Wednesday 29 August 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 6


Salam dears! Kan saya kata nak cuba naikkan seminggu sekali.  Bhg yg ada cincin masuk cawan kopi tu dah jadi Bab 7, so minggu depan ye.

Nampaknya permintaan untuk PMS stok yg ada kat saya melebihi dari simpanan, kejap lagi saya balas emel ye. Rupa2nya paksarelawan saya sanggup lagi ke pejabat penerbit utk dapatkan stok baru tapi Isnin depan baru boleh poskan sebab Jumaat cuti kan. 

Enjoyz!!

Bab 6

Terlalu asyik membaca novel sulung tulisan Qalisha Irdani, Khaalish tidak sedar pintu pejabatnya dibuka orang. Langkah kaki tetamu tidak diundang yang merapatinya, tidak disedari dek kerana lantai pejabat yang dilapisi permaidani tebal.

“Hah?!! CEO sedang baca novel cinta! Ha! Ha! Ha! Ha! Ha!”

Kantoi!

“Daddy, ini pejabat I. I would appreciate it if you knock next time,” mendatar sahaja nada suara Khaalish, nak tutup rasa malu, terpaksalah pura-pura cool.

“Sejak bila ini, Zaim Khaalish Kamaruzzaman jadi peminat novel cinta?” tanya Tan Sri Chairman dengan ketawa yang masih tidak berkurang.

“Sejak saya jadi peminat penulisnya,” jawab Khaalish dalam hati. Tapi takkan nak jawab begitu pada Daddy, mampus sampai esok dia tak berhenti ketawakan aku.

Mukanya dibuat kering sahaja. Novel cinta itu diletakkan di atas meja dengan harapan Daddy akan tukar topik.

“Qalisha Irdani.... Duka Semalam....” terteleng kepala Tan Sri Kamaruzzaman cuba membaca tajuk novel cinta secara upside down.

“Ah!! Rubbish! Duka-duka, tak siapa suruh duka. Hidup sekali saja, mesti ada kudrat, duka tukar jadi suka. Novel melodrama untuk bodohkan orang perempuan,” habis-habisan Tan Sri Kamaruzzaman mengutuk novel cinta di atas meja Khaalish.

“Daddy, kalaulah Daddy tahu, anak Daddylah penyebab dukanya,” keluh Khaalish, sudah tentu dalam hati sahaja.

“Itu yang heroinnya buat, Daddy. Dia tukar dukanya kepada suka,” cubaan lemah Khaalish untuk menyokong gadis misterinya. Masih misteri walaupun sudah tahu identiti? Ya, masih. Kalau boleh, Khaalish ingin tahu, adakah seperti heroin novel sulungnya, Naz juga sudah berjumpa jejaka yang membawa suka ke dalam hidupnya?

“Ha! Ha! Ha! Ha! Ha! Daddy tak sangka, kita boleh berbincang tentang novel cinta. Dalam pejabat you, pulak tu, Khaal. Kita ni nak buka Kelab Peminat Novel Cintakah? Ha! Ha! Ha! Ha!”

Berbahang muka Khaalish bila kena perli dengan Daddynya. Humph! Silap sungguh dia membaca novel Naz pada waktu rehatnya. Cuma dia tidak sabar untuk mengetahui kesudahan novel ini. Semalam dia mula membaca selepas Azhar menghantar sebuah beg plastik berisi novel-novel tulisan Naz. Dia pasti Naz menulis novel pertamanya berdasarkan apa yang dialaminya empat tahun dahulu.

Daddy, what can I do for you?” sekali lagi Khaalish cuba menukar topik.

“Ya, there is something you can do for me......... Bagi tau Daddy kenapa you baca novel cinta? Ha! Ha! Ha! Ha!” Tan Sri Kamaruzzaman masih lagi dalam mood menyakat. Dah anak seorang saja, nak sakat siapa lagi?

Khaalish duduk membatu. Sedar Daddynya berotak tajam, baik jangan buka mulut. Lagi buka mulut lagi mudah terburai rahsianya.

“Oooh! Tak nak bagi tau ye? Hmm, CEO tak nak bagi tau Chairman? Biar Chairman teka!”

Berdebar-debar juga hati Khaalish.

