Thursday 23 August 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 5


Dear All, Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin!!

Especially for Has! He he kena cari rumah sedara yg ada wi fi, sambil beraya sambil naikkan Bab 5 KNK. Enjoyz....


Bab 5

Tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur, pemandunya sudah menunggu. Diarahkan supaya segera ke rumah ibunya di Damansara. Tiba di sana hari sudah petang, ibunya sedang bersantai-santai sambil minum teh di taman. Pipi ibunya dikucup.

“Mana Daddy?”

“Golf.”

“Tak henti-henti Kassandra telefon ke sini mencari kamu,” komen ibunya sambil tersenyum sinis. Another week, another heart broken!

“Hmm,” itu saja jawapan Khaalish.

Dinner di sini?” tanya Puan Sri Freida, kes Kassanda sudah ditutup.

“Hmm.”

Great!” balas ibunya, lalu terus berubah kepada topik perniagaan.

Sengaja Khaalish membiarkan ibunya bercerita tentang itu dan ini. Hendak buka topik tentang cincin berlian itu perlu berhati-hati, tidak boleh gelojoh, nanti syak pula ibunya. Puan Sri Freida bukan calang-calang wanita. Dia bukan bersenang lenang dengan harta kekayaan suaminya. Dia sendiri mempunyai empayar perniagaan setanding suaminya.

“Ada orang kirimkan benda ini ke pejabat I sebelum I ke Bali,” dengan tenang Khaalish membuka mulut dan meletakkan cincin berlian Naz di atas meja.

Bercahaya mata Puan Sri Freida! “My, my, my, what a surprise! What a wonderful surprise!

Cincin itu diambilnya dan dibelek-belek, “Hanya yang terbaik untuk tunang anak kesayangan, walaupun tunang olok-olok!”

Berubah air muka Khaalish! Berdegup-degup jantungnya. Jadi, betullah tekaannya di atas kapal terbang tadi! Naz, gadis misterinya, pernah menjadi tunangnya empat tahun dulu. Tunang olok-olok!

Nasib baik gelodak jiwa Khaalish tidak disedari oleh ibunya yang ralit membelek-belek cincin yang cantik itu sambil tertawa-tawa kecil. Cepat-cepat Khaalish mengawal riak mukanya, yang paling selamat buat muka selamba, namun kepala Khaalish masih ligat memikirkan tentang si empunya cincin.

“Senanglah, nanti bila Khaal sudah ada calon, tak perlu pergi cari cincin lagi,” memang senang sungguh cakap Puan Sri Freida. Khaalish diam sahaja.

“Siapa yang hantar cincin ni ke pejabat you?” oh-oh hati-hati, Mummy sudah mulakan penyiasatan.

“Tak pasti, Mummy. Tahu-tahu sudah sampai di tangan setiausaha I. Wrapped well in a box. Kata Dila yang hantar tu perempuan, tapi dia tak kenal.”

“Dah periksa daftar nama delivery companies ke pejabat you?”

“Yang selalu-selalu tu saja.”

“Hmm, agaknya keluarganya yang pulangkan. Tapi kenapa? Cincin ni mahal harganya.”

“Dia dah kahwin agaknya,” Khaalish memancing.

“Hmm, could be....could be.... Mummy boleh call kawan baik Mummy untuk tanya. Tapi perluke? Hmm.....”

Khaalish hanya membiarkan ibunya berdialog sendiri.

You know what, Khaal? Mummy nak call Datin Su,” akhirnya Puan Sri Freida membuat keputusan.

“Ida, pergi ambil fon saya. Atas meja makan,” arahnya kepada pembantu rumah.

Bila telefon sudah ada dalam tangan, segera dia mendial nombor telefon Datin Su, salah seorang kawan baiknya.

“Hello, Su. Dear, ingat tak anak Nazari yang pernah bertunang dengan my Khaal? ...... I am just wondering... budak tu buat apa sekarang? Dah kahwin ke? ….. tak.... tak.... saja teringin nak tahu......”

