibarat pucuk dicita ulam mendatang. Naz stuju je sbb tu dia ambik cincin tu, cincin tu maybe cincin tunang time mummy khalish bertunang dulu..

    khalish tau mummy dia ada pilihan untuk dia. so, dia tak stuju dgn pilihan mummy dia sbb dia maybe dah ada someone, or dia mmg playboy n tak ready untuk serious relationship. dia tak penah jumpa naz, sbb tu dia tak knal naz..dia cuma call naz konon2 nk bincang hal dorg..time tu dia cakap macam2 kat naz, hina naz or apa ke yg memang buatt naz sgt sedih dan keciwa. naz ugut nak lari before dorg smpat dikahwinkan dgn harapan si khalish tu nk pujuk dia n berfikirn sdikit waras, tp khalish buat tataw je n makin annoying n buat something yang buat naz sedih..naz jadi sgt keciwa, nak batalkan perkahwinan dorg..family dia sangt marah sbb tindakan naz lari before majlis perkahwinan dorang. n naz end up tinggalkan malaysia sbb nak lupakan penghinaan khalish.

    ataupun mungkin khalish is the one yang tak turn up during da wedding. naz malu sbb perkahwinan dia tak jadi, so dia lari tinggalkan malaysia sbb dah tak sanggup nk ingat knangan pahit kat malaysia. padahal, khalish bukn sengaja untuk tak muncul but something happen to him yang buatkan dia tak dpt datang n mybe that's also the reason why khalish tak ingat siapa naz..accident ke apa ke..


    kalo tak berapa btol pun, buat2la betol..sy nak PMS dgn author's signature..mahal tu..hehe

    ReplyDelete
  38. hahha siap ada compete lagi! nak join jugakk!
    rasanya si naz ngan khalishh ney penah engaged dulu..mummy khalish yg aturkan.. kira family arrangement lar ni..pastu time tu kan khalish ne ala2 bad boy kasanova terulung time tu so dia tak nak lar kat naz ni.. sebelah mata pon x pandang.. I assumed si khalish ney mesti ada say something yg mengkuciwakan hati naz sebab tu naz ni benci @ dislike kat khalish..
    boleh ke tera tu kak nina? kita nak PMS dgan sign akak..

    ReplyDelete
  39. okeyy history dia macam ni kot.. parents diorang dah janji nak kawen kan diorang since diorang kecik lagi..dulu diorang ni kawan tp mase kecik2 je..dah besar lost contact...mase kecik naz ni suke kat khalish tp bile dah lost contact khalish ni dah lupa kat naz sbb diakan player.. so bila dah besar mummy si khalish ni nak kawen kan diorang tp khalish xnak.. mesti one day naz ni nmpak yg khalish ni menggatal ngan awek lain n dia nekad cakap kat parents dia nak putus tunang..tp masa tu khalish ni okey je kot sbb die pon xnak kawin ngan si naz ni..

    ReplyDelete
  40. Hahanak try gak..
    saya rasa naz ngan khalish ditunangkan dan di kahwinkan mengikut pilihan keluarga.... Sebab si khalish ni playboya,, dn perasan bagus maka pada malam perkahwinan x sempat nak tgk pengantin pompuan dia dah ckp benda-benda yang bleh meremukkan hati naz dan trus tinggalkan naz... Jd sbb tu khalish x knl ngan naz..huhuhu hopefully lehla dapat pms ngan tt writer

    ReplyDelete
  41. (Di sini saya copy paste Choo punya tekaan. Choo tak de blog so she sent her entry via email- Hanina)

    Here goes my not so brilliant deduction :')



    Naz must have been silently in love with Khaalish, seeing that he’s a player, Naz must have been hiding her feelings.