“Mmm, cubaan pertama …... Chairman rasa CEO bukan seorang peminat novel cinta. Yes, yes …. betul, betul. Maka …... jawapannya adalah CEO adalah peminat penulisnya!! Ha! Ha! Ha! Ha! Cepat, cepat, mengaku, betulkan? Tekaan Daddy betulkan? Ha! Ha! Ha! Ha! Ha!”

Masam mencuka muka Khaalish. Daddynya seorang businessman yang brilliant. Otak geliga, memang tidak boleh sorokkan apa-apa pun dari dia. Melihat muka masam anaknya, semakin kuat ketawa Tan Sri Kamaruzzaman.

“Khaal, kenapa masam sangat muka? Biar Daddy teka,” masih belum habis permainan teka-teka Tan Sri Kamaruzzaman.

You can't get the girl? Ha! Ha! Ha! Ha! Ha!”

“Daddy, kenapa dulu Daddy dan Mummy tak beranak ramai-ramai? Tak payahlah I sorang saja yang asyik kena dengan Daddy!”

“Your Mummy tu, nak beranak sekali saja, sibuk dengan business dia,” selamba jawab Tan Sri Kamaruzzaman.

“Tak rugi ke Daddy, duit banyak-banyak, anak seorang saja?”

“Anak seorang tak apa, sebab …. nanti ….. cucu berderet-deret! Ha! Ha! Ha! Ha! Ha!” tak habis-habis lagi ketawa Tan Sri Kamaruzzaman.

“Daddy, I am not marrried ….”

“...yet!!” potong si bapa, “Usahakanlah, dapatkan penulis pujaan Khaal tu.”

Sekali lagi Khaalish diam membatu.

“Khaal, Ilsa is history. Ini! Siapa? Qalisha Irdani? She can be your future,” pujuk si bapa, tiada lagi ketawa.

“Daddy! Daddy! You tak tau, Ilsa dan Qalisha Irdani, they are both part of my history. Tiada Ilsa, tiada Qalisha Irdani!” bisik kata hati Khaalish.

“Khaal, macam Daddy kata tadi, tak siapa suruh kita hidup berduka. Kalau Qalisha Irdani tu boleh bawa suka ke dalam hidup Khaal, go get her!”

“Mummy?”

“....... is a good businesswoman. Nak berjaya dalam business, kena pandai “baca” orang. Dari awal Mummy sudah “baca” siapa Ilsa.”

Melihat anak tunggalnya masih berdiam diri, Tan Sri Kamaruzzaman meneruskan nasihatnya, “Qalisha Irdani ni, dia macam Ilsa?”

Khaalish menggelengkan kepalanya sekali. Yakin!

So, go get her!

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 


Go get her, kata Daddy,” berulang-ulang itu yang dibisikkan Zaim Khaalish.

Nombor telefon Reham didail lagi.

Yes, Romeo, your Juliet here is safe and sound,” tak ada salam, tak ada hello, itu yang terus keluar dari mulut Reham di benua kanggaru sana. Dah hari-hari telefon, soalan sama yang ditanya, maka jawapannya pun sudah hafal.

“Bosan! Dia ingat dia ada bayar gaji aku ke jadi operator dia? Suruh cakap sendiri dengan Nuts, tak mahu! Sebab dia tahu Nuts tentu tak mahu cakap dengannya. Is this romance, Malaysian style? Jual mahal gitu?” membebel-bebel Reham dalam hati.

“Khaalish, Khaalish, Khaalish, ….. sampai bila saya nak jadi operator kamu. Sekejaplah!” terbit juga bebelan dari mulut Reham.

Belum sempat Khaalish berkata apa-apa, dia terdengar suara Reham menjerit, “Nuts, Ozgur's on the line!”

“Ozgur? Siapa Ozgur? Buah hati diakah?” Dada jejaka di Malaysia itu sudah berdebar-debar.

Sedang terkebil-kebil meneka siapa Ozgur, terdengar suara Naz tercungap-cungap di corong telefon, “Ozzie! Why are you making a long distance call?”

“Ozzie? Itu nama manja pak we diakah?” laju sahaja terbit rasa cemburu di hati Khaalish.

“Hello! Hello! Ozzie, are you there?” suara Naz semakin kuat.

“Naz....”

Terdiam gadis di hujung talian sana. Ini bukan suara Ozgur, teman bertekaknya di Seattle. Mana pernah Ozgur bersuara romantik begitu? Cuma sorang saja yang bersuara begitu, menyebut namanya bagai melepaskan satu nafas.