“Anak Nazari,” Khaalish mengumpul maklumat, “Naz Nazari?”

“Oh, dia pergi Amerika.....study..... oh..... dah habis belajar? …..tak balik ke Malaysia? ….mmhmm …....mmhmm .....interesting! Well, thank you for the info, dear! Taklah.... tak..... Ish, kalau Khaal nak bertunang, tentulah I bagi tau you! Bye-bye, dear.

“Budak tu tak ada di Malaysia. Dia pergi sambung belajar di Amerika. Dalam empat tahun ni, sekali saja dia balik ke KL. Sekarang bekerja di luar negara, belum berkahwin,” Puan Sri Freida memberitahu anaknya.

“Oh, ya?” balas Khaalish. Tiada maklumat baru! Kecuali maklumat yang Naz hanya sekali balik ke Malaysia. Merajuk? Ini sudah ada dekat dengan Malaysia, takkan dia tak singgah?

“Habis, siapa yang hantar cincin ini ke pejabat you? Agaknya, dia kirimkan dengan kawannya tak? Anyway, Mummy rasa kita tak perlu fikir tentang budak tu atau bapanya. Dia dah kaya-raya after your Daddy kasi kontrak besar kat dia dulu.”

If you say so, Mummy,” patuh saja jawab Khaalish. Dia memang maklum dengan sikap Mummynya yang pantang disanggah. Kepalanya memproses maklumat terbaru, Daddy kasi kontrak besar kepada bapa Naz. Kenapa? Sebagai upah kerana anaknya menjadi tunang olok-olok aku?

Ditunggunya barang setengah jam sebelum meminta diri.

“Eh! Tadi kata nak dinner di sini?” tanya ibunya, sedikit kecewa.

“I baru teringat ada a few documents yang I perlu go through,” dalih Khaalish.

Bab kerja memang Puan Sri Freida tidak mahu menghalang, dia sendiri seorang workaholic. Cincin berlian diambil Khaalish, dimasukkan ke dalam poket di dada jaket, pipi ibunya dikucup.

Say hi to Daddy,” ucap Khaalish, pipi Mummynya dicium lalu dia meninggalkan rumah ibu bapanya.

Masuk ke dalam keretanya, telefon bimbit dikeluarkan, nombor pembantu peribadinya ditekan, “Azhar, bawa gambar majlis pertunangan saya, harcopy and softcopy, ke penthouse saya dalam masa sejam.”

Tiba di penthousenya, dia mengarahkan pemandunya untuk membeli makanan malam kegemarannya. Sambil menunggu Azhar, dia mandi dan menukar pakaian.

Belum sampai satu jam, Azhar tiba bersama gambar majlis pertunangannya yang dia tidak pernah berminat untuk lihat sebelum ini. Sekeping demi sekeping gambar itu ditatap. Sah! Memang wajah Naz yang tertera di dalam gambar-gambar itu. Gadis itu tidak bertudung, kelihatan gempal dan mukanya bulat, tidak macam sekarang. Dia memakai cermin mata tebal. Tiada satu pun gambar di mana gadis itu tersenyum dan dalam sekeping gambar kandid, baru kelihatan mulutnya terbuka sedikit. Mulut yang penuh dengan besi pendakap gigi.

Khaalish menarik nafas dalam-dalam dan melangkah ke beranda luas penthousenya yang siap mempunyai taman mini. Dia melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi taman di situ. Pandangannya dilontarkan ke pemandangan indah kotaraya Kuala Lumpur di waktu senja.

“Siapa namanya, Azhar?”

Tanpa berkelip mata, Azhar menjawab, “Nazrahani Idora Nazari, sekarang Dato' Nazari.”

“Nazrahani Idora Nazari,” ucap Khaalish perlahan-lahan.

“Nazrahani..... Naz. Idora...... Hmmm? Apa Mummy sebut nama dia?”

Semasa dia hendak “ditunangkan,” Mummynya ada menyebut nama bakal tunangnya.

“Apa ya? Yang aku ingat macam nama kartun..... Dora!! Yes, Dora! Idora..... Dora.”