    They are engaged (the ring tanda pertunangan) could be that their parents know each other. However Khaalish never knew that Naz is his fiancée. Lack of interest on his part..he..he.he



    An incident happened whereby they were almost “tertangkap basah”, still without Khaalish knowing about Naz’s identity. Naz’s must have been feeling bitter with both of her parents “animosity” towards her over this incident, which made her decide to go far way and avoid from going home. (Naz terasa sedih when thinking of her parents so call attitude of couldn’t care less about her and her where about).



    Perchance Naz and Khaalish met in Bali and seeing that Khaalish still never even know of her existence or recognized her, decided to brake-up the engagement and returned the ring………



    So next…..we see Khaalish do all the running around trying to catch Naz :P

    (I do love to see this part in your next entry and as your teaser teased....the ring that Naz plopped in Khaalish's cup of coffee).

    ReplyDelete
  42. Salam dearies, TQ for taking part in this competition. Resultsnya saya akan umumkan Isnin atau Selasa depan & saya akan minta pemenang emelkan alamat so that i can post PMS to u.

    FYI, saya sedang mencari buruh paksa rela untuk ke pejabat publisher untuk dapatkan hadiah ni. So was thinking may be I will ask this paksarelawan to bawa balik dalam 30 PMS, for me to sign and mail out. I will email the bank acct details to those who are interested. Buat masa ni belum dapat lagi paksa-relawan tu. Nanti dah dapat, I will announce in this blog ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 30 je ke nina??? for sure 1 for me ok... email kan i your bank details to norana.said@yahoo.com

      Delete
    2. suh bawa banyak2 kang, ngamuk pula paksarelawan tu he he. i confirm later ye. kalau i post monday 13hb, fazy kata sehari dua sampai (guna poslaju)

      Delete
    3. bestnye.. jgn lupa tau kita dah order satu ni... cpt2 email bank detail... on d spot kita g bank in.. hihihi..

      Delete
    4. saya pun nak..email me teringinbizpoint@gmail.com

      Delete
    5. i pun nak juga..email pls..mazllynah@gmail.com

      Delete
    6. nina..i pn nk jgk...pless..
      xsabar nk baca time wt kuih raye..:))
      hrp2 paksarelawan blh tlg ambik kn smpi 300
      bile blh bank in duit ni??.xsabo nye..hehe

      tessreene@gmail.com

      Delete
    7. Salam nina, akak pun nak jugak!!!
      email me..iedakusayang@gmail.com

      Delete
    8. salam nina..akak mmg dah lama buat booking..weyh..my email read as faridahidrus@gmail.com..

      Delete
    9. Nina akak pun nak :)

      lizahzakaria@yahoo.com.my

      Delete
  43. Sy pon nk 1 keke
    Tlgla cik writer,.ni email sy k^^
    wanbiena@gmail.com

    ReplyDelete
  44. ai pun nak jugak..


    nora_maney86@yahoo.com

    ReplyDelete
  45. Nina..sy pn nk try gak…
    Saya rasakan nina, N&K pernah satu sekolah n dieorg juga pernah berjiran dalam waktu yang sama. Jadi parents dieorg saling mengenali antra satu sama lain. Dan waktu tu Naz mmg tangkap cinta dalam diam dgn Khal sbb mamat poyo tu jd rebutan kt sekolah.
    Keluarga Khal terpaksa pindah rumah mybe ke k.l sbb nk kembangkan business. So, mereka lost contact. Naz pun redha la n berserah jodohnya pd Allah. Sekali Naz jejak kaki ke bandar K.L utk tujuan travelnya..die di tangkap basah dgn Khal secara tidak sengaja. N parents Naz n Khal dapat tahu.
    Oleh kerana dieorg pernah mengenali sebelum ini…So parents dieorg jupe n wat keputusan utk tunangkn je dieorg berdua sbb mereka pernah hidup berjiran. Naz mcm tak percaya pd takdir Allah yang akhirnya cinta mereka akan bersatu dlm ikatan yg murni.
    Tapi Khal ini ego tahap sengel x ingat jd die menolak sekeras-kerasnya pertunangan tersebut n berlaku la caci maki dan hinaan terhadap Naz.
    Khal gtau Naz bkn taste die…mcm2 kata hinaan Naz telan dr Khal…Naz sgt kecewa dgn apa yg berlaku n ingin mulakan hidup baru dgn samb belajar serta bangkit dari kecewa dengan niat hanya satu dia akan membuktikan pd Khal yg die mampu bangkit setelah dia disakiti sedemikian oleh Naz (mcm lagu kosong-najwa latif..hahhaha)
    Parents Naz x peduli dekat die sbb anggap Naz terlalu keras kepala n tidak mahu lagi mengikut kata2 mereka selepas kejadian yg memalukan itu berlaku. Jadi Naz lebih rela hidup berdikari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala nina..dh send baru dpt idea..topup sikit, Khal kene tangkap basah secara tidak sengaja msa dieorg g travel..Naz g dgn member die n Khal g dgn awek die..tp tempat tu x tahu la kat mne lak..