“Naz …. are you there?” giliran Khaalish pula menanyakan soalan itu.

“Ya,” sepatah jawabnya.

“Awak sihat?”

“Alhamdulillah,” sepatah lagi.

Good,” humph! Telefon merentas lautan, merentas benua, hanya bercakap sepatah-sepatah sahaja?

“Seronok di Melbourne?” Tiga patah, ada peningkatan.

“Seronok,” sepatah lagi.

“Berjalan ke mana?” tiga patah lagi.

“Phillip Island, Yarra Valley.”

“Dengan Reham dan Hamza?”

“Kadang-kadang.”

“Kenapa....” tanya Khaalish, “....sayang?” perkataan kedua dalam hati sahaja.

“Bila mereka berdating, saya jalan-jalan dengan sepupu Hamza sahaja.”

Jenuh Khaalish menahan lidahnya dari bertanya: sepupu lelaki ke sepupu perempuan? Hamza tu handsome orangnya. Berdada bidang, bermata hijau. Kalau sepupu lelaki, tentu handsome juga.

“Bila awak nak balik ke Kuala Lumpur?”

“Tak pasti lagi. Boleh jadi saya terus ke tempat kerja baru saya.”

“Di....?”

Tiada jawapan.

“Tak mahu bagi tahu? Nazrahani Idora, walau ke hujung dunia kau pergi, aku cari,” bisik Khaalish dalam hati.

Selepas beberapa ketika berjeda, Naz menyambung semula, “I gotta go, sepupu Hamza dah tunggu. Kami nak keluar.”

“Okey, kirim salam pada Reham, Hamza dan sepupu Hamza. Siapa namanya?” Nak bertanya lelaki atau perempuan segan, jadi pura-pura bertanyakan nama!

“Sepupu Hamza namanya ….......... sepupu Hamza!! Bye.....”

Sebelum Naz meletakkan telefon, kedengaran di telinga Khaalish tawa mengekeknya. Sukalah tu, dapat mengenakan aku! She's always one step ahead! Memuncung mulut Khaalish, selalunya dia yang dikejar sehingga naik rimas. Dengan gadis ini, jenuh pula dia mengejar.

Perlahan-lahan, melebar pula senyuman di bibir Khaalish, “Hmmm ….. dah lama aku tak rasa thrill macam ni. Game on!

60 comments:

  1. yesss, d thrill goes on with this reader hahahahahaha dis chairwoman like d chairman very much but d mummy woooo she's something!!! i can feel her vibessss tho she's not here hahaha sori m babbling nonsense s head not dat straight yet.........

    ReplyDelete
  2. Arghh pendeknye...( biasala story yg best always rase pendek)..ths wkend kan ct 3 ari bleh la up bab 7 ye plisss :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syarp, tak boleh sebab saya sdg kecut perut sebab Bab 8 & 9 tak sipa lagi. Saya fikir 2 bab ni nak dikeluarkan serentak.

      Delete
  3. bestnya.... sweet revenge for Naz....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah Auntie, nnt Khaal kata kat dia "Are you cutting the nose to spite the face?" lebih kurang gitulah!

      Delete
  4. Hailah Khaalish dah melepas baru nak mengejar...#^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. NurAtiza, bhg kejar2 tu yg best! Dia kejar hingga ke....ooops! Tunggu!

      Delete
    2. sampai ke lubang kan...???

      Delete
    3. ha ha norana, so curious abt lubang. nnt bila u dapat tau nama tempatnya, pi google, i wanna see whether ur surprised or not :)

      Delete
  5. eermmm... sukanyaaaaaa... syg nina ketat2. spnjg bca hati kita ikut bdebar2... esk bc lg... nak tido mimpikan diaorg... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he Norana! Saya dah mula suspens ni sebab kerja semakin menimbun, bab 8 & 9 belum beres. Wiken ni dah out stn!!! Oh the story of my life!

      Delete
    2. u r iron lady girl... sure can handle.. g la outstn... but n3 baru jgn lupa kasi up ye... hehehehe..

      Delete
    3. Ayooo Norana, stucked with KNK hah? Mee too, after 3 times khatam PMS, i'm hooked to KNK pulak... But try to control the curiousity sbb Nina ckp nk tulis KNK slow2... so i pun pelan2 jugak dgn KNK ni. Betul x nina? ke u dh tukar speed?