Dia tidak pernah ambil tahu dan tidak pernah minat hendak ambil tahu tentang “Dora,” yang dalam mindanya seorang gadis kartun, kerana pada waktu itu dalam kepalanya hanyalah Ilsa!

Tetapi sekarang Dora sudah metamorfosis menjadi Naz, gadis misterinya. Dan sekarang dia berminat untuk mengetahui segala-galanya mengenai gadis ini.

“Azhar, pergi ke kedai buku dan beli semua buku tulisan Qalisha Irdani,” arah Khaalish.

“Tuan mahu buku-buku tu malam ini juga?”

Kepalanya diangguk. Macam lipas kudung Azhar bergerak ke arah pintu.

Jam di pergelangan tangannya direnung. Dia mengira-ngira perbezaan waktu di antara Melbourne dan KL.

Nombor didail. Selepas beberapa deringan, panggilannya dijawab.

“Hello, Reham?”

51 comments:

  1. ouhh pendek..haha..demand abis..asyik na pnjg je..igt writer ni keje die ngadap lappy je ke..ish2..thanks dear..
    aii ptot la pun khaalis tak ingt lgsung si naz tuh..upenye dora y chubby..tp asal kne tunang olok2 ..uih mcm vogue abis je momnye khaalish tuh..

    ~adda~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adda, misterinya dirungkai bit by bit. bab 5 pendek, bab 6 panjang sikit, bab 7 panjang, bab 8 panjang sangat (sampai sy terfikir nak buat 2 bab). camtulah panjang pendek, panjang pendek... idea dtg camtu :)
      bab 9 nnt khaalish ada citer apsal tunang olok2

      Delete
  2. Waaaaa suspennya....khaalish tu dh suka naz ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm tunggulah 2, 3 bab lagi, bukan suka lagi dah...dah masuk angau, sampai siap2 study peta asia tenggara

      Delete
    2. ninaaaaaa... ur statement buat I lak yg angau nak tau next-next-next-next bab.

      Delete
    3. Norana...bab ni sdg dalam perancangan he he

      Delete
  3. wah..akhirnya ada new entry..sukanye. bila baca entry ni, Naz remind me of ugly betty versi comel :D tak sabar nak tunggu wat next...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan, baru perasan. later2 khaal akan kata naz ni quiet beauty bukan flashy macam ilsa...ooops siapa ilsa? (ngada2 la writer...bagi teaser la pulak, jgn maraaaah)

      Delete
  4. xsbr nak tggu cerita ni kluar novel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiks, skrg baru bab 5. bab 6-8 masih macam telur separuh masak, soooo paling2 awal pun boleh siap thn depan sbb saya bukan full time writer

      Delete
  5. Replies
    1. thanks, by the way, gigih saya menjejaki blog anda, u pun gila travelling ye?!!

      Delete
    2. Opss blog yg dah lama tak hapdate itu.haha. yep Nina ;D love it so much but last entry about Turkey and the rest tak d update pun.hehe.

      anyway, I salu drop here,rindu sama itu Naz and Khalish.

      Delete
  6. best! love this! sambung lagi akak! kalau ada buku, saya nak beli :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. penerbit suruh siapkan by feb, aiyorkkk, sempat ke? btw i folo mrs ustazah....silent follower :)

      Delete
  7. nina nk tnye ni klo nk order lg 1 PMS blh???

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ada sebiji dua lagi kat ofis i, email me please. (sebab nama di blog, nama di alamat emel dan nama betul semua lain2, fonkius i)

      Delete
  8. Wah nina best la main siasat2 imbauan ni . :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, later baru dia tau betapa naz menderita....

      Delete
  9. ninaaaa ....

    dah dapat PMS ... yeehuuuuu ... dah khatam 3 kali ... hehehe ...

    er er .. nak request PMS khas edisi aidil fitri buley tak? ... cerpang ... cerita panjang ... hehehe ...

    pleeeeeeaseeeee .....

    waiting for N&K 6, 7, .... end .... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiseh tak de idealah for pms versi raya.... sebab writernya sendiri beraya sakan LOL. KNK, I will try to upload once a week

      Delete
  10. Wah best tul dah ada N&K baru x sbr nk tunggu next entry.. Pms pun best....