      Delete
  46. SALAM NINA!!!! NAK PMS!!!! MEROYAN DAH NI!!!!!!! DAH LAH KEJA DEADLINE TAK ABIS2. NI SETIAP KALI MSK NET CURI2 TGK BLOG, LENGUH OTAK KU...NAZ&KHAL BLAKANG KIRA.....NAK PMS,NAK PMS,NAK PMS,,,,,pleasssssseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee (MUKA COMEL, BLINK, BLINK,BLINK)

    ReplyDelete
  47. sorry.....yg atas tu release tension kejap...thks

    ReplyDelete
  48. nak cuba jugak la....

    naz dan khalish ditunang dr kecik lg,tp naz dr kecik seorang yang selekeh,gemuk dan perangai macam lelaki. tue yg khalish wat hal smpai naz mintak putus dan bawa diri ke luar negara, dan naz berubah masa di luar negera sampai khalish pun xkenal dia.....

    ReplyDelete
  49. ala.. dah cukup 30 ke kak nina? kalo ade lebih saya nak jugak.. email kn bank detail kt sy..

    pjah_khichy@yahoo.com

    ingt PMS igt senggugut!! hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la masa pilih tajuk tak fikir bila dipendekkan jadi PMS, tak pe lah brand name gitu

      Delete
  50. Naz pernah jadi tunang khaalish. and parents naz tak setuju, lepastu putus tunang? ahaha, main hantam je

    ReplyDelete
  51. khaalish ni mse kecik sllu kne buli gn naz.. tp die x ksah cb die ske naz.. tp ade 1 ari tu khaalish accident pastu hilang igatan and family die pindah rumah lain.. sebelum die accident tu die ada bg surat and cincin kat naz n die ckp die suke naz (cincin tu khaalish ambk mak die punye).. naz dpt surat lpas khaalish da pindah... so die sedih die smpan sampai la die bg cincin tu blik kat khaalish...

    hahahhaha... pandai2x je wat cite tipu... hehehe :)

    ReplyDelete
  52. seriously mesti diorg pernah kenal sblm nie samada mse kecil or mse sklh/study... naz mesti pena suka khalish sblm nie tp khaalish x amik kisah kot or mybe khaalish pena scra x sengaja lukakn ati naz..
    nk jadikan lg menarik kot3 la keluarga naz pena trima pinangan dr keluarga khaalish mse diorg study dlu tp khaalish xnak..hehehe
    sori ye kak nina klu memandai sendri je buat andai ni..

    ReplyDelete
  53. dah boleh mintak n3 baru ke ni nina??? bz lagi ke dgn proses pos-mengepos PMS??? dok pujuk hati, bwk2 bersabo teruja sungguh nak pegang PMS...

    ReplyDelete
    Replies
    1. reda makan lemang n ketupat saya uploadkan ok, dear norana?

      Delete
  54. ha? Naz tunang khaalish ke? psal ni? oh...kna meneroka nmpk nyr

    ReplyDelete