      Delete
    4. aomori...more out stns, tadi baru dapat call, sahlah makin slow la knk. the ideas are swimming but got no time to type

      Delete
  6. Yelah tu Khaal, thrill lah sangat. So, go and get her as what ur daddy says.

    Heheheeee... dh jd macam penasihat yg tak bertauliah lah pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Has, nnt kita tahu cerita ttg isu player si Khaalish, tapi agk hujung2 novel baru tau :)

      Delete
    2. Tak sabar nak tggu Cik Nina.

      This weekend awk outstn, sy plak next week. bergilir-gilir lah kita berdua ya...heheheeeee :)

      Delete
    3. oooh tadi dapat fon call, bertambah2 saya punya out stn. my head is spinning. mentang2 lah dah habis ramadhan

      Delete
  7. Nina - PSM is done and over with and now, you make me 'giler' with Naz&Khaal....but i enjoy your writing style!

    ReplyDelete
    Replies
    1. errk saya pun tak tahu ada stail penulisan saya. or may be i can call it belasah style :)

      Glad that u enjoy it!

      Delete
  8. Nina, i suka kt Daddy Khaal lah! What a sporting-funny-sweet daddy! Plus very supportive. Unlike the Mom, hard core arrogant Puan Sri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. they do say opposite attracts! well, this puan sri is sure different to mr. z's mom, she was so adorable dont u think. tapi tunggulah naz will have pn sri freida purring in no time

      Delete
  9. so khal...games on yeah.....abeh la naz sat agi kene buru ngan dia hahhaha...klakar giler la daddy khal 2...terasa cam dia muda la plak sbb asyik gelak je sbb berjaya mengenakan khal hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooh stroberi, lama tak nampak. beraya sakan ye! nnt naz akan buddy2 sakan dgn bapa khaal

      Delete
    2. hihihihi...xde la raya sakan sgt tp kat kg len tenet hampeh....ssh nak on9 dok loading je dari kol 8 pg sampai 8 pagi sok...last2 fed up sendiri hihihi

      Delete
  10. Nina,

    Saya suka, saya enjoy, saya dah jatuh cinta..............N......saya nak lagi hahahaha....cepat siapkan novel nie N cepat publish sure akak akan beli....PMS I beli 2, KNK mau beli 3 kot sedekah kat anak2 buah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baiknya mak sedar ni, siap bersedeqah novel, 1st time I dengar ni :)

      Delete
  11. So now Khaalish perlu mengejar cinta hati nya? Go Khaal! And I like Khaal's daddy, very supportive and understanding. Cepat2 luangkan masa untuk type your ideas yang tengah 'swimming' tu ya. Can't wait utk tahu kisahnya ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramadhan is over, out stn dah menunggu! so i will try 1 chap per week ye

      Delete
  12. rasanya dh faham pasal "tunang olo-olok"
    mesti Puan Sri xsuka Khalish girlfriend, Ilsha (something wrong with her i.e materialistik etc)
    so Dora/Naz ditunangkan dgn Khal...hohoho..betul ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. a-must, haaa...kalau jawab cenggini hari tu sure menang pms free :)

      Delete
  13. got attached dgn cite ni already.. ade something special ngn writing kak nina.. suke sgt bace.. mintak2 la kak nina punye idea dtg membuak-buak.. leh bace panjang skit next time.. heheheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. something special... i pun tak tau apa tu. fikir punya fikir, i conclude, just be myself lah, write what i really want to write, write how i want to write. sounds self-centered but am just being true to myself.
      membuak2 tu idak ler, tp ada la sikit2 yg swimming, yg pentingnya siapkan sebab sy ni kaki tangguh kerja. its amazing that pms got done!

      Delete
    2. lupa pula nak say thank you for your kind, supporting words! Dear Faizah, tqvm!

      Delete
  14. Betul2 i setuju dgn u Faizah, there something interesting with Nina writing style or maybe i should say ada 'Aura' tersendiri.Thats Y dlm sedar dan tidak sedar everyone who's follow Nina story become addict, owez want more and more.......(me too:P). Honestly not every writer has this kind of 'Aura' maybe 1/10000...Dats y i tak heran if her PMS novel akan jadi terhangat/terlaris di Pasaran and mengalahkan barisan novel2 yg sedia ada. She's has her own writing style to express the feeling inside the story.
    Aikkk apa yg i melalut pjg2 ni, hmm better send review abt PMS to Nina, but for now still looking for perfect idea & perfect time
    to do that, takut ntt tulis merapu-rapu jer.