    ReplyDelete
  11. Salam Eid Mubarak to Nina n semua...just came back...7 hari raya, 7 hari ngadap PMS hahaha puas,puas,puas...sexy & desirable abis...skrang ni rindu tul kat naz&khal...nanti smbang byk kat emel ya Nina hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear zoora, sexy and desirable, i like. better tell u earlier on, KNK doesnt seem to be developing that way (much to my dismay! he he he). i think KNK is going to be more tender.... if you find it boring tell me ya, so that i can spice it up :)

      Delete
    2. dear, m not expecting another sexy&desirable, coz dats specially 4 una&zh...KNK is...how shall i xpres it...intelligent,mysterious,smart,witty,adventurous,
      arrogant-snob yes towards khal(oohhh d 'mummy'!)...perhaps a sense of sadness 4 naz but with lots of love n pride 4 growing up to be a new her...but best part is dat u hve manage to stir up all these marvellous emotions just in 5 babs...tender s u say it...perhaps its best dat way s d story is urs to map...dismayed s a reader...nope,zilch,nada,never coz we will definitely add in the spice hehehehe so lay out d best of KNK, all d best!!!

      Delete
  12. zoora dear, this is exactly why you were mentioned in the penghargaan section of pms. tq for being my pom pom girl :) being me, i want knk to be sexy too but its gearing more towards being tender. but tender is good, since life now is too harsh at times. fyi, player khaal has a big surprise for readers...esp since not less than 7 women cried their eye balls out during his wedding wa ka ka

    ReplyDelete
  13. Like pms very much dear... And now yg ni pulak menghantui i... Keep it up, suke sukeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm dear for yr support. saya ni menulis syok sendiri, so bila reader kata suka, alhamdulillah :)

      Delete
  14. terubat rindu kat naz & khall... teruja nak tau sambungannye... nina jgn lama2 tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. once a week...then hujung sept i out stn maybe i skip kut

      Delete
  15. Hai Nina,

    Thank you so much dear for this n3. Terharu kita beb! heheeee...
    Buka saja blog awak pagi ini sudah ada n3 baru. Nina dear, PMS awak masih lagi sy baca sampai sekarang. Sampai gelak dan senyum sorang-2, anak buah pun tgk apalah maksu aku ni senyum sorang-2.

    Kisah Naz N Khaal masih lg misteri, so bila nak ungkailah misteri ini. Naz ni mcm 'ugle duckling' yg sudah bertukar menjadi 'Swan'. Klass gitu.itu yg akan buat Khaal angau pula nnt, rasanyer bila nk up n3 baru. Mcm x sabar aje nk tahu kisah selanjutnya..luv you dear Nina.(with big hugggsss)

    ReplyDelete
    Replies
    1. misterinya terungkai satu demi satu....ilsa....his player attitude....mak dia pun satu hal juga...and of coz whats up with the fake engagement...what actually happened kan...

      ilsa kata naz is an ugly duckling who has grown into an ugly duck he he he

      jeng jeng jeng!

      Delete
  16. wah wah wah....getting more interesting!!
    this time for ur KNK story,it's start from "M to A to Z" ya??
    bcos for PMS, the story start from A to Z...
    but anyway i like it so much when its come to "Flashback" version :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm I sendiri pun tak terfikir ttg M to A to Z tu. Renn, i rasakan novel ni dia ada ruh dia sendiri, bukan kita yg decide nak jadi macam mana, dia sendiri2 decide. pelik u know idea tu bila datang, solid gedebak! so to me cerita tu bukan i punya idea, cerita tu datang sendiri (bunyi merepek but its true :) for example, dalam kepala otak i awal2 tu, Khaalish ni player, later rupa2nya dia jadi player ada sebab yg kukuh. bila naz find out, dia pun tersedar that Khaal ni very sweet sebenarnya. hek eleh, panjang pulak i membebel kat sini. 1st day masuk kerja, tak de mood mah!

      Delete
  17. Salam Hanina..
    So far saya lebih suka gaya penulisan dalam Naz&Khal compare to PMS..Maybe sbb ceritanya lebih suspense kot..
    2 kali khatam PMS.. 1st started frm chapter 32 onward sbb x sbr nk tau ending.. then 2nd started from the bigining la.. luv the whole idea.. tp.. bila hujung2 penulisan u mcm kurang rencah la... kalut kejar dateline kot... tp utk novel pertama.. PMS x mengecewakan :) ( saya dh kena bribe dgn ur TT)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm thanks Nanz, yr comments make me think.. esp bab rencah tu, i rasa in real life pun i am a very practical person so sy ni kureng la bab2 yg perah perasaan. straight to the point je...tak sesuai la kan bila tulis novel kan he he he. romantic pun romantic yg kenis sipi2, bukan jenis spelt out clearly in the open. alah! lemme be frank la, in real life semua org kata i garang (LOL) so cam na nak jiwang2 (waaah, macam bedah personaliti diri sendiri la pulak)

      Delete
    2. on second thought, Nanz, tulis novel lebih ms 400 memang melelahkan. hairan cam na ada yg boleh tulis novel draggy2, hal kecil2 pun dikupas sampai 100ms, wa ka ka, ada yg nak lempang i nanti kang...

      Delete
    3. whatever.... i like yg simple & reflect kehidupan seharian kita... x yah jiwang2, meleret2, straight to the point... easy nak faham & paling penting x bosan... serious, if jiwang sgt pun rasa geleman nak baca... hahahaha... sapa nak lempang nina??? meh akak lempang dia balik.. hihihi...

      Delete
    4. he he, just reminding myself not to criticize the way other people write

      Delete
  18. i like both...PMS aura die lain....kisah naz ni lain...ada kesedihan ...wpun baru bab 5...hati sy dh terasa sayu....mmg betol merajuk tu 4 thn br skali blk msia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan juga dia dimalukan dek sebab engagement olok2 tu. the question is worth it ke nak terima balik a guy who has hurt her so much, esp since dia dah betul2 tutup buku on him

      Delete
  19. weee......... Khaalish ader no fon Rehamla... hahaha.... x sabar nak baca sambungan.. yg teaser Bab 6 itu sudah macam di Malaysia.. x sabar2 dah nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah mah! tak dapat no naz, awal2 dia dah cekup no reham. he's a real go-getter. Bab 9 ke 10, siap study peta asia tenggara cari Naz he he

      Delete
  20. I would like to take this opportunity to congratulate Hanina. Congrats Nina! Pls see below:

    (CARTA TERLARIS) Carta 10 Novel terlaris/Bestseller di Kinokuniya Bookstores KLCC. - (27/08/2012)

    1. Suamiku, Encik Perfect 10! - Syamnuriezmil ( Karyaseni )
    2. Projek Memikat Suami - Hanina Abdullah ( Penulisan2u )
    3. Hello, Mr.Perfect - Waniey Zakaria ( Kaki Novel )
    4. Love You Mr.Arrogant - Aliesha Kirana ( Karyaseni )
    5. Adam dan Hawa - Aisha Sofea ( Alaf 21 )
    6. Musuhku Suamiku - Zuera Rasiddin ( Fajar Pakeer )
    7. Cinta Untuk Sedetik Lagi - Ezza Mysara ( Karyaseni )
    ...8. Kerana Terpaksa...Aku Relakan - Umie Nadzimah ( Karyaseni )
    9. Lelaki Eksistensial - Nami cob Nobbler ( Lejen Press )
    10. Awek Chuck Taylor - Nami cob Nobbler ( Lejen Press )

    m proud of u Nina!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQVM dear for yr support of my lil book! Makes me wanna do my best for KNK so that u will enjoy it too!

      Delete
  21. oh, my...my....gitu rupe nyer cite ni,,

    ReplyDelete