    Back to KNK story, wow i like the part when Khaal sebut nama Naz bagai melepaskan satu nafas...awww soo romantic dear, merinding bulu roma gitu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm dear! waaaahhh....perkataan aura tu mahal tu :) i write to get rid of stress and im so lucky to have pms published! percaya tak masa sekolah dulu sy stressed sangat bila kena tulis karangan lol. re: kalahkan novel2 di pasaran tu, pendapat saya citarasa org berbeza2 kan, ada yg suka novel yg tragis2 sehingga berjujuran air mata bila membaca, ada yg suka novel islamik. novel sy mmg sydr awal tahu tak boleh nak perah air mata org. tp bila readers kata derang senyum2 atau gelak2 bila baca pms, saya suker!! happiness is a choice and i choose to be happy as much as possible tu yg fail bab tulis sad scenes tu :)
      i have a feeling that KNK is not gonna be sexy like PMS, its going to be more....tender!

      Delete
  15. saya semakin suka kn ur writting style la nina...
    u and hlovate..malaysian must proud to hv great writer like u

    sape ckp novel u xislamic,xdramatic, xtangkap leleh??..u ada semua 2..still menjaga batas2 pergaulan+maruah diri..still dramatic..tangkap leleh..xover sgt tangkap leleh,sbb watak 2 masih ada akal yg blh berfikir dgn waras..biasa nye novel yg buat mleleh lebih2 ni,watak heroin dia "kurang cerdik"..kn?? less is more

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam dear irene, tqvm for yr support, i appreciate it and i respect yr thoughts. but honestly, dear irene, yr second sentence tu isk, isk, isk, to put my name in the same sentence as hlovate....great writer....dear, jauh api dari panggang!
      yr second para, i suka (boleh ker perasan gini?) sesapa yg baca ni, jgn maree ye!
      less is more, its definitely my motto :)
      am thoughtful abt KNK...its not going the way i want it to go, between pleasing readers and staying true to myself (ceh...cakap cam bagus je :)
      thanks again, dear irene
      -Hanina, yg masih terkebil2 tgh mlm memikirkan out stn schedulenya bulan ini :)

      Delete
  16. oh...sy baru brkesempatan bukak ur blog...leh double reading chap 5 and 6...like it so much....keep it coming dear....but take ur time...biar slow and steady....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah..i think its gonna be slow and steady. watch out for bab 7 esok :)

      Delete
  17. dear nina,

    - cepat la sambungggg.......tak sabar dah niii

    ReplyDelete
    Replies
    1. esok dear, my lappy tak de internet in my ofis. eh wait, kat rumah dah ada wa ka ka, will try mlm ni kalau tak pengsan after buka posa

      Delete
    2. we take it as a promise... hihihi..

      Delete
    3. norana, i hope i tak pengsan after berbuka. or i upload citer dulu baru baca quran, tengoklah tu, yg mana satu jadi keutamaan? tsk tsk tsk

      Delete
    4. hihihi... demi peminat2 setia yg meroyan..

      Delete
    5. isk isk isk antara maghrib dan isya, bukan nak baca Quran, tapi upload citer tsk tsk tsk

      Delete
  18. Salam Hanina,

    Membalas kunjungan hormat cik penulis ke blog saya under review PMS. Honestly, you've become my favorite writer ever since I've read PMS. It's hard to find a novel 'yg kena dengan jiwa.' Hope to see Naz and Khalish story in a novel edition. If possible, soon! Hehehe. But I know it's hard to juggle between work and your passion for writing. Nevertheless, I wish you all the best and Insya-Allah, will keep on supporting you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. farah, wahhh favorite writer....angau kejap. am still trying to get used to just being a writer :) KNK, spt biasa graf ada naik, ada turun (re: ideas) hari banyak2 deadline kat tempat kerja lah, idea pun membuak2. i wish i can run to putrajaya to count the bridges there (cryptic? read chap 9) ho btw, thanks for yr support! a reader bought pms after reading yr review in good reads :)

      Delete
    2. wah...bangga kejap org tertarik dgn review yg tak seberapa itu. :D

      Delete
  19. Cak! Aisyah! Baru sampai bab 6 ye? Br terjumpa blog ni ke?

    ReplyDelete
  20. hah, br terhegeh2 nk balik kat Naz

    ReplyDelete